Assalamualaikum
Dalam entri yang lepas aku ada ceritakan pasal tablet aku yang dah ditukar oleh pihak yang tak
bertanggungjawab semasa membeli…Atas dasar rasa tertipu aku telah mengambil
keputusan untuk bersemuka dengan diorang….
Seingat hati, aku ingin maafkan saja tetapi atas rasa hak
aku telah dicabuli dan memikirkan berapa ramai lagi manusia yang telah ditipu
oleh diorang,hasrat aku untuk maafkan tak menjadi….
Dengan rasa geram sebab ditindas,aku ambil keputusan untuk
bertanya dulu dengan diorang melalui khidmat pesanan ringkas dulu sebelum
bersemuka…
Alhamdulillah ada respon..melalui text sms yang telah aku
hantar menyatakan ketidakpuasan hati aku,diorang meminta aku datang ke kedai
diorang semula untuk sesi kepastian…
Bila dah ada respon macam tu,buat apa nak buang masa
lagi,terus aku ke kedai diorang….tapi kali ni aku pergi dengan rakan aku
merangkap bff aku….Dengan muka yang agak cuak, sekali lagi tablet aku minta
ditinggalkan sekejap.Katanya untuk sesi check mengecheck…
HuHu….ayat power tak keluar lagi tak pe…tak pe….aku
tinggalkan dulu…ikut dulu rentak diorang..Boleh dengar macam-macam alasan yang
diorang bagi..
Bos tak datang lagi,kitorang kena tunggu bos dulu…sesi
bisik-bebisik dengan bff aku bermula..(macam mana ni,apa kita nak buat…kata bff
aku tak per kita tinggalkan dulu,tak payah cakap paper lagi)
Ok..kitorang tinggal dulu….
Bagai rasa hendak ditipu juga,aku biarkan saja kerenah
mereka tu memutar-belitkan cerita…Tak per..tak per..jom kita window shoping
dulu sebelum bersemuka semula….
Bila difikir-fikir mak ai..nak tegakkan kebenaran pun rasa
macam ada halangan besar kot…macam-macam prosedur kena buat…Belum lagi kes
saman menyaman…karang aku saman jer ikutkan hati…
Tapi tak per kita tengok dulu apa yang diorang akan cakap
selepas ni…Now kita shooping dulu….wahala….suka…suka…(mood sakit hati pun boleh
bersuka ria lagi konon) dalam hati geram tahap mau jer aku bakar kedai tu…
Sebenarnya aku tak shooping pun teman orang jer shooping…cheqhita
jer lebih…ah mood shooping pun sudah hilang kalau begini caranya….tapi tetap
maintain happy..happy sokmo..
Mac D sudah,shooping sudah so….tunggu apa lagi…yang tinggal
sekarang time untuk jumpa diorang..diorang tu…huh….tak suka..tak suka….
Tapi apa boleh buat kau tak suka ker,kau suka ker..kau kena
juga ngadap diorang..
Macam mana tablet saya…oh kak..kitorang tak boleh buat paper
la kak..kena tgu bos…
Cis kali ni tak boleh biar..Sampai bila kena tunggu..nak
tunggu 2hari, 3hari,sebulan? Banyak cantik..saya beli nak guna bukan nak tunggu
bos korang la..nak itu la,nak ini la..Nak hantar waranti sampai bila? 3bulan
lagi?
Tak per senang cerita kita pergi tribunal saja..kat situ 3
hari kita dah boleh settle.. Saya dapat hak saya u all kena bayar belipat ganda
kot…
HuHu…nasib baik ada my bff,kekuatan tu rasa lagi
bertambah-tambah…dan ditambah dengan sesi ajar mengajar oleh my bff kepada
diorang..
Macam-macam cheqhita diorang buat….ada yang dah tak berani
nak bersemuka pun ada…Tu la orang buat salah kita boleh tau…lain kali tak payah
nak aniaya orang..apa ingat aku ni pompuan,lembut (konon) ingat aku tak
berani..Ingat aku nak biar je…hoohooohoooo sory la my fren…..itu bukan aku
kot..
Aku beli bukan seringgit dua..so aku nak dapat yang terbaik
juga…
Dapat lihat kat situ dua orang staff tengah bincang-bingcang
dan yang sorang lagi tengah borak2 dengan kitorang supaya tak nampak kesilapan
diorang..
Dalam beberapa minit..ok la kak,kita tukar satu yang baru..
Hah..puas hati aku dengar…tau pun korang nak buat
keputusan,tak payah nak tunggu bos pulak..
Kali ni baru nak berlembut,mengalah…”Kita tau ma kalau kita
tak settle u all mesti blacklist nama kedai kitorang..U all mesti bagitau satu Malaysia..semua
orang boleh tau..Nama kedai kitorang boleh tercemar dan lepas ni tentu kitorang
tak der customer”…kata salah sorang dari mereka
Hah tau pun…sebab ni bukan salah aku..korang yang cari
masalah ambik la balik masalah tu kat korang..
Baru cakap bab Tribunal Tuntutan Pengguna…settle semua
masaalah…
Kat situ kita boleh tau siapa yang salah…betul tak??
Sebagai pengguna kita
ada hak ok…Kalau korang rasa tertipu dan ditipu korang boleh ke Tribunal Tuntutan
Pengguna untuk settlekan semua masalah korang..
Apa Itu Tribunal
Tuntutan Pengguna
1.1
Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan
yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan
Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999’
1.2
Tribunal Tuntutan Pengguna adalah merupakan
sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna
yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan
Pengguna 1999.
1.3
Penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna adalah
bertujuan untuk memberi satu saluran atau kemudahan alternatif selain daripada
Mahkamah untuk seorang pengguna mendapatkan gantirugi dan pampasan yang
sewajarnya daripada seorang pembekal atau pengilang dengan prosedur yang mudah,
murah dan cepat. Dengan ini diharapkan pengguna akan menggunakan perkhidmatan
Tribunal Tuntutan Pengguna sepenuhnya untuk melindungi hak dan kepentingan
mereka sebagai pengguna.
So dengan adanya Tribunal Tuntutan Pengguna ni, masaalah
kita sebagai pengguna dapat diselesaikan dengan cepat dan menggunakan kos yang
sangat murah..Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati di Portal Tribunal Tuntutan Pengguna k..
Terima kasih sangat-sangat kepada my bff (Lang Anne) dan
Tribunal Tuntutan Pengguna..Dengan namanya saja aku dah dapat selesaikan
masaalah dan dapat satu tablet baru…..huh…serik-serik…
Sebagai peringatan juga sebagai pengguna korang janganlah
pulak menggunakan nama Tribunal Tuntutan Pengguna dengan sewenang-wenangnya
atas kesalahan korang sendiri k…Ini untuk pengguna yang betul-betul ditindas
dan ditipu sahaja…
p/s: nama kedai tak dapat disebutkan untuk menjaga
kepentingan mereka juga..
Sekian…..
No comments:
Post a Comment