Tuesday, July 02, 2013

Aloo..Tomeii..Tomeii..Tu....


 Assalamualaikum

Actually, im so free to writing down here sebab hari ni aku bebas untuk buat apa saja. No job, no fren, no keluar-keluar..setelah 2 hari aku bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja aku, akhirnya dapat juga aku rehat. Penat siot..hari ni aku tak nak lepak dengan saper-saper pun..Kalau boleh aku nak tido satu hari. Macam la mak aku tak berleter nak tido satu hari kan..huhu..Ok..ok hari ni aku nak lepak dengan lappy jer..sambil update entri baru.. korang sure rindu kan nak baca cerita aku..wahahaha..pasan..

Sebelum ni aku tak der anak buah yang kecik-kecik atau baby baby giteww..Tapi selepas jer aku pergi rumah kawan baik aku Helmy, aku dapat la rasa macam mana ada anak buah yang kecik..baby lagi, baru lahir..Keterujaan aku mengalahkan orang lain. Kalau korang nak tau citer dia cenggini sebenarnya.  Aku ke rumah Helmy sempena Majlis Kahwin adik dia Lina..Al makhlum la masa tu kitorang kawan baik, adik dia pun baik dengan aku. Selalu berhubung biar pun kami jauh..tapi kini…auwww..aku rasa nak touching pulak..aper kes kan..

Semasa aku kat rumah dia, dapat pulak aku kenal kakak ipar dia Kak Ina. Masa ni Kak Ina sarat mengandung anak sulung. Tinggal tak beper hari jer lagi due date dia..Well walaupun Kak Ina macam tu, dia baik giler dengan aku wey. Tapi sebelum tu, aku dapat borak dengan dia dan kenal dia pun time aku teman Helmy pergi main futsal kat ipoh. Kebetulan masa aku dengan Helmy sampai kat sana, Kak Ina dengan Abang Hafiz dah ader . Abang Hafiz tu abang kepada Helmy dan merangkap suami kepada Kak Ina tapi aku panggil along jer sampai sekarang, maybe sebab kitorang rapat dah macam sedara. Masa tu Helmy suh aku duduk dengan Kak Ina tunggu dia habis main, aku pun duduk la sambil borak-borak dengan Kak Ina. 

Best giler borak dengan Kak Ina, rasa leh masyukk sangat. Kak Ina cantik tau..Cantik angat..dah la cantik, baik pulak tu..pot pet..pot pet borak, ntah natang hapo la time tu kitorang borak..Aku rasa mula-mula ofcoss la sesi introduce diri kan..pastu melalut la..sampai Helmy dengan along dah habis main futsal, aku dengan Kak Ina tak habis melalut lagi wey...

Lepas tu kitorang gerak balik. Aku naik keta dengan Helmy, Kak ina dengan along. Kitorang berpisah dan bersatu semula di rumah Helmy.huhu berpisah dan bersatu..cam best jer..uweekk…Kebetulan malam tu along dengan Kak Ina tido situ juga..Maka terjadilah lagi sesi merepek tak tau tajuk natang hapo dengan Kak Ina…

Semenjak tu aku jadi baik dengan Kak Ina, kehulu kehilir Kak Ina usung aku. Asal keluar jer aku mesti kena ada..Mengalahkan adik sendiri pulak dibuatnya..haha..aku pun semakin hari semakin hilang rasa segan..aku rasa dah macam kakak aku sendiri jer..(aip aku rasa dah melencong sikit cerita aku ni kan..) teheee..korang layan jer la yer, aku tengah free ni  bila lagi korang nak dengar citer aku ni kan..kan...hehhe..

 Ni la my sister kesayangan aku..Kak Ina..antik kan.Ada iras aku tak..wuhuhu..

Nak dijadikan cerita selesai jer majlis Lina, besok petang Kak Ina dah bersalin…Aku nengok Kak Ina time menahan sakit sebelum nak bersalin tu…takutnya. Macam tu rupanya, patutlah jasa ibu tak dapat dibalas kata orang..First baby Kak Ina perempuan. Nama dia Nurul Aleesya. Comel sangat..macam Kak Ina dengan along. Cantik dan handsome tapi ni baby girl maka cantik la kan..hehehehehe..macam aku juga..(nak tumpang sekaki perasan, boleh?).wuhuhuh..

Selepas aku balik dari Ipoh, aku jadi rapat dan bertambah rapat dengan Kak Ina. Kitorang ngum, selalu giler berhubung walaupun tak jumpa..handphone dimana-mana kan so..sms dimana-mana saja, gelak sorang-sorang dah macam orang giler. Disebabkan dah macam orang giler tu la kitorang makin rapat dan selalu cakap pasal Aleesya dan semakin hari semakin rapat Aleesya dengan aku. Aleesya unty indu cangat sama Aleesya..

Sampai sekarang kalau ada time free, aku selalu ke rumah Kak Ina jenguk Aleesya. Sekarang ni dah 3 tahun lebih pun dia..Makin pandai cakap, makin cantik macam unty Fara..hehhe..makin banyak songeh..Kalau aku pergi sana, tengah-tengah malam pun still panggil aku buat susu untuk dia..Tiap-tiap hari dia tinggal dengan aku time Kak Ina dengan along keje..Aku dah lali dengan perangai dia, terhibur siot..layan budak-budak macam ni. Nak..nak yang pandai cakap, mulut becok macam Aleesya ni..huh..jenuh melayan..tapi …wuhuhu..jangan kena buli sudah…kot-kot kena kurung dalam toilet..sape nak tolong..but itu lah kebenarannya..hahaha…

Setiap kali aku g sana..ader jer cerita nipu dia..haha..cerita burung hantu la, cerita hujan la..cerita itu la,ini la..Padan la dengan aku melayan tak ingat dunia..Aku sayang sangat dengan Aleesya ni..Sekarang Aleesya pun dah ader adik..yang bernama Adam..tapi aku tak sempat lagi nak jengok Adam yang dah 5bulan usianya..just tegok gambar yang dikirim Kak Ina jer wey..

Rasanya dah dekat setahun aku tak ke sana..Lama siot gua cakap kat lu..Entah kenapa aku still tak dapat g sana lagi..Jawapan yang aku selalu kasi ofcosss la sibuk memanjang padahal..tettttt…yer memang aku sibuk huhu..sampaikan kenduri kahwin Helmy sendiri pun aku tak pergi bulan 4 hari tu..Aku minta maaf sangat-sangat..hurm terasa nak sedey la kejap..boleh..? Helmy sorry yer..Majlis Helmy, Fara tak dapat pergi…Last kita jumpa bulan puasa tahun lepas masa berbuka kat rumah Kak Ina ramai-ramai…Sekarang pun dah nak masuk bulan puasa dah..setahun dah Helmy yer kita tak jumpa..sedey sebab tak boleh rapat macam dulu lagi..saper nak dengar cerita Fara, masalah Fara lagi..saper..saper...hah..kenapa aku nak touching sangat ni…tak rock la wey..

Jom la layan gambar Aleesya aka si tenet…huhu..aku dengan Kak Ina punya keje la memanggil  tenet..geram sangat..macam nak penyet-penyet jer..Nasib baik anak orang kalau anak aku…lembik aku kejerkan…haha..siyeesss..comel aku cakap..Saper yang tak suka…Tak cayer tengok gambar kat bawah ni…

See..ko tengok rambut tu...awww..aku suka giler..unikk..

 Haii la si bibir merah ni..ciput pulak tu..wa..wa..unty pun nk juga..


 Comel cangat..matu mu bulat, bibir mu kecik, kening mu teratur kemas wahai Aleesya..tetttt...walaupun begitu unty Fara mu tetap comell..wahahaha....

Ok la..ader masa unty Fara janji kita jumpa yer..rindu Aleesya, rindu Kak Ina..rindu Ipoh juga...aiippp aper kes rindu Ipoh ni?... wahaha..tak der paper..tak der paper..orang kata Ipoh mali ta lak sombong...sebab tu rindu..Orang Ipoh tak sombong...kannnnn.....huhhu..k..bubye....

Sekian.....

p/s: sorry..morry..entri aku panjang berjela....layan jer la yeww...macam tak biasa pulak korang ni....


Thursday, June 27, 2013

Wah Makan Durian Di Dusun Durian

Assalamualaikum

Nak baq mai kat angpa, kali ni aku happy sob-sob dapat makan durian+kat dusun durian lagi (sila jeles tahap comel-comel gitew) huhu. Kalau angpa nak tau, belum pernah lagi aku sampai dusun durian, nak makan buah durian kat dusun durian memang lagi i tak pernah la..Mana nak pernah, parents aku pun bukannyer ader dusun, sedara-mara pun tak der..Cam mana aku nak merasa.

