Saturday, July 13, 2013

Minggu Ni Aku Seorang Pemalas..Maaflah!!!!!......

Assalamualaikum

Sudah lama kita tak bertemu kan..? Katanya aku sangat super busy tapi rasanya aku super busy hendak tido dan menonong di pagi hari..Kalau aku bangun tido, aku mesti rasa nak tido semula..Kalau aku makan, aku mesti rasa malas nak cuci pinggan..Kalau aku busuk sebab malas nak mandi..makannya kau tahan jer la..muahahaha...

Yang ku tahu..inilah kejer ku..merendek..

Entry aku yang lepas berbaur nak mulakan azam baru..tapi belum separuh jalan aku dah malas..haiya..well, itu semua dugaan di Bulan Ramadhan ni..semakin rasa nak berubah semakin bertimbun-timbun pula pe el aku. Nak kata ada iblis syaitan menghasut tapi semuanya dah dikurung..Maka dah terbuktilah sebenarnya aku yang pemalas.  Kalau bukan Bulan Ramadhan aku boleh menempelak tapi ini Bulan Ramadhan Fara..kat mana lagi kau nak nyorok..sah-sah kau memang pemalas..

Pemalas tak pemalas korang tengok la..Kain baju dah di cuci tapi lipatnya tak lagi..Alasan yang diberi tak sempat banyak kerja. Malam nak solat tarawih..Bila balik terus tido. Pagi bangun sahur, terus solat dah  kerja..Sebelah petang sibuk nak masak. masak la sangat kan..ngeerr...sibuk tak sibuk sampai Bazar Ramadhan pun aku tak sempat jejak lagi beb...betul..seyies tak tipu..hehhe

 Lama mana agak-agak tak ku lipat segala baju ni haa?


Hujung minggu, si kecik rock chik buah hati pengarang jantung balik..Bila dia ada, satu kerja pun aku tak nak buat. Alasannya aku nak habiskan masa bermain dengan dia. Bukan senang nak jumpa macam ni selalu so time ni la aku gunakan masa untuk bermain dengannya..Dah lama kot tak jumpa dia..

 Inilah dia Si Rock Chick kesayangan.Tengok tu happy giler kau. Ca aner aku tak geram


Adakah pembahagian masa aku sangat berkualiti atau tak? Bab ni aku sendiri pun tak dapat nak jelaskan..Nak kata tidur ku cukup, kadang aku rasa sangat tidak mencukupi. badan pun terasa sakitnya..So adakah ini satu kemungkinan aku menjadi seorang yang pemalas atau adakah aku sendiri yang tak dapat uruskan khidupan ku dengan baik. Nak kata aku buang masa ber facebook..Jawabnya memang tak la sehari lebih kurang setengah jam jer. Kadang-kadang tak der pun..Semua ni ekoran kesibukan aku yang melampau..huhu..

Aku ader dapat lagi job baru..so nak tolak macam tak ok sangat.. bila tak tolak aku sendiri yang merana. Kata orang masa muda dan sihat ni la nak kerja kuat pun, dah tua tak sihat besok satu kerja pun tak boleh buat lagi so time ni aper boleh buatkan rehat je la tak gitu..Kalau rehat je tapi tak der duit, macam mana pulak nak hidupkan..Makanya masa muda ni la kena  kerja lebih kuat..

Tapi kata orang kerja-kerja juga, solat pun kena jaga juga. Aper yang disuruhNya sila lakukan dan aper yang dilarangNya silalah tinggalkan..Mujurlah aku selalu bermuhasabah dimalam hari, maka aku selalu ingatkan diri aku yang sangat pelupa kadang-kadangnya..miahahaha..

So sekarang ni, aku sendiri la kena berubah dan berusaha untuk berubah..Malas memang satu sifat yang sentiasa ada pada setiap orang. Cuma Diri kita dan cara kita jer dapat mengubahnya.. Tiada alasan dan tak perlu menyalahkan sesiapa dan aper pun jika kita bermalas-malasan..

p/s: kau update blog ader masa lah pulak...wahaha..

Sekian.....


4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Selalunya begitulah, membasuh baju rajin, tapi masa nak melipat itu malas kan.

Gadiss Kecil said...

hehhe..betul tu..malas sangat..

cik jari manis said...

yeeee...ada genk gak akhirnya..JM pun malas nak lipat pakaian...tapi lu dah bertimbun..apa nak buat..lipat je lah..klu x pun..gantung je tros dlm almari..hakhak!

Gadiss Kecil said...

ahaks..klakar..same je hoby kita ni.gantung jer terus lagi senang..hikhik..