Assalamualaikum
Wakakaaa…..ko gelak dulu sebelum baca entri ni. Aku nak habaq mai kat hampa, ni lah 1st
time aku merempit kot.tapi bukan sorang but berdua..berdua kan lebih baik bak
kata saper yek? Entahlah, bedal je la..Tapi aku nak cerita ni korang
jangan terkezut pulak…ceritanya bukan aku yang merempit tapi aku hanya
membonceng di belakang sahaja..senang citer penumpang saja bukan
pemandu….hehehe…kecoh jer kan nak bagitau siap bagitau kat dalam blog lagi
kan..pe hal???...
Pe hal ke ta dak hal ker wa tarak kisah yang wa kisah wa mau
citer sama lu orang ma…dulu kalau dengar merempit jer takut bebenor
tambah-tambah nak menunggang motosikal..memang tak la,ko bagi aku seribu pun
aku tak nak..Dari elok-elok dok hidup silap-silap terbang jer nyawa aku
ni..huh..tak mau-tak mau…
Jangan kata nak tunggang motor nak membonceng kat belakang
pun kalau tak kena orang memang aku tak naik la..takut wei..ko tau tak kalau
jatuh tu sakit kot..serik-serik… sebab apa? Sebab aku dah pernah jatuh motor
dulu sampai sebulan aku tak pergi sekolah..Usah kan nak pergi sekolah nak
berjalan pun tak boleh..Dah tu aku terpaksa bertatih untuk jalan balik, dah
macam budak umur setahun belajar jalan..Terpaksa
buat treatment balik untuk pulih dan jalan macam biasa..sampaikan dah boleh
jalan pun kaki aku still rasa sakit.Masa baru-baru tu aku tak boleh jalan
banyak sebab kaki aku akan rasa sakit..Jalan pun ibarat arnab berlawan dengan
kura-kura dan akhirnya kura-kura juga yang menang.Tapi lain citernyer pulak
dengan aku,macam kura-kura berjalan tapi
kalah juga sudahnya..hehhe..pening tak baca ayat aku..Tak per dengan baca
ayat-ayat aku ni confirm dapat mencabar minda korang kan..hahaha..
Oppsss…sory,sory aku nak citer bab merempit bukan bab aku
xcident..dah tersasar tajuk ni. Nak dijadikan cerita semalam aku keluar dengan
kawan aku Anne..hari minggu la katakan..Kami nak penuhi aktiviti kami dengan
benda yang berfaedah iaitu merempit…hahaha..berfaedah la sangat. Ko tau kawan
aku tu baru jer dapat lesen motor bukan lesen kereta yer sebab tu kami
merempit.Ni la 1st time aku merempit..Kami merempit dengan motor k, x main la skuter-skuter.Ex5 lagi sob…..dah macam betul-betul minah rempit
dah aku rasa..
Mula-mula kami merempit ke Kuala Perlis..oiii la kawan-kawan
aku nak habag mai memang syok time tu..Dah la Perlis tu jalan dia memang
lengang la hari-hari minggu ni..memang best la nak merempit..Macam-macam aksi
wekang ker wili ker semua boleh buat..Nak tidur atas jalan pun boleh
juga tapi tu memang nak cari nahass.hahaha..punya la lengang jalan kat sini..
Betul tak,lengangkan jalan kat sini?
Yang bestnyer…mula-mula kawan aku ni penakut sikit nak bawa
motor sebabnya yer la orang baru dapat lesen motor dah tu sebelum ni tak
pernah tunggang motor pulak tu.Takut siot,macam aku cakap la kalau jatuh
sakit.Tapi diatas keinginan yang meluap-luap dia telah mencabar diri dia untuk
menunggang motor sambil aku sebagai pembonceng di belakang....Yang peliknya
aku tak der rasa takut, dia pulak yang gelabah..Tapi ………….ko nak tau mulut jer
cakap takut tapi bila bawa motor laju giler..bagus,-bagus…hahaha..
Merempit tengah-tengah panas terik,tangan pun dah gelap
Dah sampai kat Kuala Perlis kitorang melepak di gerai makan
family kawan kitorang sampai baper jam..Tak terasa..ko tau sebab apa, sebab
ramai giler budak UnimaP specially boy dok beli makan kat situ..Hah tu kan dah
satu bonus dapat cuci mata…wakaka….jahat betul kan aku ni..gurau jer..bejuta
orang datang pun kitorang buat tak tau jer..kitorang kat situ lama sebab dok
melayan kerenah adik kepada kawan kitorang ni Ashiff. Ashiff ni mulut dia potpet-potpet..jenuh
melayan..lepas satu bab satu bab.Tapi best la juga kalau ada adik macam tu.Aku
pulak jenis tak suka budak-budak yang slow down sikit..hehhe…tanya sepatah
jawab sepatah memang bosan la..
