Wednesday, April 24, 2013

Sesi Menanggalkan Blackheads......

 Assalamualaikum


Kali ni aku tak nak taip entri  panjang berjela..aku cuma nak kongsikan sedikit sahaja….Alang-alang dah tak der keje,sambil dok belek muka aku yang makin cun ni…lebih baik aku buat jer entri berkaitan apa yang tengah aku buat sekarang ni..*hehehe cun tau*

Ko nak tau aper aku tengah buat sekarang?? Dah tanya nak tau la kan? nak kena cakap sekali lagi ker..tak perlu kot sebab dah sah-sah kat atas tu.Tengok betul-betul kat tajuk, aku dah siap tulis dah…so faham-faham lah yer..hehhe..

Malam ni entah macam mana aku diberi kekuatan dan semangat sebelum tidur nak  buang blackheads kat hidung haku ni..Bukan senang tau aku diberi kekuatan dan semangat macam ni..maybe sebulan sekali pun susah..wakaka..teruknya.aala ko tau jer la kan bila dah penat malas lagi dah aku nak buat semua benda alah ni..

Tapi syukur sebab malam ni aku mendapat kekuatan yang maksima untuk meremove semua blackhead kat hidung aku ni...Untuk pengatahuan ko, aku tak guna produk yang mahal pun just guna Biore nyer produk jer (Biore Cleansing Strip Pore Pack).Produk ini berasal dari Negara matahari terbit iaitu Jepun,dan aku pasti ramai yang tahu,betul tak?

Produk ini boleh didapati dalam 2 jenis iaitu Biore Pore Pack Black dan Biore Pore Pack Regular. Aku pilih Pore Pack Black macam gambar kat bawah ni sebab aku rasa lebih ok..


Mengandungi 10Strip dalam 1 kotak yang beharga RM11.90


Biore Pore Pack Black yang aku guna ni di formulakan dari extract Hazel dan mempunyai astringent yang dapat mengeluarkan blackheads dan sebum yang tersumbat di ruang roma pada hidung .
So nak lihat hasilnya ko boleh tengok gambar kat bawah ni.


 Sebelum menggunakan Biore Cleansing Strip Pore Pack

Sesi memakai strip dan terpaksa berehat dulu sambil menunggu 10minit untuk menanggalkan strip ;)

Strip ditanggalkan dan Nyah kau jauh-jauh wahai Blackheads ku..hehhe..



Tadaaaaaaa....

Dan inilah hasilnya sekarang selepas menggunakan Biore Cleansing Strip Pore Pack selama bebape bulan


Jadi kalau nak hidung yang cun macam aku* hehe tak perlu belanja mahal-mahal gunalah Biore Cleansing Strip Pore Pack k..Biasa la haku ni simple jer so produk yang aku guna pun simple-simple jer..

Ok kawan-kawan..setakat ini dulu,senyum semua *_*...wah cun sangat...hehhe..

p/s: kalau nak boleh cuba ,kalau tak nak abaikan jer just baca jerk entri aku.
Sekian…..

2 comments:

Anonymous said...

U ni cantik la fara...betul 2 fara guna produk yang biasa-biasa saja pun i rasa dah ok..

Fara Haanna said...

Yer sis produk y biasa jer pun dah ok kalau kena dengan kita.