Assalamualaikum
Sahabat untuk selamanya, kau dan aku sahabat untuk
selamanya… selama-lamaya..setia…….huhu..eh..eh wah kau fara asal tetiba
bermukadimah dengan lirik lagu sahabat lah pulak? Seb bek kau tak nyanyi, kalau
tak mau pitching lingkup..bak kata ajai, jaga pitching tu…aku penampar juga
budak ni karang..huhu..amboi, suka Nampak aku kena penampar..Dah ko taip aku
baca jer la….eh..eh habis kalau aku taip minah,kau memang bodo, dah bodo kau
bengap pulak…kau suka la yer.. tak menyirap ker darah kau, kalau kebetulan nama
kau pun minah…..wuhuhu..merepek sudah..dah..dah..aku melawak je la
der..putih-pituh melati, merah-merah delima, sape yang baik hati pasti ku
terima…..nah hambik kau lagu tu aku tuju khas buat saper yang baca entri aku ni…
Well, ape itu sahabat baik dan saper itu sahabat baik? Ko
ader tak sahabat yang betul-betul baik, tidur sebantal, makan sepinggan, keluar
bersama, mandi pun bersama? Aiyoo ho..mandi pun nak bersama ke der?..wuhuhu ..Ader
ker tak der?..Konon-konon kalau tak jumpa mau demam sebulan.. hebat sungguh
penangan sahabat baik kalau dah macam tu gamaknya..But betul ker sahabat baik
ni sangat-sangat memahami ko, sanggup buat apa saja untuk ko? Jujur dan ikhlas
dalam setiap apa yang dilakukan untuk ko?
Yes, memang betul dan memang yer bagi sesetengah orang. Sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabat baik, tidak terdetik sedikit pun perasaan cuak, cemburu atau iri hati.. Tapi adakah dia betul-betul memahami ko, kenal diri ko 100%?..
Ketawa bersama, menangis bersama....ahaksss.., sahabat baik la katakan..
Uoll..bagi aku, walau sebaik mana pun dia, walau dia
mengatakan yang dia sangat memahami kita, sangat mengenali diri kita, tapi
untuk diri aku, aku rasa semua itu tidak benar…..dan tidak benar sama sekali
tidak..aper yang korang suka, kadang-kadang korang terpaksa berkorban untuk
sahabat baik. Tak per la, aku ikut jer, mana-mana pun tak per. (dalam hati, aku
tak suka)..tul tak?
Kalau nak bercerita pasal diri ko, kadang-kadang ko terpaksa
lupakan demi menjaga hati sahabat baik sebab dia tak suka dengar cerita ko time
tu, luahan ko, perasaan ko. Kadang-kadang dipotongnya ayat-ayat ko semata-mata
tak nak dengar cerita ko sebab tak kena dengan dia.. betul tak? Alih-alih ko
yang terpaksa dengar cerita dia padahal dalam hati ko tak suka,(kenapa cerita
aku dia tak nak dengar tapi cerita dia aku kena dengar)..porahhh..
Kalau ko sedih..dia betul-betul memahami ker kenapa ko
sedih? Dia Cuma boleh ubah topic, ajak ko buat sesuatu untuk ko hilangkan rasa
sedih…dia cakap dia kenal ko, dia faham ko, tapi dia betul-betul boleh tau ker
isi hati ko?..tak… kan…kadang-kadang aper yang dia cakap lebih menyakitkan hati
ko..tapi ko simpan jer la kan..alih-alih
ko pulak yang jaga hati dia..sahabat baik…tul tak aku cakap?.
Sahabat baik tidak akan kenal sape diri kita yang sebenar,
aper yang ader dalam hati kita, aper yang kita nak,aper yang kita mahu..aper
yang buat kita gembira, aper yang buat kita sedih, aper yang buat kita suka
aper yang buat kita tak suka…ko percaya atau pun tak aper yang aku cakapkan
ni?..yes..memang dia sahabat baik kita, tapi dia tidak akan kenal saper kita
melainkan diri kita sendiri..even ibu bapa kita pun tak kan mengenali dan
mengetahui isi hati kita seratus peratus…inikan pulak sahabat baik..tipu kalau
ko tak pernah terasa hati dengan sahabat baik ko kan?…
Betul ker hari-hari dia ingatkan ko? Bila dia dengan
kawan-kawan dia, dia masih ingat kan ko ker
time tu? Kalau yer aku tabik 150 darjah lah beb…bila dia dengan
kawan-kawan dia, aku rasa ingatan dia terhadap ko dah berbelah bagi, aper lagi
kalau kawan-kawan dia buat dia lebih gembira.bagi kemudahan pada dia, sedangkan
ko langsung tak menyenangkan dia..ingatkah lagi dia pada ko time tu?uhhu..
