Saturday, August 31, 2013

Hai Si Cantik Manis!

Assalamualaikum

Cantik bunga ni kan?

Ok..hari ni aku nak celoteh sikit bab cantik tapi bukan pasal bunga di atas ni.tapi bab si cantik manis ni..tak kisah la saper pun dia asal dia rasa dia cantik itu lah dia..Cantik..cantik juga tapi jangan la disebabkan kecantikan kau, kau hilang pedoman pulak..bangga tak tentu arah..

Kalau rasa kau cantik, kau perlu bersyukur kerana Allah kurniakan kecantikan buat kau..Tapi kau kena fikir juga adakah Allah kurniakan kecantikan untuk kau supaya kau dapat pujian dari ramai orang..Yang lelaki pandang tak jemu-jemu..kau suka kan?? Haiippp..jangan kau lupa adakah Allah memberi kau kecantikan untuk kau berbangga diri..? Adakah itu satu ujian dari Allah..Ujian yang diturunkan dalam bentuk kecantikan untuk menguji kau…

So kau kena la berhati-hati..Kecantikan yang Allah bagi untuk kau takkan kekal lama..sekelip mata jer Dia boleh ambik, masa tu kau baru ingat kecantikan bukan segala-galanya kan..?

Kecantikan yang kau miliki bukan untuk ditonjol-tonjolkan untuk semua orang khususnya si lelaki..jangan kau bangga jika lelaki memuji setiap kecantikan kau..mungkin akan menimbulkan dosa tanpa kau sedari..

Yang lelaki pulak..tipu kakau korang tak pandang si perempuan yang cantik manis..muka berbujur sirih..hidung mancung bak seludang, putih gebu, bak kata aku cantik semua la…ingat!! kau jaga pandangan kau wahai lelaki..dan cantik luaran tak semestinya cantik dalaman…

Yang perempuan dah kau cantik..cuba la kau jaga aurat kau..tutup aper sepatutnya yang perlu  kau tutup..jangan kau sengaja nak tonjolkan pada semua orang..Bila lelaki mengganggu kau..kau nak marah..tapi kau fikir tak yang kau punca lelaki mula menghampiri dan mengganggu kau..ingat tu..

Itulah sebab Allah suruh kita menutup aurat supaya tak terjadi sesuatu yang buruk..baik lelaki mahupun perempuan..

Well..cantik adalah..cantik hatinya, cantik imannya, niatnya, baik budi pekertinya, bersopan santun, tau menjaga batasan aurat dan pergaulan. Berfikiran positif, tidak berburuk sangka kepada orang, bantu membantu dan hormat menghormati..itulah cantik bagi aku..

Tak perlu la nak tonjolkan setiap kecantikan yang Allah dah bagi untuk kau..simpan untuk suami kau suatu hari nanti bagi yang solo macam aku..hikhik..yang dah kahwin pun macam tu juga..Jangan tonjolkan kecantikan kau untuk tontonan orang lain….

Fazura kau cantik sangat dan aku pun suka..suka.suka..huhu..
Adakah kau pun suka?? atau adakah kau secantik Fazura juga?? bahahaha gambar ni sekadar hiasan hokey my darling, my baby, my brother, my sister yer...


Aper yang aku tulis ni...sekadar pandangan, dan pendapat dari aku yang tak berapa pandai lagi ni..Jom sama-sama kita perbaiki diri dan ubah sikap kita ke arah kebaikkan. Kalau ada yang tak puas hati aper yang aku tulis ni, aku minta maaf tapi kalau ada pandangan bolehlah berkongsi sekali..

p/s: Cantik..diri mu buat ku tertarik...miahahaha..awwww..
p/s: Lagi satu sebelum terlupa maaf pada yang msg kat shoutbox tapi tak berbalas lagi tu...maaf sangat-sangat no..akan aku terjah sorang-sorang..harap bersabar yer..kerana aku sibuk sikit..hehhe..

Sekian.....

6 comments:

Sya said...

Mata akan tertarik pada wajah yang cantik tapi hati akan tertarik pada, pada apa? Akhlak yang baikkk... Ecewah jiwang jap.

Gadiss Kecil said...

aiceh...hehhe..betoi..betoi..

Fais-SKA said...

cantik ni sesuatu yg subjektif =) cantik luaran hanya bonus..yg pntg adalah cntik dalaman..lelaki yg jhat pn nk isteri dia solehah he3..tp fazura 2 mmg cntik..berkenan je tgok hi3

Gadiss Kecil said...

kan...miahahaha....berkenan tgk fazura ni..

Rohayu Md Isa said...

cantek luar dlm ag bagus :)

Gadiss Kecil said...

Ha tu memang betul.cantik luar, cantik dalam..ahai..berkenannyer la..