Tuesday, May 07, 2013

Lelaki Pilihan

Assalamualaikum

Fara kau suka lelaki macam mana yek...siapa lelaki pilihan kau...???? errrrr....kau dah kenapa asyik menyoal aku saja? suka hati aku la nak suka saper, lelaki macam mana pun..huhu..pantang betul aku nak menjawab soalan cepu mas macam ni. Kita merancang Allah yang tentukan, siapa pun yang aku suka, ciri-ciri macam mana pun yang aku suka kalau dah Allah kata semua tu bukan milik aku, maka bukan milik aku lah juga..Malas aku nak menjawab sebabnya aku rasa semua tu perlu dirahsiakan...ecewah...hehehehe..*konon ni lah jawapan yang paling selamat untuk aku.

Tapi disebabkan terlalu berdesup-desup soalan yang sama semenjak dua menjak ni, serupa enjen turbo dah aku rasa kelajuannya, so aku decide ok tak pa lah dah hangpa nak tau sangat meh sini aku nak tolong jawab kat hangpa..Lepas ni jangan dok gatai-gatai tanya lagi...wokey..boleh macam tu?? ^_^

Antara ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan aku ialah :

1) KEMAS DAN BERSIH

Pertama lelaki tu mesti seorang yang kemas dan bersih, berpakaian segak bergaya..wakakaka..kau dah kenapa? tak der la maksud aku sebenarnya macam mana pun lelaki itu dia mestilah kemas dan sentiasa bersih dari hujung rambut sampai hujung kaki. Rambut mesti pendek dan kemas, ada style,pacak-pacak tak menjadi keutamaan yang penting kemas..Kuku mestilah sentiasa pendek..huhu...Sorry aku cakap, aku memang palinggg tak suka lelaki yang kukunya panjang, kotor dan buruk..


2) BERPAKAIAN SIMPLE

Dari segi pakaian aku memang pantang kalau lelaki tu tak kisah aper pun yang dia pakai, kalau dah pergi shooping pun nak pakai ala-ala pergi office maka kau jalan lah sorang-sorang..Aku suka lelaki yang berpakaian simple contoh berseluar pendek paras lutut, berT-shirt kolar dan berselipar jepun.Huh..itu sudah cukup untuk mencairkan ego aku dan seterusnya mencairkan segala bagai..Cukuplah sekadar berT-shirt kolar, berseluar jeans atau cotton dan berselipar jika ingin bertemu aku..Paling menyampah bila ada lelaki yang memakai kasut formal keluar dengan aku. Aku rasa macam nak lari pecut 100meter menyorok. (macam ada pengalaman saja) No ok, aku tak der pengalaman tapi aku selalu nampak lelaki yang macam ni.

Satu perkara lagi aku tak suka lelaki yang berpakaian ketat-ketat..Seluar ketat, baju ketat konon nak nampak rock tapi yang aku nampak buruk bebenor. Sorry kalau saper yang terasa, lain orang lain pandangan dan citarasanya k..

Bagi aku, nak berpakaian atau berfesyen tengoklah situasi, dan lokasi  yang hendak ditujui wokey...


3) PANDAI BERGAYA DAN ADA STYLE

Maksud aku pandai bergaya bukan perlu pakai barang-barang mahal, berkereta mewah tapi cukup sekadar halwa mata aku sedap memandang..cool jer, bila aku nak marah pun tak jadi.ohhh encemnyer kau.smartnya kau..maka kemarahan aku akan disimpan elok-elok .hahaha..

Aku suka lelaki yang ada gayanya sendiri. suka memakai aksesori yang simple, contoh jam tangan, 1 gelang yang unik, 1 cincin yang simple..ok dah, kau memang aku suka..


Kau memang bergaya


4) RAJIN

Aku paling tabik kalau lelaki tu seorang yang rajin.Suka buat kerja rumah samada suka mengemas rumah, membasuh baju, menyidai baju. Paling aku suka lelaki tu tak suka sepah-sepahkan barang dalam bilik dia, bilik tersusun kemas hasil kerajinan diri sendiri. Rajin pulak ke kedai, ke pasaraya, ke pasar dengan tujuan untuk membeli barang-barang yang diminta oleh ibunya..ohh sweettttttttttt nya kau..

Bagi aku lelaki yang rajin dan pandai mengurus kehidupan dia tentu lelaki yang ada disiplin dan memang dari kecil diajar berdisiplin. Maka lelaki macam ni patut diberikan kredit 50/50.


5) BERDIKARI

Lelaki yang berdikari bagi aku bermaksud lelaki yang tidak mengharapkan keluarga samada ibu bapa atau sesiapa saja untuk kehidupan dia..Berusaha untuk mendapatkan sesuatu tanpa meminta-minta. Sanggup bersusah payah untuk diri sendiri. Tidak mengharapkan ibu bapa dalam apa jua perkara. Pandai membawa diri walau di mana pun. Maka aku sangat-sangat tabik dan tersangat suka..


6) TIDAK TERLALU SOSIAL

Maksud aku lelaki yang mempunyai had dan peraturan dalam bersosial. Tidak terlalu open dalam semua perkara. Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, tidak suka ke tempat-tempat yang terlalu dramatik contoh club.Suka berada di rumah dan tidak suka keluar tanpa tujuan. Maka lelaki macam ni harus aku hargai kerana suatu hari nanti dia akan sentiasa menemani aku...hahaha...ee..ee,,ewah kau..


7) BERSOPAN- SANTUN DAN MENGHORMATI ORANG YANG LEBIH TUA

Sweet dan aku sangat kagum lelaki macam ni, bila bercakap tidak terlalu kasar, bila berjumpa orang yang lebih tua didahulukan, ditegur dan dilayan dengan baik tanda menghargai orang yang lebih tua walau keadaan kau sangat- sangat memeningkan..oh  my darling kau sangat owesome...wakaka kau dah kenapa Fara siap berdaling-daling lagi..suka hati haku la kan...


8) MENGHORMATI PEREMPUAN

Pada zaman sekarang ni aku rasa bab lelaki menghormati perempuan memang boleh diberi pujian walaupun tak semua macam tu. Tapi kalau nak dibandingkan dengan zaman jahiliah, zaman firaun dulu, adakah perempuan diberi keutamaan? Kalau ada tak kan sampai sanggup membunuh bayi dan anak perempuan, betul tak? Sedangkan yang kau kahwin tu pun adalah perempuan.Apakah dosanya bayi dan anak itu?. Aku tak nafikan zaman sekarang ni memang ada macam-macam kes lelaki memukul perempuan, suami memukul isteri akibat salah faham, boyfriend memukul girlfriend gara-gara cemburu, ayah memukul ibu gara-gara tak memunuhi permintaannya. Memang banyak tetapi peratus kesedaran pun turut meningkat..Aku bangga lelaki yang sangat menghormati ibunya, kakaknya dan adik perempuannya..malah saudara perempuannya..kerana aku juga adalah seorang perempuan. Maka aku nak dihargai sebagai seorang perempuan..


9) MEMENTINGKAN AGAMA

Ini adalah bahagian yang paling penting bagi aku, kalau agama kau sendiri pun kau buat tak kisah macam mana kau nak jadi pemimpin aku kelak..Kalau solat pun kau tinggal macam mana kau nak jadi penasihat untuk aku, macam mana kau nak bimbing aku ke jalan Allah.Jadi bahagian ni adalah ciri-ciri yang wajib ada pada seorangg lelaki pilihan aku k...Manisnya kalau dapat saling tegur-menegur kesilapan, berjemaah bersama-sama, ke Masjid bersama-sama..Ko bayangkan alangkah indahnya hidup ini bukan..Jadi kalau kau tiada ciri yang ini, maka kau perbaikilah diri kau sebelum mengenali aku. Bukan aku nak tunjuk alim tapi ini memang wajib kalau kau nak rumahtangga kau sampai kesyurga..


Baca fakta diatas, so orang macam ni la aku kagum k.


So hanya ini yang boleh aku kongsikan..kalau nak ikut aku kongsikan memang berlambak, sampai malam pun tak habis aku taip tapi aku cuba ringkaskan dan ambik point-point yang penting bagi aku sajew k..

Semua dah puas hati?????..aper pendapat ko pula? kejamkah aku kerana terlalu memilih. But kalau ko rasa aku terlalu kejam, aku nak ko fikir, ini masa depan aku dan kehidupan aku so aku ada pilihan. Kunfayakun..Kalau Allah kata yer maka jadilah ia tetapi kalau Allah kata tidak maka tidak lah ia..Ajal, maut, jodoh semuanya ditangan Allah SWT...

Entah kenapa aku rasa aku terlalu emosional lah pulak..hahaha..sory don worry hokey...

p/s: lain orang, lain pendapatnya so kalau ada yang terasa dengan kata-kata aku, ampun dan maaf ok
.

No comments: