Monday, September 29, 2014

Otak satu, tapi ada kanan dan kiri

Assalamualaikum


Semasa anda duduk, putarkan kaki kanan anda mengikut arah putaran jam.

Dalam masa yang sama cuba tulis nombor 6 menggunakan tangan kanan anda
Kaki anda akan bertukar putaran secara spontan, atau tersangkut


Cepat cuba. Sekarang!


Menarik tak?



Fakta ni saya jumpa masa terjah satu blog untuk membaca tentang otak kanan dan kiri.
Ini membuktikan perhubungan otak kanan dan kiri dalam menentukan pergerakkan.
Rupanya kita belum kenal diri kita lagi. Hihi





Pelik tak, kenapa kita ada otak kanan dan kiri? kenapa tak satu jer sebab pada dasarnya otak kita satu jer pun.  kenapa kena dibahagikan kepada dua iaitu kanan dan kiri?. 
ermm tak tahu pulak nak menjawabnya.
Mungkin lumrah kita dijadikan berpasang-pasangan.hihi..
contoh tangan kita pun ada kiri dan kanan kan?.



Apa fungsi otak kiri? Otak kiri berfungsi dalam hal-hal yang berhubungan dengan logik, rasional, kemampuan menulis dan membaca, serta merupakan pusat matematik. Bahagian otak ini merupakan pengendali intelligence quotient (IQ). Daya ingat otak bahagian ini juga bersifat jangka pendek.



Orang yang banyak menggunakan otak kiri ni biasanya lebih analitikal, mengikut perancangan, ada susunan atau prosedur. Otak terikat kepada realiti. Apa yang dilihat. Mereka ni selalunya akan proses fakta, secara terperinci dan logik dulu baru benda lain. Penuh dengan strategi. Skematik lah. Orang otak kiri biasanya kalau memilih hadiah adalah dari jenis yang praktikal seperti beg, jam, atau buku.




Sementara itu otak kanan pula berfungsi dalam perkembangan emotional quotient (EQ). Misalnya mereka lebih bersosial, komunikasi lebih baik, interaksi dengan manusia lain serta banyak bergantung kepada emosi. Pada otak kanan ini terletak kemampuan intuitif(gerak hati), kemampuan merasa, dan ekspresi tubuh, seperti menyanyi, menari, dan melukis. Mereka juga lebih kreatif.




Kalau anda cenderung pada seni mungkin banyak gunakan otak kanan. Teheeeeee. Mereka biasanya memberi hadiah dengan warna-warna menarik, hiasan-hiasan dan lebih kreatif.




Masih tak dapat kenal pasti anda dominan di otak mana?


Jom tengok gambar ni, perhatikan betul-betul



 Dan kemana arah wanita ini berpusing?



Mengikut kajian, kebanyakkan lelaki melihat wanita ini berpusing ke kanan (mengikut arah jam)
Manakala sebahagian besar wanita melihat ia seakan berpusing ke arah kiri (lawan jam)




Dikatakan sekiranya kita melihat ia berpusing kearah kanan maka otak kita dominan di kanan.
Dan sekiranya kita melihat ia berpusing ke kiri maka otak kita dominan di kiri.
Ada yang dapat melihat ia bertukar kedua-dua arah. Tak pasti macam mana boleh terjadi.




Ajaib! Hebatkan kemampuan otak?



Nak tahu saya dapat melihat ia berpusing kearah mana??
hehe..jawapan dia saya dapat melihat ia perpusing kedua-dua arah iaitu kanan dan kiri tetapi kanan lebih lama dan kiri sekejap saja. mungkin saya lebih dikuasai otak sebelah kanan..dan kadang-kala dapat menggunakan kedua-dua otak untuk berfikir dan melakukan sesuatu.



Tips untuk anda mengetahui anda dominon pada otak mana? Tipsnya fokus memberi arahan kepada otak.


Sekian..selamat mencuba.


Sunday, September 28, 2014

Tegurlah Dan Nasihatilah Dengan Berhemah.



Assalamualaikum  ya  semua  pembaca (:


Hari  ni  fara  tak  nak  cakap  banyak  sebabnya  fara  sendiri  tak  tahu  samaada  fara  perlu  cakap  atau  pun  tak..


Fara  betul-betul  suka  pada  seseorang  yang  punya  buah  fikiran  dan  tutur  kata  yang  baik  tapi  fara  tidak  suka  pada  seseorang  yang  berperasan  baik  dan  sempurna.  Tak  salah  untuk  komen  dan  menjadi  pengkritik  hebat  terhadap  sesuatu  perkara  atau  terhadap  seseorang..Tapi  apalah  salahnya  jika  buah  fikiran,  nasihat  dan  teguran  atau  pendapat  yang  ingin  kita  sampaikan  biarlah  ada  adab  dan  sopannya..


Perlukah  kita  memaki-maki  orang  lain  hanya  kerana  dia  berbuat  satu  kesilapan  atau  adakah  kita  memeperlecehkan  seseorang  hanya  kerana  caranya  berlainan  dengan  kita  atau  adakah  kita  perlu  bersikap  ego  dan  sombong  dalam  memberi  pendapat  dan  komen  hanya  kerana  kita  tidak  bersetuju  dengan  pendapat  orang  lain?. Perlukah  kita  berbuat  begitu?


Apakah  kita  rasa  yang  kita  cukup  sempurna  sampai  merasakan  yang  semua  orang  tidak  betul?.  Bukankah  dengan  memaki  hamun  seseorang  itu  hanya  kerana  statusnya  menampakkan  yang  diri  kita  sendiri  bodoh.. kalau  tidak  bodoh,  aper?  Ooo..rendah  ilmunya.  Tiada  sabar  dan  hanya  tahu  mencari  kesalahan  orang  dan  mempersendakan  orang  lain..


Apakah  kita  tidak  sedar  yang  kita  telah  mengaibkan  orang  lain.  Apa  kita  tak  nampak  kesalahan  kita..  hey  kawan..  ingatlah  bukan  kamu  tidak  berlaku  jahat,  bukan  kamu  tidak  ada  keburukan  tetapi  ingatlah  Allah  menutup  aib  kamu.  Jika  Allah  membukanya  apakah  yang  kamu  rasa?  Apakah  kamu  jauh  baik  dari  orang  yang  kamu  aibkan  atau  apakah  kamu  jauh  lebih  teruk?.


Jadi  bersyukurlah  sementara  Allah  masih  menutup  aib  kamu..  Dan  ingatlah  tak  semua  orang  sempurna  di  dunia  ini  dan  jangan  ingat  yang  kita  ini  terlalu  sempurna.. Jika  ingin  memberi  pandangan,  nasihat  dan  teguran  biarlah  dengan  cara  yang  betul.  Beradab  dan  berhemah..



Jangan  pernah  merasa  diri  itu  cukup  sempurna  sampaikan  meletakkan semua  kesalahan  pada  orang  lain.  Berasa  ego  dan  sombong. Sedangkan hakikatnya  kita  tidak  layak  untuk  menghakimi  sesiapa  pun.  Setiap  orang  ada  pendapat  dan  pandangan  sendiri,  setiap  orang  tidak  pernah  terlepas  dari  melakukan  kesalahan,  tegurlah,  bimbinglah  dan  jangan  sesekali  menghukum.


Sekian…..

Thursday, September 25, 2014

Jika Tertangguh Sehingga Penghujungnya, Sungguh Rugi!!


Assalamualaikum w.b.t...Selamat Pagi. Pagi yang cukup-cukup tenang...


Dia  sangat  taat  beribadah  pada  Sang  Pencipta.. Dia  juga  menjalankan  setiap  ibadah  sunnah..Dia  seorang  yang  amat  menitikberatkan  soal  agama.  Dia  juga  sangat  menjaga  waktu  solatnya,  "katanya  tidak  mahu  dilewat-lewatkan  atas  sebab-sebab  yang  tidak  perlu".


Akan  tetapi  dia  tidak  pulak  berhijab.  Sebab  apa  berhijab?  sebab  dia  adalah  seorang  wanita.


Bila  ditanya  kenapa,  jawapannya  inshaAllah  yang  penting  hati  dulu  yang  berhijab..


Biar  berulang-ulang  kali  ditanya,  dia  hanya  tersenyum  dan  menjawab  perkara  yang  sama..


Setiap  amalan  sunnah  mesti  dilakukannya,  setiap  tutur  bicara  mesti  dijaganya,  ibadatnya  sentiasa  dijaga..cuma  satu  jer  yang  tidak  dilakukannya  lagi  iaitu  berhijab.  Mungkin  juga  dia  belum  bersedia  pada  pemikiran  kita  tapi  sampai  bila  sedangkan  amalan  lain  sangat  dijaga  olehnya..


Suatu  malam........


Dia  bermimpi  di  sebuah  taman  yang  sangat  indah.  Rumputnya  sangat  hijau,  berbagai  jenis  bunga  bermekaran.  Dia  merasakan  segarnya  udara  dan  wanginya  bunga.  Ternampak  juga  sebuah  sungai  yang  sangat  jernih  hingga  dasarnya  kelihatan,  melintas  di  pinggir  taman. Ditambah  angin  yang  dingin dirasakannya..


Dia  tidak  sendiri.


Ada  beberapa wanita  sepertinya  juga  dilihat  sedang  menikmati  keindahan  taman.  Dia  pun  menghampiri  salah  satu  wanita.  Wajahnya  sangat  bersih  seakan-akan  memancarkan  cahaya  yang  sangat  lembut..



"Assalamu'alaikum, saudariku...."


"Wa'alaikum salam. Selamat datang saudariku."


"Terima kasih. Apakah ini syurga?"


Wanita itu tersenyum, 
"Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga."


"Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini."


Wanita itu tersenyum lagi, 
"Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku?"


"Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah."


"Alhamdulillah.."


Tiba-tiba  dia  terlihat  ada  sebuah  pintu  yang  indah  dihujung  taman. Pintu  itu  terbuka  dan  dia  melihat  ada  beberapa  wanita  sedang  memasukinya  satu-persatu..


"Ayuh kita ikuti mereka", kata wanita itu setengah berlari.


"Apa di sebalik pintu itu?", katanya sambil mengikuti wanita itu.


"Tentu saja syurga saudariku", larinya semakin cepat.


"Tunggu..tunggu aku.."


Dia  berlari  namun  tetap  tertinggal.  Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenym kepadanya. Dia tetap tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari. Dia lalu berteriak, 


"Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan?"


"Sama dengan engkau saudariku.", jawab wanita itu sambil tersenyum.


Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu, 
"Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?"


Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata,
"Apakah kau tidak memperhatikan dirimu, apa yang membezakan dengan diriku?"


Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.


"Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke SyurgaNya tanpa berhijab menutup auratmu?"


Tubuh wanita itu telah melewati pintu.


Tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata,

 
"Sungguh sangat sayang amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai kepada hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati."


Dia tertegun...


Lalu terbangun.. beristighfar lalu mengambil air wudhu. Dia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu.. berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya..


Sungguh  rugi  bukan  kalau  ianya  terjadi  kepada  kita???..


p/s: sumber farahlee.......


Sekian..perkongsian  malam  ini..semoga  bermanfaat  buat  kita  semua..





Saturday, August 30, 2014

Cerita Lepas Dah..



Assalamualaikum..and hai..


Dah  lama  kan  fara  x  update  blog  ni..Aii  bukan  malas  tapi  x  berkesempatan  sikit.. Almaklumlah  raya-raya  ni,  kejenyer  nak  mentedarah  jer.  Ada  open house,  ada  kenduri  kendara,  ada  itu,  ada  ini,  pergi  sana  la,  pergi  sini  la..Ha  kan  masa  bila  nak  menaip..(padahal dok rumah tidoq jer qheja).  Hahaha..


Sebulan  dah  dok  pikiaq  nak  taip  apa,  langsung  tak  dak  idea.  Pi  balik.. pi  balik  qheja  dok  update  status  kat  wechat.  Ngehngehngeh… Saper  yang  ada  wechat  jom  add  fara,  id  wechat  farahaanna1  tau…Jangan  lupa.. hamboi  promote  nampak…hehe..sambil  selam  minum  air  la cek  Milah  oit..


