Sunday, September 15, 2013

Mana Perginya Keberkatan Itu?


 Assalamualaikum

Hai semua..selamat bersua kembali, dah seminggu aku menghilangkan?..hehehe..menghilang disebabkan tuntutan kerja yop bukan disebabkan kemalasan hokey..hokey.. rindu aku la tu..kan..kan..ala tak payah la nak segan silu..cakap jer yang korang memang rindu aku pun..wakaka..sangat perasan..

"Emm bulan ni gaji aku nak bayar rumah, nak bayar kereta, nak bayar bil, nak beli barang dapur..ha..yang penting nak shooping..tapi nak bagi mak kat kampung lagi..macam mana ni,cukup tak yer?..".

Ok..sekarang aku nak tanya, korang pernah tak alami situasi seperti di atas?. Pernah tak korang  rasa yang gaji korang tak pernah cukup biarpun gaji korang tu beriban-riban..pernah tak? Kalau pernah aper korang buat? Terfikir tak ader yang tak kena dengan perbelanjaan korang..Tapi kadang-kadang korang berbelanja tak banyak mana pun kan, alih-alih gaji tak pernah nak cukup..pertengahan bulan dah mula macam-macam..itu tak der la, ini tak der la..gaji pulak dah habis..mula la cari jalan nak meminjam kat orang kan?..Dah pinjam..faham..faham la, cukup bulan terpaksa la bayar balik..dah tambah lagi satu bala..gaji habis dok bayar hutang orang..

So bila dah selalu jadi macam ni, aper korang rasa? Tertekan tak?..Kadang-kadang orang yang bergaji RM500 sebulan tu hidup diorang lebih senang..tak pernah kata tak cukup duit..nak aper semua boleh beli..Yang bergaji Rm500 tu juga la yang bagi korang pinjam duit..Terfikir tak mana perginya duit korang?..Aper korang buat dengan gaji korang yang beriban-riban tu..Bila cakap bab gaji ..wah..gaji aku banyak tapi hampeh..tengah bulan jer poket kering der..



 Pening-pening apa patut aku buat ni??


Sebenarnya..semua ni kadang-kadang terjadi disebabkan tiada keberkatan.. Kadang-kadang walaupun gaji beriban-riban tapi tak pernah nak cukup sebab aper? Sebab mungkin Allah mengambilnya tanpa kita sedari..Allah tidak mencukupkan aper yang kita peroleh disebabkan tiada keberkatan dalam rezeki yang kita peroleh..Cuba fikir, muhasabah, audit diri..mana silapnya kita?

Kita cuai dalam bekerja? Hah..kadang-kadang kita lebih suka mengambil kesempatan terhadap kerja kita..orang kata mengular..betul tak? Bila bos ada baru beria-ia menunjukkan kesungguhan nak bekerja..bila tak der bos macam-macam..Ala…sikit-sikit jer ni kira aci la…pernah tak buat macam ni?
Satu lagi suka sangat mengampu bos tapi kerja tak seberapa pun..Aper yang kita buat Allah tahu..sebab tu la kadang-kadang gaji yang kita dapat setiap bulan tak pernah nak cukup sebab tiada keberkatan..

Kadang-kadang kita tidak ikhlas dalam bekerja..Aku buat ni pun sebab terpaksa..kalau tak, jangan harap la..Ikhlaskan lah hati kita ni dalam bekerja..jangan ada rasa terpaksa..kalau tiada keikhlasan untuk aper kita bekerja..semata-mata nak duit jer? Iklaskan hati kita dalam bekerja dulu baru keberkatan tu akan datang..

Jangan sesekali mempergunakan orang dalam bekerja, jangan sesekali menipu biarpun sedikit tapi Allah menilai semua tu..Kalau yang berniaga..jujurlah dalam berniaga, tak usah la kot nak menipu pelanggan..biarpun 50 sen yang korang ambik dari setiap pelanggan..ingat Allah mengetahui segala-galanya..dari situ mana nak datangnya keberkatan dari perniagaan korang kalau asyik nak menipu..

So sekarang..fikir baik-baik…mana silapnya..mana perginya gaji korang kalau setiap bulan tak pernah cukup…audit diri..


 Amalkan ini setiap hari, semoga kita semua di murahkan rezeki.(kredit untuk ustazmustaqim)


Ok…jeng..jeng..sebelum tu jangan dok boros sangat no, rancang setiap perbelanjaan korang dan cari keberkatan dalam rezeki yang korang dapat ok…..peace..senyum sokmo..

Sekian……


2 comments:

Murni Amir said...

betul tu awak . . kdg2 gaji yg dpt tak berkat sebab benda2 mcm ni . tak ikhlas dlm kerja dan jugak tak ingat nak bagi sikit kat mak ayah . . jangan lupa mak ayah bila dh senang kan :) nice sharing dear ~

Fara Haanna said...

betul...mak ayah jangan dilupakan sama sekali..berjaya hidup senang pun sebab mak ayah...:) tq..