Monday, July 29, 2013

Bosan Bersama Bosan Bersama Kehilangan

Assalamualaikum

Adusss..kau terasa pelik tak dengan tajuk aku kali ni..Ilhamnya tercetus bila aku habis bekerja..letih memikir soal hidup, kehulu-kehilir, terkejar-kejar macam ulat gonggok..Kalau ERL boleh la bertahan lagi kot..

Soalnya sekarang Raya semakin dekat, tapi kenapa aku rasa sayu semacam…Ramadhan makin pergi..tahun hadapan adakah akan muncul lagi untuk aku??..

Menghintung hari, usia, dan kelemahan diri..Rasa diri tak mampu nak hadapi..ahh Ramadhan, sedihnya…kau nak tinggalkan aku lagi..

Raya…tiada nikmat tanpa Ramadhan mendahului..biar berjuta orang menghadiri tapi Ramadhan tetap diingini..

Bukan kerana juadahnya, bukan kerana iftarnya, bukan kerana jual-belinya..tapi kerana kenikmatannya..Kenikmatan Ramadhan tak mampu ditandingi..

Melihat ramainya ke Masjid juga Surau, sunat juga tidak henti-henti..bagaimana mahu meninggalkan Ramadhan kerana aku terasa begitu kehilangan..

Sayunya hati mendengar lagu Raya berkumandang bukan kerana berada di perantauan, akan tetapi sayunya hati kerana Ramadhan bakal berlabuh muncul lah pula Rayanya..aku tak mahu sebenarnya…

Bosan…bosan…dan bosan…ketika kehilangan Ramadhan..Semoga aku dapat berjumpa Ramadhan lagi..

p/s : Aku rasa nak berkarya sudah…

Sekian.....


Sunday, July 28, 2013

Puasa Dan Ubat

Assalamualaikum

Sebelum berbuka ni aku nak kongsikan berkaitan ubat yang tidak membatalkan puasa dan yang membatalkan puasa...Seperti yang semua tahu puasa adalah rukun ketiga daripada rukun islam. malah ia telah disyariatkan menerusi firman allah S.W.T.

Maksudnya:
"wahai orang-orang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa". (al-Baqarah:183)

Tetapi syarak juga mngharuskan pesakit-pesakit meninggalkan puasa sekiranya ia tidak mampu melakukannya. Ia wajib menggantikannya (qhada) berdasarkan firman Allah S.W.T

Maksudnya:
"(puasa yang diwajibkan ialah) beberapa hari yang tertentu ; maka sesipa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa sukarela memberikan bayaran fidyah lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikkan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui".

Bagi pesakit-pesakit tertentu anda semua keliru bukan, ubat yang bagaimana boleh diambil ketika sedang berpuasa..tentu anda keliru yang mana boleh diambil dan yang mana tidak...begitu juga bagi pesakit yang memerlukan suntikan..



ok kalau nak tau jom aku nak kongsikan serba sedikit yang aku tahu..

PENGGUNAAN UBAT YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

1) Ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga).

2) Tablet sublingual (ubat yang diletakkan di bawah lidah) dengan syarat diletakkan dibawah lidah dan tidak ditelan.

3) Semua bentuk suntikan dibolehkan.

4) Ubat jenis sapuan (krim atau salap) dan plaster.

5) Ubat kumur

6) Ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut).

7) Ubat bius setempat dan bius separuh.



PENGGUNAAN UBAT YANG MEMBATALKAN PUASA

1) Ubat biji.

2) Ubat minum.

3) Inhaler (ubat sedut).

4) Pesari ( ubat yang dimasukkan ke dalam vagina termasuk prosuder cucian).

5) Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur ( supositori dan enema).

6) Ubat yang menyeluruh (yang melibatkan gas).

Ok...ollss..sumber aku dapat dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi (Kementerian Kesihatan Malaysia). So tak perlu diragui lagi..

Selamat berbuka :)

Sekian.....


Saturday, July 27, 2013

Nak Raya Ni, Apalagi Kan....


Assalamualaikum

Salam Ramadhan…omg aku rasa macam dah lama jerk aku tak update blog..rindu sangat.. giler-giler rindu baq kat ampa padahal baru baper hari kot tak update blog ni kan..Mau jeles boyfriend aku ni kalau baca.. wahaha…(boyfriend pun tak der, so ni alasan nak promote diri kot)..ngerrr…

Sekarang ni sibuk memanjang, bukan sengaja tak login blog ni..time bila nak update entry baru kalau hari-hari pantang ada time free aku nak tutup mata..hadoi penat giler..Lagi nak raya, lagi penat aku baq kat ang..

Really2 busy bukan nak menipu..macam2 lagi kerja aku tak siap ni.. Baru satu job aku settle..belambak lagi..tidur pun 3 jam jerk. Tapi mujurlah kesihatan aku sangat mengizinkan..Alhamdulillah..Ni pun teringat blog tak berupdate terus on laptop login blog, update aper yang patut..Lepas ni mungkin lagi busy nak dekat-dekat raya ni..Oh yer..sedar tak sedar dah 18hari kan kita puasa..huh makanya aku lagi bertambah busy lah wey..

Sebelum tu aku ada bebaper keping gambar yang aku snap..jom kita cuci mata dan tambah selera..Aper kaitan selera, fikir sendiri…Nak dekat-dekat raya ni kan apalagi..Biskut Raya la kan...Kaum pompuan, bila tengok biskut macam-macam selera ada..Selera nak beli, selera nak makan, selera nak tunjuk-tunjuk  bagi yang malas ofcoss sejibik macam aku…miahahaha…

 JOM LAYAN
 Tu dia biskut apa ni??


 Ni aku tau rempeyek namanya


 Yang tu yang dalam balang rendah tu tak silap aku orang panggil simpul kasih..bersimpullah kasih hampa kalau makan ni. pada yang sedang berkasih tu elok la beli satu semoga bersimpul lagi kasih hampa.


 Yang ni pulak macam2 biskut ada..almond london pun ada, sekarang tak payah pergi london dah ada kat mesia.

 Ni dia almond london.


 Yang atas ni pulak.......biskut raya la..apa ingat hampa ja nak raya, biskut pun raya juga la..muahaha.


  Ni semua kategori kudapan bagi aku..kerepek semuanya..Yang pedas, yang manis semua ada..kerepek pisang, kerepek ubi, maruku pun ada walaupun deepavali lambat lagi...hehhehe..tapi yang bawah tu yang dalam tupware tu bukan kerepek baq kat ang pa.


 Ni paling aku suka..aummm kuih sepit.. sedop..sodap..1 tupware tu aku boleh habiskan sekelip mata sahaja...hahaha..


Yang ni biasala..bahulu kuih tradisi melayu..

Ok semua...jom shooping biskut raya..Gambar semua aku snap di kedai milik sedara aku..Kalau nak datang boleh jer datang ker Segar Merimbun Food Industri..di Area Alor Setar..Kalau yang berhampiran tu bolehlah menjenguk sekejap di sini..Tempahan biskut raya diterima setiap tahun sebelum Ramadhan dan awal Ramadhan tapi sekarang dah ditutup..kalau nak tempah tahun hadapan la pulak..kalau nak beli boleh jer datang ke sini hokey...Yang murah ada yang mahal pun ada..pilih..pilih...

Selamat menggunakan jari anda untuk tunjuk jer aper yang patut...wahahaha...

p/s: gambar tak berapa clear dan cantik sebab aku nak cepat dan aku snap..snap jer..

Sekian.....


Wednesday, July 24, 2013

Resipi: Rempeyek Pilihan


Assalamualaikum

Hai ollss..entry kali ni aku malas nak bercerita kerana aku agak busy so aku Cuma nak kongsikan satu resipi untuk dijadikan kudapan ketika raya nanti..Tak raya pun boleh juga..kau belasah je la…resipinya adalah rempeyek? Penah makan tak? Suka tak? Sedap oi aku baq kat hang..