Percaya tak aku cakap dia akan datang dan ingat ko pada saat dia kesunyian,
tiada teman saat itu. Maka tumpuan dia kan beralih pada ko..betul tak?
Ok..macam ni aper fungsi sahabat baik tu untuk ko? Dan
kenapa ko gelarkan dia sahabat baik? Adakah sebab ko mengenali dia sejak kecil?
Adakah sebab dia berperangai seperti ko? Atau adakah sebab ko selesa dengan
dia, dia selalu tolong ko, dan ko lebih percaya atau suka untuk ceritakan kisah ko pada dia?..
Macam inilah ..kunun-kununnya...
Sahabat baik yang sebenarnya adalah seorang yang bertanggung
jawab, seorang yang kadang-kadang ko tak suka pun, seorang yang ko memang tak
selesa bila bersama dia sebab terlalu banyak nasihat dan tidak terlalu open
atau bersosial. Maka ko tak suka, ko bosan dan ko menyampah bila bersama dia.
Tak tahu berfesyen, kekampungan dan very-very gadis melayu akhir or skema la katakan..Ko
tengok pun sebelah mata jer.. Tapi ko sedar tak sebenarnya orang inilah yang layak digelar sahabat
baik…Dia tak suka ko bersosial, dia suka bagi nasihat yang sangat menyemakkan kepala
hotak ko demi untuk menjaga maruah dan diri ko. Tapi ko tak sedar dan ko tak
tau niat baik dia.Saat ko susah, bila-bila pun dia sentiasa ada… tidak pulak
dia meminta ko menggelarkan dia sebagai sahabat baik. Bila suatu hari dia dah
tak der, maka saat tu la mungkin ko baru terasa dan baru sedar yang dialah
sahabat baik ko..
Sahabat baik tak semestinya yang selalu buat ko gembira,
bersama ko kehulu-kehilir setiap masa..faham ko konon-kononnya. Ingat la beb
pengaruh sahabat baik lebih besar dari sahabat biasa..Jadi cuba ko cari aper
itu erti sahabat baik, dan saper yang layak digelar sahabat baik untuk ko
beb…Carilah seseorang yang betul-betul menyayangi ko dan sanggup untuk membawa
ko ke jannah bersama-sama.. Bukan Cuma untuk dirinya tetapi untuk diri ko juga…
Sejuk mata mak memandang nak....hehhe
Tapi sahabat baik tidak mungkin mengenali diri ko 100% walau
macam mana pun dia. Saper yang betul-betul mengenali diri ko? Jawapan dia
adalah tak lain dan tak bukan diri ko sendiri..Ko tau aper yang ko suka, ko tau
aper yang ko tak suka, ko tau aper yang ko perlukan dan ko tau aper yang ko
perlu lakukan..So tanya la diri ko sendiri..uoll bagi aku sahabat baik Cuma
sekadar teman hidup bukan seorang yang
betul-betul mengenali kita dan tau aper yang kita perlukan..sahabat baik Cuma
membawa pengaruh untuk kita, samada pengaruh buruk atau pengaruh baik.. so
fikirkan yewww…pilih yang terbaik….
Hanya sementara, pilih yang terbaik no.
Ok la der..cukup kot nasihat kak fara ko kali ni…Wuhuhu..macam
tak percaya jer aku yang bagi statement ni wey…hahaha..aper-aper pun,
caiyok—caiyok..*perkataan keramat yang tak boleh aku tinggalkan..hehhe….
p/s: sekadar pandangan peribadi aku, tiada niat untuk
menyakiti sesiapa, maaf kalau ada yang terasa no…...
Sekian.....
1 comment:
Selama ini ku mencari cari
Teman yg sejati buat menemani
perjuangan suci..
Brsyukur pada mu illah
teman yg di cari telah ku temui
Post a Comment