Tuesday, June 03, 2014

Nak Berubah Dan Mengubah :):)



Assalamualaikum wbt..

Hai..hai semua..Peacee Yo(!) ^_^v


Sebelum tu tepek gambar sebesar-besar alam dulu.
Nama kiter fara, blog kiter Gadiss Kecil yer, ingat tu!!..ngehngehngeh ^_^




Kalau korang perasan sejak akhir-akhir ni aku agak rajin menaip entry baru..shiihh..ini semangat baru atau dah tak der kerja aku nak buat..i mean bosan..Selalunya aku lah manusia yang suka memberi alasan tak cukup masa, tak sempat nak tengok blog, nak update entry tak sempat..konon aku jer la yang banyak kerja nak dibuat..Kalah PM…kihkihkih..rasanya dah bersarang-sarang blog aku..tak maju kehadapan langsung..


Dan dengan ini aku cuba untuk berubah untuk menjadi blogger baru yang tegar..yang sentiasa ingin merajinkan dirinya untuk mengupdate entry-entry baru. Yang ingin merajinkan dirinya juga untuk menjelah ke blog-blog rakan blogger yang lain, ingin selalu bertegur riang dan berkongi cerita. Ingin sekali aku menjadi seorang yang peramah.Ingin sekali aku menjadi seorang blogger yang baik, berhati mulia..ehem..ehem..*_* dan yang pasti berjaya..Esok-esok boleh aku kongsikan blog ni dengan anak cucu cicit aku. “Cu..kalau nak tahu pasal nenek, kamu cuba buka blog femes ni dan baca.”. kikikikiki..#jangan marah.


Seperti kebiasaannya, aku selalu buka setiap entry aku yang lepas-lepas dan cuba baca semuanya balik. Didapati setiap entry aku banyak kelemahan. Dari susunan ayat, cara penulisan yang tidak tetap dan berubah-ubah..sampai aku sendiri tak tau saper diri aku dan bagaimana penulisan  aku tu melambangkan diri aku yang sebenar.. So..see cara penulisan aku pun tak tetap, macam manalah pulak dengan diri aku kan?..ngehngehngeh..


Jadi mulai sekarang..setiap entry aku, aku akan cuba kekalkan gaya penulisan, dan pertuturan aku. Nak berjaya kena lah berubah kan, tak gitu adik-adik, kakak-kakak semua..hehe. Mulai sekarang tak der lagi benda-benda yang terlalu merepek dalam penulisan aku ni. Kelemahan aku, aku tak pandai untuk membuka kata, atau memulakan penulisan di awal entry..Itu memang kelemahan aku. Kalau korang tak cayer cuba korang baca setiap entry aku..pemulaan yang agak menjengkelkan bila kau baca balik..*buat malu mak yang ngandungkan aku jer*..huhu..Terus-terang itu memang kelemahan aku yang amat..


Dan satu perkara lagi, aku memang tak reti nak buat entry yang simple-simple nice, kiut-kiut gitu..Entry aku mesti panjang berjela. Kenapa, aku pun tak faham. Bila aku dah start menaip tu..sedar-sedar dah berjela dah ayat-ayat aku..Aku sendiri pun tak tau, tak tahu apa yang aku tulis..Bila siap jer entry baru, aku terus publish. Kadang-kadang banyak giler kesalahan. Ni gara-gara teringat karangan sekolah menengah la ni. Nak beriban perkataan..hah sekali kau..aku memang terer buat perkataan banyak-banyak ni. Dan sebab tu la setiap entry aku pun macam budak-budak sekolah menegah nak exam karangan.  Sekarang ni aku kena buat arahan untuk aku sendiri bila nak menaip entry baru. Setiap ayat hendaklah simple tapi nice, dan tidak melebihi……patah perkataan. Boleh macam tu? Ngohngohngoh…#kenatrybarutaubolehketakyerdak


Last sekali nak cakap weh..kalau korang rasa nak tukar-tukar link dengan aku jangan segan silu tinggalkan link korang untuk aku update dalam entry aku..Kalau buat macam ni barulah ramai yang akan cuba baca blog kiter-kiter kan, baru ramai yang perasan, baru ramai yang kenal?..So jangn malu-malu, kalau korang kasi link korang aku pun sedia berkhidmat untu korang dan harap korang juga macam aku k..huhu #tolongmenolongamalanmuliatau


Ok la..sakit habis dah jari-jemari aku buat entry ni..jangan lah pulak tak hargai..ingat baca yer..ekekeke..sedikit unsur paksaan di situ..k bubye..

p/s: Any tipss untuk entry lebih menarik?.jom kongsi.

p/s: Kiter dah tukar nama blog kiter kepada Gadiss Kecil..Sebab kiter kan kecil.hekhek...


Sekian


3 comments:

zahrenn na said...

wah..hahahha

zahrenn na said...

wah..hahahha

Gadiss Kecil said...

kan...hahahha *_*