Assalamualaikum
(Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “Dan apabila hamba-Ku
bertanya kepada Mu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku
perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku”.)
So sebagai hamba Allah yang sangat lemah aku sekadar ingin
berkongsi betapa pentingnya untuk kita berdoa. Dengan berdoa,kita akan lebih
mendekatkan diri dengan Yang Maha Kuasa..Berdoalah supaya hidup kita akan
sentiasa dalam rahmatnya dan diredhai..Berdoalah supaya kita sentiasa dekat
dengan–Nya dan membuktikan betapa kita mengharapkan
pertolongan dari-Nya dalam kehidupan kita.
Aku sendiri pun kadang-kadang tak terlepas dari alpa dan
lalai tentang bertapa pentingnya doa..Bila tiada masalah kadang-kadang mula
ambil ringan,langsung tak menadah tangan untuk memohon doa.Tapi bila masalah
datang mula mencari-cari-Nya dan baru ingat nak menadah tangan berdoa bersungguh-sungguh
mengharapkan petolongan.Kadang-kadang terasa betapa teruknya aku
ni..Bila ada masalah baru ingat nak berdoa bersungguh-sungguh..Kalau tak berdoa
pun macam ala-ala kadar jer.
Tapi Allah S.W.T Maha
Pengampun,Maha Penyayang.Walau apa pun yang kita lakukan Dia tetap memberi
peluang untuk kita berubah.Kadang-kadang
dugaan dan masalah yang kita hadapi merupakan satu anugerah..Sebab apa aku
cakap anugerah? Lihat balik kalau tak de dugaan tak der masalah kita lalai dan
lupa untuk bersyukur atas nikmat yang kita peroleh..Semua tu dari Allah dan
mungkin Allah nak sangat kita dekat dengan-Nya jadi Dia berikan kita dengan bermacam-macam
dugaan..
Bila kita ada masalah kita mula mengingati-Nya dan baru teringat nak minta pertolongan bukan?..sebenarnya
mungkin Allah rindu untuk dengar suara kita, dan diberikan kita dugaan supaya
kita memohon doa dan pertolongan dari-Nya.Kalau tak mungkin kita akan terus hanyut dan lupa pada Allah SWT. Jadi ingatlah bertapa pentingnya
doa dalam kehidupan kita..Itu tanda kita sentiasa mengingati dan sentiasa
memerlukan-Nya dalam setiap apa yang kita lakukan..
Masa Yang Baik Untuk Berdoa:
- Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh
- Selepas setiap solat fardhu lima waktu
- Antara solat Zohor, Asar dan Maghrib
- Antara azan dan iqamat atau selepasnya
- Ketika bangun dari tidur
- Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam
- Ketika hendak masuk dan keluar masjid
- Antara takbir solat Hari Raya
- Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting
- Ketika ditimpa kesulitan,gundah gulana dan rasa gelisah
- Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya
- Sepanjang malam terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur
- Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.
Terasa diri haku ni macam seorang yang tak bersyukur atas apa yang aku ada sebab aku selalu abaikan doa...*sungguh tidak baik*..Now setelah aku teliti dan faham, biarlah apa yang aku miliki dan ada sekarang diberkati..dan tak nak jadi hamba yang tidak mensyukuri atau sombong pada Allah S.W.T..
(Berdoalah sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita untuk mendengar..Renung-renungkan dan selamat beramal)..peace..(T_T)..hehhe..
p/s: Jangan terlalu sombong untuk berdoa,tidak selamanya kita diatas..Setiap apa yang kita ada akan diambil bila-bila masa bila Ia mengkehendakinya..
Sekian.....
2 comments:
semoga doa, rintihan dan rayuan seorg hamba yg kerdil seperti kita di angkat d di makbul kan oleh ALLAH S.W.T
amin...
Yes....betul tuu itu yang terbaik...
Post a Comment