La  ni  nak  cerita  hak  bulan  posa  lepas  nu  la.. oihh  tergeliat  pulak  la  lidah  dok  speaking  utaqha  ni,  mentang  la  orang  utara  pun  kan?.  Hah  tak  payah  cakap..  tau  dah  nak  mengumpat..


Ok  back  pada  topic..  sebenarnya  bulan  puasa  yang  lepas  fara  and  my mom  and  my  sister  and  my  sister  in  law  ada  buat  bisnes  sikit..  Tak  banyak  mana  pun  tapi  boleh  la  nak  tambah  duit  raya  kitorang.. Bisnes  kitorang  buat  kuih  raya.  Ingat  mula  tu  saja-saja  jer  memain.. suka-suka  orang  kata. Tak  der  la serius  pun  nak  focus  buat  betul-betul.  Tapi  tetiba  dapat  sambutan  pulak  so  apalagi  terus  berdezupp  ambik  order  la..tunggu  lagi.  Rezeki  dah  datang  tak  kan  nak buat  tak  tau  pulak  kan..


Ni la sebahagian  kuih  yang  kitorang  buat. Semua resipi turun  temurun kitorang.  Dari  nenek, tok, opah  kitorang  lagi..



Tiap-tiap  malam  kitorang  tidur  lewat  siapkan  tempahan  orang. Kitorang  buat  kuih  raya.  Pagi  bangun  jer  sahur  terus  siapkan  tempahan  orang.. Lepas  tu  terus  pulak  sambung  pergi  keje,  balik  petang  selepas  jer  berbuka  terus  sambung  buat  balik  tempahan  orang.. Adoii  penatnya  tak  payah  kira la.


Tapi  penat-penat  pun  rasa  best  giler.  Nak..nak  order  dari  customer  bertambah-tambah..semangat  tu  dah  jadi  lain  macam..  Yang  penat  pun  jadi  dah  tak  rasa  penat..  kakak  ipar  Fara  pulak  dia  jadi  runner  hantar  tempahan  yang  orang  order  tu..  Bukan  tak  nak  pos  tapi  takut  bila  sampai  kualiti  dia  tak  sama  masa  packing.  Entah-entah  kuantiti  pun  hancur  yang  sepuluh  tinggal  lima..hehehe..



Ni  masa  sesi  dok  packing.  kalau  bulan  posa  terliuq tengok  rempeyek  tu..kan..kan..kan..dapp..



Kesian  juga  dekat  my  sisiter  in  law  balik  jer  keje  kul 4  terus  jadi  runner  pergi  hantar  tempahan  orang  sampai  berbuka  baru  balik.  Hari  cuti  pergi  hantar  tempahan  yang  jauh  sikit.  Dah  la  ada  anak  kecik  lagi.. Hurm  anak-anak  pun  faham  berkorban  sikit  bulan  puasa  ni  sebab  nak  pakai  baju  cantik..hehe..seakan-akan  faham  pulak  budak-budak  ni.  Langsung  tak  buat  hal..


Fara  dengan   my  mom  bahagian  siapkan  tempahan  orang  ramai  and  packing.  Kakak  fara   yang  sulung  bahagian  terima  tempahan,  kakak  ipar  fara  pulak  bahagian  promote  and  ambik  order  and  jadi  runner,  bukan  tu  jer  abang  fara  pun  terlibat, dia  bahagian  balik  mai   ambik  tempahan  yang  siap  bagi  dekat  kakak  ipar  fara  sebab  diorang  tak  tinggal  sekali..  diorang  kat  sungai  petani  tapi  fara  and   my  mom  kat  alor  setar.  So  bahagian  pas-pas  barang  tu  abang  fara la..


 Dan..tadaaaa..ini lah  dia  bisnes  kitorang  untuk  tahun  ni.  nak  order  sila contact  no  di  atas  yer..Tu  no  my  sister  in  law  bahagian  ambik  tempahan  k..hehe..



