Saturday, May 18, 2013

Kaizen

Assalamualaikum

Pernahkah korang semua mendengar perkataan KAIZEN atau adakah korang sudah mengamalkan prinsip  KAIZEN? Entri kali ini dimulakan dengan soalan bukan dengan Bismillah..teet.nampak tak?..korang jangan ikut jejak aku key..sungguh tidak baik..biadab namanya...agaknya aku terlalu bersemangat wey untuk entri kali ni sampai terlupa untuk Bismillah..pe hal la kau fara?..

Well, aku tak nak bercakap banyak lagi..Apakah itu KAIZEN?. Kaizen merupakan satu perkataan yang berasal dari negara Jepun yang bermaksud penambah baikkan sedikit demi sedikit tetapi secara berterusan..Kaizen juga merupakan proses terus menerus yang terjadi pada setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, dan setiap tahun..Proses ini berlaku tanpa penghujungnya kerana perubahan adalah sesuatu yang sangat penting bagi memperbaiki diri kearah kejayaan dan kebaikkan..

 Perubahan kearah kebaikan


Cuba korang ingat semula sejarah dunia, Jepun merupakan sebuah negara yang telah mengalami zaman kejatuhannya akibat daripada perang dunia ke-2. Pengeboman bom atom terhadap 2 kawasan industri penting di negara itu telah menyebabkan kemusnahan dan segala aktiviti tidak dapat dijalankan. Namun dengan berbekalkan prinsip kaizen yang diamalkan oleh setiap masyarakatnya, negara Jepun mampu bangkit dari zaman kejatuhannya dan menjadi sebuah negara yang sangat membangun dari segi ekonomi dan teknologinya..Kini jepun adalah salah sebuah negara yang cukup dihormati oleh semua negara-negara lain akibat daripada perkembangan ekonomi dan teknologinya..

 Carta Aliran


PLAN (rancangan) - Merancang untuk penambah baikkan

DO (lakukan) - Melakukan apa yang telah dirancang

CHECK (periksa) - Memeriksa segala prosuder yang telah dirancang dan dilaksanakan serta memantau  segala prosuder agar berjalan dengan baik.

ACT ( tindak) - Melakukan tindakan yang sepatutnya terhadap ketiga-tiga  langkah tadi supaya tiada  sebarang masalah yang berlaku.

Prinsip ini bukan sahaja untuk diamalkan oleh masyarakat negara Jepun malah prinsip ini juga boleh diamalkan oleh engkorang semua untuk memperbaiki diri ke arah kejayaan. So jangan nak baca sejarah sahaja tapi tak memanfaatkan setiap sejarah. Setiap hari cuba korang perbaiki diri sebanyak 1% untuk yang malas macam aku, esoknya korang akan improve 2%, lusa 3% dan seterusnya. Dalam 100 hari, korang dah dah dapat improve 100%.

Sebagai contoh dalam bidang berblogging ni, korang boleh merancang untuk memperbaiki setiap penulisan. Fikirkan bagaimana cara untuk menarik ramai pembaca dan menambah bilangan followers..Bagaimana untuk menaikkan trafik, bagaimana nak dapat income lebih dari Nuffnang, bagaimana dan bagaimana sehingga mendapat jawapan..Jangan sampai tidur pun nak bagaimana udah la..hehhe..

Ok, tak lawak key..aku sendiri pun masih tercungap-cungap lagi nak cari jawapan. So apekejadahnyerrr aku bagi nasihat sedangkan aku sendiri pun masih belum dapat jawapan. Adalah baiknya jika kita semua menghulurkan sedikit pendapat. Seorang satu pendapat kalau 20 orang maka dah 20 pendapat...*Sesungguhnya aku memang muka tak malu, sudah bertanya soalan bertanyakan jawapan pulak*
Tapi ingat, malu bertanya sesat jalan....weeheeheee...tettt...

Caiyok..caiyok......

Hope entri aku kali ni dapat memberi semangat dan inspirasi untuk korang..kalau dah ader jawapan jangan segan silu atau malas nak bagitau aku..key selamat malam..baii...

p/s: sungguh baik entri aku kali ni..wuhuhu...

Sekian.....


2 comments:

Mizz Aiza said...

terima kasih atas perkongsian.. :D

Gadiss Kecil said...

sama-sama sis :)