Tuesday, June 30, 2015

Hati Ku Lembik aka Sensitif


Hai peeps..


Dah lama kan fara tak update blog..ader lagi ker yang nak baca blog lunyai ni  la hai?..huhu..tak per ar, tak kira ar ada ker tak  ker, yang penting hati tetap dengan dunia blog ni walaupun blog ntah serabut suram muram..tak macam blog orang lain pun kan..biar ar..ahahaha..




 cantikkan hati ni, meh jaga dia baik2.



Hari ni fara nak cerita bab hati lembik aka sensetif ni. Bukan main lagi kan tajuk aku, haha saja nak kasi gempaq sikit..  Nak tanya, Ramai tak perempuan punya hati macam ni..apa? ramai?..huhu..tak tau la kan orang lain tapi bagi fara, tak nak tipu..fara ni memang jenis sensetif. Bila text orang pun, orang tak balas dah mula rasa sedih, sayu..ermm mesti dia dah tak ingat aku, mesti dia tak suka aku text dia sebab tu dia x reply..tido sambil nangis sorang2..huwaa..huwaa..kenapa dia tak nak reply text aku lagi..tak pulak aku fikir entah2 orang tu tgh sibuk tak dapat nak reply text, atau kredit tak mencukupi..tak pulak aku fikir..yang aku tau fikir diri sendiri..ni dah nama penting diri sendiri ni..hahaha..


Tu belum boyfriend atau orang2 tersayang yang tak balas text.. kalau bf memang aku meroyan 2 hari..gitu la perangai fara..dari kecik sampai ke tua x berubah-ubah..tapi kalau dah text berjela, 10 kali text pun x balas..kau rasa x meroyan ker..sedih ar..asal dia buat aku cam tu..dia pergi mana, aku ni tak penting ker? Yer la aku kan tak lawa, pendek, gelap, kulit tak cantik, muka macam budak2..mesti dia dah bosan nak layan aku…ha gitu la aku selalunya..Ntah apa2.. tapi kalau tetiba..tet..tet...hp bunyi..tgk2..eh dia reply text la..terus hilang sedih..walaupun cuma dapat ayat..(syg, b sibuk tadi..ader kerja sikit..besok nak exam syg.)*terus aku reply, yer ker b..ok..ok…ambik masa b k..yang td punya la aku meroyan..dengan serta merta mood jd berbunga-bunga balik..gitu la perempuan kan..eh..tak fara jer kot cam ni…ahahahaha..kau cakap benda simple pun aku dah ok..tau..tu jer aku nak..ekekeke..
                                                                                                                
Fara punya rasa sensetif tu memang tak boleh blah..mak tak bagi duit belanja cukup pun, aku nangis dulu.mak tak sayang aku la tu..mak tak ajak makan, nangis lagi..mak tak ingat aku pun..sedih ar mcm ni..masuk bilik, tutp pntu tido, sambil nangis sorang2 lagi..ape benda perangai pun tak tau la..



  1.  sakitnya hati ku, ditoreh-toreh rasanya*hati sensitif*


Bukan dulu jer sekarang fara still macam tu lagi, Cuma part remeh temeh tu x der la lagi nak sensetif semacam..dah belajar kurangkan sikit perangai tak senonoh tu. Cuma sekarang ni bab dengan pasangan memang tragis giler sensetif dia..adoii susah-susah..negetif selalu.bila la aku nak positif ni. Cemburu tu tak yah cakap ar.tambah2 hubungan jarak jauh ni. Tak baik begitu selalu kan..ceh pujuk diri tapi hari2 aku buat perangai. Yang sakit nya aku, yg sedihnya aku. Dia kat sana tak tau apa pun. Aku jer melayan sorang2. Syiton nirojim betul..banyak2 la bawa istiqhfar yer fara..sabar..sabar..jangan kau g maki orang tak tentu hala..haha..

Dah ar, rasa malas pulak nak taip lagi..nanti lagi banyak pulak perangai buruk aku terbongkar..huhu..korang kalau ada cerita sama macam fara, meh la kongsi..nak tau juga macam mana korang atasi..hehe..

Sekian…..terima kasih awak sebab sabar dengan saya ya!!(glup esok buat lagi) *_-

Wednesday, May 06, 2015

Tak Der Tajuk!!

Assalamualaikum w.b.t


Dah lama, fara x update blog ni..malam ni tetiba pulak rasa nak menaip bagai..mimpi apakah?? hehe..Tak..tak..fara tak bermimpi apa pun. Cuma fara nak kongsi cerita ceritot jer dengan korang.


Up gambaq satu sebelum start berceqhita..hehe.



Berapa ramai orang kat sini yang x pernah buat kesalahan?, angkat tangan...wahhh banyaknya..tipu la tu, kalau kata manusia mana ada yang terlepas dari buat kesalahan, betul tak? tak nak komen saper-sper la kan, nak komen diri sendiri jer..Fara ni tersangat sensitif, sensitif tak bertempat orang kata. macam-macamm aku fikir, dari benda tak der apa-apa sampai benda tu boleh jadi tajuk perbualan yang dasyat kau.



