Tuesday, June 11, 2013

Kita Tidak Berseorangan Bersedih k!!

Assalamualaikum

Semua orang kalau tengah bersedih atau ditimpa masalah mesti macam-macam soalan yang agak mencabar minda keluar..betul tak? kenapa aku, bukan orang lain? kenapa dia tinggalkan aku? kenapa perempuan tu yang dia pilih? teruk ker aku ni? kenapa markah aku rendah kali ni? kenapa dia pulak yang cikgu pilih? kenapa Allah bagi ujian ni pada aku? Allah tak sayangkan aku ker? kenapa aku dilairkan tanpa bapa? kenapa? kenapa? kenapa? dan kenapa?..betull?? tak payah tipu la..aku tau tak banyak pun sedikit korang macam ni kan?..

Well, sebenarnya engkorang tak pernah keseorangan. Masalah yang engkorang hadapi hanyalah ulangan dari masalah yang pernah dialami oleh orang lain. Semua diorang mampu hadapi masalah dengan tabah, so tak kan engkorang pun tak boleh kan? Tak kan la engkorang hanya nak bersedih, aju soalan yang bukan-bukan tanpa mencari jalan penyelesaian yer dak. 

Semua orang ada masalah cuma setiap masalah tu tak sama dan cara mengatasinya pun tak sama. Tanya la saper pun, jawapan dia tetap sama, saper yang tak pernah ada masalah kan? Kalau engkorang pandai mencari jalan penyelesaian, pandai menyembunyikan masalah tanpa diperlihatkan tindakan atau mimik muka yang engkorang tu tengah bersedih. Ofcosss la saper yang berani cakap yang engkorang ada masalah kan..So orang tak kan judge engkorang ni ada masalah dan sedang bersedih. Mungkin orang disekeliling engkorang pun bertimbun masalah cuma masalah tu tidak diceritakan atau ditunjukkan kepada engkorang. Atau masalah yang engkorang hadapi ni telah dihadapi oleh diorang sebelum ni..

So if engkorang rasa apa yang engkorang hadapi ni sudah cukup dahsyat tapi engkorang tahu tak yang ada orang pernah hadapi lebih dahsyat lagi?. If engkorang rasa masalah engkorang tu cukup besar, tak pernah dialami oleh orang lain, engkorang silap key. Sebenarnya ramai orang yang pernah mengalaminya malah lebih dahsyat lagi kot. Contoh kisah dikhianati suami ada berjuta di seluruh dunia. Kisah ditinggalkan kekasih pun ada berjuta di sana sini. Jarang pulak engkorang dengar diorang semua bunuh diri atau jadi gila disebabkan masalah ini. So tak kan la engkorang pulak yang nak buat benda bodoh macam ni kan. Sepatutnya engkorang cuba selesaikan dan cari jalan penyelesaian yang baik. Cuba buktikan dan bangkit dari besedih bina balik kehidupan dan impian engkorang tu. Buktikan yang engkorang bukan seorang yang lemah.

If dikira semua zaman semenjak kewujudan manusia, engkorang fikir kisah engkorang tu cukup unik sangat ker? Jawapan dia tidak key. Kisah engkorang tu cuma ulang tayang 'filem-filem lama'. Kisah tentang cinta tiga segi, empat segi, kecurangan, suami zalim, isteri curang n bla..bla..bla.......sebenarnya telah ada kot. Cuba engkorang baca novel-novel lama contoh novel shackspear dan hikayat, kisah cinta yang tak senonoh telah lama wujud sejak kewujudan manusia  di muka bumi ni.

So jangan la engkorang fikir yang engkorang jer ada masalah, orang lain tak pernah ada masalah..Engkorang jer bersedih. Orang lain tak bersedih. Sebenarnya kita semua ada masalah dan kita tak pernah keseorangan pun bersedih meghadapi masalah. Setiap orang ada kisah dan cerita dia tersendiri. Masing-masing ada cara dan jalan penyelesaian sendiri. Cuba engkorang kuatkan semangat, ingat Allah, bangkit dari kejatuhan dan bina semula impian engkorang tu...so jangan nak bersedih sangat la..Aku ni lemah sikit kalau tengok orang dok buat muka toya jer...huhu..nak marah tak sampai hati, nak bagi nasihat takut tak boleh terima pulak..so plisss plisss...jangan nak lemah sangat..bangun key..senang cheghita caiyokk..caiyokk...wahaha...

Aku tak lemah, aku mampu bangkit. Wah kau...hukhuk..


Peneman aku, bila down aku cari ni, bila gumbira tak terkira pun aku cari ni, bila nak pujuk owang pun aku cari ni, bila nak nasihatkan owang lagi la..hehhe..

p/s: kalau kita diuji maka Allah sayang kita, sabar ingat tu :)

Sekian.....


Friday, June 07, 2013

Hari Makan Sedunia


 Assalamualaikum

Kata emak, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari..Maka mengenangkan kata-kata emak yang hampir 24tahun, aku cuba tidak menolak rezeki  yang datang pada ku..Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata emak membuatkan aku tak sabar-sabar untuk menikmati rezeki di hadapan aku…

Wahalla, aku seolah-olah baru keluar dari dunia alien...banyaknya makanan, aku nak yang ni, yang tu pun aku nak, eh-eh yang depan tu pun aku nak..wah..sedap kau..

Feewitttt….amboi cik fara, nengok makanan, tak hingat dunia yer kau…wuhuhu..ambik kau, dasar perut tempayan, manusia karnivor, herbivor, omnivor  semua kau nak rembat…bab makan kemain lagi kau yer..eh..eh bukan ker rezeki jangan ditolak ker?...Tak baik tau kalau tolak rezeki…mak aku yang cakap..hahaha…

 Mula-mula aku start makan nasi, sebab perut dah tak boleh tahan kalau nampak nasi, jangan dilupa orange sunkist untuk habuan potong lemak. Ko tengok kat pinggan aku, betapa banyaknya daging dan lemak lembu..so haruslah sunkist di sisi..hahaha..(kesian lembu terpaksa jadi habuan aku hari ni)


Cek Bedah kata, hari ni aku boleh makan banyak-banyak..Perut aku ok jer …so tunggu pe lagi..serupa beruk tak makan seminggu..terlompat sana, terlompat sini  mau ambik makanan…aper ker meroyan tahap gaban nyer aku hari ni. Macam la mak aku tak bagi makan kat aku seminggu.. Kesian mak aku tak pasal-pasal terbabit disebabkan anak mu yang pelahap ni..

 Ini kek aku punya..Jangan sesaper gatal nak syer..

 Waduh mak...dapat pula coklat VOCHELLE, saper tak nak aku mauuu...hahaha

 Eh-eh..ada pulak laksam, tapi aku nak baq kat hang, tak sedap.sangat-sangat...sheepp diam..diam..sat gi depa marah..

 Hah..hambik kau, nampak pulak satey, tunggu apa lagi pulun la aku rembat tak hingat orang..sedap siut, my favorett ni...

 Cicah pulak dengan kuah kacang, aumak aii..sedapp giler kau..rugi sapa tak makan..huhu ko meusti jeles la tu..hahaha..



Tapi
Dari depan aku Nampak mak aku semakin menjauhkan diri dari aku, dek kerana anaknya yang sungguh pelahap, mau disoroknya muka ke dalam baju..wuhuhu…sabar mak.. Ok, gua kasi can untuk mak gua duduk jauh-jauh. Gua tahu dia malu tapi gua punya tahap hysteria Nampak makanan sedap memang tak boleh dibendung lagi..Gua tak kisah la kalau mak gua tak nak ngaku gua anaknya buat sementara waktu. Bila kekenyangan gua tahu, mak gua akan terima gua semula….wakaka..teruknya kau Fara..

 Manusia berupa alien yang sangat pelahap sudah kekenyangan. Jadi gumbiranya tidak terkira sehingga terpejam-pejam bijik matanya..senyumnya pun semakin melebar.seolah-olah dibuat-buat....hahaha..


 Eh-eh asal tetiba pula ada gambar qi ni..Oppss aku lupa nak cakap sebenarnya aku lah hos terbaru jalan-jalan cari makan menggantikan tempat qi disebabkan tahap pelahap aku sangat melampau..maka aku terpilih untuk menjadi hos...ha..terkezut beruk kau...kau hingat aku tak mampu ker nak jadi hos..wahahaha...aku tipu ja la wey...buat mimik muka macam biasa balik la..tutup mulut kau tu...


Aiseh men..saper pulak ni...ala aku rindu bangat sama kamu..Ingat pulak zaman berebut burger sama mass.
Non di sini sudah kuat makan mass. Non udah enggak macam dulu-dulu lagi..Non udah kuat bangat makannya..makanya non jadi teringat sama kamu...huhu betul ka idak bahasa aku ni...

Al-kisahnya aku seorang pelahap….

p/s: Di majlis kenduri....kahwin anak kawan mak haku la......

Sekian…..


Thursday, June 06, 2013

Peringatan!!!



Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor

Assalamualaikum…….
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

Aku : Tersedar dari angan-angan sebelum ini…terus terfikir..untuk stop jer….buka mata luas-luas,perah otak elok-elok dan fikir yang mana baik dan yang mana buruk… Aku tak nak kehidupan aku penuh dengan air mata selepas menikmati Cuma sekerat kegembiraan…

 Nak ambik berkat..hehhe.mata pun nak tertutup dah..ciann......

p/s: aku copy untuk perkongsian semua...

Monday, June 03, 2013

Sahabat baik, betul-betul ker kenal kau?


Assalamualaikum

Sahabat untuk selamanya, kau dan aku sahabat untuk selamanya… selama-lamaya..setia…….huhu..eh..eh wah kau fara asal tetiba bermukadimah dengan lirik lagu sahabat lah pulak? Seb bek kau tak nyanyi, kalau tak mau pitching lingkup..bak kata ajai, jaga pitching tu…aku penampar juga budak ni karang..huhu..amboi, suka Nampak aku kena penampar..Dah ko taip aku baca jer la….eh..eh habis kalau aku taip minah,kau memang bodo, dah bodo kau bengap pulak…kau suka la yer.. tak menyirap ker darah kau, kalau kebetulan nama kau pun minah…..wuhuhu..merepek sudah..dah..dah..aku melawak je la der..putih-pituh melati, merah-merah delima, sape yang baik hati pasti ku terima…..nah hambik kau lagu tu aku tuju khas buat saper yang baca entri aku ni…



Well, ape itu sahabat baik dan saper itu sahabat baik? Ko ader tak sahabat yang betul-betul baik, tidur sebantal, makan sepinggan, keluar bersama, mandi pun bersama? Aiyoo ho..mandi pun nak bersama ke der?..wuhuhu ..Ader ker tak der?..Konon-konon kalau tak jumpa mau demam sebulan.. hebat sungguh penangan sahabat baik kalau dah macam tu gamaknya..But betul ker sahabat baik ni sangat-sangat memahami ko, sanggup buat apa saja untuk ko? Jujur dan ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan untuk ko?

Yes, memang betul dan memang yer bagi sesetengah orang. Sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabat baik, tidak terdetik sedikit pun perasaan cuak, cemburu atau iri hati.. Tapi adakah dia betul-betul memahami ko, kenal diri ko 100%?..

 Ketawa bersama, menangis bersama....ahaksss.., sahabat baik la katakan..


Uoll..bagi aku, walau sebaik mana pun dia, walau dia mengatakan yang dia sangat memahami kita, sangat mengenali diri kita, tapi untuk diri aku, aku rasa semua itu tidak benar…..dan tidak benar sama sekali tidak..aper yang korang suka, kadang-kadang korang terpaksa berkorban untuk sahabat baik. Tak per la, aku ikut jer, mana-mana pun tak per. (dalam hati, aku tak suka)..tul tak?

Kalau nak bercerita pasal diri ko, kadang-kadang ko terpaksa lupakan demi menjaga hati sahabat baik sebab dia tak suka dengar cerita ko time tu, luahan ko, perasaan ko. Kadang-kadang dipotongnya ayat-ayat ko semata-mata tak nak dengar cerita ko sebab tak kena dengan dia.. betul tak? Alih-alih ko yang terpaksa dengar cerita dia padahal dalam hati ko tak suka,(kenapa cerita aku dia tak nak dengar tapi cerita dia aku kena dengar)..porahhh..

Kalau ko sedih..dia betul-betul memahami ker kenapa ko sedih? Dia Cuma boleh ubah topic, ajak ko buat sesuatu untuk ko hilangkan rasa sedih…dia cakap dia kenal ko, dia faham ko, tapi dia betul-betul boleh tau ker isi hati ko?..tak… kan…kadang-kadang aper yang dia cakap lebih menyakitkan hati ko..tapi ko simpan jer  la kan..alih-alih ko pulak yang jaga hati dia..sahabat baik…tul tak aku cakap?.

Sahabat baik tidak akan kenal sape diri kita yang sebenar, aper yang ader dalam hati kita, aper yang kita nak,aper yang kita mahu..aper yang buat kita gembira, aper yang buat kita sedih, aper yang buat kita suka aper yang buat kita tak suka…ko percaya atau pun tak aper yang aku cakapkan ni?..yes..memang dia sahabat baik kita, tapi dia tidak akan kenal saper kita melainkan diri kita sendiri..even ibu bapa kita pun tak kan mengenali dan mengetahui isi hati kita seratus peratus…inikan pulak sahabat baik..tipu kalau ko tak pernah terasa hati dengan sahabat baik ko kan?…

Betul ker hari-hari dia ingatkan ko? Bila dia dengan kawan-kawan dia, dia masih ingat kan ko ker  time tu? Kalau yer aku tabik 150 darjah lah beb…bila dia dengan kawan-kawan dia, aku rasa ingatan dia terhadap ko dah berbelah bagi, aper lagi kalau kawan-kawan dia buat dia lebih gembira.bagi kemudahan pada dia, sedangkan ko langsung tak menyenangkan dia..ingatkah lagi dia pada ko time tu?uhhu.. Percaya tak aku cakap dia akan datang dan ingat ko pada saat dia kesunyian, tiada teman saat itu. Maka tumpuan dia kan beralih pada ko..betul tak?

Ok..macam ni aper fungsi sahabat baik tu untuk ko? Dan kenapa ko gelarkan dia sahabat baik? Adakah sebab ko mengenali dia sejak kecil? Adakah sebab dia berperangai seperti ko? Atau adakah sebab ko selesa dengan dia, dia selalu tolong ko, dan ko lebih percaya atau suka untuk ceritakan kisah ko pada dia?..

 Macam inilah ..kunun-kununnya...


Sahabat baik yang sebenarnya adalah seorang yang bertanggung jawab, seorang yang kadang-kadang ko tak suka pun, seorang yang ko memang tak selesa bila bersama dia sebab terlalu banyak nasihat dan tidak terlalu open atau bersosial. Maka ko tak suka, ko bosan dan ko menyampah bila bersama dia. Tak tahu berfesyen, kekampungan dan very-very gadis melayu akhir or skema la katakan..Ko tengok pun sebelah mata jer.. Tapi ko sedar tak sebenarnya  orang inilah yang layak digelar sahabat baik…Dia tak suka ko bersosial, dia suka bagi nasihat yang sangat menyemakkan kepala hotak ko demi untuk menjaga maruah dan diri ko. Tapi ko tak sedar dan ko tak tau niat baik dia.Saat ko susah, bila-bila pun dia sentiasa ada… tidak pulak dia meminta ko menggelarkan dia sebagai sahabat baik. Bila suatu hari dia dah tak der, maka saat tu la mungkin ko baru terasa dan baru sedar yang dialah sahabat baik ko..

Sahabat baik tak semestinya yang selalu buat ko gembira, bersama ko kehulu-kehilir setiap masa..faham ko konon-kononnya. Ingat la beb pengaruh sahabat baik lebih besar dari sahabat biasa..Jadi cuba ko cari aper itu erti sahabat baik, dan saper yang layak digelar sahabat baik untuk ko beb…Carilah seseorang yang betul-betul menyayangi ko dan sanggup untuk membawa ko ke jannah bersama-sama.. Bukan Cuma untuk dirinya tetapi untuk diri ko juga…

 Sejuk mata mak memandang nak....hehhe


Tapi sahabat baik tidak mungkin mengenali diri ko 100% walau macam mana pun dia. Saper yang betul-betul mengenali diri ko? Jawapan dia adalah tak lain dan tak bukan diri ko sendiri..Ko tau aper yang ko suka, ko tau aper yang ko tak suka, ko tau aper yang ko perlukan dan ko tau aper yang ko perlu lakukan..So tanya la diri ko sendiri..uoll bagi aku sahabat baik Cuma sekadar  teman hidup bukan seorang yang betul-betul mengenali kita dan tau aper yang kita perlukan..sahabat baik Cuma membawa pengaruh untuk kita, samada pengaruh buruk atau pengaruh baik.. so fikirkan yewww…pilih yang terbaik….

 Hanya sementara, pilih yang terbaik no.




Ok la der..cukup kot nasihat kak fara ko kali ni…Wuhuhu..macam tak percaya jer aku yang bagi statement ni wey…hahaha..aper-aper pun, caiyok—caiyok..*perkataan keramat yang tak boleh aku tinggalkan..hehhe….

p/s: sekadar pandangan peribadi aku, tiada niat untuk menyakiti sesiapa, maaf kalau ada yang terasa no…...

Sekian.....

Friday, May 31, 2013

Diam

Assalamualaikum

shhhh..diam..selalu ko dengar kan orang cakap cenggini?..Tapi sekarang ni masalah dia, kalau diam orang cakap pulak, asal ko diam sangat er?. Semua seqeba tak kena, diam salah cakap pun salah..Tapi kasi mau ingat la, kalau cakap sampai mulut tak boleh diam, aku tak tau nak kata apa lagi, pecah kepala wey dok dengaq orang pot pet pot pet sangat. Mak hang berleter pun hang sakit jiwa, inikan pulak orang lain.. wahaha...nak nanes..T_T .Boleh macam tu? Pening...pening, boleh migrain..

 Diam..diam...bak kata Naruto


Tub-tub aku nak kasi tau kat hang, aku ada ceqhita menarik punya..Pehhh..tak boleh belah la wey ceghita ni...Itu hari ar aku ada pergi itu klinik orr..aku ader jumpa sorang anti chinese ni....mulut dia tak hingat dunia der..sakit kepala aku, nyonyang..cengyang..onyang..moyang...semua keluar..Dah la aku ni tengah pening kepala..beqhejam pulak tu kena dengar dia duk cakap menatang haper tah dalam bahasa cina..Kalau dia mengata aku pun bukan aku tau pun..itu yang aku lagi sakit hati tuh..harap-harap dia sibuk dok memuji aku la kan bukan mengata aku *amoi ni sakit sakit pun cantik lor......muahahaha.....(puji diri sendiri memang kelebihan aku hang tau dak..)

Dalam dia dok berleter pum pang pum pang tu sempat pulak la dia tegur aku :

Anti : Sakit apa?, mau jumpa doktor ka?

Aku : Demam jer anti  *kalau tak jumpa doktor buat apa aku datang sini..hish...

Anti : Dah lama ka hang demam? aku tengok muka hang pucat

Aku : Baru semalam.

Anti : Aku teman anak aku jumpa doktor, sakit gastrik

Aku : Dah jumpa doktor ker?

Anti : Baru masuk. Doktor lambt orr hari ni, anak aku sakit tak boleh tahan. Aper punya doktor la ni, tak reti buat qheja

Aku : Dia ader keje kot *adoih jangan nak lepas geram kat aku sudah..

Anti : Tu anak aku dah keluar, aku bawa dia ambik ubt dulu

Aku : :) (senyum jer, tak larat dah nak cakap)


Hah, hambik kau..seb baik dia dah pergi kalau tak jenuh aku nak melayan. Kasi ingat la aku pun sakit juga, tak larat ma..Dah la dok dengar dia dok beleter dari aku masuk pintu klinik, mau cair taik telinga aku.. Tu nasib baik hangin kus-kus aku tak mai, kalau tak ngan anti anti tu kena dok luaq..

