Thursday, June 20, 2013

Tips: Nak Khusyuk Dalam Solat


 Assalamualaikum

Ramai yang selalu tanya macam mana cara nak khusyuk dalam solat..Ada yang cakap susah nak khusyuk bila solat. Bila solat jer otak mesti nak ingat benda-benda lain. Jap lagi lepas solat aku nak makan, ala homework tak siap lagi la, eh tadi mak suruh aku g rumah cik Milah la, baju tak basuh lagi la, la hujan la pulak baju di jemuran ngak ambik lagi ni…huhu macam tu kan..betul tak?.

Bukan nak mengata, tapi seyies aku pun macam tu juga. Kadang-kadang geram nau, asal aku start solat jer macam-macam benda datang suh ingat semula. Masa aku tak solat tak der pulak otak aku ni dok memikio  satu haper pun..adeh…so aku buat kajian cari macam mana nak atasi problem ni..aku selak macam-macam buku kot-kot terjumpa..Aku try tanya kawan-kawan aku, tapi macam tak baper nak ok, so aku tanya pulak orang luar..last-last aku jumpa la juga akhirnya. Aku dapat dari seseorang yang bernama  Muhammad Luqman Makhtar. Well ape yang aku tau aku nak kongsikan jugak dengan korang..Meh kita sama-sama belajar..



Sebenarnya jiwa dan minda kita akan focus kalau kita dalam keadaan nak kan sesuatu so kita secara tidak langsung akan menumpukan perhatian kepada pihak yang diharap tu. Macam bercinta la kan,  korang harap si dia tu boleh terima korang, suka korang. Macam tu la juga dengan solat, kalau nak khusyuk korang kena la berdoa semasa solat supaya korang dapat focus dan doa korang diterima.

Kalau korang nak tau solat tu sendiri sebenarnya adalah doa. Orang yang sedang menunaikan solat sebenarnya dalam keadaan  berharap so kepada siapa lagi korang berharap kan kalau bukan kepada Allah. Solat sebenarnya bukan sekadar bacaan dan pergerakkan yang korang kena lakukan. Jangan hanya  tau baca dan ikut cara-cara solat jer so macam mana korang nak khusyuk kalau macam tu? Khusyuk hanya akan  lahir dari hati yang faham apa itu solat dan menghayati sebaik-baiknya..ingat tu

Aku pun bukan la pandai sangat tapi cuba juga nak berkongsi dengan korang supaya kita sama-sama belajar. Rasulullah pun  sebenarnya mengajar kita supaya berdoa dan menghayati setiap doa yang dilafazkan  dalam solat. Cuma kita jer yang tak berapa nak ambik tau. Tapi sebenarnya kita tau pasal ni betul tak? Cuma kita tak aplikasikan dan buat-buat tak tau jer macam aku ni. Buat endah tak endah jer..

Jadi kalau korang nak tau, sebenarnya ada bebaper tempat khusus untuk berdoa ketika menunaikan solat. Jom tengok bawah ni..

1) Selepas takbiratulihram sebelum al-Fatihah


2) Ketika membaca al-Fatihah(ayat-ayat dalam surah al-Fatihah sendiri adalah doa)


3) Dalam rukuk/ketika rukuk


4) Ketika iktidal terutama ketika berlaku musibah umum


5) Dalam sujud/ketika sujud


6) Antara dua sujud(amalkan doa tujuh lafaz iaitu aper yang korang baca ketika duduk antara dua sujud)


7) Selepas tasyahud sebelum salam..( “Ya Allah, aku mohon berlindung dengan-Mu daripada azab jahanam.azab kubur,fitnah kehidupan dan kematian dan kejelikan fitnah Dajjal” ) Riwayat Muslim.

Sebenarnya berdoa ketika solat juga lebih mustajab selain mengkhusyukkan kita ketika solat. Ketika solat seseorang itu sedang mengadap Tuhannya. Dia sedang bermunajat dengan-Nya sepanjang solat. Tetapi apabila salam diucapkan maka terputuslah sesi munajat itu dan berakhirlah saat mendekati-Nya. Itulah sebab pentingnya berdoa ketika solat, Selain Korang dapat menumpukan perhatian kepada solat korang..

Kalau nak tau betul ker tak, korang try aplikasikan cara ni yew..Jangan malu-malu..Ni untuk kepentingan korang juga..:)

Serba sedikit tips dan perkongsian untuk korang, kalau ada salah tolong bagitau yer. Aku ni pun masih budak-budak yang baru nak belajar dalam bracket budak lagi ker aku ni..wahahaha…
Sekian…..


9 comments:

nZaOdonut said...

thanks 4 sharing :)

Gadiss Kecil said...

welcome...:)

cahayaIlahi said...

selalu gak tak khusyuk dlm solat ni, mcm2 tips dh sy ikut tp stu tips yg buat sy rasa hampir berjya la kan.. :D tips dia, 'ingat ajal tu bila2 masa boleh berlaku'.. btw thnx berkongsi..^_^

Gadiss Kecil said...

welcome..yes betul tu, ajal tu blh berlaku bila2 masa :)

Unknown said...

info yang berguna... Tq...

Gadiss Kecil said...

welcome :)

NliLiya said...

Mhon copy ya?

Anonymous said...

Jazakallahu khair 4 sharing...it helps a lot...

Anonymous said...

Jazakalluhu khair 4 sharing...it helps a lot dear..