Ntah macam mana aku tak tau pun plan ni, tiba-tiba my sister ajak pergi dusun durian dengan kawan-kawan dia. Katanya dusun durian milik kawan kepada kawan dia. Mula-mula tak bape pun xcited sebab rasa cam saja nak menipu aku jer..Lagipun kalau betul pun, aku rasa macam tak boleh ikut jer sebab banyaknyer kejer..sapo nak kasi den poi kalau keje belambak sob..

Kakak aku punya tahap syok nak pergi dusun memang x boleh nak cakap aper lagi dah, tapi aku buat dono jer..sabar jer la..biarkan jer dia punya xcited tu. tapi sebenarnya sedih juga, aku pun nak ikut juga..nak juga merasa pergi dusun durian..tak makan buah durian pun tak per asal den dapet rasa cam mano dusun durian tu ha..(rasa diri macam pelancong asing pulak) wahaha..tu la padahnya orang tak berdusun..

Tiba-tiba kringggg..loceng sekolah berbunyi tanda budak sekolah dah boleh balik..Tapi aku bukan budak sekolah...hehhe..akunyer keje dah settle la, dan program sebelah petang di kansel..wuhuhu..best giler aku baq kat angpa. saat macam ni la aku tunggu-tunggukan...Terus aku inform kat kakak aku cakap aku nak join diorang. Walaupun sebenarnya aku letih giler, nak kena kejar time lagi..Tapi aku dengan senang hati merelakan...

Dengan keadaan yang terkejar-kejar sebab aku dah terlewat, tanpa mandi..wahaha dengar tu aku terpaksa tukar baju cepat-cepat dan join diorang sebab diorang semua dah siap tinggal aku jer. Kalau ikutkan hati aku redah jer pakai baju kurung g dusun. Tapi tak ker pelik orang memandang aku nanti cek Limah oii.Terpaksa la penat-penat pun tukar baju.

Dalam kereta mau jer aku tidur. tapi ku tahan kan mata sebab tak nak lepas peluang menikmati suasana ke dusun..aiceh...wuuhuhu..Dalam satu jam kami pun sampai la ke dusun milik kawan kepada kawan kakak aku ni ha..Terpaksa park keta kat bawah then mendaki la pulak nak sampai kedusun yang diatas puncak bukit nu ha..Letih siot..kaki melangkah aku rasa dah cepat, tapi aku tengok kaki lemah gemalai jer bersilih ganti melangkah..macam mana tu??? haha..kalau saper pernah mendaki bukit mesti tau kan langkah rasa dah cepat tapi kakinya macam kat situ juga...lambat bebenor.

Tapi jom layan gambor yang aku sempat snap..kesian batery kong, tak sempat charge tiba-tiba...gelap jer screen + semua sibuk menikmati durian sampai suruh snap gambar aku pun tak nak...sedey tul cek baq kat angpa sekali lagi :(

 Setelah penat memanjat akhirnya sampai juga..Ni la tempatnya den nak kobar kat ekau. Macam tempat penjenayah menyorok jer..Den takut ni ha..wahaha..

Sila perhati betul-betul gambar ini. Nampak tak kat pokok tu ada buah, tapi bukan buah durian..hehhe..buah cempedak di luar pagar ha...nampak tak? kalau tak nampak alamat tak lama la...hehehehe..oopppss sorry...

 Tu diaa...buah Durian dah sampai...Walaupun nampak macam tak menarik isi dia tetapi inilah yang paling sodap giler aku nak habaq..


 See...wah isi yang lembik-lembik tu la totap menjadi pojaan..haha..yang ni la lemak berkrim disukai ramai..


 Pondok menyimpan buah durian + tempat tido menunggu durian gugur ke bumi


 Hasil kutipan seminit sampai..huhu sangat tidak menghampakan


 Ai..pelik, dalam buah durian ada buah manggis la..muahahaha..percaya tak..percaya tak..sampai mati pun tak percaya er..

Ni bukan saja dusun durian ni ha, buah manggis pun ada, cempedak pun ada..Tapi buah ni la yang den suko sebenarnya..buah durian tu saja..saja..jer...boleh macam tu?..propa sangat macam kiah propa..

 See..sedapnya..ngan eles tau..

 Wah gebunya isi dia..Tapi aku dengar diorang borak-borak..buah yang belum masak tu lagi sedap..

