Assalamualaikum
Selamat pagi dan salam jumaat..Pagi-pagi ni muka semua mesti
cun kan? Hehhe..orang cakap kalau nak tengok muka cantik ker tak, tengok muka
dia waktu pagi waktu dia bangun tido..betul ker?? Ko dah ker tengok muka
ko,kalau belum cepat-cepat pergi tengok..sure cantik kalau tak cantik juga
maknanya teori ni memang salah la..
Jap..jap aku rasa teori ni betul..sebab bila bangun jer
pepagi buta,aku try ngadap kat depan cermin…fuh…cantik wei kulit waktu bangun
tido..aku tak tipu..betul memang betul..teserlah kecantikan tu.Kulit muka nampak
lembab jer,bersih + mata yang kuyu-kuyu lagi tu..huh..series cantik..
Apa??.. tak cantik..wakaka..kulit ko tak cantik ker memang
ko tak cantik..uwipp…hehe gurau jer jangan marah..Aku jual karang..Dulu-dulu
aku memang seorang yang pemalas bab-bab nak jaga muka ni.Bukan jer dulu
sekarang pun sama.Tapi sikit berubah la..kalau dulu harap cuci muka
jer..penyegar ker,pelembab ker memang tak la..Kalau beli pun tak luak-luak
sampai xpired..last-last campak kat tong sampah jer..Memang aku tak malu nak
cakap aku memang pemalas sesangat..Aku tak suka bab-bab nak belai-belai kulit
muka ni.Kalau cuci muka pun aku ganyah jer serupa cuci pinggan.Tak dernyer nak
belai-belai..
Tapi semenjak dua menjak ni, aku sudah diberi hidayah
wei..tu pun sebab banyak terbaca bab-bab penjagaan muka ni..Ramai yang cakap
penting sangat. Terutama 3 step utama tu..(mencuci,menyegar dan melembab)
Sebab aper aku cakap penting? Jawapan dia 3 step tu la yang
akan buat kulit ko jadi cantik. Oiii.. cantiknya kulit makcik ni.nah ambik ko
mak cik tu bukannya remaja ke anak dara.. Mak cik pakai aper yer kulit muka
makcik cantik sangat..Mak cik tak pakai ape-ape pun dari dulu sampai sekarang
mak cik Cuma amalkan 3 asas penjagaan muka..huh terkedu aku dengar. Kalau nak
dibandingkan kulit muka mak cik tu dengan aku memang berbeza sangat sebab aku
masih muda..hahaha..gurau jer tak la.Kulit muka aku tersangat la kering,
berminyak dan banyak ton…
So semenjak tu aku mula percaya yang 3 step asas ni amatlah
penting..aku kaji-kaji,nilai-nilai yess jawapan dia memang yer. Dulu aku tak
suka nak pakai toner,krim bagai..terutama krim yang colour putih.Anti sungguh
aku sebab aku andaikan krim tu Cuma boleh buat kulit aku berminyak dan
mengeluarkan peluh berlebihan jer.Padahal tak pakai pun kulit aku berminyak
kot.
Akhirnya aku mengalah tapi tak kalah la lagi. Aku selongkar
punya selongkar tanya pendapat orang jawapan dia tetap sama. Dan start tu wei….aku
dah mula amalkan 3 step ni. Mencuci,menyegar dan melembab..series aku cakap
kulit aku semakin baik,tak rasakering lagi,lembab dan kurang berminyak..
Kulit yang berminyak mungkin disebabkan liang pori
tersumbat,kulit yang terdedah secara terus pada sinaran matahari pula boleh
menyebabkan kekeringan dan menyebabkan ada 2 ton terutamanya yang pakai tudung
betul tak? Sebab tu la bila seharian kat luar dan terdedah pula pada cahaya
matahari kulit kita mudah mengalami banyak masalah kalau tak dijaga
betul-betul.Bila balik rumah pulak abaikan jer nak cuci muka,nak letak
pelembab,penyegar macam aku.Kadang-kadang terus tidur tanpa mencuci muka.Mana
tak tersumbatnya liang-liang kulit ko.silap-silap jerawat pun tak segan silu muncul..
Kalau amalkan 3 step asas ni inshaAllah kulit akan sihat.Tak
perlu produk yang mahal-mahal pun.Kalau ko pakai Produk yang RM10 jer pun kalau
kena dengan ko,pandai jaga tetap cantik. Kalau ko pakai produk beratus-ratus
pun kalau ko malas nak jaga muka ko,still sama juga muka ko tetap ada
masalah..Aku memang setuju pendapat aku yang ni. Dah pendapat ko memang la ko
setuju kan??.Tak…. aku setuju bukan sebab teori tapi sebab praktikal.Aku dah
alami,dah try dan dah praktikkan pun. Memang yer,aku pakai produk yang murah
jer wei..Nano White bagi aku memang
cukup baik.
produk pilihan aku
Nano white adalah set penjagaan wajah yang di formulakan
dari Jepun. Datang dari sumber semula jadi..Dan yang penting Halal..Tak der
bahan kimia yang berlebihan macam sesetengah produk.Harga dia pun berbaloi
sesuai dan mampu dipakai oleh sesiapa saja. Ok dah..macam sesi promosi produk
pula..Aku Cuma suggest kalau sesiapa yang nak try boleh jer..Tak pun korang
memang pakai produk yang mahal-mahal jer kan.tak kisah la.
Jadi semenjak aku tekankan bab 3 step ni Alhamdulillah kulit
muka aku semakin baik..kalau dulu aku tak kisah sekarang memang aku
kisah.sayang kot kulit muka..kalau tak jaga betul-betul karang kulit Nampak tua
dari usia..
3 step asas
penjagaan kulit muka
Step 1 : mencuci = menghilangkan kesan kotoran dan sisa-sisa yang
melekat di kulit
Step 2 : menyegar = berfungsi menutup liang-liang pori yang
terbuka setelah dicuci disamping memberi keselesaan pada kulit
Step 3 : melembab = memberi kelembapan kepada kulit akibat
kekeringan setelah dicuci dan aktiviti seharian
So memang patut diamalkan 3 step ini,kalau tak penting
kenapa setiap produk akan menghasilkan pencuci,penyegar dan pelembab.tentu ada
sebab dia kan?.Dan ini adalah asas yang utama dalam setiap produk.betul tak?? Fikirkan
dan pandai-pandailah tafsir..
Setakat ni jer boleh aku kongsi sebab aku pun bukan pandai
sangat dan bukan pakar kecantikan pun.Tapi aku kongsi berdasarkan pengalaman
aku. Yang mengalami masalah kulit muka tu try la amalkan 3 step penting ni yer.
Yang penting peace untuk keamanan ^_^ yey……………………..
p/s: kalau nak cantik jangan lupa amalkan 3 step asas
mencuci, menyegar, dan melembab k..
Sekian…..
2 comments:
inshaAllah...amin...:)
Post a Comment