Tuesday, July 09, 2013

Ramadhan Ya Ramadhan


Assalamualaikum


Salam Ramadhan


Ramadhan Ya Ramadhan...Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana masih memberi aku peluang untuk merasai Ramadhan lagi..Korang macam mana ok? Bersemangat tak nak berpuasa ni..Longlai ker..huhu..jangan..jangan...

Kalau dulu aku ternanti-nanti Ramadhan sebab mahu menikmati macam-macam santapan, nak-nak dapat berkunjung tiap-tiap hari ke Bazar Ramadhan, memang aku la manusia paling syok giler..Now setelah aku mula memahami aper itu Ramadhan yang sebenar-sebenarnya..Baru aku tahu kenapa ramai orang menunggu-nunggu bulan ini…

Ramadhan bukan bulan untuk bersuka ria atau berseronok semata-mata, bukan juga bulan untuk mengenyangkan perut yer adik-adik ku sekalian..Hayati betul-betul Ramadhan, insyaAllah korang akan dapat merasai betapa nikmatnya Ramadhan yang sebenar..Bulan untuk menambah ibadah., bulan yang penuh keberkatan..

Jangan sia-siakan peluang yang Allah dah bagi, mana tau tahun hadapan kita tak dapat lagi merasainya.  So sangat la rugi jika kita mensia-siakan peluang yang ada..Usah la nak bermalas-malasan sangat kalau tak nak rasa rugi..Kak Fara kau ni pun dulu lebih kurang jer, but now aku tak nak ulang lagi semua tu..aku tak nak rasa rugi..aku tak nak rugi dalam beribadah.

Ramadhan kali ini aku harap, aku lebih kuat dan boleh menjadi seorang yang lebih tabah dan matang. Aku tak nak sia-siakan peluang yang ada..so aku harap korang pun macam tu juga..kuat, tabah dan bersemangat untuk memulakan Ramadhan kali ini..but I hope tak la sekerat jalan yer…J

Kalau yang dah lupa macam mana nak niat puasa tu baik practice sekarang yep…esok tak der la terketar-ketar..hewhew..macam nak akad nikah pulak terketar-ketar bila tok kadi bertanya..hihik..tak pun jom sama-sama kita ingatkan semula…



NIAT PUASA UNTUK SEBULAN

Sahaja Aku Berpuasa Seluruh Bulan Ramadhan Kerana Allah Ta”ala.




NIAT PUASA HARIAN 

 Sahaja Aku Berpuasa Esok Hari Menunaikan Fardhu Ramadhan Tahun Ini Kerana Allah Ta’ala.





Ramadhan wish : Semoga aku dapat berubah, lebih baik dari sebelum ini. Kalau orang lain azamnya di tahun baru, azam aku pulak di awal Ramadhan..(jangan nak rasa pelik).


Tolong doakan untuk aku juga..semoga aku dapat berubah menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini…InsyaAllah…peace..*_*

p/s: praktis sekarang...(amaran bukan gurauan) 

Sekian.....


16 comments:

Wannsury Zainal said...

salam ramadha.. tak penah niat sebulan pun...hehehe

jom beli sambil menderma
http://www.wannsury.com/2013/07/amalproject-glam-ramadhan-kasih.html

syahirah said...

salam ramadhan. follow here #142

kacang said...

selamat berpuasa=)

Fara Haanna said...

Salam ramadhan juga (syahirah)

Fara Haanna said...

selamat berpuasa juga >Kacang<

siti ZAHARA said...

salam ramadhan..semoga kita sama2 menempuhnya dn mendapat keberkatanNYA..=D

Fara Haanna said...

yup..semoga kita dapat menempuhnya..ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini :)

sha (chirp chirp) said...

pejam celik da nak berakhir da ramadhan :')

Fara Haanna said...

pejam celik, pejam celik dah Rata..^_^

cik lisa said...

tak sabarnya, huhu

athiqi ariff said...

marhaban ya ramadhan...

Cik Nadyya said...

salam ramadhann. da xlama kan ramadhan ^^

Gadiss Kecil said...

Dah tak lama kan ;).
huhu tak sabarnya..@cik lisa, @atiqhi ariff, @Cik Nadyya

Fadhlan Hilmi said...

Selamat Berpuasa :D

Gadiss Kecil said...

selamat berpuasa juga @Fadhlan Hilmi :)

Miss Boo said...

semoga ramadhan kali ne penuh bermakna buat kita semua. selamat myambut bln ramadhan xlama lg :)