Friday, May 17, 2013

Chupa Chup Lolipop

Assalamualaikum

Pergi ke kedai membeli roti, roti dibeli untuk dimakan, aperkan daya nafsu dah mari, untuk membeli lolipop tersayang....wakakakaka...apakah kerat pantun aku ni?.Betul ke idak aku pun tak tahu lol.. Macam diketahui ramai..aku ni memang pakar giler bab merosakkan pantun berkerat-kerat ni..cakap jer berapa kerat, semua kerat aku boleh buat..Jangan kerat orang sudah, itu memang diluar kepakaran aku..hehehe..

 This is lolipop

Ko kenal tak dengan benda alah kat atas ni?. zaman dulu-dulu, aku nak habaq mai kat hampa, benda alah ni lah yang aku melantak hari-hari wey..tak cukup 2, 3, 4, 5, 6 sekali aku beli..Tapi habit aku, kalau beli tu haruslah yang berperasa vanilla atau coklat. Kalau perasa buah-buahan tu memang tak la. Ko bagi aku berguni pun, alamatnya ko hambik la balik. Kalau tak membazir jer wey. Bukan tak nak menghargai tapi memang aku tak suka. Apa barang makan lolipop perasa buah-buahan. Tak rock la wey..Huhuhu...kau dah kenapa, makan lolipop pun nak rock juga ker?..ah..aku memang tak suka la bak kata Muthu. *siapa Muthu aku pun tak kenal, mungkin uncle kedai lolipop dulu-dulu...hehhe..Apa yang bestnyer kalau dah rasa cuma manis-manis jer.. Macam manis-manis buah, memang tak la..Kalau yang perasa coklat atau vanilla ni, rasanya lemak-lemak berkrim gitu pun disukai ramai.betul tak? alah macam ko makan coklat cadbury tu, berbar-bar ko boleh habis kan?.So macam tu la juga dengan lolipop....

Pagi-pagi mak bagi duit belanja sekolah, aku simpan sampai petang semata-mata nak beli lolipop. Balik jer kelas agama sebelah petang terus aku beli. Hari-hari aku bawa balik lolipop. Sampai la satu hari tu, mak aku bising-bising, kakak kau ni tak der kejer lain ker, tak der benda lain ker nak beli..hari-hari beli cekelat ni. Cuba la beli benda lain pulak, tak pun simpan jer duit tu. Kalau dah satu hari 5biji kakak beli. (sebiji = RM0.50) dah berapa? cer kira..Aku pun buat la kira-kira.. dapat jawapan RM2.50 mak..Pandai pun anak mak, ha kalau dah tau tak reti-reti nak jimat sikit..simpan jer duit tu kalau dah satu hari RM2.50 sebulan tak ker RM75.

Laalaalaaalaa..begelak riang tat kala mendengar not RM75 sebulan. Huh geliga juga otak mak aku ni yer..Best tu, kalau sebulan aku dapat RM75 maknanya aku boleh angkat sekarung lolipop la tiap-tiap bulan..Dengan RM75, cukup tu untuk aku makan sebulan..Wah bestnyer...huhu sekarang ko fikir, mak aku pandai ker aku yang pandai...wakakaka..ampun mak, ketaksuban kakak terhadap lolipop tak boleh dibendung lagi. aiseh..

Maka sejak hari itu mak aku semakin penat memikir kerenah aku dan lama kelamaan dia pun terus membiarkan saja anaknya membeli lolipop tanpa dibendung lagi. Mak aku cakap suka hati kau la kakak, penat dah mak cakap, dah bebuih ayaq liuq mak. Janji kau pergi sekolah, belajar elok-elok udah la. Kalau sakit gigi pandai-pandai la kau cari ubat yer..Mak dah tak nak masuk campur lagi dah..*Tapi apekah kaitan beli lolipop dengan belajar?.wuhuhu...

Akhirnya aku berjaya menakluki mak aku. Aku tak perlu lagi nak bertegang urat tengkok, leher mempertahankan habit aku..Tengok betuahnya saper yang jadi mak aku. Tak payah susah-susah nak memikir lagi. Bior aku saja yang memikior..

Dan tabiat memakan lolipop ini berlanjutan sehingga aku dewasa dan bekerja....hahahah...sungguh tidak baik. Adakah bila aku dah tua masih lagi ingin memakan lolipop. Cuba ko bayangkan bagaimana keadaan nenek tua yang sedang memakan lolipop..Bagaimana rupanya? Sungguh comelkan...hehehehe..tak pun buruk sungguh nenek ni, dah tua-tua pun macam budak-budak lagi nak makan lolipop...Ah suka hati aku la kan..kau pehal??...

*Hello...ko ingat aku macam tu ker?. Tak kan la sampai ketua pun aku nak makan benda alah tu lagi. wuhuuu...adakah ini cuma sekadar menyedapkan hati?

This is my uncle..tq uncle support for me. I love u....dan tahniah uncle dah jadi MB Negeri Kedah.
Apekah kaitan gambar ini dengan cerita lolipop, kaitannya uncle selalu support aku untuk beli lolipop *wakaka tipu... aku sayang dan suka lolipop macam aku sayang Uncle mukhriz.Uncle baik sangat..Sampai bila-bila pun aku sayang...weheehee..Auwww kenapa aku bermulut begitu??

p/s : OMG lolipop la.....aper lagi rembat la..(inikah yang dikatakan ketaksuban yang melampau) Ya Allah kurangkanlah ketaksuban aku ini...hehhe..

Sekian.....


4 comments:

Nana Liena said...

banyaknya la makan lolipop..huuh.kita dlu pun rajin la makan leps tu insaf..gigi rosak..ahaha

Fara Haanna said...

hehe..gigi kiter tak rosak lagi sbb tu banyak naw makan lolipop...tak per akan kiter cuba kurangkan...huhu..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.