Assalamualaikum
Kali ni aku tak nak taip entri panjang berjela..aku cuma nak kongsikan
sedikit sahaja….Alang-alang dah tak der keje,sambil dok belek muka aku yang
makin cun ni…lebih baik aku buat jer entri berkaitan apa yang tengah aku buat
sekarang ni..*hehehe cun tau*
Ko nak tau aper aku tengah buat sekarang?? Dah tanya nak tau
la kan? nak kena cakap sekali lagi ker..tak perlu kot sebab dah sah-sah kat
atas tu.Tengok betul-betul kat tajuk, aku dah siap tulis dah…so faham-faham lah
yer..hehhe..
Malam ni entah macam mana aku diberi kekuatan dan semangat
sebelum tidur nak buang blackheads kat
hidung haku ni..Bukan senang tau aku diberi kekuatan dan semangat macam ni..maybe
sebulan sekali pun susah..wakaka..teruknya.aala ko tau jer la kan bila dah
penat malas lagi dah aku nak buat semua benda alah ni..
Tapi syukur sebab malam ni aku mendapat kekuatan yang
maksima untuk meremove semua blackhead kat hidung aku ni...Untuk pengatahuan ko,
aku tak guna produk yang mahal pun just guna Biore nyer produk jer (Biore Cleansing Strip Pore Pack).Produk ini
berasal dari Negara matahari terbit iaitu Jepun,dan aku pasti ramai yang tahu,betul tak?
Produk ini boleh didapati dalam 2 jenis iaitu Biore Pore
Pack Black dan Biore Pore Pack Regular. Aku
pilih Pore Pack Black macam gambar kat bawah ni sebab aku rasa lebih ok..
Mengandungi 10Strip dalam 1 kotak yang beharga RM11.90
Biore Pore Pack Black yang aku guna ni di formulakan dari
extract Hazel dan mempunyai astringent yang dapat mengeluarkan blackheads dan sebum
yang tersumbat di ruang roma pada hidung .
So nak lihat hasilnya ko boleh tengok gambar kat bawah ni.
So nak lihat hasilnya ko boleh tengok gambar kat bawah ni.
Sebelum menggunakan Biore Cleansing Strip Pore Pack
Sesi memakai strip dan terpaksa berehat dulu sambil menunggu 10minit untuk menanggalkan strip ;)
Strip ditanggalkan dan Nyah kau jauh-jauh wahai Blackheads ku..hehhe..
Tadaaaaaaa....
Dan inilah hasilnya sekarang selepas menggunakan Biore Cleansing Strip Pore Pack selama bebape bulan
Jadi kalau nak hidung yang cun macam aku* hehe tak perlu belanja
mahal-mahal gunalah Biore Cleansing Strip Pore Pack k..Biasa la haku ni simple
jer so produk yang aku guna pun simple-simple jer..
Ok kawan-kawan..setakat ini dulu,senyum semua *_*...wah cun sangat...hehhe..
Ok kawan-kawan..setakat ini dulu,senyum semua *_*...wah cun sangat...hehhe..
p/s: kalau nak boleh cuba ,kalau tak nak abaikan jer just
baca jerk entri aku.
Sekian…..
2 comments:
U ni cantik la fara...betul 2 fara guna produk yang biasa-biasa saja pun i rasa dah ok..
Yer sis produk y biasa jer pun dah ok kalau kena dengan kita.
Post a Comment