Assalamualaikum
Yey..yey... nak pergi bercuti..nak pergi bercuti..best..best... Ko mesti macam ni kan, terkinja-kinja serupa monyet dapat pisang...tak pun satu bandar ko heboh..Dalam FB, dalam Twitter semua ko update status bagitau yang ko nak pergi bercuti. Padahal bercuti kat Kedah jer pun..tak pun Penang..Betul tak yang ko macam ni? kan..kan?..Kalau pergi over the sea aku tak tau lah..entah-entah satu dunia kau heboh..hahaha...jangan marah na.. tapi kalau wa la kan, memang wa tak leh nak tipu, satu dunia wa bagitau.. Biar semua tau yang wa pergi bercuti. Tak kira la wa pergi bercuti kat Kedah jer pun, janji wa pergi bercuti jugak. Wa tak der la dok memerap kat umah jer. Sekurang-kurangnya wa boleh tau jugak macam mana Kedah tu. Kalau ader orang tanya wa tak de hal la nak cerita..Tul tak?? Tapi kenapa aku cakap wa, ko jangan tanya la kan, memang sesedap tangan aku jer nak menaip..sekejap wa, sekejap aku..
Jom
pakat-pakat kita cuti ke Kedah. Ni area Pekan Rabu heh, tempat untuk
mak,nenek atok,tok wan,mak cik,pak cik borong ikan
masin,belacan,pekasam,bahulu,kueh bakar,dodol n.........hahaha...hambik
kau.
First, kalau nak pergi bercuti, aku la orang pertama yang akan pack barang-barang. Siap fikir nak bawa aper, cukup ker tak cukup baju yang aku nak bawa ni, kat kawan-kawan saudara-mara nak beli aper pulak nanti. Hah hambik kau kemain lagi, excited terlebih..Hahaha...tapi aku tau kalau aku macam ni, ko pun mesti macam ni juga kan? Betul tak? Tak banyak pun sikit mesti ader kan?....tak yah la ko nak menipu wey....
Sekarang aku nak tanya, ko dah buat perancangan yang betul ker?. Bajet macam mana, cukup ker?. Tiket dah book ker belum?. Pakej aper yang ko ambik?. Ole-ole untuk saudara mara, kengkawan dah fikir???..
Hah..banyak kan ko kena fikir, jangan ko ingat nak berseronok saja. Karang buatnya tetiba ko pergi bercuti tak cukup duit, macam mana? Dah satu hal, aper ko nak buat?. So sebelum fikir nak pergi bercuti ko fikir la dulu aper yang patut ko buat dan aper yang patut ko tau....
Sekarang aku nak kongsikan bebaper tips perbelanjaan untuk percutian ko..Mana la tau kan tips aku ni berguna pada ko..Cer ko baca kat bawah ni...
MENABUNG
Kalau ko ader cita-cita dan merancang untuk pergi bercuti, aku sarankan supaya menabung sejak awal lagi. Asingkan duit untuk bercuti ke dalam tabung khas. Cuba disiplinkan diri dan fokus pada perancangan ko.
PAKEJ PROMOSI
Pilih percutian yang ade pakej promosi. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik dulu tempat-tempat yang menarik supaya percutian ko nanti di isi dengan aktiviti yang bagus. Jangan pulak balik nanti ko menyesal.Tak kisah la nak bercuti kat mana sekali pun, dalam Malaysia ker luar Malaysia ker, janji ko pilih yang terbaik.
PERANCANGAN PERCUTIAN
Sebelum bercuti, aku sarankan ko persiapkan diri dengan perancangan yang rapi. Tetapkan mana tempat nak pergi, negara mana, bandar mana, negeri mana atau tempat peranginan mana yang sesuai sepanjang tempoh bercuti. Buat pendaftaran di tempat yang akan ko kunjungi. Untuk jimatkan masa tenaga dan wang, cari jer lokasi menarik yang berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan ini sekaligus ko boleh mengetahui jenis pengangkutan dan bayaran tambang.
BAJET SEMASA BERCUTI
Sediakan
anggaran perbelanjaan harian semasa ko bercuti termasuk kos penginapan,
makan, pengangkutan dan cenderamata yang harus dibeli nanti. Kalau
bercuti di luar negara, ko harus tahu kadar pertukaran wang negara
tersebut supaya selaras dengan anggaran perbelanjaan . Ini akan memudahkan
setiap urusan terutama untuk membeli-belah nanti.
TEMPAHAN AWAL
Tempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal supaya dapat harga yang murah. Ko kena ingat tempahan tiket pada saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan ko nanti, terutama musim perayaan dan cuti sekolah. Tempahan untuk penginapan pun aku sarankan supaya tempah awal-awal. Ko tau jer la kan kalau musim perayaan dan musim cuti sekolah betapa ramainya orang..
PETA
Sebaik saja sampai ke destinasi, pastikan ko membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan ko merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk melawat nanti.
SARAPAN PERCUMA
Haruslah ko manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan sampai kenyang k..Bukan apa kalau ko bercuti kat eropah sana, makanan mahal kot. So dengan memanfaatkan makanan yang disediakan oleh pihak hotel, sekaligus boleh menjimatkan perbelanjaan .
BUAH TANGAN
Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan nama ahli keluarga dan kawan-kawan supaya ko tak terlebih membeli nanti. Senarai ini dapat membantu ko berbelanja dengan bijak dan adil.
PENGGUNAAN WANG TUNAI
Sebaik-baiknya gunakan wang tunai untuk membayar setiap perbelanjaan terutama kalau bercuti ke luar negara. Ko akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.
So aku harap tips aku ni dapat membantu ko untuk merancang percutian..Kalau ader yang nak pergi bercuti tapi masih ragu-ragu sebab tak der kawan, jagan lupa aku kan masih ader so aper gunakan?hehehehe......faham-faham lah ek...Kau tau jer la kan aku tengah free sekarang ni. Kalau ader offer aku ok jer beb...keheee..gurau jer la..dah cuak ker...hahaha..tapi seriesss wey aku nak ikut...tolong...tolong...jangan lupa book satu tiket, satu bilik untuk aku jugak...huhu...dasar muka tak tau malu..
*memang pun,ader aku kisah...kalau dapat tak ker beruntung namanya..ko juga yang rugi karang..hehhe..
p/s: gambar sekadar hiasan jer yewww...
Sekian.....
*memang pun,ader aku kisah...kalau dapat tak ker beruntung namanya..ko juga yang rugi karang..hehhe..
p/s: gambar sekadar hiasan jer yewww...
Sekian.....
No comments:
Post a Comment