Monday, April 08, 2013

Kebosanan Melanda Diri Aku...


 Assalamualaikum

Haish aaish….aku memang paling-paling benci bila aku mula berada dalam situasi bosan..Memang aku pantang sebelum bersalin lagi..Aku memang tak suka sebab kalau aku dah ader perasaan bosan tu maka segala apa yang aku buat pun serba tak kena..

Tido..zzzzzzzzzzzzzzzzz….konon tapi hareeeem but masih halal lagi..hehe…tak juga-juga mata aku ni terpejam..Ingat hati bila berangan sampai ke puncak awan sana tu aku akan lali dan terus tido tapi..tak juga..adoi mak…mula la aku nak start merapu sorang-sorang mula la aku nak cari benda yang boleh aku buat topic…Hai silap-silap aku tambahkan dosa aku..alahai tak mau….tak mau…ampun..ampun..* cis padahal bejuta kali dah aku buat* dusta semata-mata …wekk….

Setiap kali aku ada perasaan bosan saja,cuba nak buka laptop nak ngadap fesebook..Bila dah buka ko tau jer la kan…menepek sampai tak ingat dunia..silap-silap sampai esok pagi pun aku dok menepek lagi..Langsung menjahanamkan masa yang berkualiti aku..stalk macam-macam orang.. bebel sorang-sorang,gelak sorang-sorang bila baca status orang..Gitu gamaknya no perangai aku..memang tak senonoh…Yang pastinya aku rasa aku lebih gila time tu nak dibangdingkan dengan orang gila…Apasalahnya kalau aku pi ambik wudhuk buat solat sunat ker..dapat tambah pahala juga, ni tak…

 cenggini la gamaknya rupa aku tgh FB

Tapi tu dulu la..sejak aku dah insaf ni,dah sedar la konon-konon aku dah malas lagi nak layan fesebook-fesebook tu semua..jarang la sangat aku nak ngadap skrin laptop tu sampai terjojol bijik mata macam sebelum ni…Tapi tahap nak tinggalkan tu semestinya tak..hehehe..insaf la sangat..ko percaya la cakap aku ni…padahal setiap kali online mesti nampak jer aku dok menepek kat fesebook yer tak?

Tapi seriusli aku dah tak macam dulu,tahap kexcitedtan aku dah makin pudar..gamaknya aku dah tua kot tak pun aku mula start bosan..Aku mahukan benda lain pulak..maybe..huhu..

Yang menjadi kemusykilan aku,bila bosan apa yang perlu aku buat?..sebab semua benda aku rasa bosan..ish..ish..ada juga kan manusia macam aku..

Ni pun dah menjadi satu masaalah bagi aku,belum lagi masalah negara…(Nampak sangat aku ni lembab,kecik masalah pun tak boleh handle).Orang lain kalau dah bosan keluar jer la g jalan-jalan ,tapi aku tak..faham-fahamlah aku ni manusia dari sepsis alien workshop..so aku nak dok rumah jer la,tak mau pi mana-mana..konon-konon ala ala gadis melayu gitu..Kalau saper nak buat bini ker nak buat menantu ker memang pilihan yang terbaik..*offer diri* kekwat betoi…dah

Tu masa tak mau keluar cer masa aku nak keluar….selagi tak malam buta jangan harap nak nampak batang hidung aku kat rumah…

 Cer bosan,aku g riadah cenggini..dapat gak faedah..ni tak asyik memikio aper nak buat.

Ok..ok..balik pada tajuk ..Aper motif aku taip entri ni ek? ….Apa la kaitan bosan dengan apa yang aku cerita ni aku pun tak tau..

Yang pasti inilah dinamakan bosan..buat apa pun macam tak der motif….Nak delete aku dah malas sebab dah berjela dah aku taip…senang ceghita korang baca je la yer….

p/s: tak tau nak taip paper haku men bedal jer….bosan teramat…

Sekian…..

2 comments:

Anonymous said...

kebosanan yg melanda. tulis entry br manyak2. tp jgn lupa bt kajian d carian dolo...bosan d note idea jom kita tido barang2.

Fara Haanna said...

baik bos..akan haku buat entri banyak-banyak....asyik tido lagi bosan...