So mai sini belajar cara-cara nak membuatnya..

BAHAN-BAHANNYA

Ikan Bilis
Kacang Tanah
Cili Kering @ nak guna cili padi pun boleh juga
Sedikit Jintan Putih
Sedikit Garam ikut suka sesedap rasa
Sedikit Serbuk Perasa
5/6 Ulas Bawang Putih
1 Bungkus Tepung Beras
150gm Tepung  Jagung
Minyak Masak


CARA-CARA MEMBUATNYA


 Blankan cili kering/cili padi, bawang putih, jintan putih, garam, serbuk perasa, dan sedikit kapur untuk mencantikkan kaler rempeyek.(jangan lupa blankan bahan tadi bersama sedikit air, kot-kot tak berjalan karang blander korang)


Bancuh Tepung Beras tadi

Bersama

Tepung Jagung ni dan air tapi jangan sampai terlalu cair


Dah siap bancuh, campurkan pula dengan bahan-bahan yang di blan tadi, maka dia akan jadi macam gambar kat atas ni



 Sediakan ikan bilis dan kacang


 Panaskan Minyak


Dah tu letak dalam acuan rempeyek dan letakkan ikan bilis dan kacang tanah tadi ikut sesuka hati korang macam gambar kat atas ni



Dah masak angkat dan toskan dahulu


Dannnn Tadaaa...

inilah hasilnya rempeyek yang aku dah siapkan bersama dengan umi aku...(rajin betul aku hari ni..bahahaha...)

Selamat Mencuba...pesanan ikhlas kau...^_^

p/s: sory pada yang bagi komen sebab terlewat publish, yang tinggalkan msg aku akan segera berkunjung ke blog korang..

Sekian.....


Friday, July 19, 2013

Luahan Rasa Si Gadis Kecil


 Assalamualaikum

Well..sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku nak cakapkan atau ceritakan di sini..tapi mood sedih tetap tak nak mengalah kau..Kenapa sedih?? Tak nak tanya ker beb??...haha

Actually sejak dua menjak ni hati aku ni rasa mudah sangat nak sentap..but why?? Gedik ker aku ni atau nak monopous?..hikhik..Kadang-kadang aku tak faham dengan perangai orang ni..Nak kata buat silap puas dah memikir tapi tak der pun rasanya..Kalau nak kata tak der buat silap asal asyik nak buat muka toya jer kan dengan aku? Why..why..why…pening tul aku. Kalau tak puas hati tolong lah cakap…

Dah puas aku cuba jaga hati orang, but why orang asyik tak puas hati?..Dimanakah silap ku lagi…aiseh..hehheh..Dalam delima tau ni..engkau tahu tak beb? kalau kita sakitkan hati orang or buat orang sedih berdosa kita. Tapi masalahnya macam mana kita nak tau kita dah sakit kan hati orang kan??..Dengan tiba-tiba mood orang boleh berubah mengikut peredaran masa konon..sedangkan kita masih tak faham-faham..

Seyies aku cakap, bab ni aku memang tak pandai nak baca hati orang..Kalau ader yang tak suka, tolong bagitau..itu lebih senang untuk aku faham dan boleh aku cuba bermuhasabah dan cari jalan penyelesaian kononnya ..

Senang jer sekarang..yang boleh aku cakap, one thing for sure. I can't change myself to be what you want. I am me. and Insya-Allah.. in God's will, i'll change to someone better. Better than now. Do pray for me..

Kalau nak jadi insan yang lebih baik, macam-macam dugaan yang Allah bagi..so dengan itu kita sebagai manusia biasa dan hamba kepadaNya jangan mudah mengalah dan putus asa..Kalau kita diuji..Allah sayang pada Kita dan Kita adalah diantara manusia yang terpilih..Mungkin Allah tak nak kita berbangga diri atau lupa diri dan sentiasa mengingatiNya..Fikir kalau kita ada masalah Allah yang kita cari kan?? So itulah salah satunya kita diuji sepaya kita tidak lupa padaNya..Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebalik semuanya..