Dalam dok melayan Ashiff dok pokpet,kitorang dapat makan free…huhu..saper
yang tak suka kan…Family Ashraf kawan kitorang ni belanja kitorang makan kat
gerai diorang..memang best,sedap siot mak si Ashraf dengan Ashiff yang masak..Kitorang
makan nasi kuning,orang panggil nasi aper yer,tak tau la..tapi tak
berminyak,ditambah dengan lauk ayam madu dan kuah daging masak itam…huh
sedapnya…Kalau nak tau semua lauk pauk
yang ada kat gerai diorang dimasak sendiri oleh mak Ashraf dan Ashiff. Kul4 pagi
dah bangun masak tanpa dibantu oleh sesiapa pun..Bayangkan la banyak giler kot
lauk pauk yang nak kena masak..tapi semuanya sedap-sedap..Tabik la kat mak cik
memang power..
Selesai jer makan,kitorang pun beredar ke rumah Ashraf sebab
nak pergi merempit lepas tu..Tapi sebelum tu terima kasih yer pak cik,mak cik
bagi kitorang makan free…kalau boleh bagi la lagi..hehhe.*melampau*…
Dah sampai jer rumah Ashraf,kitorang tunggu Ashraf
bersiap-siap dan lepas tu kitorang terus jer pergi ke Arau..aper motif kitorang
g ke sana pun tak tau la..Tapi yang pasti untuk merempit.Sebelum ni kalau nak
merendek pun naik kereta.Tak pernah la lagi pergi ke Perlis ni naik motor.Bila
dah naik motor ni rasa macam best la pulak..Tu la asyik nak naik kereta jer cer
naik motor pulak lagi best.Tapi sebelum tu Ashraf dah pesan suh pakai spf 100
takut gelap..lawak la Ashraf ni,ko tak tau kitorang ni tak pernah kisah ke
gelap..haha..yang penting happy…# jap-jap terfikir ader ker spf 100#...wakaka..jawapan
dia tak der..saper tertipu ketuk kepala sekali..Kalau korang tipu pun aku tak nampak…suka
hati la..
Highway ke Arau
Dah sampai Arau tak tau nak pergi mana,kitorang melepak kat
CMart..jalan-jalan, yang lawaknya sempat shooping lagi tu..Kater merempit aper
class siap shooping-shooping bagai ni..X ganas langsung. Tapi tu la lumrahnya
perempuan..ker kitorang jek???..terfikir sekejap…ah..lantak la..Masa dok
window-window shooping kat sini,ko nak tau terjojol bijik mata kami sebab terjumpa
Datuk Siti..hah best tak best…siap g peluk-peluk lagi..hahaha…ko ader? Tak der
kan???....best giler tapi sebenarnya aku tipu jer.hahahaha..propa sikit..
Bijik mata kami terjojol sebab harga barang-barang,pakaian
bagai semuanya murah siot..Mana nak cari kat tempat lain..Kat Alor Setar pun
tak der semurah tu..RM18 dah boleh dapat satu baju.Cantik giler pulak tu..macam
mahal tapi realitinya sangat la murah..Mananya kitorang tak rembat sehelai
dua..Nasib la kau Ashraf terpaksa tunggu kitorang..
Dari Arau kitorang terus pulak ke Kangar ibu Negeri
Perlis..Tujuan kitorang ke Kangar sebab nak makan bihun sup yang harganya RM2
jer..Sekali lagi RM2 jer..ada ker harga
macam tu zaman sekarang ni?. Tapi kat Perlis kitorang dan semua orang boleh
dapat..Sedap pulak tu..gerai bihun sup ni terletak besebelahan dengan The
Store..Tapi sayangnya bila sampai jer,tengok-tengok gerainya tak dibuka
pulak..Hampa seribu kali hampa..Mungkin hari minggu ditutup kot…kempunan la
kitorang.Lepas tu kitorang pun malas nak makan kat mana-mana lagi terus jer
balik ke rumah masing-masing..teramat la penat tapi best..
Begitu la kisahnya bila perempuan merempit tetap ada
keayuannya..hahaha…sebelum tu aku nak bagi penghargaan kepada kawan aku Anne
sebab ajak aku merempit kalau tak memang
sampai bila-bila la aku tak rasa suasana merempit macam tu..Untuk Ashraf terima
kasih juga sebab teman kitorang.Dan akhir sekali untuk Family Ashraf sebab
layan kitorang dengan baik,siap dapat makan free lagi..Terima kasih semua..Ashiff,akak
happy dengan gelagat Ashiff…peace no war with Ashraf..hahaha..
Setakat ini dulu, senyum untuk entri ini *_* hehehe. Entri kali ni
memang panjang berjela sebab kexcitedtan nak bercerita..
Sekian…..
5 comments:
Alamdulilah, sume selamat d sejahtera. akhir kita @ anne berjaya keluar dr kepompong ketakutan utk menunggang motosikal. dgn izin ALLAH. berkat doa sume. anne mampu bt d cabar diri. tq my mak ayh. sahabat_sahabat selamanya. syukur ke hadrat ALLAH.
Ashiff *
mcm kenai ja, penunggang di depan tu. hahaha. jom p qamai2 melawat perlis indera kayangan. syok perlis dan sukak perlis sgt2
yer ker kenal?...hehe tq semua..Perlis memang best.
Ya negeri perlis memang best walaupun kecil.
Post a Comment