Monday, March 18, 2013

Hati Yang Tenang


 Assalamualaikum

Nak dapat hati yang tenang bukan mudah..

Sebagai manusia biasa,kita punya kelemahan yang sukar untuk diatasi tapi janganlah menganggap setiap kelemahan itu tak boleh diperbaiki.Pasti ada jalannya.
Jangan menganggap oh,aku bukan Malaikat,aku bukan Nabi,aku Cuma manusia biasa so pasti ada kelemahan,mana mungkin aku dapat atasi semuanya..

Salah tu,kita diminta untuk sentiasa memperbaiki diri bukan untuk merendahkan diri..

Hubungan dengan Allah bagaimana? Adakah kita sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan?? Jangan ketika senang kita lupa Allah.Kalau ini terjadi itulah punca utama hati tidak tenaang..

Manusia mudah lupa untuk jaga hubungan dengan Allah.Itu yang utama. Cuba fikir kadang-kadang  hidup dah senang lenang,apa nak semua dapat tapi hati tak tenang kenapa??

Salah satu sebabnya  sntiasa fikir yang negative.Orang yang negative tak kan dapat positifkan dirinya.Yang dapat sentiasa yang negative saja.

Kalau kita sentiasa cakap benda-benda yang negative Allah akan bagi. “kalau aku buat macam ni,macam tu nanti aku yang susah, aku tak mampu nak buat semua tu sebab aku tak berkemampuan macam orang lain”.

Kalau itu jer perkataan yang sentiasa keluar dari mulut kita,InshaAllah Allah akan bagi apa yang kita cakap tu.

Sebab tu la kita kena jaga hubungan dengan Allah.Kalau hubungan dengan Allah dijaga,fikiran negative tak kan keluar.Kita kena sentiasa bersyukur dan menerima semuanya dengan berusaha lebih lagi untuk kehidupan yang lebih baik..Bukan  selalu bercakap aku tak mampu..aku tak boleh buat..dia lain,aku lain…

Hubungan dengan manusia juga sebenarnya perlu dijaga. Jangan hanya memikirkan diri sndiri sahaja.Yang mampu tolong yang tak mampu.Yang tak mampu jangan kata aku tak mampu,aku tak boleh tolong.Bukan macam tu,banyak cara  kita boleh tolong orang .Kalau tak berkemampuan dari segi kewangan tolong dari segi lain. Contoh kudrat kita, tenaga kita. Itu lebih baik dari duduk menunggu orang bagi..

Percayalah sesiapa yang memberi dengan ikhlas kerana Allah.Kehidupan dia akan lebih tenang.Orang yang selalu memberi lebih baik dari orang yang menerima..Kehidupannya pasti akan lebih tenang..Tak ada sesiapa yang memberi tapi hati tak tenang kecuali dia tidak menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu dan niatnya untuk memberi bukan kerana Allah sebaliknya hendak menunjuk-nunjuk..

Untuk memiliki hati yang tenang  kita juga dituntut untuk berkasih sayang sesama manusia dan makhluk Allah tanpa sebarang syarat.Jangan sesekali tanam sifat benci.. Bila ada sifat benci dalam diri hubungan dengan Allah juga  akan terjejas dan hati tidak akan tenang.

Bagaimana nak jaga hubungan dengan Allah?? Jawapannya kita perlulah jalankan tanggung jawab kita sebagai muslim, contoh jaga solat,baca Al-Quran,Tutup aurat dengan sempurna,berpuasa,zikir..

Cara-cara untuk dapatkan hati yang tenang.

·      *   Buat jurnal (apa aku buat hari ini,apa aku makan hari ini,bagi manfaat pada diri aku tau pun tak)
·      *   Bila jumpa orang cuba faham dia,dan jangan asyik harap orang akan faham kita sebaliknya kita kena cuba faham orang
·      *   Jangan sesekali kritik orang kononnya kita saja yang betul
·      *   Kalau kita nak kaya,kita kena bagi orang lain juga kaya.Bukan kita saja yang nak hidup senang,orang lain juga nak kaya nak hidup senang
·     *    Yang penting setiap masalah mengadulah pada Allah.Itu yang terbaik bukan pergi menjaja setiap masaalah pada orang
   
   

     
Doa apabila menghadapi tekanan.Doa ini hendaklah dibaca berulang kali (ikut kemampuan)sehingga hati tenang.Tetapi fahamkan apa yang dibaca tu baru ia pergi ke hati




     Bacaan Rumi : Hasbunallah hu wanik'mal wakil.
Maksudnya : Cukuplah Allah untuk menolong kami, dan dialah sebaik baik pengurus dan terserah kepadanya segala urusan kami.
Sumber : Surah AliImran Ayat 173
   

     
 Semoga apa yang kita pelajari ni dapat diamalkan dalam kehidupan harian kita.
      p/s : sebagai peringatan  dan pelajaran untuk diri aku juga..

      Sekian.......



Monday, March 11, 2013

Kereta Baru Eh...


 Aassalamualaikum

Sekarang ni aku tak tau ape yang patut aku buat....sebab apa tau sebabnya aku makin naik gila pada kereta..Gila tahap sampai tak boleh gila la lagi..

Tengok pak cik kat kampong…Wah….pak cik ni pun boleh bawa kereta cun tu..
Tengok kiri,kanan,depan,belakang…hah tunduk pale**** aku bila lagi?

Tu la padahnya asyik dok nompang orang ja,bila mau ada kereta ni..
Selalu dok jadi mam besar ja dok belakang,driver yang bawa. #kunun#  tak pun dok sebelah jadi pegawai JPJ bagi markah lulus ke tak..

Bila berdesup wiau….enjen keta abang hujung kampong, naik geram…nak beli keta juga..nak beli keta juga….boleh aku wiau sekali…cis!!!  Ada hati nak wiau..wiau juga..silap-silap wiau dalam hospital kot…

Hajat hati cukup la sekadar SAGA FLX.Aku rasa dah ok..harga mampu milik.Besar pun besar juga,boleh aku angkut sedara mara,sahabat handai,jiran tetangga bawa pi___________________*isi tempat kosong*pandai-pandai la…

Cup..satu perkara,aku tak berapa minat pada kereta mewah cam BMW ke wmb ke ape ker…sebab tu diluar kawalan kewangan aku..bukan aku nak bergaya dengan kereta macam tu,duit poket elek…….makan minta kat mak..no..no..no…

Banyangkan minyak lagi,air filter,oil filter,service lagi..macam –macam lagi..rabak poket cek..
So untuk elak terpaksa jadi peminta sedekah kat mak bapak,cari lah yang terbaik untuk diri sendiri dan sedar diri..Buat malu jer pakai keta mewah tapi habuk pun tak dak.

Nak jimat keta second hand ada,jimat kot bagi buyer yang sangat-sangat excited nak keta macam aku ni..Tapi fikir tak nak save budget sangat, last-last buat keluar duit lebih dari beli keta baru kot..faham-faham la maksud aku ni..Kita tak tau pengguna keta tu sebelum ni macam mana.Kalau dapat keta yang very good lagi tak pe la..

Tapi bukan semua keta second hand macam tu..banyak yang ok,kalau tak,tak habis la keta second hand tu kat kedai..Perancang ekonomi dan kewangan pun suggest elok juga beli keta second hand untuk save budget.Pandai-pandai la fikir mana yang baik.

Bagi aku yang tak nak ambik risiko tak puas hati kemudian hari,menyesal tak sudah.Keta baru pilihan aku.Dah tau-tau dah kita pengguna pertama tu..Apa yang tak kena sebab salah kita sendiri.Tak payah nak salahkan orang lain lagi..

What Do You Want In Life?..Itu yang nak kena tau dulu kot..hehe..Pastu baru pikir pasal budget untuk kereta..

List semua budget ,untuk keta:
*Downpayment/monthly installment@service
*Harga total kereta
*Kos extra yang lain-lain contoh maintenance

Semua ni kena fikir,macam aku kata tadi so bila dah fikir-fikir kereta yang bagus dan pilihan aku……jeng..jeng…dah tau kot,dari tadi aku dok promote.Pilihan aku PROTON SAGA FLX 1.3 atau 1.6 SE





Harga bermula dari RM38.811.Bayaran bulanan peruntukan 10% dari harga,secara kasar semuanya around RM481 per-bulan.Dah save sikit budget kat situ kan..So tak mau lagi ka? Fikir..fikir…

Beruntung sangat kot,dah boleh guna untuk gasak sana sini. Kapasiti enjin 1.3 @ 1.6 , fuel efficiency: 90km/h (1/100 km)6.0. 

Enjin menggunakan enjin campro IA FM, 4 cylinder DOHC 16V dengan teknologi CVT (Continuously Variable Transmission). Boleh save minyak,penukaran gear pun lebih lancar kot..




Bonet pun luas,nak sumbat segala macam barang pun senang, ada twin air bag. Fungsi brek ABS dan EBD. Breaking system pun sangat memuaskan..



Yang aku suka ,system entertainment kereta ni. Ada unit audio yang boleh connect dengan ipod/MP3 dan USB untuk memainkan tracks pilihan.Dengan audio controls dekat stearing wheel,boleh skip dan pilih lagu kegemaran…aumak ai…bestnyer..