Inilah kulit-kulit durian hasil kitorang melantak..huhu banyakkan..cuba bayangkan piot kitorangg besau mana...wekk..aku tipu je la..tu dah bercampur yang dua tiga hari lepas.sapernyer keje aku tak tau la.


Dalam tengah-tengah dok menikmati buah durian, terkeluar pulak soalan, kat sini ada air terjun tak? huhu..itulah soalan yang aku nak tanya dari sebelum sampai lagi. teringin den nak mandi air terjun tu ha..dah bertahun rasanya den tak mandi air terjun..(ke ko tanya sebab ko tak mandi tadi) hahaha..well sebenarnya aku memang teringin nak mandi air terjun yang original macam kat dusun ni ha..tapi tak dapet, diorang cakap ada tapi nun jauh di bawah sana tu ha..macam mana den nak poi.den kat atas ni ha..

Hurm...ni la satu-satunya gambor den yang den sempat snap...snap sendiri jer la, dah orang lain nyibok nak makan. Macam la jap lagi dah tak boleh makan..

ok la..lastly saper ada dusun, dusun aper pun tak per la kobar jer kat den..den nak photoshoot puas-puas..wahaha...peace...

Sekian.....


Monday, June 24, 2013

Berpesan-pesanan sekejap....


Assalamualaikum

"orang muda, ikut amalan ni.
Insya-Allah dipermudahkan dunia akhirat.
pertama. jangan tinggal solat.
kedua. jgn menderhaka kpd kedua ibu bapa.
ketiga. sebelum tidur ampunkan segala dosa bg
mereka yg berbuat sebarang kejahatan kepada kamu, minta diampunkan
dosa2 mereka, dan mohon supaya Allah ampunkan dosa2 kamu sebelum ini.
bangun dari tidur pula, ampunkan dosa mereka yg berbuat sebarang kejahatan
kepada kamu semasa kamu tidur dan minta diampunkan dosa kamu kepada Allah
sekiranya kamu ada berbuat sebarang dosa semasa tidur."

kadang2 tuhan tak bagi kita
kesenangan dalam bentuk harta benda.
tetapi Dia limpahkan kita dengan
kebahagiaan dalam hidup.
atau mungkin rezeki yang sederhana tetapi
sentiasa ada dan tidak putus2.
janganlah kita iri hati dan berbuat jahat pada org
yg ada kelebihan pada mereka.
kerana mungkin.
tuhan sedang menguji kita.
dan iya. mungkin juga.
kesenangan itu ujian dari Dia.
ingatkah kita padaNya sewaktu
senang?


Aku rindu, sayang sama kamu..tq for everything.Makanya malam ini aku rasa nak nanes jerk..teringat someone yang jauh kat sana..Ya Allah Kau permudahkanlah urusan ku, Kau lindungilah aku dari perkara-perkara yang tidak baik, Kau ampunilah dosa-dosa ku dan orang-orang yang terdekat dengan ku..Aku sayang mereka semua Ya Allah. Berkatilah hidup kami semua...

Mata tidurlah yer, esok ader benda lagi penting nak aku buat..so jangan nak ngade-ngader sangat yer..I want to sleepppp kkkk.... tidor-tidor...

Sekian.....

 

Sunday, June 23, 2013

Something About Me...


Assalamualaikum

Dulu masa aku buka account blogspot ni, tak de la terniat pun nak bagi orang baca blog aku, nak kejar followers lagi tak la..siyeas. Aku private-kan blog aku., baq kat hang. Tujuan aku Cuma nak buang masa taip aper yang aku rasa nak taip. Ibarat macam personal diary la. Saper  pun tak boleh baca..hebaq sangat la aku time tu. Tapi sememangnya  sejak sekolah aku punya tabiat suka menulis aper pun ikut suka hati tok nenek aku sampai penuh buku latihan sejarah, (sebab apa buku sejarah, kalau uoll nak tau sebab subjek sejarah adalah subjek yang mengantokkan aku time sekolah, selalu cikgu hangin je dengan aku.).wahaha..pastu mula beralih pulak menaip ntah haper-haper kat computer. Kadang-kadang verahngan pun hader, syok sendiri lagi banyak kau...huhu..