Jom la sama-sama kita perbetulkan diri dan betulkan niat..tak perlu nak mencari kesalahan orang lain tapi cari kesalan diri sendiri dan betulkan..itu lebih baik bukan…

Sama-sama kita menuju kearah kebaikkan dan menjadi insan yang berguna kot ^_^


Ok ollss till then..bubye...

Sekian…..


Monday, July 15, 2013

Saja Nak Update Boleh???

Assalamualaikum

Hai semua..mak cik, pak cik, cik akak, cik abang, cik adik...Ader ok? macam mana puasa? 
Yang cukup berpuasa aku ucapkan syabas bête..Yang tak cukup setengah hari puasa, kau kenapa? Sakit? Buat-buat sakit atau sengaja?..aper-aper la…kalau kau sakit lepas ni sila la ganti, yang sengaja kau tanggung la sendiri ek..Yang tak puasa pulak,why u tak puasa? Cuti? Ok fine kalau yang perempuan..Yang lelaki why u tak puasa? Cuti jugak? Emmm..tak nak masuk campur sendiri tanggung..ehh..eh tak boleh-tak boleh..Kena bagi nasihat ni..adoii…dah besar-besar pun tak reti nak puasa ker? Anak buah aku yang 5 tahun pun boleh puasa..Tak malu ker kau kawan?....#realiti kau dah mula nak membebel Fara..

Hari ni tak der aper pun yang aku nak kongsi just saja nak melepak di sini..Nak tanya ni korang ada Fb tak?
Jangan jawab tak der..dah nampak sangat kau nak menipu beb..Pagi-pagi lagi aku dah log in Fb..siap update status lagi..kau ader? ader kan?....bersemangat pulak aku nak berFb ni..haiya macam mana aku nak cakap err? malu pulak..kalau aku malu macam mana orang nak tau kan? Ah..persetan kan la malu tu..hahaha...

Mai la semua singgah kat Fb page aku yang tak seberapa ni..tolong la like sekali yer..support la sikit Cik Fara kau ni beb..Kalau tak nak singgah kat Fb page, Fb biasa pun Cik Fara kau ni ada beb..singgah la dan tolong follow sekali...hikhik..

Ok tak aku promote Fb aku..Ok la tu kan dari tak promote..Bulan-bulan puasa ni meh la pakat-pakat tolong support Blog dan Fb Cik Fara kau ni yer...


Klik gambar ni
 Ni My Facebook Page..Like jangan tak like pulak tau!!!! :)
 


Klik gambar ni juga
 Ni Pulak My Facebook #biasa... Jangan Lupa Add Dan Follow kehkehkeh...:)


Ok la setakat ini dulu i nak promote kat uollss...ingat yer jangan segan-segan nak jenguk..kalau segan rugi nanti..ingat tu...dalam kurungan, rugi ker?...muahahaha....

p/s: keputusan ditangan anda..biar ikhlas jangan terpaksa...aicewah...hehhe..peace...

Sekian.....


Saturday, July 13, 2013

Minggu Ni Aku Seorang Pemalas..Maaflah!!!!!......

Assalamualaikum

Sudah lama kita tak bertemu kan..? Katanya aku sangat super busy tapi rasanya aku super busy hendak tido dan menonong di pagi hari..Kalau aku bangun tido, aku mesti rasa nak tido semula..Kalau aku makan, aku mesti rasa malas nak cuci pinggan..Kalau aku busuk sebab malas nak mandi..makannya kau tahan jer la..muahahaha...

Yang ku tahu..inilah kejer ku..merendek..

