Monday, May 06, 2013

Resipi: Acar Masam Manis

Assalamualaikum

Hari ni aku nak update pasal resipi..Huhu...bagi tepukan yang gemuruh kerana hari ni aku berkesempatan untuk memasak..Bukan apa aku ingin jujur dan berterus terang yang sebenarnya haku memang tak pandai bab-bab memasak ni...Tapi kalau sekali aku masak emmang ko tak boleh lupa la...Aku confirm samada ko tak boleh lupa sebab terlalu sodap atau ko tak boleh lupa sebab terlebih sodap...hahaha...ko pilih jer, pilihan ditangan ko janji perkataan sodap ada k....hehehehe...

Petang tadi aku dengan dibantu my mom memasak Acar Masam Manis resipi turun temurun kepunyaan my mom..Resipi ni sesuai dimakan bersama nasi tomato atau nasi merah..

BAHAN-BAHAN :

100gm lobak merah
250gm timun
1/2 cawan cuka
3/4 cawan gula
1/2 bungkus kecil biji sawi
1 inci kulit kayu manis
2 sudu besar minyak masak
1 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 sudu besar serbuk kunyit
6 ulas bawang merah
1 sudu besar cili kering yang dah dikisar
garam secukupnya

CARA MEMBUAT :

1) Potong lobak merah dan timun lebih kurang 3inci. Potong bawang merah kepada 4bahagian. Kemudian rendam cili kering dan mesin.

Potong lebih kurang macam ni

2) Rendamkan bawang merah bersama cuka



3) Tumis kulit kayu manis bersama biji sawi

 Bagi sesiapa yang tidak kenal biji sawi, inilah dia yer. Ada dijual di dalam paket.



4) Masukkan cili, cuka, garam, gula, dan kunyit. Biarkan hingga pecah minyak



5) Masukkan lobak merah, cili hijau, cili merah. Biarkan sekejap



6) Lastly masukkan timun dan bawang merah, kacau sampai rata dan angkat...

Dan tadaa... inilah hasilnya..Sodapkan..

Apalagi jom cari nasi tomato dan ayam masak merah...hehhe...

Ok la cukup untuk kali ni dan ni percubaan aku yang pertama sila bagi penghargaan dengan memasak resipi ni k..weheheh...

Selamat Mencuba******* bubbye...

p/s: Gambar, dimasak dalam kuantiti yang banyak k...Resipi diatas anggaran 4/5 orang.

Sekian.....

2 comments:

Qhairi said...

tolong masakkin boleh??

Fara Haanna said...

iyep...boleh aja..inshaAllah..