Monday, March 17, 2014

Kecewa Dengan Sikap Segelintir Rakyat Malaysia

Assalamualaikum wbt..

8 March Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawatnya iaitu MH370 yang membawa penumpang ke Beijing, China. Dikatakan pesawat ini tiba-tiba hilang dari radar pada awal pagi 8 March..Sumber juga berkata pesawat ini membuat pusingan balik..Tapi tidak diketahui kenapa ianya membuat pusingan balik..Tiada isyarat kecemasan yang dibuat oleh juruterbang atau kapten pesawat tersebut..hampir sembilan hari sudah kehilangan pesawat MH370..tapi sampai sekarang tiada lagi berita penemuan pesawat tersebut..Kejadian ini tidak pernah lagi berlaku dalam dunia penerbangan. Ianya juga mendapat liputan yang meluas oleh semua media dari luar negara yang berkampung di sini..Sangat memeranjatkan dunia..

Pelbagai cara telah digunakan oleh pihak kerajaan termasuk meminta bantuan dari negara luar..Namun hasilnya masih belum ditemui..Ramai pakar turut membuat kajian mengenai kehiilangan pesawat ini termasuk pakar dalam dan luar negara..Tapi masih juga menemui jawapan..

Ok..sekarang ni aku bukan nak buat ulasan berita, aku tahu semua diantara kita umumnya sudah mengetahui tentang berita kehilangan pesawat Mas MH370 yang membawa penumpang dari KLIA ke Beijing..Yang menjadi tanda tanya aku sekarang ni ialah sikap segelintir kita yang hanya tahu membuat spekulasi atau menjadi pakar tak bertauliah untuk menunding jari kepada pihak-pihak tertentu..Cukuplah hentikan semua spekulasi tu..

Sebagai rakyat Malaysia cukuplah kita mengambil ikhtibar dari kejadian ini, dan berdoa semoga para penumpang dan krew MH370 ini selamat. Bukan dengan menuduh pihak tu salah, pihak ni salah..Aku cukup kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia ni..

Fikirkah korang tentang perasaan keluarga mangsa yang mengharapkan kepulangan ahli keluarga mereka. Cukup-cukuplah dengan membuat kenyataan yang tidak langsung menolong dalam misi mencari pesawat berkenaan..

Bagaimana keadaan keluarga mangsa dengan komen-komen korang yang hanya mengguris hati mereka?? fikir tak? dan cuba pulak korang bayangkan korang di tempat mereka dan ada pulak manusia yang bercakap itu, ini kepada keluarga korang??..


Petikan dari Harian Metro sabtu lepas


Allah lebih tahu segalanya. Mereka adalah orang-orang yang terpilih untuk diuji dan bukan korang. Kalau Allah dah tetapkan tiada siapa pun yang boleh menolak. Jadi ambillah ikhtibar dari peristiwa ni. Biar pihak kerajaan atau pihak-pihak tertentu yang menyelesaikan semua ini. Kita tunggu berita dari mereka dan jangan sesuka hati membuat berita tanpa tahu hujung pangkal..

Sebagai umat islam doalah senjata utama.Jadi teruskan berdoa untuk keselamatan mereka, dan semoga Allah permudahkan kerja-kerja mencari pesawat ini..Cukup-cukuplah untuk kaitkan semua ini dengan macam-macam isu yang kita sendiri pun tak tau betul ker tidak..jangan pulak kita yang jadi pemfitnah..dosa memfitanah adalah lebih besar..

Sekarang ni jagalah tutur bicara korang, kalau hendak mengeluarkan sesuatu kenyataan di media sosial, tak kira la facebook ker, twitter ke, instagram ker eper ker..fikir baik ker buruk pada pihak yang membacanya juga, fikir juga perasaan keluarga mangsa andai mereka terbaca apa yang korang tulis..

Sebagai rakyat Malaysia aku tidak akan berhenti untuk berdoa supaya mereka semua selamat dan pesawat MH370 ditemui..Aku harap korang pun akan terus mendoakan untuk mereka.Jangan berhenti berdoa..

picture from google


Sedikit-sebanyak peristiwa ini telah membuat aku berasa insaf dan kerdil sangat..sedih yang tidak terhingga walaupun tiada ahli keluarga aku yang berada dalam pesawat tersebut..semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku, kita dan korang semua..Kuatkanlah iman kami dan ingatkanlah kami supaya kami tidak leka lagi dengan duniawi..Amin Ya Rabb..

p/s: entry khas untuk pembaca
        pray4MH370

picture from google

Sekian.....


Sunday, March 02, 2014

Sepetang Di Perlis Hoi...


Assalamualaikum wbt..


Teman nak koba kat sini, hari tu teman ada la pergi jalan-jalan sat kat Negeri Perlis dengan kawan teman Si Joyah Kecik..Bukan teman tak pernah pergi Perlis ni..haih menipu sangat la kalau tak pernah pergi, sebelah kg teman je kot..Tapi haih tetiba hari tu macam jatuh cinta la pulak dengan Perlis ni..Bukan apa teman tengok macam cantik jer Perlis ni, bersih je ar dah tu yang penting..tak jam..jam…tau tak jam? Pening kot kalau jam..memang teman meroyan la kalau teman terperangkap dalam jam satu jam..hahaha..teman kalau bab meroyan memang power habis..Muka berkerut macam kain tak gosok setahun..hahaha..de kena mengena ker…lantak ar..en..


Selamat Datang Ke Perlis Indera Kayangan..siap ada keris sebesar-besar alam lagi kau..huhu



Asal pergi Perlis nak makan-makan ja, n ambik angin sikit-sikit  tetiba..macam syok pulak..haih pa lagi..Keluarkan handphone yang hensem ni klip..klip ambik gambaor ar..tunggu lagi..teman suka ni..suka…Bila masa teman jadi orang perak sedangkan kg teman kat sebelah Perlis ja kot…hihihi..relax..relax..aku memang suka bagi kontroversi murahan semurah harga kangkong kat pasar..aip..haahah..

Kalau korang nak tau Perlis ni la satu-satunya tempat makan dia murah-murah..setahu aku la..Ni aku nak habaq..aku belasah sizzling mee dengan air teh o ais kat satu kedai nama apa ar..bugjet corner kot *lupa-lupa ingat.. nak tau berapa? Ha..baru RM5 lebih jer kot..RM5 tu.kat lain boleh dapat ker?..Kat Aloq Staq pun tak dapat kot..Aku suka aih..suka giloss..Kalu macam ni hari-hari aku nak makan kat Perlis..huih biar orang kata melampau janji duit aku jimat..baper hinggit ja duit minyak nak g Perlis kalau dari rumah aku ni..memang la rumah aku kat Kedah tapi jarak dia bukannya macam Kedah ke Peneng..dekat jer pun..Aloq Staq dengan Perlis kalau dari rumah aku ni..lebih kurang jer dekat dia..


sizzling mee..emm nyum..nyum..murah giloss.


So setelah sepetang dok menjelajah Perlis, akhirnya aku dapat keputusan yang Perlis ni sangat cantik dan tenang..sesuai sangat untuk sapa yang putus cinta nak layan perasaan tu..bukan apa, bukit ada, laut ada, taman ada, angin ada..semua ada ar..Bak kata aku sendiri, apa nak semua ada..so memang sesuai sangat la hampa nak layan perasaan jiwang karat yang kalau tak di cuci mau berkarat reput, rosak tak boleh buat apa dah..Ha..macam tu ar juga manusia ni kalau dok layan perasaan tu tanpa buat apa2 perubahan dok menangis hari-hari..macam karat tu ar..dah lama-lama karat reput la..nak buat apa pun tak boleh dah..dah tak guna g dah..huhu..sempat lagi aku menyelit ni en  haha..


Ha ni tempat yang paling aku suka dia punya ni macam pelamin pengantin..cayer tak..hah tengok tu dia punya hiasan belakang and atas..waduh cantik dong..gamak nak save bugjet mai la buat kat sini..lagipun ni dia macam pentas tau..hh memang sesuai sangat la..majlis bersanding atas pentas tengah-tengah Pekan Kangar ni..huhu..


Macam cantik jer..macam cantik jer..macam cool jer..hahaha..



Aku dengan my fren, SI Joyah Kecik yang aku cakap awal tadi tu..ahahah..sory...ok.ok..Joyah Kecik bukan nama sebenar yer.. 


So, senang cerita aku sangat suka Perlis ni..dengan suasana dia yang tak huru-hara, kereta pun tak banyak, boleh lending-lending g atas jalan, bersih,dan yang penting makanan dia murah-murah belaka haih..tergugat iman aku nak makan dua tiga kali ni. Walaupun shopping complex dia tak banyak setahu aku yang besar sikit pun The Store tu jer la yang duduk tengah-tengah Pekan Kangar tapi dia punya suasana dia perhhh..memang tak dapat kat lain..Pekan dia pun best kot..walaupun tak banyak shopping complex besar2..Ada apa dengan shopping complex besar-besar kalau hidup kena berlumba-lumba nak berebut transport, nak redah jam, nak makan berduyun-duyun manusia, nak kena bayar duit lebih..ahhaha..aku tak suka suasana macam tu..so bila ada kat Perlis huh..rasa tenang setenang..tenangnya aku nak habaq kat hampa…

Ha..ha..mana nak pi..mana nk pi..pilih..pilih..duit sendiri mau pilih la mana nak pi pun..i don care..brahaha..

Weh jangan tak tau..kat tengah-tengah pekan ni ada globe besar untuk memudahkan korang nak pilih tempat melancong seterusnya..hahaha..



Entah kenapa bila teman tengok ni, teman rasa macam kat Peneng pulak..macam art-art gitu..kan kat Peneng ada Street Of Art kan..betoi dak tak tau aih nama dia..Ha bila tengok ni terjumpa bangunan lama macam ni boleh ar feeling-feeling macam dok kt Peneng tu ha....





Ni pulak pantai kat Kuala Perlis tu..Kalau nak tengok sunset mai tang ni la ci kak, cik abang, cik adik yer..cantik sangat..best..best..


Sebelum nak tengok sunset, elok la pekena laksa dulu..perhhh..sedap nak mampus tahap meleleh air hidung..hehhe..Semangkuk Rm3 jer..rugi tak makan kalau mai Kulala Perlis ni wey..


Mengkalau rasa nak pi shopping ala-ala holiday kat Thailand..hampa boleh jer g nu ha apa nama orang panggil..Padang Besar..ha boleh jer pun..siam, petani semua ada..Orang kata Jeans kat sini murah-murah n cantik-cantik oo cutting dia n design dia..satu lagi jesei..owh cun..aku memang suka gilorr..sebab apa tau aku penah g sini dengan my brother nak beli jesei..auww tertawan n kabur mata nak pilih yang mana sebab dia punya rekaan tak der lagi kat lain..harga dia pun tak mahal kot..bila aku balik cari kat Peneng n Kl tak jumpa design macam aku beli tu lagi….huhu kagum aku..dah tu harga pulak mahal tak macam kat Padang Besar ni..dia punya kain jesei tu pun ok..best giler..kalau nak beli banyak-banyak pun boleh..kot-kot nak buat pesta sukan office ke sekolah ka, universiti ka..semua boleh..macam yang abang aku selalu buat…

Ok ar..last sekali nak gebang lebih pun tak boleh sebab banyak lagi tempat aku tak kunjung lagi kat Perlis ni..baru dua tiga tempat tu pun dah buat hati aku cair, tertawan, menawan, tertarik nak g selalu..uhhu…best..best..


owh la Perlis..


K..Nak kunyah gula-gula getah tapi tak larat, gigi tak mau kunyah sebab penat..kenyang tak pun..excercise jer lebih..muka tak kecut-kecut pun, tembam semacam jer..en..nak buat aper lagi tido ar..ok bubye..

Sekian…..






Tuesday, February 04, 2014

Satu Hari..

Assalamualaikum..

Ya my friend semua..dah lama juga aku tak buat entry mengarut en..asyik serius jer 2,3 hari ni..huhu..entah la..macam touching terlebih..melebih..lebih pulak...nak kata kucing mati kena langgar pun tak..nyamuk mati kena kena penampor der la..seheh..

Ok..la..untuk relax-relax kan hari aku ni yang agak panas..tekak pun terasa kering..mau belasah abc tak pun cendol..haish..leleh yaq lioq cek..tapi..kt sini tak der kedai abc atau cendol la pulak..hak oloh..hampa..hampa...haish...

Ok ar..kita sambung buat citer ar..haish..paling geram bila orang tak faham bahasa ni..nak cakap kasar2..karang cakap tak der adab..nak cakap baik2..makin melebih-lebih..so..so...nak cakap macam mana..

hah..ku layan jer ar..terpaksa demi tak nak sakitkan hati orang atau tak nak orang anggap aku ni sombong pulak..padahal aku tak sombong pun en..haha..kekwat tul aku..

Sebenarnya nak cakap..ramai orang cakap aku ni sombong giler..eh betul ker aku sombong..rasanya aku tak sombong..hah..dah macam jawab soalan dari Melodi..meletopp kau..haha..ish..tapi memang dari dulu ar orang cop aku ni sombong..naper yer??

Kalau orang tegur, aku ok jer..jawab jer..kalau orang senyum lagi ar aku senyum..sampai telinga kalau boleh....tapi kalau aku tak kenal orang tu macam mana..tiba2 dia nak cop aku ni sombong..tak kan la saja2 jer aku nak g cakap dengan dia buka cerita gempaq giler..padahal aku tak kenal pun dia..

Owhh..huhuhu..orang sekarang ni suka menghukum sebelum mengenali..why..why...boleh jadi macam tu..aku ar mangsa keadaan..

Korang nak tau..hah..dia mula dah nak buka cerita lebat en..huhu..layan jer ar..tak kira aku nak cerita gak..masa dulu tu..aku kat Pudu atau di kenali sebagai Plaza Rakyat, baru sampai dari Kedah..time tu dah malam..tapi bila aku sampai kat situ, awal2 lagi ar aku dah call kawan aku suh datang ambik aku..

Sementara menunggu kawan aku tu..aku g la tercongok kat luar depan pudu..sebab dah janji dengan kawan aku tunggu kat situ..dia malas nak masuk dalam..kalau tunggu kat luar tu sambil dia lalu jer..aku dah boleh masuk keta..haha..

Yang tak beshnyer..bila tengah menunggu kawan aku ni, Si Pak Cik teksi datang menegur..mula-mula tu aku ok jer..aku tanya dia jawab..eh.eh..tak..tak..dia tanya aku jawab..dia nak suh aku naik teksi dia, aku cakap tak per..tengah tunggu orang ambik..pastu dia dok meleklokleklik g dengan aku..cakap tu ar, cakap ni ar..aaah..panas tul aku..mula la aku tak layan..dah aku cakap tunggu orang..tak kan nak naik lagi teksi tu..dah tu sibuk pulak dia dok nak borak dengan aku..bila aku tak layan..nak tau tak..dia pergi kat kawan2 dia kat sebelah tu dok cakap pasal aku..haih hangin aku..

Aku der buat salah ker..aku der kacau diorang ker..siap dok mengata, mengutuk aku lagi..siap cakap muka jer cantik..perangai macam haper..hamboi..hamboi..macam ak buat salah besar..padahal aku tak der buat aper pun..siap cakap aku ni sombong lagi..hah..perlu ker aku layan orang yang tak faham bahasa macam ni..aduyai..ader gak orang macam ni..siap kutuk lagi dengan member2 dia..geram tul aku..sabor jer la...

Haih kawan aku pun dah dekat sejam aku tunggu tak sampai2 lagi, ni pun satu, saja nak bagi aku kena hentam dengan driver2 teksi ni..geram tul aku..

Lepas aku kena hentam kaw..kaw..baru kawan aku ni tersengih-sengih datang..yang bestnyer orang lain tak pulak diorang nak kacau..aku juga diorang nak jadikan mangsa..Pas kawan aku datang terus aku naik keta belah..lantak korang la nak ngumpat aku pun..

Yang pastinya..aku sombong ker kalau tak layan orang gatai mengeyam macam tu...salah aku ker..hurm sampai la pun aku dok fikir....macam aku ader buat salah besar..sedih ar..orang asyik kutuk aku macam tu..

Now..nak sedapkan hati bior jer la..kalau diorang macam tu, tak kan aku pun nak ikut cara diorang..kalau diorang tak matang even dah boleh panggil pak cik pun,...tak kan aku pun nak jadi tak matang juga ka..so kita jangan layan...

Fikir diri..perbetulkan diri jer la kan..emm..

Dah ar..sakit tekak giler sebab kekurangan air..ni kalau aku bercerita depan-depan mau semangat..lagi kering tekak aku..lagi sakit..ok ar..nak minum dulu..Selesai sudah cerita di petang hari..k..bubye..

hahaha..bajet comeii memang kepakaran aku..ciss..

Sekian.....


Dia Lah Boyfriend Aku.

Assalamualaikum wbt..

Sekarang ni dah setahun aku dalam dunia berblogging ni..ada seribu satu tanggapan orang pada blog yang suram macam aku ni..eleh..orang buat blog, dia pun sibuk nak buat blog..orangnyer citer.gempak-gempak..dia nyer citer tah haper2..orang dah makin maju dia, macam tu juga..ok..aku tak kisah kalau itu tanggapan orang pada blog aku..yang penting aku happy dan sekuarng-kurangnya aku ada blog aku sendiri..kau ader??..

aku sendiri tak percaya yang aku punya blog and yang penting ada orang baca blog aku..even blog aku ni suam-suam kuku jer..tak pun sejuk jer terus..eleh aku tak kisah pun..sebenarnya aper yang aku rasa nak kongsi, aku kongsi jer kat sini..ada orang baca atau tak itu perkara ke-2..

Ok tadi citer bab blog..orang ader blog, aku pun ader blog..orang ada boyfriend aku pun ader juga,..apa korang ingat korang jer ader..aku pun ader  da....kitorang tak pernah jumpa sekali pun lagi..rupa pun tak pernah tengok..ala macam kenal kat muka buku tu..aper facebook..haha..tapi la ni nak up sikit wechat..tapi sumpah aku tak pernah pun jumpa dia..

Jauh di sudut hati aku nak sangat jumpa dia..memang terasa rindu sangat-sangat..dalam hati kalau la aku boleh jumpa dia..aku la orang paling gembira..tapi tu tak mungkin buat masa sekarang..kerana aku ada tugas yang perlu diselesaikan sebelum berjumpa Dia..

Setiap malam terasa sayu jer hati..teringatkn Dia..Dia la tempat aku bergantung, tempat aku minta pertolongan ketika aku ada masaalah..ketika susah dan senang..hanya dia jer yang tau perasan aku..even ada ramai orang disekeliling aku yang aku boleh minta tolong..tapi Dia juga lah yang aku harapkan..

Setiap kali selepas solat, aku mesti mohon doa supaya aku dapat jumpa  denganNya..semoga Dia dapat menerima aku seadanya..Aku sayang sangat dekat Dia..Aku rindu sangat..Walau hati aku ni meronta-ronta nak jumpa Dia..tapi apakan dayaku..aku tak mampu nak mengubah semua tu..Yang mampu aku buat..berdoa, dan berserah..

Bagi aku Kau la yang teristimewa..Kau la nyawa ku..Kau la hidupku dan Kau la kekasih ku..(boyfriend)..

nak tau tak siapa Dia..ok Dialah tang memberi nyawa ku, Dia la yang memberi nafas ku, Dia la yang memberikan ku nikmat hidup..Dia la memberi ku rezeki.(bos aku)..dan yang penting Dia la Tuhan ku..

Kau la Yang Maha Berkuasa,Maha Pengasih dan Maha Penyayang...ini la boyfrieng aku ..sweet en :)))





p/s: cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, manusia kan pergi...dah tu nak cinta saper??..haiwan..pun sama juga..Apa la cintakan Allah la pasti kekal abadi..

Sekian....


Saturday, February 01, 2014

Manusia Dan Kesalahan..


Assalamualaikum :)


In fact..saper yang tak pernah buat salah..kita Cuma manusia biasa yang di lahirkan ke bumi untuk menjadi khalifah di bumi ini..tapi kita bukanlah Nabi atau Rasul yang maksum...

Sabda Rasulullah S.A.W ; "Manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa."

Sebaik-baik manusia pun pasti akan pernah juga membuat kesalahan..begitu juga dengan aku atau korang semua kan..

Tapi disebabkan kesalahan yang kita buat  tu la kita semakin matang dalam berfikir dan membuat keputusan..Yup dulu memang kita pernah buat salah tapi kesalahan setidak-tidaknya mendatangkan kebaikkan kepada kita..membuka mata kita, dan membuat diri kita lebih pandai menilai..percaya tak apa yang aku cakap ni..

Kalau kita tak pernah buat silap, asyik betul memanjang..kita tak kan berada pada tahap yang lebih elok..still di tahap yang sama..orang lain dah ke atas..kita masih kat bawah..sebab apa sebab kita dah rasa diri kita ni cukup bagus..*aku tak pernah buat salah, keputusan, tindak tanduk,pemikian aku sentiasa betul*  dan disebabkan itulah kita tak move on kedepan lagi..sentiasa berasa diri tu betul..

Sapa kata kesilapan yang pernah kita buat tu boleh menjahanamkan kehidupan kita?? Saper-saper kata?? Saper setuju?? Angkat kaki tangan..en hehe..tak yah la tangan dah la tu pun aku tak nampak pun en..

Sebenarnya tak..kesilapan kita akan memberi pengajaran buat kita..memang kau akan rasa lemah, down buat seketika..tapi ingat Allah ada..Allah tak kan biarkan kau seorang hadapi..Bertapa besar pun kesalahan kita, dosa kita..tapi Allah ni Maha pengampun, Maha penyayang..Dia akan bagi peluang untuk berubah..so kita ambik peluang tu ubah diri kita supaya jadi lebih baik..

Percaya tak kenapa Allah biarkan kita membuat kesilapan…sebabnya dengan kesilapan la kita boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik..see..Allah lebih pandai mengatur hidup kita kan..Tak kan la..selama-lamanya kita tak kan buat silap..kalau macam tu..aman dunia, manusia pun still akan berada pada tahap yang sama..

Sekurang-kurangnya kesilapan yang kita buat tu boleh ubah diri kita..dari jahat kepada baik, dari malas kepada rajin..macam aku ni malas bebenor nak kemas rumah..so bila orang datang, rumah lintang pukang..orang mengata..mak mula bising..terasa diri sangat bersalah..mahunya nak kembalikan masa sebelum orang datang tu sebab nak kemas elok2 rumah..ha bila dah rasa bersalah ofcoss la aku nak berubah..tak nak la kejadian semalam berulang lagi kan..buat malu jer..