Entry aku yang lepas berbaur nak mulakan azam baru..tapi belum separuh jalan aku dah malas..haiya..well, itu semua dugaan di Bulan Ramadhan ni..semakin rasa nak berubah semakin bertimbun-timbun pula pe el aku. Nak kata ada iblis syaitan menghasut tapi semuanya dah dikurung..Maka dah terbuktilah sebenarnya aku yang pemalas.  Kalau bukan Bulan Ramadhan aku boleh menempelak tapi ini Bulan Ramadhan Fara..kat mana lagi kau nak nyorok..sah-sah kau memang pemalas..

Pemalas tak pemalas korang tengok la..Kain baju dah di cuci tapi lipatnya tak lagi..Alasan yang diberi tak sempat banyak kerja. Malam nak solat tarawih..Bila balik terus tido. Pagi bangun sahur, terus solat dah  kerja..Sebelah petang sibuk nak masak. masak la sangat kan..ngeerr...sibuk tak sibuk sampai Bazar Ramadhan pun aku tak sempat jejak lagi beb...betul..seyies tak tipu..hehhe

 Lama mana agak-agak tak ku lipat segala baju ni haa?


Hujung minggu, si kecik rock chik buah hati pengarang jantung balik..Bila dia ada, satu kerja pun aku tak nak buat. Alasannya aku nak habiskan masa bermain dengan dia. Bukan senang nak jumpa macam ni selalu so time ni la aku gunakan masa untuk bermain dengannya..Dah lama kot tak jumpa dia..

 Inilah dia Si Rock Chick kesayangan.Tengok tu happy giler kau. Ca aner aku tak geram


Adakah pembahagian masa aku sangat berkualiti atau tak? Bab ni aku sendiri pun tak dapat nak jelaskan..Nak kata tidur ku cukup, kadang aku rasa sangat tidak mencukupi. badan pun terasa sakitnya..So adakah ini satu kemungkinan aku menjadi seorang yang pemalas atau adakah aku sendiri yang tak dapat uruskan khidupan ku dengan baik. Nak kata aku buang masa ber facebook..Jawabnya memang tak la sehari lebih kurang setengah jam jer. Kadang-kadang tak der pun..Semua ni ekoran kesibukan aku yang melampau..huhu..

Aku ader dapat lagi job baru..so nak tolak macam tak ok sangat.. bila tak tolak aku sendiri yang merana. Kata orang masa muda dan sihat ni la nak kerja kuat pun, dah tua tak sihat besok satu kerja pun tak boleh buat lagi so time ni aper boleh buatkan rehat je la tak gitu..Kalau rehat je tapi tak der duit, macam mana pulak nak hidupkan..Makanya masa muda ni la kena  kerja lebih kuat..

Tapi kata orang kerja-kerja juga, solat pun kena jaga juga. Aper yang disuruhNya sila lakukan dan aper yang dilarangNya silalah tinggalkan..Mujurlah aku selalu bermuhasabah dimalam hari, maka aku selalu ingatkan diri aku yang sangat pelupa kadang-kadangnya..miahahaha..

So sekarang ni, aku sendiri la kena berubah dan berusaha untuk berubah..Malas memang satu sifat yang sentiasa ada pada setiap orang. Cuma Diri kita dan cara kita jer dapat mengubahnya.. Tiada alasan dan tak perlu menyalahkan sesiapa dan aper pun jika kita bermalas-malasan..

p/s: kau update blog ader masa lah pulak...wahaha..

Sekian.....


Tuesday, July 09, 2013

Ramadhan Ya Ramadhan


Assalamualaikum


Salam Ramadhan


Ramadhan Ya Ramadhan...Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t kerana masih memberi aku peluang untuk merasai Ramadhan lagi..Korang macam mana ok? Bersemangat tak nak berpuasa ni..Longlai ker..huhu..jangan..jangan...

