Sunday, July 28, 2013

Puasa Dan Ubat

Assalamualaikum

Sebelum berbuka ni aku nak kongsikan berkaitan ubat yang tidak membatalkan puasa dan yang membatalkan puasa...Seperti yang semua tahu puasa adalah rukun ketiga daripada rukun islam. malah ia telah disyariatkan menerusi firman allah S.W.T.

Maksudnya:
"wahai orang-orang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa". (al-Baqarah:183)

Tetapi syarak juga mngharuskan pesakit-pesakit meninggalkan puasa sekiranya ia tidak mampu melakukannya. Ia wajib menggantikannya (qhada) berdasarkan firman Allah S.W.T

Maksudnya:
"(puasa yang diwajibkan ialah) beberapa hari yang tertentu ; maka sesipa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa sukarela memberikan bayaran fidyah lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikkan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui".

Bagi pesakit-pesakit tertentu anda semua keliru bukan, ubat yang bagaimana boleh diambil ketika sedang berpuasa..tentu anda keliru yang mana boleh diambil dan yang mana tidak...begitu juga bagi pesakit yang memerlukan suntikan..



ok kalau nak tau jom aku nak kongsikan serba sedikit yang aku tahu..

PENGGUNAAN UBAT YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

1) Ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga).

2) Tablet sublingual (ubat yang diletakkan di bawah lidah) dengan syarat diletakkan dibawah lidah dan tidak ditelan.

3) Semua bentuk suntikan dibolehkan.

4) Ubat jenis sapuan (krim atau salap) dan plaster.

5) Ubat kumur

6) Ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut).

7) Ubat bius setempat dan bius separuh.



PENGGUNAAN UBAT YANG MEMBATALKAN PUASA

1) Ubat biji.

2) Ubat minum.

3) Inhaler (ubat sedut).

4) Pesari ( ubat yang dimasukkan ke dalam vagina termasuk prosuder cucian).

5) Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur ( supositori dan enema).

6) Ubat yang menyeluruh (yang melibatkan gas).

Ok...ollss..sumber aku dapat dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi (Kementerian Kesihatan Malaysia). So tak perlu diragui lagi..

Selamat berbuka :)

Sekian.....


No comments: