Monday, April 08, 2013

Kebosanan Melanda Diri Aku...


 Assalamualaikum

Haish aaish….aku memang paling-paling benci bila aku mula berada dalam situasi bosan..Memang aku pantang sebelum bersalin lagi..Aku memang tak suka sebab kalau aku dah ader perasaan bosan tu maka segala apa yang aku buat pun serba tak kena..

Tido..zzzzzzzzzzzzzzzzz….konon tapi hareeeem but masih halal lagi..hehe…tak juga-juga mata aku ni terpejam..Ingat hati bila berangan sampai ke puncak awan sana tu aku akan lali dan terus tido tapi..tak juga..adoi mak…mula la aku nak start merapu sorang-sorang mula la aku nak cari benda yang boleh aku buat topic…Hai silap-silap aku tambahkan dosa aku..alahai tak mau….tak mau…ampun..ampun..* cis padahal bejuta kali dah aku buat* dusta semata-mata …wekk….

Setiap kali aku ada perasaan bosan saja,cuba nak buka laptop nak ngadap fesebook..Bila dah buka ko tau jer la kan…menepek sampai tak ingat dunia..silap-silap sampai esok pagi pun aku dok menepek lagi..Langsung menjahanamkan masa yang berkualiti aku..stalk macam-macam orang.. bebel sorang-sorang,gelak sorang-sorang bila baca status orang..Gitu gamaknya no perangai aku..memang tak senonoh…Yang pastinya aku rasa aku lebih gila time tu nak dibangdingkan dengan orang gila…Apasalahnya kalau aku pi ambik wudhuk buat solat sunat ker..dapat tambah pahala juga, ni tak…

 cenggini la gamaknya rupa aku tgh FB

Tapi tu dulu la..sejak aku dah insaf ni,dah sedar la konon-konon aku dah malas lagi nak layan fesebook-fesebook tu semua..jarang la sangat aku nak ngadap skrin laptop tu sampai terjojol bijik mata macam sebelum ni…Tapi tahap nak tinggalkan tu semestinya tak..hehehe..insaf la sangat..ko percaya la cakap aku ni…padahal setiap kali online mesti nampak jer aku dok menepek kat fesebook yer tak?

Tapi seriusli aku dah tak macam dulu,tahap kexcitedtan aku dah makin pudar..gamaknya aku dah tua kot tak pun aku mula start bosan..Aku mahukan benda lain pulak..maybe..huhu..

Yang menjadi kemusykilan aku,bila bosan apa yang perlu aku buat?..sebab semua benda aku rasa bosan..ish..ish..ada juga kan manusia macam aku..

Ni pun dah menjadi satu masaalah bagi aku,belum lagi masalah negara…(Nampak sangat aku ni lembab,kecik masalah pun tak boleh handle).Orang lain kalau dah bosan keluar jer la g jalan-jalan ,tapi aku tak..faham-fahamlah aku ni manusia dari sepsis alien workshop..so aku nak dok rumah jer la,tak mau pi mana-mana..konon-konon ala ala gadis melayu gitu..Kalau saper nak buat bini ker nak buat menantu ker memang pilihan yang terbaik..*offer diri* kekwat betoi…dah

Tu masa tak mau keluar cer masa aku nak keluar….selagi tak malam buta jangan harap nak nampak batang hidung aku kat rumah…

 Cer bosan,aku g riadah cenggini..dapat gak faedah..ni tak asyik memikio aper nak buat.

Ok..ok..balik pada tajuk ..Aper motif aku taip entri ni ek? ….Apa la kaitan bosan dengan apa yang aku cerita ni aku pun tak tau..

Yang pasti inilah dinamakan bosan..buat apa pun macam tak der motif….Nak delete aku dah malas sebab dah berjela dah aku taip…senang ceghita korang baca je la yer….

p/s: tak tau nak taip paper haku men bedal jer….bosan teramat…

Sekian…..

Kesalahan Orang Nampak,Kesalahan Sendiri?


 Assalamualaikum

Sebagai manusia biasa kadang-kadang kita tak terlepas dari melakukan kesilapan..Betul tak?

#termenung sejenak memikir#  memang pun..itulah jawapan aku dan aku pasti semua orang akan bagi jawapan macam aku juga..kan?kan?..

Now dalam entri ni aku nak cuba luahkan segala perasaan-perasaan yang pernah ada pada setiap manusia..