Leather Seat,rim 15 inch


Lagi…lagi best…..bila test drive..so jom sama-sama kita dapatkan SAGA FLX kot..Lesen x der lg pun tak per yang penting dalam hati tanam angan-angan nak beli SAGA FLX..orait..*ketuk pale sendiri* sesi merapek panjang dah bermula….


SAGA FLX.


Hehe..ok la cerita-ceritot dari aku berhenti di sini dulu lain hari kita jumpa lagi…Bubye..
Sekian…..



Friday, March 08, 2013

Pink oh Pink


 Assalamualaikum


Aku: Pink,cantik ker lol? Pink tu…..

Kawan: Cantik la pink,sweet jer.Kita pempuan pakai la pink sikit..

Aku: Tak der maknanya nak pakai pink.Terdesak baru nak rembat ma…

Kawan: Ko ni teruk betul la, Pink la cantik.Ko jangan cakap nanti kot ko pulak yang lebih-      lebih..*hehehe..*

Aku: Gelak? Aku cepuk kang,baru ko tau.Tangan aku dah lama tak ceput-mencepuk orang ni..Jangan harap la sampai bila-bila pun aku anti kaler pink yer.Aku dah la kelabu asap ko nak suruh aku pakai kaler pink pulak.Lain la kalau aku ni melepak-lepak putihnyer..Tu…pun belum tentu lagi..


                              ******************************************************


Sekarang padam muka aku,kena penangan ayat kawan aku dulu, tub2 sekarang ni makin suka pulak kaler-kaler yang sweet mewet ni.Masin betul mulut si kawan aku ni. Pantang Nampak kaler sweet aku nak jer..Pink yang cair-cair,lembut-lembut tu aku rembat awal lagi..






Dalam hati teringat kat kawan masa belajar dulu tu,kalau la minah ni ada mau jer dia terkekeh-kekeh gelakkan aku.Ah..tapi ni semua salah dia.Mulut minah ni memang tak de insurans.Nak jer aku jahit,biar tak boleh cakap terus.Senang aku nak buli..

Kalau window shooping jumpa barang-barang kaler pink, baju ker, aksesori ker,kain ker atau bla…bla…ker sure aku teringat kat kawan aku ni.Sebabnya dia hantu pink tapi sekarang hantu pink dia tu dah pindah kat aku..Dulu mau bergaduh hanya sebab satu barang kaler pink.Berdesup-desup ayat pedas kaluar hanya nak pertahankan maruah masing=masing..hehehe..maruah la sangat..






Kalau bergaduh saper yang menang? Dua-dua tak menang terus diam,buat muka toya.Pastu kalau lapar baik balik.(Ko lapar tak?. Aku dah lapar la.Jom makan nak?) Tanya jer soalan pasal makan terus baik,masing-masing dah kebulur sebenarnya tapi ego tak nak cakap. Tak sudahnya,perut dah dok berdendang, masing-masing pandai la pulak dah keluarkan suara tu gamaknya..

Pink oh Pink naper la kau buat aku makin suka kat kau.Kalau ade event ker nak merendek dengan kengkawan ker ,muka aku ni mesti akan ada tercalit sikit kaler pink..hehe..yang semestinya blusher.Rasa kalau tak letak kaler pink tu macam tak ceria jer muka aku ni.Ha  sudah..Dah mula dah..

Tapi yang semestinya aksesori aku tak der la lagi kaler pink..Baju pun tak der la banyak pun kaler pink.Cuma minat tu jer dah mula datang cikit-cikit tau…






Al- kesudahannya aku sebenarnya dah kalah dengan kawan aku ni tanpa pengetahuan dia.Nasib la..Dia pun tak der lagi selalu jumpa dengan aku so aku boleh la rasa yang dia masih anggap aku macam dulu…dulu…hehe..Dulu bukan main aku ni,kalau pempuan suka kaler pink bebagai macam-macam aku kutuk,kalau lelaki pula aku cakap tak macho,romantic sangat..aku tak suka…Sekarang ambik kau, hantu pink dah datang kat kau.Tu la padahnya asyik mengutuk orang..Tuhan bayar cash jer….


Ok la..ni jer untuk kali ni. Lain hari kita jumpa kembali..Bubye..:)

 

Monday, March 04, 2013

sampaikanlah...


 Assalamualaikum



Wahai kawan-kawan marilah dan ambil lah sedikit masa hari ini untuk membaca, khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W disampaikan pd 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :-



"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.



