Assalamualaikum
Saya suke..saya suke..bak kata Mei Mei..ko kenal tak Mei Mei tu saper??.tadaa....Mei Mei tu satu watak karton dalam citer Upin Ipin yang sangat mengada macam aku.wuhuu.. Emang aku suka la citer ni, beratus kali aku ulang. Sekarang pun tiap-tiap petang jam 6.30 citer ni mesti ada kat tibi 9. Kalau ko tak pernah tengok memang ko amat ketinggalan..hahaha...kok gitu si.. Budak setahun pun boleh tengok....
Sekarang aku bukan nak citer pasal Upin Ipin.Lupakan pasal Upin Ipin sekejap. Ko tengok tajuk tu..teeheee.Apa yang kau suka sangat tu..Ni aku nak habaq mai kat hangpa, last day aku merayau-rayau kat shopping complex. Motif aku merayau adalah untuk mencari earphone baru, bukan merayau tanpa sebab hokey..Tetiba mata aku ni amat la tak boleh tengok ke lain dah..terus hilang fokus kat earphone...yang aku nampak kasut..aumak ai cantiknya kasut tu...ade sale wey.. ader sale....ko tau ader sale..ader sale tu..berpuluh kali aku ulang dalam otak aku..ca aner ni, nak tutup mata ker? cantik tu ader sale lak tu.. Eh.eh.. tak boleh jadi ni, lantaklahai..lain hari la aku simpan duit..duit boleh dicari, kasut ni dah tak der pengganti..hehe..
Dengan perasaan penuh teruja, aku cepat-cepat je pilih earphone yang sesuai, dah aku tak kisah dah kau ok ker, kau cantik ker, kau colour haper ker, aku dah tak kisah dah janji aku boleh dengar dah..Yang penting skarang fokus aku kasut, earphone tu dah jadi pekara no 2. Ko tengok betapa kejamnya aku pada earphone. Kau dah menjadi perkara kedua..Jangan salahkan aku, salahkan kedai kasut tu kenapa dia ader kat depan kedai kau, kenapa dia letak kasut cantik-cantik...Ok, lain hari lah kau marah..earphone dah aku beli..sekurang-kurangnya aku beli kau, kalau tak income bos kau tak masyuk hari ni..hehhe.(sebenarnya kalau aku tak beli maka aku perlu datang balik esoknya maka aku rembat jer mana yang patut) wakaka...motip semata-mata,earphone tu pun sebahagian hidup aku k..
Earphone baru aku, pas ni kau dengar la puas-puas mp4 kau heh..
Selepas jer beli earphone, terus aku masuk kedai kasut ni..Wawwwi cantiknya kasut-kasut kat sini. Dah puas aku kutuk kedai ni sebelum ni, sekarang aku memuji pula..Tu la jangan tengok pada rupa. Aku ingat kedai ni biasa-biasa saja upanya idak..cantik bebenor kasut-kasut dia..Yang ni cantik, yang ni pun cantik, yang ni lagi cantik..so aku nak pilih yang mana ni??..
Aku : Dik ko tolong ambik yang ni, saiz ini yer..
Salegirl : Ok kak, kejap saya cari.
Sambil dok tunggu salegirl tu dok cari saiz, aku cuba yang lain pulak..huhu cantiknya..tak boleh ni nak juga ni..
Salegirl : Akak saya dah dapat saiz ni, cuba la dulu.
Aku : Ok cantik, tapi tolong cari yang ni juga yer. Saiz yang sama juga.
Eh..eh yang ni pun cantik dak..Kau dah kenapa ni semua kau nak. Mana satu yang kau nak ni?..Suka hati aku la kan. Siap la kau wahai adik, jap lagi kau cari la saiz yang ni pulak..Aku tak kira aku nak juga.Customer kan perlu didahulukan..Sebagai customer aku perlu memilih yang terbaik.. Aku perlu cuba mana yang aku rasa perlu k.
Salegirl : Akak saiz ni tinggal yang dah di display ni jer.
Aku : Oh yer ker...emm tak per la, adik tolong cari yang ni la saiz yang sama k.
Salegirl : Ok..akak tunggu jap yer.
Aku : Ok don worry, lambat pun tak per.
Maka sekarang pilihan aku yang kedua dah out sebab dah tak der saiz. So terselamatlah duit aku sekejap..hehhe..
Rasa aku, aku lah costomer yang paling cerewet kot. Nak yang tu nak yang ni..besepah kasut kat sekeliling aku..*wakaka..baru aku pasan, hambik kau.
Customer yang datang lewat dari aku pun dah siap beli tapi aku dok siap-siap lagi. Nasib lah kau saper yang melayan aku.
Salegirl : Akak yang ni ade saiz.(dengan muka yang penuh senyuman)
*senyum lebar lah pulak dia ni, macam dia pulak yang nak beli padahal aku..Oh aku tau, kalau aku beli kau lah yang dapat untung..kan..kan..Kalau tak gaji kau tak naik lah ek.. Tengok bagus tak bagus aku, tolong naikkan gaji dia wey..huhu..
So sekarang ni yang tinggal cuma dua pilihan yang terbaik, yang lain semua out..Sekarang time aku buat pilihan..Huhu nak beli satu ajer, memilih kemain.. Bagi aku, aku perlu pilih yang terbaik biar pun murah ker, mahal ker, satu ker dua ker yang penting cantik dan selesa bagi aku. Kalau aku men beli jer, udah-udahnyer aku tak pakai pun sebab tak baper suka. Tak ker membazir namanya. Walaupun benda tu murah sekalipun, aku bukan jenis main rembat jer. Kalau bab lain boleh lagi tapi kalau bab pakaian, kasut memang tak la...
Decide punya decide ini lah pilihan aku yang terbaik
Wah..kiut kan..kiut kan..antiknyerrrr...jeles aar tu!
Cantikkan? Kalau ko pasan secara tak sengaja kasut aku dan earphone aku adalah colour yang sama pink giteww..huhu..kalau kau dah ader jiwa pink, pink lah juga yang kau pilih ekk....Nak buat macam mana kan, aku bukan rancang pun tetiba jer terbeli colour yang sama nak buat macam mana lagi..
Hah kan samer colour..omeyyynyer...sapew la yang punya ni??heh..
Horeyyy..aku suka sangat...dua-dua benda yang aku beli kali ni macam telah memberi aku kepuasan tahap yang betul-betul maksima ko...Maka tidur lah aku pada malam itu dengan senyuman...hahaha...
p/s : Tadaaa..sebenarnya aku rembat 2 pasang kasut bukan sepasang jew. Auta semata-mata.. Tapi itu yang terbaik dan yang paling aku suka sebab tu la aku citer..teeheeeee...
Sekian.....
No comments:
Post a Comment