Kalau diikutkan hati memang la akan ada perasaan meluap-luap marahnya tatkala dihentam teruk-teruk atas satu kesalahan..Ditambah pulak kesalahan tu tak disengajakan atau tak tersedar yang kita dah buat salah…(ayat skema hehe)

Manusia ni pantang kalau kita buat salah sikit, yang tak nampak pun boleh kata nampak..itu yang paling aku pantang tu..

Amboi bukan men lagi kalau salah kita, 1000km pun boleh nampak lagi kalau salah lepa..1km pun buat-buat tak nampak..(loghat orang kedah).

Cerita yang tak pernah wujud pun tetiba boleh wujud dengan serta merta..hadeh sadis betul manusia macam ni.. Zaman sekarang pun masih kolot lagi bab-bab pemikiran..

Cerita yang sebesar semut ditambah-tambah sampai jadi sebesar gajah yang gedabak tu..

Yang bestnya dari mana manusia-manusia macam ni boleh dapat idea kan?

Masa sekolah dulu kalau cikgu suruh bagi idea,mau muka tu duduk dalam laci meja..takut punya pasal..*fikir sikit dengan cikgu takut tapi dengan Allah tak takut pulak* 

Nak fitnah orang tu nak fitnah orang ni,nak tambah cerita orang tu nak tambah cerita orang ni..Padahal salahnya tak seberapa pun..

Cenggini ibaratnya:

"Si polan A(perempuan)  tengah bercakap-cakap dengan kawannya si polan b(lelaki)
Si polan C(perempuan) ternampak lah pulak..Si polan A tengah cakap dengan Si polan B"

Hah maka dengan situasi diatas tu timbul lah umpat mengumpat dan fitnah memfitnah.Puncanya bermula dari si polan C tu..

Ceritanya makin hari makin meleret-leret jadi buah mulut orang sana sini..

Apa yang terjadi pada Si polan A ni tentu la dia rasa  dihentam teruk-teruk..

Sepatutnya Si polan C tadi tu siasat dulu kenapa diorang tu bercakap,Ni tak men terjah jer..Mana la tau diorang tengah cakap pasal kerja ker,tak pun baru terjumpa dan cuma sekadar betegur sapa dan bertanya kabar..

Kita sebagai manusia zaman moden ni udah-udah la nak buat gossip nak fitnah orang..manusia cenggini ingat la sikit Allah tu ada lebih adil,Dia nampak atas semua perbuatan kita,Dia lebih tau yang mana betul yang mana tak..

Sebagai manusia kita tak perlu nak judge orang sesuka hati,tak payah la nak hakimi orang sesuka hati..sape kita ni?..Kita Cuma manusia biasa hamba Allah dan kita semua sama..Ingat tu..

Waima kalau orang tu buat salah sekali pun,jangan la sesekali kita menjaja sana sini pasal dia..Itu sudah dikira membuka aib orang..Bukankah Allah s.w.t melarang kita membuka aib orang dan dengan senang hati menyembunyikan aib kita..

Ingat-ingat lah yer kita ni sebagai manusia biasa dan hamba kepada Allah,takutlah dengan azab Allah..Kita tak tau bila nyawa kita ni akan diambil..kalau diambil masa kita sedang menfitnah orang tanpa sempat meminta maaf..macam mana? So jawab la sendiri yer..

Entah la kenapa tetiba aku terasa nak menaip pasal ni…Mungkin disebabkan keadaan sekeliling.Sikap manusia di sekeliling aku kot..So aku buat la Konklusi aku sendiri..

Pe benda maksud konklusi pun aku tak tau men hentam jer..hehe..
Peace….^_^

Ok la..

p/s: sekadar peringatan untuk diri aku dan semua orang.

Sekian…..

Sunday, April 07, 2013

New Blogger


 Assalamualaikum

Hai semua…bertemu kita kembali dalam rancangan……….*ntah paper* teringin sangat nak jadi pengacara kot….cis ada hati..(^_^)

Untuk pengetahuan semua..Aku merupakan seorang blogger baru, so kalau baca blog ni pun faham-faham la macam ntah paper jer kan?.

Harap pada semua yang baca blog ni, tak bosan..

Sebagai  blog yang masih baru, dah tentu-tentu la tak der sambutan betul tak? Kan..kan..?
Tengok dekat follower pun tak der  sesaper pun,pengeview pun sekejap banyak sekejap sikit..So biasa la tu kan sebagai blog baru dan tak dikenali pun…

Aku tak kisah, yang aku kisah adalah kepuasan aku..Memang hajat aku untuk ada blog sendiri dah lama,sejak bebaper tahun lalu tapi aku tak terfikir untuk start ada blog pun lagi..tapi entah macam mana kexcitedtan tu memuncak sejak  Jun 2012 iaitu tahun lepas…tapi cuma suka baca blog orang stalk blog orang..Waima benda tu macam rasa jahat pula so aku decide lebih baik aku ada blog sendiri..

Dah decide pun tapi still tak der blog pun lagi sampai la Oktober 2012 aku dah mula ada blog..Puncanya adalah disebabkan aku terlalu bosan..Maka terhasillah satu blog yang diberi nama farahaanna..Merupakan blog peribadi..wah gitewww...hehhe..

Itu baru terhasil blog..Dalam blog tu satu entri ape pun tak der lagi kot..

Entri aku bermula pada December 2012 dan awal Januari 2013 sampai la sekarang…

So kalau ada yang rasa blog aku ni sangat-sangat daif dan teramat la teruk..Bagi lah cadangan yang sebaiknya untuk aku perbaiki…Tak kira lah samada ayat aku dalam setiap entri agak keras atau merepek bagai, kalau ada yang tak puas hati silalah bagi cadangan yek..Apa pun cadangan sangat-sangat dialukan…Nak kutuk pun boleh tapi janganlah terlalu pedas…takut berasap pulak terlinga aku dengar,mulut aku baca, mata aku lihat kang tak pasal-pasal tertutup pulak blog yang cun ni...hahaha...Oppss..gitu pulak er..tak der la,gurau jek…Segala cadangan dan kutukan amatlah dihargai….terima kasih daun keladi kalau boleh mai lagi na...hehheehe...-__-


 Sekian.....

Friday, April 05, 2013

Kurus Tak Gemuk-Gemuk???


 Assalamualaikum

Tengok tajuk di atas tu, anak-anak sekalian kali ini kita nak bercakap ke menaip,bedal je la…kita nak bincang pasal makan dah banyak tapi hampeh  dok maintain kurus keding jugak.

Apa pendapat anak-anak sekalian,ok ker  tak?

Keh..keh..keh…lawak la sangat ker aku jer..opsss..tak mau..tak mau...Hui…melalut kelaut dah aku ni..

Cenggini cheghitanya, cemuih dah aih aku dengaq orang asyik cakap aku kurus..kurus dan kurus…

Asal keluar jer ade jer yang nak menegur,ala Fara kenapa kurus sangat ni..hang tak makan ka?

Dak aih..mana boleh aku tak makan,tengah malam pun aku melahap lagi ko tak tau..

Ni aku nak bagitau makan dah berkarung-karung,tapi tak gemuk-gemuk aku nak buat macam mana..Nak suruh aku telan apa lagi..segala vitamin pun aku dah telan..apa lagi??? Cer citer…

Eeee…ape la (dalam hati ko tak tau aku bersyukur sangat-sangat kot sebab ape benda aku melahap pun aku still maintain kurus)hehe…

Cer korang fikir,beruntungkan aku..beruntungkan??..

Tu tandanya tahap metabolisma aku tinggi..sistem penghadaman aku baik..segala makanan yang aku makan dapat dicernakan dengan cepat menjadi tenaga…

Tu la sebab aku bersyukur sangat-sangat..Aku tak payah nak bersusah payah sampai tak makan,ambik ubat tu ubat ni sebab apa,sebab nak kurus…

Huh..itu bukan aku.Aku ni hantu makan,kalau lapar jer tak der maknanya aku nak sekat-sekat..makan jer..

Tapi nak buat macam mana dah badan aku tak naik so aku bersyukur la..

Tapi yang aku pelik,orang asyik cakap aku tak makan.Eh! Fara wah kurusnya..diet ker? Ni mesti diet ni, kurus sangat..Tak makan er?…

Pening-pening…kurus pun salah gemuk pun salah..Ade jer nak cakap..Ade ker cakap aku tak makan, mau mati kebulur kalau aku tak makan…sekerat hari tak makan pun perut dok berdendang sayang..inikan tak makan….kebulur kot aku..

Tak tau la nak cakap, yang pasti aku tak berdiet,aku tak tahan makan k…

Tau tak maksud diet tu apa? Diet tu bermaksud jaga pemakanan,bukan tak makan ok…so yang memandai cakap aku ni berdiet,tak makan tu kenapa??

Hah kan dah jadi sesi lepas geram….huhu…

Korang nak tau??? Wah….macam ade citer best je kan gempaqnya..mestila nak tau kan..

Tot….ada pulak yang cakap aku ni terlalu kurus,tak cantik.. hadoi..gitu pulak..

Aku ulang sekali lagi *tak cantik*.. Korang tau kan pempuan ni sensetive dengan perkatan tak cantik..

So aku mula la dok memikir-mikir, yer ker? Betul ker? Aku kena gemukkan badan aku ker?

Hah kan dah buat pasal,dok memikir benda yang tak sepatutnya aku fikir.. 

Cisss… sebelum ni cakap tak kisah,tapi kena gertak dengan perkataan tak cantik terus memikior sampai tak mandi..oppss tak mandi tu slow-slow sikit cakap.. kang  ada pakwe yang dengar jatuh saham aku…hehe…iyer..yer jer..

Setelah memikir aku dah dapat jawapan aku..buat apa aku nak kisah apa orang cakap,yang penting jadi diri aku. Tak perlu nak ubah apa-apa..bersyukurlah dengan apa yang Allah s.w.t berikan pada aku..

Orang lain belum tentu dapat jadi macam aku kan..kan?... ingat senang ker nak maintain kurus tanpa penyakit..susah tau..kalau tak caye cer tanya mak,atok,nenek,onyang kau..mesti jawapan mereka 100% macam aku..*mood konfiden* entah yer entah tak jawapan 100% macam aku…

Tapi itu la aku nak cakap saper pun kita,aper pun bentuk badan kita,kurus ker ,gemuk ker,tinggi ker,rendah ker bersyukurlah dan hargailah diri kita..

Kalau kita tak hargai diri kita,saper lagi kan? Yang penting jaga kesihatan kita,jaga pemakanan kita k..

InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja…


 fokus kat pipi dah tembam


 Tengok gambar kat atas tu pipi pun dah timbul-timbul,kurus lagi ker..he..he...

sekian.....

Monday, April 01, 2013

Terima Kasih Tribunal Tuntutan Pengguna


 Assalamualaikum

Dalam entri yang lepas aku ada ceritakan pasal tablet  aku yang dah ditukar oleh pihak yang tak bertanggungjawab semasa membeli…Atas dasar rasa tertipu aku telah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan diorang….

Seingat hati, aku ingin maafkan saja tetapi atas rasa hak aku telah dicabuli dan memikirkan berapa ramai lagi manusia yang telah ditipu oleh diorang,hasrat aku untuk maafkan tak menjadi….

Dengan rasa geram sebab ditindas,aku ambil keputusan untuk bertanya dulu dengan diorang melalui khidmat pesanan ringkas dulu sebelum bersemuka…

Alhamdulillah ada respon..melalui text sms yang telah aku hantar menyatakan ketidakpuasan hati aku,diorang meminta aku datang ke kedai diorang semula untuk sesi kepastian…

Bila dah ada respon macam tu,buat apa nak buang masa lagi,terus aku ke kedai diorang….tapi kali ni aku pergi dengan rakan aku merangkap bff aku….Dengan muka yang agak cuak, sekali lagi tablet aku minta ditinggalkan sekejap.Katanya untuk sesi check mengecheck…

HuHu….ayat power tak keluar lagi tak pe…tak pe….aku tinggalkan dulu…ikut dulu rentak diorang..Boleh dengar macam-macam alasan yang diorang bagi..

Bos tak datang lagi,kitorang kena tunggu bos dulu…sesi bisik-bebisik dengan bff aku bermula..(macam mana ni,apa kita nak buat…kata bff aku tak per kita tinggalkan dulu,tak payah cakap paper lagi)

Ok..kitorang tinggal dulu….

Bagai rasa hendak ditipu juga,aku biarkan saja kerenah mereka tu memutar-belitkan cerita…Tak per..tak per..jom kita window shoping dulu sebelum bersemuka semula….

Bila difikir-fikir mak ai..nak tegakkan kebenaran pun rasa macam ada halangan besar kot…macam-macam prosedur kena buat…Belum lagi kes saman menyaman…karang aku saman jer ikutkan hati…

Tapi tak per kita tengok dulu apa yang diorang akan cakap selepas ni…Now kita shooping dulu….wahala….suka…suka…(mood sakit hati pun boleh bersuka ria lagi konon) dalam hati geram tahap mau jer aku bakar kedai tu…

Sebenarnya aku tak shooping pun teman orang jer shooping…cheqhita jer lebih…ah mood shooping pun sudah hilang kalau begini caranya….tapi tetap maintain happy..happy sokmo..