So  fara  nak  cakap  kat  sini  boleh  nampak  juga  la  ada  unsur-unsur  tolong-menolong  and  kerjasama  yang  kuat  antara  kitorang.  Kalau  tak  der  unsur  ni,  x jalan  juga  bisnes  ni. Hasil  pendapat  dari  bisnes  ni  dibahagi-bahagikan  sama-rata..  so  memang  tak  timbul  isu  pelik-pelik..hehe..so  best  sangat..  ingat  tahun  hadapan  nak  buat  lagi  bisnes  ni..  kalau  saper-saper  yang  nak  tahun  depan  boleh  order  jer  terus  kat  fara  yer…hehehehehe..


Ok  la,  setakat  tu  la  dulu  fara  ceqhita..nanti-nanti  ada  masa  update  ceqhita  lain  pulak  no.. 


Ok..sekian,  selamat  maju  jaya..  SELAMAT  MENYAMBUT  HARI  KEMERDEKAAN  juga  yer..  DI  SINI  LAHIRNYA  SEBUAH  CINTA…bubye..


Thursday, July 10, 2014

Bila Bosan



Assalamualaikum  and  hai  peeps..


Lately  ni  saya  suka  sangat  menaip  dan  memang  hobi  saya  pun  suka  menaip.  Kalau  saya  bosan  pun  memang  saya  akan  on  lappy  and  taip  la  benda  mengarut  apa  pun  sampai  saya  rasa  dah  tak  bosan.  Kadang2  saya  taip  apa  yang  saya  rasa  siap  touching2  lagi.  Dulu  masa  zaman  budak2  suka  menulis  dekat  satu  buku  sampai  kadang2  aper  benda  saya  tulis  pun  saya  tak  tahu,  sedar2  dah  penuh  bermuka2  surat  lagi.


Selalunya  saya  akan  buat  kerja2  macam  tu  time2  saya  ada  masalah,  bosan  atau  merajuk  dengan  seseorang..ehehe..  kalau   buat  macam  tu  sedikit  sebanyak  saya  akan  rasa  lega  tau  tak.  Kiranya  saya  lepaskan  apa  yang  saya  rasa  time  tu..  Saya  tak  suka  kongsi  masalah  saya  dengan  kawan2  sebab  saya  rasa  macam  emm  tak  patut  pun  sesapa  tahu  apa  yang  saya  rasa.


Yer  memang  orang  cakap  kalau  kita  cerita  apa  masalah  kita  dekat  seseorang  macam  kawan  ker  sedikit-sebanyak  kita  akan  rasa  lega.  Maybe  dia  boleh  kasi  pendapat  atau  aper2  tips  untuk  kita.. Tapi  bagi  saya  pulak,  saya  rasa  benda  ni   herr..tak  sepatutnya  saya  kongsi  dengan  sesaper  pun  sebab  saya  tak  suka  orang  tahu  masalah  saya.  Saya  ada  cara  saya  sendiri  untuk  hilangkan  tekanan.. Dan  kadang2  saya  selalu  berpendapat  yang  tak  semua  orang  boleh  faham  kita  dan  tak  semua  orang  boleh  dengar  masalah  kita  selalu.  So  buat  apa  la  saya  nak  susahkan  orangkan?  Lebih  baik  saya  cuba  selesaikan  sendiri  masalah  saya. 


Saya  hanya  akan  kongsi  cerita  yang  happy2  jer  dengan  kawan2  saya  even  mak  saya  sendiri  pun  saya  akan  buat  benda  yang  sama. Saya  tak  suka  orang  tahu  masalah  saya  dan  saya  tak  suka  mood  sedih  tu  berpindah  kt  orang  lain  and  saya  tak  suka  bebankan  orang  dengan  masalah  saya.  Sebab  tu  la  saya  suka  kongsi  cerita  yang  happy2  jer J


Last  sekali,  ramadhan  kali  ni  saya  rasa  macam  lebih  selesa  and  tenang  sikit.  Maybe  saya  dah  matang..yey..saya  dah  matang..hehe..gelak  mengada sikit..


#saya  memang  suka  letak  gambar  muka  saya  yang  tembam  ini..hakhak :)


k..bubye..