Tapi baru aku tau la apapasal dia dok berleter separuh hari..Aper dia ingat anak dia jer ker sakit, anak orang tak sakit. Anak orang lagi sakit kot dengaq dia dok pum pang pum pang. Sakit hati, sakit telinga, sakit kepala, sakit semua cukup..

 Aduhhhh...mau pecah kepala aku, sakit giler..cukupp..cukupp, aku tak mau dengar lagi...ahaksss..


Seb baik aku punya hati boleh tahan baik hari tu, boleh sabaq lagi...Aku ni jenis kalau dah tak boleh tahan mau jer aku sound depan-depan..anti ker makcik ker, datuk ker datin ker kalau dah tak reti jaga adab, tak reti nak fikir orang sekeliling tak der masa aku nak layan..sound jer. kasi ingat sikit, klinik bukan tempat nak tunjuk perasaan, nak tunjuk ego saper betul saper salah..


 Jangan sampai nanti diri sendiri terpaksa cakap macam ni..wahahaha..


Kalau nak ikut perangai sorang-sorang, semua nak betul..orang lain semua salah..ko kena juga fikir der, macam si anti ni, ntah-ntah doktor tu ader hal penting, ader kecemasan ker. Ko tak tau. Tak kan la doktor tu nak buat announcement kat satu klinik..*hari ni doktor lewat sikit sebab isteri doktor nak bersalin* hah macam tu ker?? huh...

Tapi, tipu la kalau aku cakap aku tak penat menunggu..Penat juga der, bosan lagi tu, + kena dengar ceramah free..haish saper nak kan...kalau bagi pilihan aku pun tak nak. sob sob aku bawak handphone boleh juga aku buka facebook siap dok update status lagi...wahahaha....ko citer bagai nak qak, boleh pulak ko cakap ko sibuk dok update status yer fara..sakit konon.. cisss....

What everrrr...tett..sekurang-kurangnya aku tak sakitkan hati orang, tak ganggu orang..Tu lebih penting kot..sendiri mau ingat la..ngadap benda lagho tu lebih baik kot dari dok berleter tak tentu pasal...

Peace......*_*.......kalau rajin meh ke facebook page haku yekk...

Sekian.....

Tuesday, May 28, 2013

Segmen Chomell Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Sesibuk mana pun sempat juga aku sertai segmen Chomell ni wey. Hari tu yer-yer je cakap sibuk kan?..wahaha pirahhh la kau Fara..Orang nak bersegmen kau pun nak menyibuk..Pantang nampak, sibuk pun kau nak menyibuk juga kan....hehhe..

Well *_* aku ni bukan nak menyibuk just nak sertai jer. Memang la aku sibuk tapi kalau ader masa buat aper nak membuntang jer kan bijik mata tu. Buat habis karennn mak aku bayar jer..Hidup mau happy wey...

Aper kata, hampa semua ikut aku join sekali..Tak susah pun..Meh tengok cara-caranya :

*Mula-mula letak Banner ni kat entri hampa




*Kemudian hampa jawab soalan yang macam aku jawab kat bawah ni :

1) Ada nama timangan tak? Yang masa kecik-kecik orang bagi? Kalau ya, apa?
               Dik Na tapi tak berapa nak adik la sangat
2) Warna paling benci?
               Kuning sebab tak sesuai langsung dengan kulit
3) Lagu yang paling digemari? Yang latest. 
               Aku Yang Tersakiti artis Judika, waww.. macam ader kuasa menyerap ke otak
4) Kalau ada orang bagi baucer shopping, apa benda first yang terfikir nak beli?
                Iphone 5 sebab nak sangat-sangat tapi tak dapat-dapat lagi
5) Time bosan buat apa?
                Berangan sebab berangan boleh buat aku lupa yang aku tengah bosan
6) Subjek paling pro?
               Bahasa Melayu, tak pernah dapat B dari darjah 1 sampai habis study



Ok der..kalau bertuah, hampa akan terpilih untuk memenangi....(    ) biarlah rahsia.. hahaha..nak tau pi klik kat banner atas tu yew....SELAMAT MENCUBA....

Sekian.....