Kalau dulu aku ternanti-nanti Ramadhan sebab mahu menikmati macam-macam santapan, nak-nak dapat berkunjung tiap-tiap hari ke Bazar Ramadhan, memang aku la manusia paling syok giler..Now setelah aku mula memahami aper itu Ramadhan yang sebenar-sebenarnya..Baru aku tahu kenapa ramai orang menunggu-nunggu bulan ini…

Ramadhan bukan bulan untuk bersuka ria atau berseronok semata-mata, bukan juga bulan untuk mengenyangkan perut yer adik-adik ku sekalian..Hayati betul-betul Ramadhan, insyaAllah korang akan dapat merasai betapa nikmatnya Ramadhan yang sebenar..Bulan untuk menambah ibadah., bulan yang penuh keberkatan..

Jangan sia-siakan peluang yang Allah dah bagi, mana tau tahun hadapan kita tak dapat lagi merasainya.  So sangat la rugi jika kita mensia-siakan peluang yang ada..Usah la nak bermalas-malasan sangat kalau tak nak rasa rugi..Kak Fara kau ni pun dulu lebih kurang jer, but now aku tak nak ulang lagi semua tu..aku tak nak rasa rugi..aku tak nak rugi dalam beribadah.

Ramadhan kali ini aku harap, aku lebih kuat dan boleh menjadi seorang yang lebih tabah dan matang. Aku tak nak sia-siakan peluang yang ada..so aku harap korang pun macam tu juga..kuat, tabah dan bersemangat untuk memulakan Ramadhan kali ini..but I hope tak la sekerat jalan yer…J

Kalau yang dah lupa macam mana nak niat puasa tu baik practice sekarang yep…esok tak der la terketar-ketar..hewhew..macam nak akad nikah pulak terketar-ketar bila tok kadi bertanya..hihik..tak pun jom sama-sama kita ingatkan semula…



NIAT PUASA UNTUK SEBULAN

Sahaja Aku Berpuasa Seluruh Bulan Ramadhan Kerana Allah Ta”ala.




NIAT PUASA HARIAN 

 Sahaja Aku Berpuasa Esok Hari Menunaikan Fardhu Ramadhan Tahun Ini Kerana Allah Ta’ala.





Ramadhan wish : Semoga aku dapat berubah, lebih baik dari sebelum ini. Kalau orang lain azamnya di tahun baru, azam aku pulak di awal Ramadhan..(jangan nak rasa pelik).


Tolong doakan untuk aku juga..semoga aku dapat berubah menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini…InsyaAllah…peace..*_*

p/s: praktis sekarang...(amaran bukan gurauan) 

Sekian.....


Monday, July 08, 2013

Dugaan Lagi :(

Assalamualaikum

Ujian dan dugaan lagi untuk keluarga ku.
kalau korang perasan, sejak akhir-akhir ni setiap entry yang aku publish
macam tak berapa happy, tak der kena mengena, boring dan berbaur sedih.
well, walau sedih aku akan cuba bertahan
kalau bukan aku saper lagi
yang boleh diharap.
Walau susah aku akan tetap cuba
sentiasa dengan family aku.
Ayah..
sakit dan tak seperti dulu, kasihan pulak my mom
bersungguh-sungguh mengambil alih
mencari nafkah untuk family.
Abang..
Bersusah payah demi kehidupannya 
dan kegembiraan family..
Walau tak seperti dulu, aku tahu
seribu macam yang ada dalam 
hatinya
antara kepentingan diri, keperluan diri dan keluarga.
Sudah banyak berhabis-habisan untuk kami
gembira cuma sekejap
masalah sentiasa datang...
I Luv My Family, My MoM, and My Brother
Sabar..aku tahu pasti ader penyelesaian.