Mac D sudah,shooping sudah so….tunggu apa lagi…yang tinggal sekarang time untuk jumpa diorang..diorang tu…huh….tak suka..tak suka….

Tapi apa boleh buat kau tak suka ker,kau suka ker..kau kena juga ngadap diorang..

Macam mana tablet saya…oh kak..kitorang tak boleh buat paper la kak..kena tgu bos…

Cis kali ni tak boleh biar..Sampai bila kena tunggu..nak tunggu 2hari, 3hari,sebulan? Banyak cantik..saya beli nak guna bukan nak tunggu bos korang la..nak itu la,nak ini la..Nak hantar waranti sampai bila? 3bulan lagi? 

Tak per senang cerita kita pergi tribunal saja..kat situ 3 hari kita dah boleh settle.. Saya dapat hak saya u all kena bayar belipat ganda kot…

HuHu…nasib baik ada my bff,kekuatan tu rasa lagi bertambah-tambah…dan ditambah dengan sesi ajar mengajar oleh my bff kepada diorang..

Macam-macam cheqhita diorang buat….ada yang dah tak berani nak bersemuka pun ada…Tu la orang buat salah kita boleh tau…lain kali tak payah nak aniaya orang..apa ingat aku ni pompuan,lembut (konon) ingat aku tak berani..Ingat aku nak biar je…hoohooohoooo sory la my fren…..itu bukan aku kot..

Aku beli bukan seringgit dua..so aku nak dapat yang terbaik juga…

Dapat lihat kat situ dua orang staff tengah bincang-bingcang dan yang sorang lagi tengah borak2 dengan kitorang supaya tak nampak kesilapan diorang..

Dalam beberapa minit..ok la kak,kita tukar satu yang baru..




Hah..puas hati aku dengar…tau pun korang nak buat keputusan,tak payah nak tunggu bos pulak..

Kali ni baru nak berlembut,mengalah…”Kita tau ma kalau kita tak settle u all mesti blacklist nama kedai kitorang..U all mesti bagitau satu Malaysia..semua orang boleh tau..Nama kedai kitorang boleh tercemar dan lepas ni tentu kitorang tak der customer”…kata salah sorang dari mereka

Hah tau pun…sebab ni bukan salah aku..korang yang cari masalah ambik la balik masalah tu kat korang..

Baru cakap bab Tribunal Tuntutan Pengguna…settle semua masaalah…

Kat situ kita boleh tau siapa yang salah…betul tak??

Sebagai  pengguna kita ada hak ok…Kalau korang rasa tertipu dan ditipu korang boleh ke Tribunal Tuntutan Pengguna untuk settlekan semua masalah korang..


Apa Itu Tribunal Tuntutan Pengguna
1.1   Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999’

1.2   Tribunal Tuntutan Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

1.3   Penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna adalah bertujuan untuk memberi satu saluran atau kemudahan alternatif selain daripada Mahkamah untuk seorang pengguna mendapatkan gantirugi dan pampasan yang sewajarnya daripada seorang pembekal atau pengilang dengan prosedur yang mudah, murah dan cepat. Dengan ini diharapkan pengguna akan menggunakan perkhidmatan Tribunal Tuntutan Pengguna sepenuhnya untuk melindungi hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.


So dengan adanya Tribunal Tuntutan Pengguna ni, masaalah kita sebagai pengguna dapat diselesaikan dengan cepat dan menggunakan kos yang sangat murah..Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati di Portal Tribunal Tuntutan Pengguna k..

Terima kasih sangat-sangat kepada my bff (Lang Anne) dan Tribunal Tuntutan Pengguna..Dengan namanya saja aku dah dapat selesaikan masaalah dan dapat satu tablet baru…..huh…serik-serik…

Sebagai peringatan juga sebagai pengguna korang janganlah pulak menggunakan nama Tribunal Tuntutan Pengguna dengan sewenang-wenangnya atas kesalahan korang sendiri k…Ini untuk pengguna yang betul-betul ditindas dan ditipu sahaja…

p/s: nama kedai tak dapat disebutkan untuk menjaga kepentingan mereka juga..

Sekian…..