Wahai manusia sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan DIA pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' dibatalkan mulai sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.



Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu, sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu. Maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam bertaqwa dan beramal soleh.



Ingatlah, kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.



Wahai manusia, tidak akan ada lagi nabi atau rasul akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesunggunhya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAH ku.



Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu..."


Semoga apa yang kita baca ini dapat dimanfaatkan dengan baik.Sama-sama kita belajar..


Sekian,



Saturday, March 02, 2013

Facebook,Apa Kegunaannya?

Assalamualaikum

Hari ni aku nak mulakan dengan sesi pelajaran,harap maklum...hehe...sudi-sudilah sama-sama kita belajar yer.

Korang nak tau tak ape sebenarnya kegunaan fe-se-book yang korang dok ngadap hari-hari tu? 




Ni ada cerita,masa aku tengah siap-siap nak buka laptop nak online facebook gamaknyer, tetiba terus teringat pasal aku pernah baca satu artikel yang bertajuk "Apa Sebenarnya Kegunaan Facebook??" Aku pun tak berapa ingat artikel ni bertarikh bila,harap maaf yer..tapi aku baca di Harian Metro.

Mari kita sama-sama renungkan apa sebenarnya kegunaan facebook ni,adakah untuk menambah pahala kita atau menurunkan jumlah pahala kita(menambah dosa).Aku tengok diri aku balik, aku ni banyak mengumpat orang tak dalam facebook?, syok punya dok chit chat dalam inbox, ntah-ntah dosa aku lagi banyak kot......Astaqhfirullah...

Apa yang aku baca dalam artikel tu yang menyatakan manfaatlah teknologi meklumat untuk kebaikkan... eh meklumat, dah jadi mek la pulak, sorry sorry maklumat kebaikkan.Menyampaikan maklumat dan menyalurkan ilmu yang baik-baik. Bukan 24jam dok melekat kat skrin komputer belek fe-se-book, baca gosip orang, ambik tau hal orang,kutuk orang.*Aku la tu. Semua orang tak kena,aku jer betol, amboi cik Farahaanna kau saja ker yang orait.Macam la kau tu betol sangat orang lain semua tak betol..Kau lagi teruk tau tak?..Kalau timbang balik dosa kau lagi bertimbun kot [cakap sorang-sorang]

Sambung balik,facebook merupakan medan untuk berkenalan, bertambah kawan tapi yang hanya membawa kebaikkan.Dalam islam pun, kita diciptakan dalam banyak aspek samaada keturunan,bahasa,budaya dan suasana kehidupan pun digalakkan untuk saling mengenali antara satu sama lain.Bukan untuk mengenali saja tetapi untuk melengkapi antara satu sama lain juga.Maksudnya semua kita mempunyai kekurangan tetapi jika saling melengkapi kekurangan itu boleh diatasi.


(Firman-Nya:" Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain")  surah al-Hujarat,ayat 13 


Jadi facebook ini adalah salah satu medium yang terbaik untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya. Menyebarkan kebaikkan(makruf) dan menyekat keburukkan (munkar). Ni termasuk dalam usaha dakwah. So ingatlah wahai rakyat fe-se-book termasuk aku buatlah sebanyak mungkin kebaikkan, jangan dok menambah dosa lagi.

Ini termasuk dalam tugas setiap muslim yang akan disoal nanti, iaitu (berdakwah). Dakwah adalah sunnah Rasulullah SAW yang paling besar yer. Ingat tu..

Banyak perkara baik boleh dikongsikan melalui facebook. Sebaris dua ayat pun dah menambahkan pahala kita.Senang je untuk tambah pahala kan?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "sampaikanlah daripada aku walau sepotong ayat" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

"Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk (islam) maka dia akan mendapat pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya,tidak berkurang sesuatu apa pun dan sesiapa menyeru kepada kesesatan, maka dia akan mendapat dosa seperti dosa yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak berkurang sesuatu pun" (hadis Riwayat Muslim)

Jadi kalau dah faham, gunalah fe-se-book sebaiknya yer kengkawan,kakak,adik,abang,mak cik,pak cik dan.........sealiran dengannya. Apa saja kejahatan termasuk mencaci, mengejak, memberi gelaran buruk, membuat fitnah, mendedah aib orang, kongsi unsur tidak bermoral sangat dikeji. Dosa orang terbabit sama dengan dosa orang yang bersekongkol dengannya. Nauzubillah...

Pelajaran hari ini setakat ini saja yang boleh aku kongsikan.Jauhilah apa yang dilarang dan buatlah apa yang disuruh. Audit diri bak kata Prof Muhaya (tengok balik diri tu) k..

Sekian....