Wednesday, July 03, 2013

Appreciate


 Assalamualaikum

Ketika aku masih memiliki dia, terlalu pedih pulak aku melayan dia..ketika dia baik dengan aku, 
aku pulak membencinya..
sungguh aku sungguh benci..hurm..
aper kehel melayan perasaan di malam begini oii…oppss patut la dah pukul 2pg..
i mengigau ker?...baru pukul 11lebih la der..huhu..penampar sebijik ok?…

Well…kebenaran yang nak aku kongsikan..
aku pernah memiliki seseorang yang sungguh baik dan istimewa..
Kerana terlalu baik aku sungguh bencikan dia..huhu..ader juga orang macam aku kan…
kalau itu yang korang nak cakap..aku sedia maklum…

Jahatnya diri aku tidak aku nafikan…
bukan jahat macam mana pun wey..just aku tak suka bila seseorang terlalu baik dengan aku..
aku takut kehilangan..
bayangkan kalau kita kehilangan orang yang terlalu baik dan rapat dengan kita..sentiasa ada dengan kita…aper yang uolls boleh fikir??
 Sedih kan?...
Macam tu la yang aku rasa, aku tak nak dilayan baik..
aku tak nak didekati.
sampai satu saat..aku hamburkan kata-kata menjelikkan..huh..
aku sendiri pun tak percaya sebenarnya..
yang paling tak percaya dia boleh telan macam tu jer…
sungguh tabah..

Tapi demi takut rasa kehilangan..
macam-macam aku buat supaya dia jauhkan diri dari aku..
macam-macam aku cakap sampailah satu malam di bulan puasa…dah dekat nak raya pun..
aku keluarkan kata-kata yang sangat sadis..sehingga dia menghilangkan diri terus dari aku..
Masa tu aku semakin gelabah.menyesal..
Aku cari, aku contact dia..tapi hampa..
tak dapat dihubungi langsung…

Saat tu baru aku tahu yang jahat sungguh aku ni…
Aku sakitkan hati orang, aku maki orang yang sungguh baik dan ambik berat pasal aku..
Sekarang bila dia dah tak der baru aku menyesal…
Tapi aku nak dia tahu sebenarnya aku tak pernah ada rasa benci pun pada dia..
Aku buat macam tu sebab nak dia jauhkan diri dari aku..
Aku tak nak rasa sedih kalau suatu hari aku kehilangan dia..
Tapi sememangnya bila aku kehilangan dia saat aku memaki hamun dia..
Itu sungguh buat aku rasa lagi sedih…
Aku minta ampun minta maaf sangat-sangat pada insan yang bernama ----------------- MKN singkatannya 

***********
Dah dekat-dekat bulan puasa ni aku teringat pulak kejadian ni…

***********

Sekarang aku dah tak boleh buat aper-aper lagi. Nak kembalikan dia mestilah dah tak boleh..
Yang dah pergi..Nak ke dia kembali, kan?..
So sekarang aku belajar menghargai setiap orang yang datang dan ada di sisi aku..
macam mana pun orang tu aku belajar menerima dan menghargainya…
especially my family..Aku lebih menghargai dan mengambil berat…
susah diorang tetap susah aku juga..senang diorang maka senang aku juga…
Tak nak la aku sorang-sorang rasa senang sedangkan orang lain susah..
Biar saper pun dia kan…baik family, kawan, sepupu, 2 pupu, 3 pupu, kawan makan ais krim, kawan main nyorok-nyorok, cikgu yang garang..what ever la kan….

Uolls..belajar lah dari kesilapan aku ni yer..
Jangan diulang aper yang aku dah buat ni..
Suatu hari uolls akan menyesal macam aku juga…
masa tu dah tak guna dah nak menyesal pun….

This message bukan untuk  rasa dikasihani..tapi untuk diteladani..
Buang segala perasaan tidak baik, cuba positifkan diri. 
Jangan takut pada benda yang belum tentu jadi..
Hargailah diri sendiri dan hargailah orang lain juga…
Macam mana kita menghargai diri kita macam tu juga kita menghargai orang lain..


Ok la..aku mahu tido dulu...
dah nagntok ni..terkebil-kebil bijik mata tau!! hehhe..
till then..tata...

p/s: sedey tau tawan-tawan...:(
Sekian.......



2 comments:

Sya Chot .. said...

seronok baca entry ni sampai hbs.."Hargai" huhu :) nice entry..:)

Gadiss Kecil said...

tq..:)