Saturday, August 03, 2013

Hadiah Aidilfitri....^_^


 Assalamualaikum

Tinggal baper hari jer lagi nak raya..so aper persiapan? Dah ader baju baru? Kasut baru? Semua la yang baru, dah siap?..Tapi honestly aku memang  tak siap aper pun lagi, baju tak der, kasut tak der, tudung tak der, aper pun tak der lagi?..Entah tak rasa pun nak raya sakan tahun ni…why, aku pun tak tahu la wey..

Maybe malam raya kot baru aku nak mencari keperluan untuk raya esoknya..Tu pun kalau aku tak penat, tak letih dan tak der kejer la..Kalau tak jangan harap la aku nak keluar kot..Baju yang lama yang tak di pakai lagi pun ader so aku rasa biar aku pakai yang tu la dulu, tak payah la nak membazir sangat..Huisshh..cayer ker aku yang cakap ni? Hahaha..kalau tak, tahun-tahun lepas,  kau la Fara manusia pertama dalam family nak melaram sakan..tett….nampak tak..nampak tak..? wahahaha..

Kali ni rasa macam..ok fine tak per la…aku tak perlukan semua tu..ader yang lebih memerlukan so aper kata aku cuba rasa aper yang orang lain rasa..Lagipun aku tak perlukan sangat semua tu..Raya pertama jerr kot kalau aku nak ke rumah sedara mara, raya kedua, ketiga, keempat and bla…bla…selalunya aku kat rumah jer tak pun aku akan ker rumah kakak angkat aku jer…itu jer..so tak perlu la nak beli itu ini sangat..

Tapi dalam tak nak beli paper tu…syukur, rezeki tetap menyebelahi aku, aku dapat hadiah sepasang telekung bersama sejadah untuk raya kali ni..Ni semua pemberian sepupu aku Kak Zura, Kak Long, Kak Suria, Abang Wan and semua family diorang..yey…dalam tak nak buat paper persiapan membeli yang baru, akhirnya Allah tentukan rezeki aku untuk dapat yang baru juga…Alhamdulillah…

 Sepasang telekung pelengkap Aidilfitri kawe.

 Sehelai sejadah cukup buat kawe rasa terharu

 Lagi terharu sebab sejadah ni dari Saudi Arabia khas untuk kawe...

Makanya, raya kali ni bolehla aku solat dengan telekung baru..sengih sampai nampak gigi belakang kot..miahaha..tapi dalam dok melaram yang baru, jangan lupa takut ader riak pulak..Ahhhh..jauhkan aku dari sifat-sifat itu..betulkan niat cik fara yer..tetttt..

Sebenarnya bukan tak nak berbaju baru, berkasut baru, ber segala baru..tapi terfikir, aku kat sini nak berseronok sakan, orang yang memerlukan tapi tak dapat macam mana pulak dengan diorang kan? Tambah-tambah terfikir kawan aku akan beraya di hospital jer kali ni sebab menjalani rawatan..berseorangan pulak tu tanpa family..Kau fikir? So terasa juga hati kalau aku, macam mana berseorangan pulak tanpa family…sedih, sayu, tak dapat pakai baju baru, tak dapat makan itu ini, bak kata tak dapat segalanya tak dapat la..macam mana perasaan time tu??

Ok la, so sebenarnya hadiah lebaran kali ni sangat la bermakna buat aku, bukan disebabkan sepasang telekung dan sehelai sejadah tapi disebabkan aku semakin matang, semakin mampu menghargai orang lain, dan semakin tahu erti bersyukur..semakin hari aku semakin melupakan kehendak diri aku, semakin memikirkan orang lain dan semakin tidak mementingkan diri sendiri dan semakin kuat menghadapi setiap dugaan….Alhamdulillah..inilah hadiah terbaik untuk aku bagi lebaran kali ini…

Buat sahabat aku itu..semoga tabah, kuat dan bersemangat hokey..caiyok..caiyok…yang penting semoga cepat-cepat sembuh..kalau kau sedih aku pun turut sedih…so jangan sedih-sedih…hokey :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA RAKAN BLOGGER, READERS, DAN RAKAN-RAKAN TERDEKAT KU, KEPADA FAMILY YANG JAUH DAN YANG DEKAT…YANG MENGENALI ATAU YANG TAK MENGENALI JUGA AKU UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN…

p/s: Dah macam menang award anugerah bintang popular…wink..wink..*_*
p/s: Raya pertama memiliki blog sendiri…wink..wink…kan….^_^
p/s: Entry terakhir sebelum raya..wink..wink..nak duit raya...$$$$$$$$$$$$$$$...riban..riban...boleh?.:)

Sekian……


8 comments:

RynaHakimi said...

Cantik telekung tu..nak jugakkkkk ;)

Fara Haanna said...

hehhe..boleh ajer,,:)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. untungnya dapat hadiah untuk aidilfitri.. cantik telekung tu.. :D

Fara Haanna said...

alhamdulillah...tq ;)

Sop said...

wah bestnyer dapat hadiah.. tahniah

Fara Haanna said...

time kasih..rejeki Ramadhan dan aidilfitri..^_^

sha (chirp chirp) said...

waaah, siap ade telekung gitu. cantek pulak tuu. selamat hari raya, maaf zahir batin :D

Fara Haanna said...

selamat hari raya...:)maaf zahir dan batin jugak la..hehhe..