Tapi..damm..nafsu telah menguasai diri..Bila terjah blog orang, teringin pula nak open my blog. Nak kongsi juga story dengan semua orang..aper ke salahnyer aku kongsikan dengan semua orang, asalkan yang baik-baik kan? Sekurang-kurangnya aku tak syok sendiri..hahaha..anyway takut pun ader sebenarnya, mana la tau kot-kot aku publish entri menyakitkan hati orang, buat orang tak sukanya macam mana yop? Saper nak jawab? Tak ker aku sendiri nak kena jawab nak kena tanggung..wuhuhu..tak mau..tak mau…

Dum dam dum dam dok memikior, sekali aku terjah lagi blog orang..Kali ni bukan sebarang blog..blog femes-femes kot. Baca balik entri diorang yang terawal, lebih kurang macam aku la juga..buka blog just untuk suka-suka jew. Tapi aku rasa tu macam jawapan skema jer. Asal tanya blogger-blogger baru ke lama ker jawapan dia lebih kurang macam tu la kan.. Yang pasti diorang jer yang tau aper niat diorang yang sebenarnya. Hak tu aku tak mau masuk campur..Yang penting entri atau cerita diorang best aku baca, aku follow..ada info menarik aku layan jer yop..hehhe..

Bak kata Anita Sarawak bukan Sabah. Akhirnya…. kini pasti, kumerasai..cinta nan suci..bahagia pabila ku bersama..oh indahnya…(baca dalam keadaan menyanyi  ner huhu) ...Aku jatuh cinta pada blog ni, this is my home, my diary and my everything. So aku start open blog aku ni. Semua benda aku rasa aku nak kongsi dalam ni. Ader readers atau tak der tu belakang kira. Yang aku tau sekarang ni aku dah jatuh cinta pada blog ni..Kalau tak tengok blog aku ni seminggu, otak dah tak boleh memikir benda lain dah..hahaha..Blog penting untuk aku selain makan..Blog dan makan adalah satu perkara yang sangat penting dan berkait rapat…ibarat kalau aku tak makan aku kebulur tak boleh buat kerja. Kalau kebulur blog tak boleh nak update pulak. So saper yang rugi? Korang juga kan sebab tak boleh baca entri aku..hehe malu pulak, korang suka baca entri aku ker? Wehehe…

Tapi sekarang ni, aku tak tau samada followers aku ikhlas atau tak follow blog aku ni ha. Aku harap ikhlas la yew. Jangan follow aku kalau tak suka, karang hampa sakit hati. Aku susah, hampa pun susah. Jangan-jangan..Kita dah sama-sama besar..Jauhilah sifat sakit hati tu ner..Kalau ader yang rasa tak puas hati sila tegur..Tegur menegur adalah satu amalan yang baik..wahhh….gitu pulak..hehhe..

Seperkara lagi ader orang cakap aku ni sombong giler. Nyesal jer follow kan? Kalau tegur pun jarang nak berjawab kat blog ni ha. Sampai ada yang cakap jangan sombong sangat.. Aduyai mak oii..car aner den nak xplain ni ha. Ala omak kawin kan aku..hahaha…ok..tak lawak. Sebenarnya meh sini aku nak xplain, aku bukan selalu online sangat. Online pun kejap-kejap jer. Bila aku nak publish entri time tu jer la aku online lama sikit, then kalau ader komen time tu aku jawab tapi kalau selepas tu aku say sorry kadang-kadang tak jawab pun. Aku nyer kehidupan sangat busy. So sebab tu la kalau ader yang tinggalkan jejak kadang-kadang tak berjawab..Tapi  selalunya aku lawat balik blog korang, baca entri korang Cuma kadang-kadang aku tak tinggalkan jejak walau satu jejak pun..aku tak reply balik message korang..Tu jer sebenarnyer. Bukanlah aku ni sombong. Korang tau jer la aku kadang-kadang tak berkesempatan nak online 24jam. Tapi I hope uoll semua jangan la fedup n judge aku bukan-bukan pulak..teruskan memberi komen dan tinggalkan jer message korang kat shoutbox tu ha.. InsyaAllah aku akan jengok blog korang balik…
 
Comel tolong cakap yer kat diorang..hehhe..:)

Jom sama-sama kita support blog masing-masing. Sama-sama perbaiki. Mana yang rasa tak ok, sila tegur. Sama-sama belajar..hokey…

Yang penting caiyokk..caiyokk… sila peace sekali untuk keamanan sejagat..wahaha…^_^

Sekian…..


Thursday, June 20, 2013

Tips: Nak Khusyuk Dalam Solat


 Assalamualaikum

Ramai yang selalu tanya macam mana cara nak khusyuk dalam solat..Ada yang cakap susah nak khusyuk bila solat. Bila solat jer otak mesti nak ingat benda-benda lain. Jap lagi lepas solat aku nak makan, ala homework tak siap lagi la, eh tadi mak suruh aku g rumah cik Milah la, baju tak basuh lagi la, la hujan la pulak baju di jemuran ngak ambik lagi ni…huhu macam tu kan..betul tak?.

Bukan nak mengata, tapi seyies aku pun macam tu juga. Kadang-kadang geram nau, asal aku start solat jer macam-macam benda datang suh ingat semula. Masa aku tak solat tak der pulak otak aku ni dok memikio  satu haper pun..adeh…so aku buat kajian cari macam mana nak atasi problem ni..aku selak macam-macam buku kot-kot terjumpa..Aku try tanya kawan-kawan aku, tapi macam tak baper nak ok, so aku tanya pulak orang luar..last-last aku jumpa la juga akhirnya. Aku dapat dari seseorang yang bernama  Muhammad Luqman Makhtar. Well ape yang aku tau aku nak kongsikan jugak dengan korang..Meh kita sama-sama belajar..



Sebenarnya jiwa dan minda kita akan focus kalau kita dalam keadaan nak kan sesuatu so kita secara tidak langsung akan menumpukan perhatian kepada pihak yang diharap tu. Macam bercinta la kan,  korang harap si dia tu boleh terima korang, suka korang. Macam tu la juga dengan solat, kalau nak khusyuk korang kena la berdoa semasa solat supaya korang dapat focus dan doa korang diterima.

Kalau korang nak tau solat tu sendiri sebenarnya adalah doa. Orang yang sedang menunaikan solat sebenarnya dalam keadaan  berharap so kepada siapa lagi korang berharap kan kalau bukan kepada Allah. Solat sebenarnya bukan sekadar bacaan dan pergerakkan yang korang kena lakukan. Jangan hanya  tau baca dan ikut cara-cara solat jer so macam mana korang nak khusyuk kalau macam tu? Khusyuk hanya akan  lahir dari hati yang faham apa itu solat dan menghayati sebaik-baiknya..ingat tu

Aku pun bukan la pandai sangat tapi cuba juga nak berkongsi dengan korang supaya kita sama-sama belajar. Rasulullah pun  sebenarnya mengajar kita supaya berdoa dan menghayati setiap doa yang dilafazkan  dalam solat. Cuma kita jer yang tak berapa nak ambik tau. Tapi sebenarnya kita tau pasal ni betul tak? Cuma kita tak aplikasikan dan buat-buat tak tau jer macam aku ni. Buat endah tak endah jer..

Jadi kalau korang nak tau, sebenarnya ada bebaper tempat khusus untuk berdoa ketika menunaikan solat. Jom tengok bawah ni..

1) Selepas takbiratulihram sebelum al-Fatihah


2) Ketika membaca al-Fatihah(ayat-ayat dalam surah al-Fatihah sendiri adalah doa)


3) Dalam rukuk/ketika rukuk


4) Ketika iktidal terutama ketika berlaku musibah umum


5) Dalam sujud/ketika sujud


6) Antara dua sujud(amalkan doa tujuh lafaz iaitu aper yang korang baca ketika duduk antara dua sujud)


7) Selepas tasyahud sebelum salam..( “Ya Allah, aku mohon berlindung dengan-Mu daripada azab jahanam.azab kubur,fitnah kehidupan dan kematian dan kejelikan fitnah Dajjal” ) Riwayat Muslim.

Sebenarnya berdoa ketika solat juga lebih mustajab selain mengkhusyukkan kita ketika solat. Ketika solat seseorang itu sedang mengadap Tuhannya. Dia sedang bermunajat dengan-Nya sepanjang solat. Tetapi apabila salam diucapkan maka terputuslah sesi munajat itu dan berakhirlah saat mendekati-Nya. Itulah sebab pentingnya berdoa ketika solat, Selain Korang dapat menumpukan perhatian kepada solat korang..

Kalau nak tau betul ker tak, korang try aplikasikan cara ni yew..Jangan malu-malu..Ni untuk kepentingan korang juga..:)

Serba sedikit tips dan perkongsian untuk korang, kalau ada salah tolong bagitau yer. Aku ni pun masih budak-budak yang baru nak belajar dalam bracket budak lagi ker aku ni..wahahaha…
Sekian…..