Thursday, May 02, 2013

Perpustakaan Dan Aku

Assalamualaikum

Hari ni aku diberi hidayah sekali lagi untuk menepek di Perpustakaan Awam Negeri kedah. Sekarang ni susah sungguh nak nampak muka aku kalau kat Perpustakaan tu, kalau dulu kemain hari-hari nak g Perpustakaan. Konon jiwa haku jiwa Perpustakaan..Ko tau je la kan orang yang selalu g Perpustakan tu orang yang macam mana..huhu..tak payah la cakap kang orang cakap aku bangga diri, angkat bakul sendiri..heh...

Konon bajet nak cari ilmu la bila g Perpustakan, nak jadi orang yang berilmu lagi cerdik giteww..Laptop kesayangan pun aku angkut sekali  g Perpustakaan. Ko tau je la kan bila dah bawa laptop tu, musti la pertama sekali bila dah sampai Perpustakaan On laptop..Itu perkara wajib bagi aku.Kedua ambik suat kabar Harian Metro dan Utusan baca. Ketiga cari buku yang aku harus baca..Dah dapat semua aku duduk dan menelaah selama lebih kurang 1jam..

,
 Lebih kurang macam ni la tekun menelaah


Tapi tetiba aku tersedar..oh upanya aku de bawa laptop la, siap on dah pun nak online la jap..Jap jer ko...karang aku sambung la balik bacaan aku..tot tet..tot..tet tekan keypad,..chit chat bagai. Buku kat sebelah dah tertutup rapi..hehehe..ko pasan tak? pasan tak?? Beghejam-ghejam aku online, kot yer nak online cari ilmu tak haper la juga..ini membazir masa saja..satu keje pun tak jadi, buruknya pangai..


Chit Chat bagai, haku ambik gambar ni selepas tersedar...hehehe


Lepas tu haku kemas semua buku,letak tempat yang sepatunya balik, simpan mana yang patut, tutup laptop, caloo balik. Sebabnya aku dah terlambat dan nak kena balik dulu. Kesudahannya aku balik dengan rasa diri macam orang tak berguna sebab satu haper ilmu pun aku tak dapat.

So aku nak tanya aper keburukkan yang ko nampak kat sini akibat membawa laptop dan mengonline bagai..Buku tak dikhatam, kerja pun tak jadi, ilmu pun tak dapat...Kata nak jadi orang berilmu konon, tapi haper dah jadi....hu..hu..

Pengumuman..tak semestinya orang yang g Perpustakaan tu sebab nak dapat ilmu..Entah..entah...nak online fb...hahahaha...berprasangka baik la kamu...tak semua orang macam kamu heh..

p/s: tak salah nak bawa laptop, nak online pun tapi selaraskan dengan tujuan pertama ke Perpustakaan samada nak mencari maklumat,menimba ilmu atau nak bersuka-ria semata-mata..

Sekian.....

No comments: