Tuesday, June 11, 2013

Kita Tidak Berseorangan Bersedih k!!

Assalamualaikum

Semua orang kalau tengah bersedih atau ditimpa masalah mesti macam-macam soalan yang agak mencabar minda keluar..betul tak? kenapa aku, bukan orang lain? kenapa dia tinggalkan aku? kenapa perempuan tu yang dia pilih? teruk ker aku ni? kenapa markah aku rendah kali ni? kenapa dia pulak yang cikgu pilih? kenapa Allah bagi ujian ni pada aku? Allah tak sayangkan aku ker? kenapa aku dilairkan tanpa bapa? kenapa? kenapa? kenapa? dan kenapa?..betull?? tak payah tipu la..aku tau tak banyak pun sedikit korang macam ni kan?..

Well, sebenarnya engkorang tak pernah keseorangan. Masalah yang engkorang hadapi hanyalah ulangan dari masalah yang pernah dialami oleh orang lain. Semua diorang mampu hadapi masalah dengan tabah, so tak kan engkorang pun tak boleh kan? Tak kan la engkorang hanya nak bersedih, aju soalan yang bukan-bukan tanpa mencari jalan penyelesaian yer dak. 

Semua orang ada masalah cuma setiap masalah tu tak sama dan cara mengatasinya pun tak sama. Tanya la saper pun, jawapan dia tetap sama, saper yang tak pernah ada masalah kan? Kalau engkorang pandai mencari jalan penyelesaian, pandai menyembunyikan masalah tanpa diperlihatkan tindakan atau mimik muka yang engkorang tu tengah bersedih. Ofcosss la saper yang berani cakap yang engkorang ada masalah kan..So orang tak kan judge engkorang ni ada masalah dan sedang bersedih. Mungkin orang disekeliling engkorang pun bertimbun masalah cuma masalah tu tidak diceritakan atau ditunjukkan kepada engkorang. Atau masalah yang engkorang hadapi ni telah dihadapi oleh diorang sebelum ni..

So if engkorang rasa apa yang engkorang hadapi ni sudah cukup dahsyat tapi engkorang tahu tak yang ada orang pernah hadapi lebih dahsyat lagi?. If engkorang rasa masalah engkorang tu cukup besar, tak pernah dialami oleh orang lain, engkorang silap key. Sebenarnya ramai orang yang pernah mengalaminya malah lebih dahsyat lagi kot. Contoh kisah dikhianati suami ada berjuta di seluruh dunia. Kisah ditinggalkan kekasih pun ada berjuta di sana sini. Jarang pulak engkorang dengar diorang semua bunuh diri atau jadi gila disebabkan masalah ini. So tak kan la engkorang pulak yang nak buat benda bodoh macam ni kan. Sepatutnya engkorang cuba selesaikan dan cari jalan penyelesaian yang baik. Cuba buktikan dan bangkit dari besedih bina balik kehidupan dan impian engkorang tu. Buktikan yang engkorang bukan seorang yang lemah.

If dikira semua zaman semenjak kewujudan manusia, engkorang fikir kisah engkorang tu cukup unik sangat ker? Jawapan dia tidak key. Kisah engkorang tu cuma ulang tayang 'filem-filem lama'. Kisah tentang cinta tiga segi, empat segi, kecurangan, suami zalim, isteri curang n bla..bla..bla.......sebenarnya telah ada kot. Cuba engkorang baca novel-novel lama contoh novel shackspear dan hikayat, kisah cinta yang tak senonoh telah lama wujud sejak kewujudan manusia  di muka bumi ni.

So jangan la engkorang fikir yang engkorang jer ada masalah, orang lain tak pernah ada masalah..Engkorang jer bersedih. Orang lain tak bersedih. Sebenarnya kita semua ada masalah dan kita tak pernah keseorangan pun bersedih meghadapi masalah. Setiap orang ada kisah dan cerita dia tersendiri. Masing-masing ada cara dan jalan penyelesaian sendiri. Cuba engkorang kuatkan semangat, ingat Allah, bangkit dari kejatuhan dan bina semula impian engkorang tu...so jangan nak bersedih sangat la..Aku ni lemah sikit kalau tengok orang dok buat muka toya jer...huhu..nak marah tak sampai hati, nak bagi nasihat takut tak boleh terima pulak..so plisss plisss...jangan nak lemah sangat..bangun key..senang cheghita caiyokk..caiyokk...wahaha...

Aku tak lemah, aku mampu bangkit. Wah kau...hukhuk..


Peneman aku, bila down aku cari ni, bila gumbira tak terkira pun aku cari ni, bila nak pujuk owang pun aku cari ni, bila nak nasihatkan owang lagi la..hehhe..

p/s: kalau kita diuji maka Allah sayang kita, sabar ingat tu :)

Sekian.....


4 comments:

Nies alhaQ said...

Yuupp! Kita ada Allah teman kita. Setiap detik, setiap saat dan ketika. La Tahzann. :')

Fara Haanna said...

yer..Allah ada bersama kita

Am_Mir said...

Saya suka ! (y)
kebetulan .. saya pun tgh sedih .. hek2x .. terima kasih .. ayat awak membantu!

Fara Haanna said...

same2..:)hope jgn sedey2 lagi....