Wednesday, May 15, 2013

Terima Kasih Cikgu.....

Assalamualaikum

Kali ni aku sangat berbesar hati, untuk mengingati semua guru yang pernah mengajar aku dari aku kecik sampai dah besar gedabak..tapi gedabak tu tak gedabak la sangat kan..just keding jeww..wuhuuu..Dulu aku pernah ader cecita nak jadi guru tak pun orang sebut cikgu. Masa darjah 1 bila cikgu tanya, ha kamu cita-cita nak jadi aper besar nanti? Tapi jawapan aku batapa banyaknyer cecita aku waktu tu sampai terpaksa bagi list kat cikgu, huh geleng kepala cikgu aku time tu.Tapi aku rasa cita-cita nak jadi cikgu ofcosss termasuk dalam list aku. *Kemain siap ada list lagi..ko ader???

Meh baca list aku ni weiiy..
Cita-cita aku nak jadi :
1) Doktor = Kalau Mak, Ayah, Kakak, Abang sakit boleh aku rawat, boleh aku belagak sikit..Boleh aku cucuk-cucuk diorang sebab diorang selalu marah aku..

2) Cikgu = Boleh aku jadi cikgu yang garang, boleh marah anak cikgu aku yang suka marah aku sebab homework tak siap.

3) Peguam = Nak bela orang-orang baik sebab orang jahat selalu buat orang baik..Orang jahat tu patut kena penjara jer. Padam muka.

4) Pramugari Mas = Dapat melancong selalu, dapat pakai baju cantik, dapat naik kapal terbang free, Mak, Ayah, kakak, Abang mesti tak dapat marah aku lagi sebab aku selalu tak der kat rumah pergi melancong, mesti diorang jeles..hehe..

Ko tengok tu..semua cita-cita aku ni  ader motip semata-mata..Ko cayer tak yang aku dah rancang motip cita-cita aku ni sejak darjah 1 lagi..wakaka..betul ke idak aku ni..Kecik-kecik dah ader motip..Ni kalau mak aku tau la time tu, mau dirembatnya aku dengan lidi penyapu..Haha..sory yer mak, ala ni cecita zaman kanak-kanak rebina..lek la mak...

Time aku sekolah dulu boleh dikatakan kerjaya cikgu memang top ten la dalam senarai setiap pelajar..Asal cikgu tanya cita-cita nak jadi haper? Jawapan semua mesti nak jadi cikgu..cikgu...Tapi aku lain sikit, aku kan top student masa sekolah rendah dulu so jawapan aku tak der la nak jadi cikgu sangat..mesti ala..ala belagak sikit. Top student wey tapi top sebab selalu kena denda.wehehehe..Setiap kali cikgu tanya mesti jawapan aku nak jadi doktor..Kemain lagi ko, nak jadi doktor wey, padahal matapelajaran sains pun aku tak lepas..Tapi aper aku peduli...Lek la kalau dah semua jawapan nak jadi cikgu, saper pula nak jadi doktor kan?...saper nak jadi peguam?, saper nak jadi ustazah?, saper nak jadi wartawan?...saper???saper??? so tinggal aku jer yang minda terbuka luas time tu sebab tu la jawapan aku standard lain dari yang lain...ko tengok, geliga tak geliga otak aku...huhu..

Bila umur aku dah makin meningkat maka jawapan aku dah kelain pulak. Bila ditanya aper cita-cita maka jawapannya mestilah cikgu..waima walaupun aku tak berapa suka dengan cikgu sejarah aku time tu tapi aku still nak jadi cikgu..Sebabnya aku nak ubah cara pembelajaran supaya tak sama macam cikgu sejarah aku mengajar aku...Aku tak nak student aku rasa bosan macam aku rasa time tu..oppss sory cikgu Khamaluddin Ali. Saya agak bosan dengan cara cikgu mengajar..tapi saya tetap respect cikgu sebab cikgu sangat baik dan penyumbang kepada peningkatan markah saya tiap-tiap bulan..weheheeee...

Bila dah pandai memikir, aku semakin kagum dengan semua cikgu yang pernah mengajar aku. Kalau tak der diorang maka kelaut lah aku jawabnya..Pandaikah aku macam sekarang? Boleh membaca, boleh menulis, boleh mengira bagai.. So bila dah besar aku semakin faham dan semakin menganggap kerjaya guru bukanlah remeh..Nak menjadi pendidik bukanlah senang..

Kalau dulu kena marah sikit dengan cikgu..huh anti dengan cikgu tu sampai ke sudah tapi ko fikir tak kenapa cikgu tu marah?..tak lain tak bukan semata-mata nak bagi ko pandai juga..Dulu aku adalah anak murid kepada seorang cikgu  Bahasa Melayu yang sangat garang. Kalau ko tak buat homework malam ni, mampus la kau besok..Silap-silap buku ko kena koyak kot..Dulu aku tak baper suka juga sebab aku takut bila setiap kali aku dengar orang citer. Tapi bila aku dah jadi anak murid dia, semakin hari semakin aku rasa sayang, semakin aku suka..semakin aku nak dia jer jadi cikgu aku selamanya..weheee.cikgu aku jer la orang lain tak payah..hehehe, Tapi Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dia lah, maka aku jadi seorang pelajar contoh dalam matapelajaran Bahasa Melayu..Terima kasih cikgu Norini Binti Salleh..walaupun cikgu cukup garang tapi cikgu lah yang terbaik...Adakah ini motip lagi??? hehehe...

picture by google

Tapi kini, walaupun rezeki tidak menyebelahi aku untuk menjadi seorang guru kerana kekangan waktu dan faktor kursus yang diambil tapi aku tetap berpuas hati. Walaupun aku bukanlah seorang guru sekarang tapi sekurang-kurangnya cita-cita aku untuk menjadi pendidik dah ditunaikan oleh abang aku dan kawan baik aku sendiri..Terima kasih abang dan my luvly fren Norha. Tak lupa pada yang selalu diingati Ijoi, terima kasih kerana menyempurnakan niat aku..Walaupun terpaksa berada nun jauh di sana kerana tugasan tapi ingat, jauh di mata tetap dekat dihati..wahahaha....ok la..

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU DI MALAYSIA DAN DI MANA SAHAJA ANDA BERADA


p/s : Terucap awal sebab nak jadi yang terawal...huhu..motip lagi..
p/s : Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bukan pada tarikh entri ini ditulis yer.

Sekian.....

3 comments:

Teena Tna said...

Nk jd doktor sbb bole cucuk org yg kte geram..tergelak wktu baca nie..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

Gadiss Kecil said...

tq n inshaAllah i see ur blog..

Anonymous said...

tq cikgu...lawak bila baca