Sunday, April 28, 2013

Kau Teristimewa :):)


 Assalamualaikum

Adakah kamu-kamu semua berbangga menjadi seorang perempuan?? Silalah jawab kalau kamu adalah seorang perempuan dan bukan lelaki…*yang lelaki tolong jangan jawab kalau rasa diri seorang lelaki tulen* hehhe..

Kali ni aku nak kongsikan serba sedikit fakta mengenai perempuan.Melalui pembacaan aku tempoh hari terasa diri kurang baik jika aku tidak berkongsi dengan kamu semua sebagai pembaca blog haku..terlebih dahulu aku ucapkan terima kasih kerana membaca blog haku yang usang lagi menarik ni,wakaka… menarik kau..*apa nak termuntah dengar?? Huhu...

Sebenarnya sengaja aku panjangkan sedikit mukadimah hari ini kerana aku ingin mensuspenkan kamu semua wahai kaum perempuan..aku tahu semua tengah tertanya-tanya dan sekarang aku akan kongsikan satu persatu tentang fakta mengenai perempuan..

Sebagai seorang perempuan kamu semua harus bergembira dan menghargai diri sendiri..Macam mana pun rupa kamu,susuk tubuh kamu,kehidupan kamu sebagai seorang perempuan kamu harus berbangga.sebab ape aku cakap begitu kerana seorang perempuan mempunyai kelebihan dalam banyak  aspek. Jangan kamu semua ingat lelaki sahaja yang mempunyai kelebihan malah kelebihan perempuan jauh menandingi  kaum lelaki..Betul ker?.

Yer, aku tak nafikan kudrat dan tenaga seorang lelaki mana mungkin mampu ditandingi oleh seorang perempuan tapi Allah s.w.t telah mengatur segala-galanya dan Dia yang lebih mengetahui..betapa mulianya dan tabahnya  seorang perempuan .Tidak semua kerja yang dilakukan oleh perempuan mampu dilakukan oleh lelaki walaupun tanpa fizikal dan tenaga seperti lelaki.

Wahai kaum lelaki jangan sesekali kamu menghina dan merendahkan seorang perempuan tanpa sebab kerana kamu sendiri pun dilahirkan dari rahim seorang perempuan.Dan kepada kamu wahai perempuan pernahkah kamu merasa rendah diri dan benci dilahirkan sebagai seorang perempuan??.Pernahkah kamu terfikir untuk menjadi seorang lelaki kerana bagi kamu lelaki jauh lebih bagus dari perempuan.Kalau soalan yang aku tanya ini pernah ada dan pernah terdetik didalam fikiran kamu,aku nasihatkan cubalah berubah dan buanglah jauh-jauh ape yang pernah terdetik di fikiran kamu itu.

Untuk pengetahuan kamu wahai kaum perempuan betapa Allah SWT mengasihi kamu tanpa kamu sedari..Cuba baca fakta dibawah ini untuk membuktikan betapa kamu begitu bertuah dan begitu mulia disisi Allah SWT wahai kaum perempuan.

Doa Seorang Perempuan Lebih Makbul
Tahukah kamu doa seorang perempuan lebih makbul dari seorang lelaki?? Sifat penyayang yang ada pada perempuan  membuatkan doanya lebih makbul dibandingkan dengan lelaki.Rasulullah SAW pernah berkata “ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Mampu Mengandung
Soalan aku sekarang adakah seorang lelaki boleh mengandung? Jawapannya tidak kan?. Hanya perempuan Allah kurniakan Rahim untuk mengandung dan membesarkan janin di dalam perutnya. Perempuan yang mempunyai ramai anak adalah perempuan yang mulia kerana menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad SAW.

Dijanjikan Syurga
Barang siapa yang mempunya 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan dan bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa dan tanggungjawab maka syurgalah untuk dia.

Dahulukan Anak Perempuan
Sesiapa yang menyukakan anak perempuan pula seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s. Dan begitu mulianya seorang perempuan sehingga setiap apa pun perkara yang dilakukan hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki dan pahala juga untuk mereka bagi kaum perempuan yang memberi hadiah,makanan untuk keluarganya.

Gembirakan Anak Perempuan
Aku sangat tertarik dengan fakta ini. Sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takutkan Allah SWT.Orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka untuk tubuhnya.

Penghalang Api Neraka
Daripada Aisyah r.a “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, dan berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka”

Tinggi Darjat
Untuk pengetahuan kamu semua darjat seorang  perempuan solehah aka baik itu lebih daripada 70 orang lelaki soleh.Seorang perempuan solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.Allah SWT letakkan darjat seorang perempuan jauh menandingi lelaki.

Pahala Kerja Rumah
Wahai kamu kaum perempuan semua aku nasihatkan selepas ini rajin-rajinlah melakukan kerja rumah tetapi lakukanlah  dengan ikhlas kerana perempuan yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.Perempuan yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.Perempuan yang memerah susu binatang dengan “BIsmillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.Terlalu mudah untuk seorang perempuan mendapat pahala.

Syurga
Yang ini aku rasa tak perlu aku huraikan banyak sebab semua orang tahu bahawa syurga itu sesungguhnya dibawah tapak kaki seorang ibu.

Memakai Purdah
Dan akhir sekali, semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi sesiapa yang memakai purdah secara istiqamah iaitu berterusan maka  Allah sendiri akan datang kepadanya untuk diperlihatkan wajah-Nya.


Jadi melalui fakta-fakta diatas adakah kamu semua wahai kaum perempuan masih mempunyai perasaan rendah diri dan tidak bertuah berbanding lelaki?? Tepuk dada tanya selera..Semuanya dah aku kongsikan diatas.Masing-masing mempunyai hak dan pendapat masing-masing.so pandai-pandailah berfikir..

Nasihat aku ,jadilah seorang yang tahu bersyukur  dan berbanggalah kerana kamu seorang perempuan.Dan yang lelaki  jangan  tetiba pulak  rasa nak jadi perempuan kerana rasa iri hati dan cemburu dengan fakta diatas.. …dush…aku tumbuk sekali  kalau ko ade perasaan macam ni.*berlagak ganas sikit.hahaha…

Masing-masing ada kelebihan dan tugas masing-masing di dunia ni. Allah SWT dah mengaturkan semuanya .Perempuan atau lelaki, kita mempunyai kelebihan tersendiri dan saling memerlukan untuk  saling melengkapi .wakaka…*bajet terbaiknyer nasihat.. 

Ok  dah setakat ini dulu, Jika berkesempatan akan haku sambung lagi di entri seterusnya mengenai seorang perempuan hokey?..Lastly senyumlah kalau kamu seorang perempun.hehhe.. - _-

p/s: Entri ini sempena menyambut Hari Ibu dan menghargai jasa ibu..Hari-hari adalah hari ibu, Selamat Hari IBu untuk semua Ibu di Malaysia dan di seluruh dunia.

Sekian…..

No comments: