Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor
Assalamualaikum…….
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah
mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.
Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu."
Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita
berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak
nak."
Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai
masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan
disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya,
"Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan
hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya
dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang
saya kenal sewaktu bercinta dulu"
Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca
terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak
bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya,
dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and
error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya
kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang.
janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga
perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan
pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu
dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu
beriman kepada Allah dan RasulNYA.
Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih
belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu
dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan
bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan
posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan
seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan
itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.
Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup
yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan
dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan
kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada
pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan
mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari
pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan,
tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu
menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu
baik2.
Aku : Tersedar dari angan-angan sebelum ini…terus terfikir..untuk
stop jer….buka mata luas-luas,perah otak elok-elok dan fikir yang mana baik dan
yang mana buruk… Aku tak nak kehidupan aku penuh dengan air mata selepas
menikmati Cuma sekerat kegembiraan…
Nak ambik berkat..hehhe.mata pun nak tertutup dah..ciann......
p/s: aku copy untuk perkongsian semua...
No comments:
Post a Comment