Assalamualaikum
Hello..hello..testing..testing..1,2,3...ok...Salam sejahtera, Yang Dihormati, rakan-rakan blog, pembaca-pembaca blog. Yang Dikasihi para followers yang disayangi..para ibu-ibu, bapak-bapak..hari ni saya amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengupdate blog walaupun dalam keadaan sibuk yang amat..ahakss..taadaa...Heran tak..heran tak kenapa aku begitu bersopan santun bagai..ala-ala pengerusi majlis mesyuarat PIBG sekolah..jangan nak terkezut sangat la wey...itu memang habit aku bila aku dah tak tahu aper nak diupdate tapi masih berkeinginan nak update blog..oleh itu segala aper yang ada dalam kepala hotak aku akan aku keluarkan dengan jayanya. Biarpun aper yang aku keluarkan itu merepek benor...huhu..
Ko pasan tak sejak bebaper hari ni blog aku selalu berupdate..amboi kemain, ader jer citer kau yer Fara..well aku memang rajin..hahaha..*kasi can aku perasan sekejap. Sejak kebelakangan ni aku agak rajin mengupdate blog dengan entri-entri yang begitu mengkagumkan...wahaahaa..sheep diam..jangan nak mengutuk aku pulak... ok sambung balik..begitu rajin berblogwalking, menghantar link sana-sini..rajin pulak aku bertegur saper dengan rakan-rakan blog, yang pasti rajin sungguh aku meninggalkan komen semenjak dua menjak ini..Itulah buktinya aku adalah seorang rajin..ko ader?..Selain rajin aku juga adalah seorang yang peramah dan tidak sombong yew..sebelum ni kalau ko pernah cakap aku sombong, cubalah ko mengenali aku sedalam-dalamnya..aicewah..macam nak tackle boyfren la der..
Now, semenjak aku diberi hidayah menjadi seorang yang rajin, ader jer yang menegur aku, ader yang meninggalkan komen di blog, ader yang sudi menjemput aku ke blog diorang, maka aku amat berterima kasih kepada korang semua sekaligus trafik blog aku semakin meningkat disebabkan korang semua..
Sebelum ni blog aku ala-ala hidup segan mati tak mahu..Tak pernah sekali pun aku nak berblogwalking, nak komen-mengomen.jangan harap la sampai ader yang cakap ko buat blog untuk ko jer ker yang baca..Time tu ko cakap la aper pun, no layan. Suka hati aku la kan, blog aku..Ader aku kisah..ko pehal?..
Cenggini lah kiranya dikatakan hidup segan mati tak mau..asyik nak buat-buat sakit jer..padahal ok jer pun..huhu..(gambar aku google jer)
Tapi selepas mendapat inspirasi dan tunjuk ajar dari bebaper blog yang aku baca, sorry aku pun dah tak hingat aper ker nama blog itu sebab time tu aku main google jer nak cari tips untuk berblogging so memori aku tak dapat menyimpan nama blog tersebut. Kejamnya yer ko fara.huhu...Ko ambik tips diorang, ko boleh buat-buat tak hingat pulak..anyway bukan aku sengaja, sorry key. Sejak itu, aku mula terfikir, aper ke helnya dengan blog aku ni..malas update, suka hati aku jer nak update pepun, sebulan lebih kurang 3 ke 4 entri jer aku update. Nak kunjung-mengunjung tu memang tak la. Bukan sebab aku sombong tak sedar diri tapi sebab aku malas dan rakan blog pun aku tak der kot..so aku buat endah tak endah jer la time tu. Kalau dah macam tu, bila masanya blog kau nak dibaca orang wey..
Maka selepas itu, aku menjadi seorang yang sangat open dan rajin mengupdate blog..haha.. nampak sangat ko penipu Fara..bila masa ko rajin sangat update blog?, setahu aku sejak seminggu dua ni jer blog ko berupdate kencang..weheehee memang, aku tak nafikan. Pe'el aku kalau tak der aper yang aku nak kongsi, lebih baik aku diam daripada aku buat entri yang merepek-merepek tapi itu tak bermakna aku pemalas seperti sebelum ini..
Mungkin disebabkan semangat kaizen jugalah blog aku berupdate...hahaha..Aku bukan nak gebang yang blog aku ni bagus..ko sendiri nampak, memang tak la kan..Followers aku pun bukannya beribu-ribu pun..beratus-ratus pun tak. Apatah lagi nak berada setanding dengan blog Hanis Zalikha jauh sekali la kan. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba berusaha untuk selalu mengupdate blog..InshaAllah kalau ader yang selalu support blog aku, mungkin aku akan semakin rajin dan rajin untuk mengupdate blog..hehhe..
Mungkin disebabkan semangat kaizen jugalah blog aku berupdate...hahaha..Aku bukan nak gebang yang blog aku ni bagus..ko sendiri nampak, memang tak la kan..Followers aku pun bukannya beribu-ribu pun..beratus-ratus pun tak. Apatah lagi nak berada setanding dengan blog Hanis Zalikha jauh sekali la kan. Tapi sekurang-kurangnya aku cuba berusaha untuk selalu mengupdate blog..InshaAllah kalau ader yang selalu support blog aku, mungkin aku akan semakin rajin dan rajin untuk mengupdate blog..hehhe..
So sekarang ni, korang aper citer? tak kan nak dengar citer aku jer kan.. Kalau ader sebarang tips atau cerita yang menarik dalam berblogging ni boleh la berkongsi dengan aku..dan kalau ader sebarang komen jangan segan silu untuk memberikan komen. Kalau ader yang tak puas hati dengan entri-entri di blog aku, boleh jer cakap aper yang ko tak puas hati tu. Jangan risau aku seorang yang open kalau aku rasa komen dan teguran ko ok, aku akan ambik dan serapkan dalam setiap entri aku..tapi kalau aku rasa komen ko tak cukup bernas, cuma nak mengutuk tanpa memberi cadangan maka akan aku diamkan diri saja...
Terakhir untuk kali ini, Tq yeww semua..peace sekali untuk hari ini.. ^_^ yey..yey..*baca dengan nada rock baru ko akan dapat nikmat yey..yey..tau!!
Sekian.....
Orang ini sangat malas, sangat teruk, tapi sangat kiut...wehehe...tapi orang ini sudah menjadi rajin semenjak dua menjak ini..jadi apakah yang akan terjadi seterusnya, silalah selalu membaca entri dari orang ini....kekeke..
Terakhir untuk kali ini, Tq yeww semua..peace sekali untuk hari ini.. ^_^ yey..yey..*baca dengan nada rock baru ko akan dapat nikmat yey..yey..tau!!
Sekian.....
2 comments:
panjangnya entri dia..best2..kita nak menaip gigih tak gigih ja..ahaha..
kalau nak org datang sllu blog kita..kena blogwalking n rajinkan komen..hehe..nanti inshaaAllah diaorang balas.. :)
yep..betul tu so pas ni kena la rajin dan gigih lagi..
Post a Comment