Wednesday, July 24, 2013

Resipi: Rempeyek Pilihan


Assalamualaikum

Hai ollss..entry kali ni aku malas nak bercerita kerana aku agak busy so aku Cuma nak kongsikan satu resipi untuk dijadikan kudapan ketika raya nanti..Tak raya pun boleh juga..kau belasah je la…resipinya adalah rempeyek? Penah makan tak? Suka tak? Sedap oi aku baq kat hang..

So mai sini belajar cara-cara nak membuatnya..

BAHAN-BAHANNYA

Ikan Bilis
Kacang Tanah
Cili Kering @ nak guna cili padi pun boleh juga
Sedikit Jintan Putih
Sedikit Garam ikut suka sesedap rasa
Sedikit Serbuk Perasa
5/6 Ulas Bawang Putih
1 Bungkus Tepung Beras
150gm Tepung  Jagung
Minyak Masak


CARA-CARA MEMBUATNYA


 Blankan cili kering/cili padi, bawang putih, jintan putih, garam, serbuk perasa, dan sedikit kapur untuk mencantikkan kaler rempeyek.(jangan lupa blankan bahan tadi bersama sedikit air, kot-kot tak berjalan karang blander korang)


Bancuh Tepung Beras tadi

Bersama

Tepung Jagung ni dan air tapi jangan sampai terlalu cair


Dah siap bancuh, campurkan pula dengan bahan-bahan yang di blan tadi, maka dia akan jadi macam gambar kat atas ni



 Sediakan ikan bilis dan kacang


 Panaskan Minyak


Dah tu letak dalam acuan rempeyek dan letakkan ikan bilis dan kacang tanah tadi ikut sesuka hati korang macam gambar kat atas ni



Dah masak angkat dan toskan dahulu


Dannnn Tadaaa...

inilah hasilnya rempeyek yang aku dah siapkan bersama dengan umi aku...(rajin betul aku hari ni..bahahaha...)

Selamat Mencuba...pesanan ikhlas kau...^_^

p/s: sory pada yang bagi komen sebab terlewat publish, yang tinggalkan msg aku akan segera berkunjung ke blog korang..

Sekian.....


20 comments:

Tetamu Istimewa said...

Rajinnya. Terima kasih kongsi resepi.

Gadiss Kecil said...

Sama-sama....:)

Ana Sazlin said...

Sedap ni.Mcm senang je nak buat.Hihii.

Gadiss Kecil said...

iyep..senang jer..cuba dulu baru tau..hehhe..

yayaaa ismail said...

sedappnyaaa ! nak nak . hehe

kacang said...

macam senang je nk buat..hehe..tp memerlukan kerajinan ye takk..huhu..

Gadiss Kecil said...

Lieya Yaya- kalau nak ambiklah..sila..sila...hihihi..

Gadiss Kecil said...

kacang- memang senang pun nak buat asal rajin..hehhe..cer try..senang jer jgn tersalah sukatan hokey...

aku dan tawarikh said...

huk3.. teringat waktu kat rumah buat rempeyek dulu, selalu menyebuk..letak ikan bilis banyak2..kacang tak letak...hehe.habuan perut sendiri

Gadiss Kecil said...

anyonyonyo...memang best letak ikan bilis banyak..sedap bangat..hihi...

Scripters said...

Sedapnyaaa, Ida suka kacang...nanti buat nak letak banyak2 hehehe

Gadiss Kecil said...

kan...hihi..sila-sila..kalau letak banyak lemak berkrim..

aku dan tawarikh said...

tapi sekarang ikan bilis mahal...orang letak sebelah je ikan bilis..huk3..

Gadiss Kecil said...

iyep..ikan bilis mahal..orang pun makin kedekut lah..aumm..

aku dan tawarikh said...

bila g raya rumah org lain, pasti rempeyek dia akan dikutip ikan bilis..hak3..pastu letak balik..

Gadiss Kecil said...

hihihi...mesti ada pengalaman ni..bukan rumah org je..rumah sendiri pun sama..habis ikan bilis kena kutip...

aku dan tawarikh said...

terutamanya rumah sendiri la..hahaha.. rumah jiran and saudara mara pun jadi mangsa juga..

Gadiss Kecil said...

rumah jiran sebelah selalu jadi mangsa pertama..kan..hahaha..

aku dan tawarikh said...

itu semestinya la sebab yang kat rumah habis awai.. ramai
pesaing

Gadiss Kecil said...

itu satu..yang penting jiran sebelah rumah yang paling dekat...hihihi..