Sunday, April 21, 2013

1st Time Merempit


 Assalamualaikum

Wakakaaa…..ko gelak dulu sebelum baca entri ni. Aku nak habaq mai kat hampa, ni lah 1st time aku merempit kot.tapi bukan sorang but berdua..berdua kan lebih baik bak kata saper yek? Entahlah, bedal je la..Tapi aku nak cerita ni korang jangan terkezut pulak…ceritanya bukan aku yang merempit tapi aku hanya membonceng di belakang sahaja..senang citer penumpang saja bukan pemandu….hehehe…kecoh jer kan nak bagitau siap bagitau kat dalam blog lagi kan..pe hal???...

Pe hal ke ta dak hal ker wa tarak kisah yang wa kisah wa mau citer sama lu orang ma…dulu kalau dengar merempit jer takut bebenor tambah-tambah nak menunggang motosikal..memang tak la,ko bagi aku seribu pun aku tak nak..Dari elok-elok dok hidup silap-silap terbang jer nyawa aku ni..huh..tak mau-tak mau…

Jangan kata nak tunggang motor nak membonceng kat belakang pun kalau tak kena orang memang aku tak naik la..takut wei..ko tau tak kalau jatuh tu sakit kot..serik-serik… sebab apa? Sebab aku dah pernah jatuh motor dulu sampai sebulan aku tak pergi sekolah..Usah kan nak pergi sekolah nak berjalan pun tak boleh..Dah tu aku terpaksa bertatih untuk jalan balik, dah macam budak umur  setahun belajar jalan..Terpaksa buat treatment balik untuk pulih dan jalan macam biasa..sampaikan dah boleh jalan pun kaki aku still rasa sakit.Masa baru-baru tu aku tak boleh jalan banyak sebab kaki aku akan rasa sakit..Jalan pun ibarat arnab berlawan dengan kura-kura dan akhirnya kura-kura juga yang menang.Tapi lain citernyer pulak dengan aku,macam kura-kura berjalan  tapi kalah juga sudahnya..hehhe..pening tak baca ayat aku..Tak per dengan baca ayat-ayat aku ni confirm dapat mencabar minda korang kan..hahaha..

Oppsss…sory,sory aku nak citer bab merempit bukan bab aku xcident..dah tersasar tajuk ni. Nak dijadikan cerita semalam aku keluar dengan kawan aku Anne..hari minggu la katakan..Kami nak penuhi aktiviti kami dengan benda yang berfaedah iaitu merempit…hahaha..berfaedah la sangat. Ko tau kawan aku tu baru jer dapat lesen motor bukan lesen kereta yer sebab tu kami merempit.Ni la 1st time aku merempit..Kami merempit dengan motor k, x main la skuter-skuter.Ex5 lagi sob…..dah macam betul-betul minah rempit dah aku rasa..

Mula-mula kami merempit ke Kuala Perlis..oiii la kawan-kawan aku nak habag mai memang syok time tu..Dah la Perlis tu jalan dia memang lengang la hari-hari minggu ni..memang best la nak merempit..Macam-macam aksi wekang ker wili ker semua boleh buat..Nak tidur atas jalan pun boleh juga tapi tu memang nak cari nahass.hahaha..punya la lengang jalan kat sini..

Betul tak,lengangkan jalan kat sini?

Yang bestnyer…mula-mula kawan aku ni penakut sikit nak bawa motor sebabnya yer la orang baru dapat lesen motor dah tu sebelum ni tak pernah tunggang motor pulak tu.Takut siot,macam aku cakap la kalau jatuh sakit.Tapi diatas keinginan yang meluap-luap dia telah mencabar diri dia untuk menunggang motor sambil aku sebagai pembonceng di belakang....Yang peliknya aku tak der rasa takut, dia pulak yang gelabah..Tapi ………….ko nak tau mulut jer cakap takut tapi bila bawa motor laju giler..bagus,-bagus…hahaha..

 Merempit tengah-tengah panas terik,tangan pun dah gelap
 
Dah sampai kat Kuala Perlis kitorang melepak di gerai makan family kawan kitorang sampai baper jam..Tak terasa..ko tau sebab apa, sebab ramai giler budak UnimaP specially boy dok beli makan kat situ..Hah tu kan dah satu bonus dapat cuci mata…wakaka….jahat betul kan aku ni..gurau jer..bejuta orang datang pun kitorang buat tak tau jer..kitorang kat situ lama sebab dok melayan kerenah adik kepada kawan kitorang ni Ashiff. Ashiff ni mulut dia potpet-potpet..jenuh melayan..lepas satu bab satu bab.Tapi best la juga kalau ada adik macam tu.Aku pulak jenis tak suka budak-budak yang slow down sikit..hehhe…tanya sepatah jawab sepatah memang bosan la.. 

Dalam dok melayan Ashiff dok pokpet,kitorang dapat makan free…huhu..saper yang tak suka kan…Family Ashraf kawan kitorang ni belanja kitorang makan kat gerai diorang..memang best,sedap siot mak si Ashraf dengan Ashiff yang masak..Kitorang makan nasi kuning,orang panggil nasi aper yer,tak tau la..tapi tak berminyak,ditambah dengan lauk ayam madu dan kuah daging masak itam…huh sedapnya…Kalau nak tau semua  lauk pauk yang ada kat gerai diorang dimasak sendiri oleh mak Ashraf dan Ashiff. Kul4 pagi dah bangun masak tanpa dibantu oleh sesiapa pun..Bayangkan la banyak giler kot lauk pauk yang nak kena masak..tapi semuanya sedap-sedap..Tabik la kat mak cik memang power..

Selesai jer makan,kitorang pun beredar ke rumah Ashraf sebab nak pergi merempit lepas tu..Tapi sebelum tu terima kasih yer pak cik,mak cik bagi kitorang makan free…kalau boleh bagi la lagi..hehhe.*melampau*…
Dah sampai jer rumah Ashraf,kitorang tunggu Ashraf bersiap-siap dan lepas tu kitorang terus jer pergi ke Arau..aper motif kitorang g ke sana pun tak tau la..Tapi yang pasti untuk merempit.Sebelum ni kalau nak merendek pun naik kereta.Tak pernah la lagi pergi ke Perlis ni naik motor.Bila dah naik motor ni rasa macam best la pulak..Tu la asyik nak naik kereta jer cer naik motor pulak lagi best.Tapi sebelum tu Ashraf dah pesan suh pakai spf 100 takut gelap..lawak la Ashraf ni,ko tak tau kitorang ni tak pernah kisah ke gelap..haha..yang penting happy…# jap-jap terfikir ader ker spf 100#...wakaka..jawapan dia tak der..saper tertipu ketuk kepala sekali..Kalau korang tipu pun aku tak nampak…suka hati la..

 Highway ke Arau

Dah sampai Arau tak tau nak pergi mana,kitorang melepak kat CMart..jalan-jalan, yang lawaknya sempat shooping lagi tu..Kater merempit aper class siap shooping-shooping bagai ni..X ganas langsung. Tapi tu la lumrahnya perempuan..ker kitorang jek???..terfikir sekejap…ah..lantak la..Masa dok window-window shooping kat sini,ko nak tau terjojol bijik mata kami sebab terjumpa Datuk Siti..hah best tak best…siap g peluk-peluk lagi..hahaha…ko ader? Tak der kan???....best giler tapi sebenarnya aku tipu jer.hahahaha..propa sikit..

Bijik mata kami terjojol sebab harga barang-barang,pakaian bagai semuanya murah siot..Mana nak cari kat tempat lain..Kat Alor Setar pun tak der semurah tu..RM18 dah boleh dapat satu baju.Cantik giler pulak tu..macam mahal tapi realitinya sangat la murah..Mananya kitorang tak rembat sehelai dua..Nasib la kau Ashraf terpaksa tunggu kitorang..

Dari Arau kitorang terus pulak ke Kangar ibu Negeri Perlis..Tujuan kitorang ke Kangar sebab nak makan bihun sup yang harganya RM2 jer..Sekali lagi RM2 jer..ada ker  harga macam tu zaman sekarang ni?. Tapi kat Perlis kitorang dan semua orang boleh dapat..Sedap pulak tu..gerai bihun sup ni terletak besebelahan dengan The Store..Tapi sayangnya bila sampai jer,tengok-tengok gerainya tak dibuka pulak..Hampa seribu kali hampa..Mungkin hari minggu ditutup kot…kempunan la kitorang.Lepas tu kitorang pun malas nak makan kat mana-mana lagi terus jer balik ke rumah masing-masing..teramat la penat tapi best..

Begitu la kisahnya bila perempuan merempit tetap ada keayuannya..hahaha…sebelum tu aku nak bagi penghargaan kepada kawan aku Anne sebab ajak aku merempit  kalau tak memang sampai bila-bila la aku tak rasa suasana merempit macam tu..Untuk Ashraf terima kasih juga sebab teman kitorang.Dan akhir sekali untuk Family Ashraf sebab layan kitorang dengan baik,siap dapat makan free lagi..Terima kasih semua..Ashiff,akak happy dengan gelagat Ashiff…peace no war with Ashraf..hahaha..

Setakat ini dulu, senyum untuk entri ini *_* hehehe. Entri kali ni memang panjang berjela sebab kexcitedtan nak bercerita..

Sekian…..

5 comments:

ANNE said...

Alamdulilah, sume selamat d sejahtera. akhir kita @ anne berjaya keluar dr kepompong ketakutan utk menunggang motosikal. dgn izin ALLAH. berkat doa sume. anne mampu bt d cabar diri. tq my mak ayh. sahabat_sahabat selamanya. syukur ke hadrat ALLAH.

Anonymous said...

Ashiff *

Anonymous said...

mcm kenai ja, penunggang di depan tu. hahaha. jom p qamai2 melawat perlis indera kayangan. syok perlis dan sukak perlis sgt2

Fara Haanna said...

yer ker kenal?...hehe tq semua..Perlis memang best.

Anonymous said...

Ya negeri perlis memang best walaupun kecil.