Assalamualaikum
Lately ni aku selalu tak sempat nak
buka fb, nak on wechat, whatsapp bagai.. Kadang-kadang nak tengok tv pun memang
tak menyempat. Banyak benda aku kena fikir dan kena buat. Kadang-kadang rasa
macam tak adil pulak.aiyaa
Sekarang ni hidup aku pun dah tak serupa bikin.Kacau bilau
orang kata..
Rasa macam adoii cik gayah oi penat la mak nak habaq..hihi..really2
penat.seyes memang aku tak tipu dan aku bukanlah penipu..Rasa macam tak terurus pulak life aku.
Kalau orang lain tok tet-tok tet dok menekan keypad handphone, eh tak..tak..
sekarang ni orang main touch2 jer le cik fara oi..Sungguh terasa jeles benar
aku..
Mana tak jelesnyer jangan kata nak
touch2 skrin handphone..nak touch handphone pun tak menyempat..memang tahap
meroyan orang kata hidup aku ni..
Kadang-kadang teringat pulak zaman budak-budak tak berapa
nak cukup akal dolo..dolo..tu…hihi..boleh main, makan, sesuka hati jer nak buat
apa pun.
Yang paling best tak payah sangat nak memikio soal hidup ni..bila esok
jer nak start sekolah, mula nak macam-macam..ala mak nak demam la, sakit perut.
Boleh pulak dok memikio lakonan yang macam mana aku nak buat ni. Esok nak
sekolah malam ni dah start nak demam. Nak panadol la, sejuk la.aicewah lakonan la sangat.
Mak
aku tau, hang tau dak.. tak payah la nak menipu..
Tapi kekadang tu menjadi juga
la kononan aku.. supaya tak terjejas baiknya lakonan aku, muka biar nampak
macam orang sakit..makan buat-buat tak lalu padahal lapar nak mampus..
Horey aku
kalau berjaya, dok dalam bilik diam-diam konon-konon demam padahal dok
bersenang lenang nu ha..haremmm..tak sakit pun..
Tapi boleh bayang tak kalau tak menjadi..kadang-kadang mak
aku faham sangat dah aku punya alasan tak berapa cukup isi, mak aku awal-awal
lagi dah dapat baca apa ada dalam kepala hotak aku ni.
Mak aku seorang yang
tegas nak mampus time dolo..dolo..tu.
Kalau lakonan aku tak Berjaya memang
nahas la aku kena denda .tak der can nak bersenang lenang kat rumah..
Makan tak
boleh, tengok tv tak boleh yang paling menyedihkan main pun tak boleh wey…berpinau
bijik mata aku tengok bebudak lain dok main kat luar rumah..
Zaman tu kan, tak
der erti la kalau tak boleh main beb.
Tak boleh bergerak 90 darjah pun macam
lembu kena cucuk hidung..dok moh…moh..aku pulak dok mak..mak… nak pi
main..Jawab mak aku no..no…haha..
boleh bayang tak muka aku time tu macam
mana?..serupa cuka terlebih dalam kuah mee+ kopi pekat tak de susu…wahaha..
Bila kena denda tahap gaban macam tu, esok terus insaf nak
pi sekolah.
Pukul 5 pagi dah bangun tak payah mak kejut..senang giler aku
bangun..tapi hampeh sekejap jer aku insaf pastu macam-macam balik..
Mana tak nya
kalau ader subjek tak best, cikgu pulak garang, keja sekolah tak siap..tak ker
banyak lakonan lagi aku kena buat..tambah-tambah bila esok cikgu Tiger Malar
ngajar..memang aku kecut perut, mana tak kecutnyer..dengar nama jer dah
meremang bulu tengkok..
Tak takut ker dengan Tiger..wehihi..sorry cikgu..gurau
jer.
Tapi betul la cikgu Tiger memang garang macam tiger..Ader saper tak takut
tiger cer bagitau..
Hah memang takut wey garang giler..macam mana aku tak buat
lakonan mantop..kalah bintang popular Maya Karin..opss…sorry..
Tu la hidup kan…seronok pulak bila ingat balik..tapi
sekarang macam kehilangan sangat zaman-zaman best tu.
Kadang-kadang aku ni tak
berdunia dengan orang..kawan-kawan pun aku buat derkk jer..
Demi nak capai
cita-cita aku..aku terpaksa korbankan untuk sementara waktu zaman bersuka ria tu. Kepada kawan-kawan, gua
minta maap sangat sebab selalu diamkan diri dan buat derkk jer..
Ajak keluar
tak nak keluar, msg semua tak berbalas..call pun tak berjawab..kesian kan
kawan-kawan aku dapat kawan macam aku..
Tapi InshaAllah nanti bila semua kerja
aku dah selesai..boleh la aku temankan korang, keluar dengan korang macam
sebelum ni..Buat masa ni aku memang sibuk..siang full time keje, malam study,
hari minggu tetap study..celah mana aku nak bersosial..bila ada masa
sikit..mata pun tak menyempat dah wey..terus nak memejam..kadang-kadang tidur macam tu jer seolah-olah hidup ni aku
yang punya..
Jangan kata nak bersosial pun tak dapat, makan pun main telan-telan
jer, mandi semacam kobau mandi..hihi..sudah membuka pekung di dada nampaknya....
Tu la selagi hidup ni, boleh di isi dengan benda baik-baik
isi lah..hargai setiap detik tu sebab belum tentu masa akan datang kita boleh
rasai detik-detik macam tu lagi kenn?..
Bila Hati Dah Tak Tau Otak Pulak
Semakin Kusut, bersangkut paut ker tajuk aku dengan cerita aku ni..kelaut
nampaknya..Ah peduli apa aku..dah memang hati aku memang tak tau nak kata apa
lagi bila otak pulak semakin kusut dok
memikir..meroyan ke haper ni.. Cis poyo kata abang aku..wahaha..
Ok
la…so kepada mak aku,sorry yer mak..pasal kes dolo…dolo..tu menipu jer keje..bila
kena marah kelat jer muka..tapi macam mana pun kena marah anak mak ni tetap
kiut kan…hahaha..perah santan betul..
Kepada cikgu aku Tiger malar..sorry…gurau
jer tau..
Last
sekali aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang mengenali aku,
di blog atau di mana sahaja ok...
.....Peace…..
.....Sekian.....