Friday, June 20, 2014

♥ PLKN




Assalamualaikum  and hai..

Dah 2 3 hari aku tak mengupdate blog ni. Dan sekarang tangan ni macam kekok-kekok pulak nak menaip entry..hehe..nampak tak..nampak tak yang aku mengada sangat..ngehngehngeh…


Back to the topic yo..2 bulan lepas aku ada ke kem PLKN dengan tujuan nak melawat sedara aku yang ada kat sana. Aku ke kem PLKN Guar Cenderai, Perlis. Tau tak kem tu dekat-dekat mana?. Sekali aku pergi, ha kau dalam hutan dekat dengan Padang Besar nu ha. 2, 3 langkah lagi dah sampai Padang Besar..Kalau kena tinggal sorang-sorang mau menangis aku kat situ, hutan keliling dengan sunyinya lagi.. Eh takut mak..

Sebelum tu, aku sajikan korang dengan gambar alam yang hijau menghijau ni dulu, cantik kan..kan?

 kereta aku tersenarai dalam gambar diatas..sila teka..ngehgehgeh..


Ni la, jalan masuk ker kem, pintu utama.


Ok la, tak nak melalut lagi  sekarang aku nak citer serba sikit pasal PLKN ni. PLKN  sebenarnya adalah nama singkatan kepada Program Latihan Khidmat Negara. PLKN ni diadakan tiap-tiap tahun dan wajib kepada semua pelajar-pelajar yang terpilih sahaja dari kalangan pelajar-pelajar lepasan SPM. Ulang sekali lagi Wajib k dan bukan sunat. Jadi kepada sesiapa yang terpilih dikehendaki melapor diri di Kem yang diberikan oleh pihak PLKN. Kat mana pun wajib pergi. Dan jika ada pelajar yang tidak pergi tindakan akan diambil.. Tindakan yang macam mana, itu aku tak tak tahu la. Waran tangkap ker, sebat ker,blacklist ker aper ker aku tak tahu..


PLKN akan diadakan  3 sesi bagi tiap-tiap tahun. Tujuan PLKN ni diadakan mayb untuk  melatih pelajar-pelajar supaya lebih bertanggungjawab dan berdikari. Aku cakap macam ni sebab aku tengok sedara aku selepas jer dia masuk PLKN, 80% dah berubah, 20% lagi dalam usaha. Dari pemalas dah jadi rajin, kemas, hidup teratur,  ada matlamat,  tahu apa yang dia nak, lebih bertanggungjawab dan yang penting berdisiplin..Wahh..bagus sangat.. PLKN ni memang bagus sebab melatih fizikal dan minda yang positif. Shabasss PLKN.


Dan seperkara lagi yang best pasal PLKN ni..jeng..jeng..jeng kalau korang nak tahu selepas jer tamat latihan setiap pelajar akan menerima elaun selama 3 bulan diorang berada dalam kem.. best ni. Dah la bagi makan, pakai percuma dapat duit lagi kau..Aku pun nak..rugi giler aku tak dapat join PLKN.. huh sedih-sedih..


Tak boleh masuk PLKN pun tak per la, janji boleh menepek kat bas PLKN pun cukup la..janji PLKN..Kau ader??..hehhe.


Munurut mulut sedara aku cakap, mula-mula tu memang la tak best dalam sehari dua jer sebab tak kenal saper-saper lagi, kawan pun tak der. Bila dah kenal tak ingat dah nak balik rumah.. Nada macam best giler jer kan. Kasi aku jeles betoi.. Dah la macam-macam aktiviti diorang buat, menembak la, berenang la, panjat sana-panjat sini la, kawad la. Hurm best aih.. Tu aktiviti fizikal dan mental kt luar, aktiviti dalam kelas pun ada. Ada sesi pembelajaran. Ada tugasan2 yang diorang kena buat. Tugasan berkumpulan dan bersendirian. Ceramah  untuk bagi kesedaran pun turut diberikan.. Untung sangat-sangat aih..


Hari cuti pulak 2hari seminggu iaitu hari sabtu dan ahad. Masa hari cuti ni ibu bapa, atau family atau kawan-kawan boleh la nak datang melawat tapi Cuma hari ahad jer terbuka untuk kaum keluarga atau orang luar masuk berjumpa dengan pelajar. Time ni pun best sebab boleh masak banyak2 then bawa g makan kat kem macam berkelah, bersuka ria gitu. Mak-mak tu boleh masak lebih sikit g makan dengan anak-anak kat dalam kem.. Anak-anak kat dalam kem tu dari sorang boleh jadi sepuluh orang dengan tiba-tiba..jangan terkejut, sabau jer la..agagaga..silap-silap boleh jadi mak angkat pulak..hehe..


 Ni gambar aku dengan sedara aku yang pakai baju PLKN tu. Yang sebelah kanan aku ni Mak Tokk aka my mom k.


Hekeleh posing tak ingat orang sebelah, kang dah tak dapat masuk dalam gambar. gambar kau jer la sedabak besar err.. Sory mak, bukan salah fara salah orang yang ambik gambar ni tak pandai bajet..ngehngehngeh..



Moral of the story PLKN ni melatih pelajar jadi manusia yang berguna, manusia yang tahu tanggungjawab sebagai manusia, hamba kepada Allah, anak kepada kedua ibubapa, abang, kakak atau adik kepada sedara-sedaranya. Tahu matlamat hidup, lebih berdisiplin dan lebih yakin untuk meneruskan hidup masa akan datang..


Aicewahh..macam akak-akak senior pulak rasanya..tapi memang akak la kan kalau dah kau PLKN pun baru nak masuk..hekhek *senyum2 sumbing sat.


Walauapapun PLKN ni memang terbaik..jom nyanyi sama2 lagu PLKN..hehe..semangat kau..

Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran Begerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan


Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita yang Kaya
Bersama Bergandingan Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia


Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Bersama


Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan

Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandinga
Berkhidmat Untuk Negara..MALAYSIA!..


Ok..bubye...malas dah nak taip..

p/s: saper tak pergi PLKN memang rugi macam fara then saper pernah join PLKN mai la kongsi citer..komen sikit..ehemhemm..



6 comments:

Asyiqin Marshgold said...

Dulu ekin selalu ingat ,,PLKN ni macam tak best je . Tapi, bila kengkawan pergi ,, dorang cakap besttt .. rugiii

Gadiss Kecil said...

Ha..kan..ekin..rugi kalau x pergi..mmg best..kawan pun ramai..awal2 semua org ckp x best tp bl dh masuk..best giler..

Ain Nafisha said...

Fisha takut jugak nak masuk PLKN ni sebab Fisha tak aktif sangat hehe :D

Gadiss Kecil said...

Alolo..hihi..x der paper la fisha sebab yg g sana bukan semuanya yg aktif2..bila dh g sana nanti mesti best..inshaAllah.. :)

Miss Boo said...

sayang dulu tak dpt plkn. sedih sbb nak join plkn tp xpala bkn rezeki. heee

Gadiss Kecil said...

Ala kesiannya..tak per la x der rezeki mcm fara jg...:)