Assalamualaikum
Ramai yang selalu tanya macam mana cara nak khusyuk dalam
solat..Ada yang cakap susah nak khusyuk bila solat. Bila solat jer otak
mesti nak ingat benda-benda lain. Jap lagi lepas solat aku nak makan, ala homework
tak siap lagi la, eh tadi mak suruh aku g rumah cik Milah la, baju tak basuh
lagi la, la hujan la pulak baju di jemuran ngak ambik lagi ni…huhu macam tu
kan..betul tak?.
Bukan nak mengata, tapi seyies aku pun macam tu juga.
Kadang-kadang geram nau, asal aku start solat jer macam-macam benda datang suh
ingat semula. Masa aku tak solat tak der pulak otak aku ni dok memikio satu haper pun..adeh…so aku buat kajian cari
macam mana nak atasi problem ni..aku selak macam-macam buku kot-kot
terjumpa..Aku try tanya kawan-kawan aku, tapi macam tak baper nak ok, so aku
tanya pulak orang luar..last-last aku jumpa la juga akhirnya. Aku dapat dari
seseorang yang bernama Muhammad Luqman
Makhtar. Well ape yang aku tau aku nak kongsikan jugak dengan korang..Meh
kita sama-sama belajar..
Sebenarnya jiwa dan minda kita akan focus kalau kita dalam
keadaan nak kan sesuatu so kita secara tidak langsung akan menumpukan perhatian
kepada pihak yang diharap tu. Macam bercinta la kan, korang harap si dia tu boleh terima korang,
suka korang. Macam tu la juga dengan solat, kalau nak khusyuk korang kena la
berdoa semasa solat supaya korang dapat focus dan doa korang diterima.
Kalau korang nak tau solat tu sendiri sebenarnya adalah doa.
Orang yang sedang menunaikan solat sebenarnya dalam keadaan berharap so kepada siapa lagi korang berharap
kan kalau bukan kepada Allah. Solat sebenarnya bukan sekadar bacaan dan
pergerakkan yang korang kena lakukan. Jangan hanya tau baca dan ikut cara-cara solat jer so
macam mana korang nak khusyuk kalau macam tu? Khusyuk hanya akan lahir dari hati yang faham apa itu solat dan menghayati sebaik-baiknya..ingat tu
Aku pun bukan la pandai sangat tapi cuba juga nak berkongsi
dengan korang supaya kita sama-sama belajar. Rasulullah pun sebenarnya
mengajar kita supaya berdoa dan menghayati setiap doa yang dilafazkan dalam solat. Cuma kita jer yang tak berapa nak
ambik tau. Tapi sebenarnya kita tau pasal ni betul tak? Cuma kita tak
aplikasikan dan buat-buat tak tau jer macam aku ni. Buat endah tak endah jer..
Jadi kalau korang nak tau, sebenarnya ada bebaper tempat
khusus untuk berdoa ketika menunaikan solat. Jom tengok bawah ni..
1) Selepas takbiratulihram sebelum al-Fatihah
2) Ketika membaca al-Fatihah(ayat-ayat dalam surah al-Fatihah
sendiri adalah doa)
3) Dalam rukuk/ketika rukuk
4) Ketika iktidal terutama ketika berlaku musibah umum
5) Dalam sujud/ketika sujud
6) Antara dua sujud(amalkan doa tujuh lafaz iaitu aper yang
korang baca ketika duduk antara dua sujud)
7) Selepas tasyahud sebelum salam..( “Ya Allah, aku mohon
berlindung dengan-Mu daripada azab jahanam.azab kubur,fitnah kehidupan dan
kematian dan kejelikan fitnah Dajjal” ) Riwayat Muslim.
Kalau nak tau betul ker tak, korang try aplikasikan cara ni
yew..Jangan malu-malu..Ni untuk kepentingan korang juga..:)
Serba sedikit tips dan perkongsian untuk korang, kalau ada
salah tolong bagitau yer. Aku ni pun masih budak-budak yang baru nak belajar dalam
bracket budak lagi ker aku ni..wahahaha…
Sekian…..
9 comments:
thanks 4 sharing :)
welcome...:)
selalu gak tak khusyuk dlm solat ni, mcm2 tips dh sy ikut tp stu tips yg buat sy rasa hampir berjya la kan.. :D tips dia, 'ingat ajal tu bila2 masa boleh berlaku'.. btw thnx berkongsi..^_^
welcome..yes betul tu, ajal tu blh berlaku bila2 masa :)
info yang berguna... Tq...
welcome :)
Mhon copy ya?
Jazakallahu khair 4 sharing...it helps a lot...
Jazakalluhu khair 4 sharing...it helps a lot dear..
Post a Comment