Till then..
Selamat Malam

Wednesday, July 03, 2013

Appreciate


 Assalamualaikum

Ketika aku masih memiliki dia, terlalu pedih pulak aku melayan dia..ketika dia baik dengan aku, 
aku pulak membencinya..
sungguh aku sungguh benci..hurm..
aper kehel melayan perasaan di malam begini oii…oppss patut la dah pukul 2pg..
i mengigau ker?...baru pukul 11lebih la der..huhu..penampar sebijik ok?…

Well…kebenaran yang nak aku kongsikan..
aku pernah memiliki seseorang yang sungguh baik dan istimewa..
Kerana terlalu baik aku sungguh bencikan dia..huhu..ader juga orang macam aku kan…
kalau itu yang korang nak cakap..aku sedia maklum…

Jahatnya diri aku tidak aku nafikan…
bukan jahat macam mana pun wey..just aku tak suka bila seseorang terlalu baik dengan aku..
aku takut kehilangan..
bayangkan kalau kita kehilangan orang yang terlalu baik dan rapat dengan kita..sentiasa ada dengan kita…aper yang uolls boleh fikir??
 Sedih kan?...
Macam tu la yang aku rasa, aku tak nak dilayan baik..
aku tak nak didekati.
sampai satu saat..aku hamburkan kata-kata menjelikkan..huh..
aku sendiri pun tak percaya sebenarnya..
yang paling tak percaya dia boleh telan macam tu jer…
sungguh tabah..

Tapi demi takut rasa kehilangan..
macam-macam aku buat supaya dia jauhkan diri dari aku..
macam-macam aku cakap sampailah satu malam di bulan puasa…dah dekat nak raya pun..
aku keluarkan kata-kata yang sangat sadis..sehingga dia menghilangkan diri terus dari aku..
Masa tu aku semakin gelabah.menyesal..
Aku cari, aku contact dia..tapi hampa..
tak dapat dihubungi langsung…

Saat tu baru aku tahu yang jahat sungguh aku ni…
Aku sakitkan hati orang, aku maki orang yang sungguh baik dan ambik berat pasal aku..
Sekarang bila dia dah tak der baru aku menyesal…
Tapi aku nak dia tahu sebenarnya aku tak pernah ada rasa benci pun pada dia..
Aku buat macam tu sebab nak dia jauhkan diri dari aku..
Aku tak nak rasa sedih kalau suatu hari aku kehilangan dia..
Tapi sememangnya bila aku kehilangan dia saat aku memaki hamun dia..
Itu sungguh buat aku rasa lagi sedih…
Aku minta ampun minta maaf sangat-sangat pada insan yang bernama ----------------- MKN singkatannya 

***********
Dah dekat-dekat bulan puasa ni aku teringat pulak kejadian ni…

***********

Sekarang aku dah tak boleh buat aper-aper lagi. Nak kembalikan dia mestilah dah tak boleh..
Yang dah pergi..Nak ke dia kembali, kan?..
So sekarang aku belajar menghargai setiap orang yang datang dan ada di sisi aku..
macam mana pun orang tu aku belajar menerima dan menghargainya…
especially my family..Aku lebih menghargai dan mengambil berat…
susah diorang tetap susah aku juga..senang diorang maka senang aku juga…
Tak nak la aku sorang-sorang rasa senang sedangkan orang lain susah..
Biar saper pun dia kan…baik family, kawan, sepupu, 2 pupu, 3 pupu, kawan makan ais krim, kawan main nyorok-nyorok, cikgu yang garang..what ever la kan….

Uolls..belajar lah dari kesilapan aku ni yer..
Jangan diulang aper yang aku dah buat ni..
Suatu hari uolls akan menyesal macam aku juga…
masa tu dah tak guna dah nak menyesal pun….

This message bukan untuk  rasa dikasihani..tapi untuk diteladani..
Buang segala perasaan tidak baik, cuba positifkan diri. 
Jangan takut pada benda yang belum tentu jadi..
Hargailah diri sendiri dan hargailah orang lain juga…
Macam mana kita menghargai diri kita macam tu juga kita menghargai orang lain..


Ok la..aku mahu tido dulu...
dah nagntok ni..terkebil-kebil bijik mata tau!! hehhe..
till then..tata...

p/s: sedey tau tawan-tawan...:(
Sekian.......