Assalamualaikum
Dulu masa aku buka account blogspot ni, tak de la terniat
pun nak bagi orang baca blog aku, nak kejar followers lagi tak la..siyeas. Aku
private-kan blog aku., baq kat hang. Tujuan aku Cuma nak buang masa taip aper
yang aku rasa nak taip. Ibarat macam personal diary la. Saper pun tak boleh baca..hebaq sangat la aku time
tu. Tapi sememangnya sejak sekolah aku punya tabiat suka menulis aper pun ikut suka hati tok
nenek aku sampai penuh buku latihan sejarah, (sebab apa buku sejarah,
kalau uoll nak tau sebab subjek sejarah adalah subjek yang mengantokkan aku
time sekolah, selalu cikgu hangin je dengan aku.).wahaha..pastu mula beralih
pulak menaip ntah haper-haper kat computer. Kadang-kadang verahngan pun hader,
syok sendiri lagi banyak kau...huhu..
Tapi..damm..nafsu telah menguasai diri..Bila terjah blog
orang, teringin pula nak open my blog. Nak kongsi juga story dengan semua
orang..aper ke salahnyer aku kongsikan dengan semua orang, asalkan yang
baik-baik kan? Sekurang-kurangnya aku tak syok sendiri..hahaha..anyway takut
pun ader sebenarnya, mana la tau kot-kot aku publish entri menyakitkan hati
orang, buat orang tak sukanya macam mana yop? Saper nak jawab? Tak ker aku
sendiri nak kena jawab nak kena tanggung..wuhuhu..tak mau..tak mau…
Dum dam dum dam dok memikior, sekali aku terjah lagi blog
orang..Kali ni bukan sebarang blog..blog femes-femes kot. Baca balik entri
diorang yang terawal, lebih kurang macam aku la juga..buka blog just untuk
suka-suka jew. Tapi aku rasa tu macam jawapan skema jer. Asal tanya
blogger-blogger baru ke lama ker jawapan dia lebih kurang macam tu la kan.. Yang
pasti diorang jer yang tau aper niat diorang yang sebenarnya. Hak tu aku tak
mau masuk campur..Yang penting entri atau cerita diorang best aku baca, aku
follow..ada info menarik aku layan jer yop..hehhe..
Bak kata Anita Sarawak bukan Sabah. Akhirnya…. kini pasti,
kumerasai..cinta nan suci..bahagia pabila ku bersama..oh indahnya…(baca dalam
keadaan menyanyi ner huhu) ...Aku jatuh
cinta pada blog ni, this is my home, my diary and my everything. So aku start
open blog aku ni. Semua benda aku rasa aku nak kongsi dalam ni. Ader readers
atau tak der tu belakang kira. Yang aku tau sekarang ni aku dah jatuh cinta
pada blog ni..Kalau tak tengok blog aku ni seminggu, otak dah tak boleh memikir
benda lain dah..hahaha..Blog penting untuk aku selain makan..Blog dan makan
adalah satu perkara yang sangat penting dan berkait rapat…ibarat kalau aku tak
makan aku kebulur tak boleh buat kerja. Kalau kebulur blog tak boleh nak update
pulak. So saper yang rugi? Korang juga kan sebab tak boleh baca entri aku..hehe
malu pulak, korang suka baca entri aku ker? Wehehe…
Tapi sekarang ni, aku tak tau samada followers aku ikhlas
atau tak follow blog aku ni ha. Aku harap ikhlas la yew. Jangan follow aku
kalau tak suka, karang hampa sakit hati. Aku susah, hampa pun susah.
Jangan-jangan..Kita dah sama-sama besar..Jauhilah sifat sakit hati tu ner..Kalau
ader yang rasa tak puas hati sila tegur..Tegur menegur adalah satu amalan yang
baik..wahhh….gitu pulak..hehhe..
Seperkara lagi ader orang cakap aku ni sombong giler. Nyesal
jer follow kan? Kalau tegur pun jarang nak berjawab kat blog ni ha. Sampai ada
yang cakap jangan sombong sangat.. Aduyai mak oii..car aner den nak xplain ni
ha. Ala omak kawin kan aku..hahaha…ok..tak lawak. Sebenarnya meh sini aku nak
xplain, aku bukan selalu online sangat. Online pun kejap-kejap jer. Bila aku
nak publish entri time tu jer la aku online lama sikit, then kalau ader komen
time tu aku jawab tapi kalau selepas tu aku say sorry kadang-kadang tak jawab
pun. Aku nyer kehidupan sangat busy. So sebab tu la kalau ader yang tinggalkan
jejak kadang-kadang tak berjawab..Tapi
selalunya aku lawat balik blog korang, baca entri korang Cuma
kadang-kadang aku tak tinggalkan jejak walau satu jejak pun..aku tak reply
balik message korang..Tu jer sebenarnyer. Bukanlah aku ni sombong. Korang tau
jer la aku kadang-kadang tak berkesempatan nak online 24jam. Tapi I hope uoll
semua jangan la fedup n judge aku bukan-bukan pulak..teruskan memberi komen dan
tinggalkan jer message korang kat shoutbox tu ha.. InsyaAllah aku akan jengok
blog korang balik…
Jom sama-sama kita support blog masing-masing. Sama-sama
perbaiki. Mana yang rasa tak ok, sila tegur. Sama-sama belajar..hokey…
Yang penting caiyokk..caiyokk… sila peace sekali untuk
keamanan sejagat..wahaha…^_^
Sekian…..
No comments:
Post a Comment