Fara cerita lah yer, ekceli kalau dengan boyfriend contohnya, sampai kesudah aku fikir benda akan datang, benda yang belum jadi lagi pun aku dah fikir. sebab tu la aku tak pernah kekal pun dengan sesapa...hehe..mana ada yang sanggup layan kerenah aku, nak jawab 1001 soalan. Penat aih..kalau aku sendiri pun aku penat kot..kalau dah soalan, nanti kalau mcm ni, mcm mana? kalau awak berubah hati mcm mana? kalau awak tinggalkan saya mcm mana?(kesudahnya kena tinggal jugak..ngehngehngeh..) ermm kalau saya tak cantik lagi nanti, awak mesti pandang orang lain..ha...sudah..kalau dh mcm ni soalannya..saper la yang sanggup nak melayan aku hari2 menjawab soalan..huhu..



Hurmm sebab tu la, aku malas nak bercinta..dah bercinta..mcm tu la gayanya aku.. Tp tu dulu la..sekarang ni, aku dah matang..woot..woot..matang ker? hehe..bolehla..bila dah banyak buat kesilapan, aku mula perasan kenapa aku tak pernah kekal pun dlm perhubungan..sikap aku dan cara aku. Aku mula malas nak fikir lagi..aku tak suka tekanan,



Dan bagi pendapat aku, andai seseorang itu ikhlas dengan kita, macam mana pun perangai kita, dia akan terima seadanya. dia mesti faham kenapa kita bersikap begitu. Dan mesti dia akan ubah pandangan kita terhadap diri dia. tak gitu..akak2, adik2, abang2 semua. Tapi ni just pendapat aku jer la. (matang la sangat kan).



Walauapapun, ajal, maut, jodoh semuanya ditentukan Allah. So dari situ aku berlajar, kalau sesebuah hubungan tu tak kekal mesti ada yang tak kena. Allah lebih tau. mesti dia dah mengatur yang terbaik untuk kita. Kalau dah jodoh, 10 tahun lagi pun dia tetap milik kau. biarpun dah kerepot..agagaga..*_*



So..sejak dah jadi wanita yang matang sikit ni, aku serahkan ajal, maut, jodoh aku pada Allah. aku percaya akan janji Allah. So tak payah nak bersedih sangatkan. Memang susah nak buat, cakap senang la kan. Aku pun payah nak hadap sebenarnya, walauapapun sabar tu penting..istiqhfar dekatkan diri dengan Allah lebih baik. (jika kita kejar cinta Allah, kita akan dapat cinta manusia juga. Tapi kalau kita kejar cinta manusia, kita hilang semuanya). Jadi sabar itu kunci uatam. Orang yang sabar pasti akan dapat habuannya. InshaAllah..sabar tu kan indah..





so..meh kita enjoy..ececece..(matang sangat la tu!!!!) ahahaha..

Sekian untuk kali ni.. 


Saturday, March 14, 2015

Rindu Pulak Nak Berblog Ni


Assalamualaikum.


Sejak sekian lama..baru sekarang aku rasa free nak buka blog, nak stalk blog orang, nak komen blog orang and nak dating dengan blog sendiri..amboihh cam busy mengalahkan PM, tak gitu..ecece..sungguh aku busy. asal nak buka blog jer mata dah layu, asal dh buka x sempat nak buat entry mata dah tertutup..eh.eh..mata ni nak kena. dah la sepet, comel pulak tu..ngehngehngeh..(perasan pi la sat).


Sebenranya aku dah kekeringan idea nak menaip apa benda..almaklumlah dah lama aku tak menaip ni..idea pun lari, tapi alang-alang aku ada lebih setengah jam free ni sebab baru balik berzumba..maka eloklah aku segera menaip entry supaya tak dikata blog pemalas..wahh gitu!! Ada yang berkata begitu kah pada blog aku??. meh sini aku nak sekeh..Heyy aku dah cakap aku busy k, bukan pemalas..tedia..mengarut apatah..biar pi..iiiiiii..


Ok..ok..serius..pertama tujuan aku taip entry ni sebab nak minta maaf if ada yang tinggalkan msg di shoutbox, ada yg begitu-begini..al..maaf sangat-sangat sebab tak reply, tak balas msg uollls, x jenjalan kt blog uollls..sebab iolll sendiri pun tak nyempat nak buka blog, tak nyempat nak baca segala entry uollss, segala msg uolls..ni taip pun guna bahasa singkatan..macam aku taip msg kt hp pulak..mau kena sebat dengan cikgu BM aku kalau di nengoknya entry aku ni ha..


Kedua, aku busy sebab tengah rancak berbisnes.. Bisnes Online dan tak online gitu..kalau uoolllsss ada masa boleh la p lawat kt instagram aku na. @nlfarra . usya la apa bisnes iolll ok..ok..ok..sampai sini dulu..kang sambung lagi..dah la guna wifi free ni....rasa bersalah pulak ok la..terima kasih daun keladi, kalau boleh aku guna lagi..muahahahaha...



Belanja sikit gambar fefeling terebang sat, kot,,kot ada yg dah lupa cam mana rupa aku ni ha..almaklumlah dah lama tak menupdate blog..whahaha...inshaAllah nanti aku update entry pasal bisnes aku ok..stay tuned..