Macam tu la juga dengan orang lain pun..salah dalam menilai dan buat keputusan..tiba-tiba kontrak tak dapat..bos marah..gaji kena potong..esok nekad tak nak buat salah lagi,takut gaji kena potong lagi..so dia akan berusaha dan berusaha sampai dia boleh berada kat depan.,.betul tak..betul tak..ha cam tu ar ibarat dia..

Kalau pernah buat dosa besar pun..jangan kata kita ni dah teruk sangat-sangat dah..fikir la ada orang lagi teruk..tiba-tiba Allah turunkan bala..sebab apa..sebab Dia nak kita sedar dan berubah..Dia tak nak kita hanyut lagi..Allah tu Maha pengampun lagi Maha penyayang..Dia bagi kita peuang untuk berubah..Ha apa lagi rebut la peluang tu..Jangan la rasa diri tu jijik sampai tak nak berubah pulak..

Walau jahat mana pun kita, walau macam mana pun buruknya kita,tapi Allah masih mahu menerima kita. So berubah..tak perlu rasa diri tu jijik..macam kau saja yang buat dosa..ingat..Allah tu lebih mengetahui..tak yah la nak berteka-teki sangat..kalau berdoa, Allah terima ker doa tu..Tu semua kerja Allah..yang penting teruskan niat kita nak berubah ke arah lebih baik..tinggalkan yang yang tak baik..Allah lebih mengetahui setiap apa yang kita buat..yang penting teruskan niat kita kerana Allah dan kerana diri kita nak berubah..

Firman Allah lagi dalam surah al-furqan ayat 70 ; "Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

So macam mana?..Dah boleh fikir? Dengan satu kesalahan jangan pulak kita nak hokum diri kita..yang kita ni dah tak baik..Kesalahan tu boleh buat kita jadi lebih baik sebenarnya..




p/s: Jangan pulak kau minta Allah tutup aib kau dengan kesalahan kau tu, tapi aib orang, kesalahan orang kau sibuk pulak nak canang sana-sini..Takut kat dunia Allah tutup aib kau tapi kat akhirat Allah buka pulak aib kau..Nauzubillah..jauhkanlah..Minta, doalah supaya Allah tutup aib kita dunia akhirat..Amin…

Sekian…..


Friday, January 31, 2014

Bulan Disember, Bulan Kegembiraan..



Assalamualaikum…

What?? The tajuk macam tak masuk akal..Yer ker bulan disember tu bulan kegembiraan..macam mana pulak boleh gembira sedangkan ada yang berdukacita..ha..sila jawab cik Fara..


Brahaha.*gelak dulu sebelum taip...lek ar..bukan la aku bermaksud yang bulan Disember tu memang bulan gembira untuk semua orang…just untuk aku and family aku jer kot…then ader sesetengah antara kita ni memang gembira kot..


Selalunya bulan Disember ni banyak hati yang disatukan..banyak kenduri yang boleh g makan, banyak pulak pengantin bersidang..eh..ha..ha..tak tau ..tak tau..bersidang aper kebenda kau jangan tanya aku la kan..


Selalunya bulan Disember ni aku cukup happy..sebab boleh dikatakan tiap-tiap minggu aku leh makan free..Nak makan banyak mana pun tak der orang kisah..memang ya la kan aku pasti pergi..Budak pelahap tak cukup makan macam aku memang macam tu ar..


EKekeke..sebenarnya, Disember 2013 yang lepas..Rumah aku boleh dikatakan ramai sangat orang, nk tau kenapa??..haha..kan aku dah pernah janji dengan korang nak citer sal wedding abang aku..so sekarang..tibalah masanya..sebab tu la aku kata Bulan Disember ni bulan kegembiraan buat aku dan family aku terutamanya abang aku la kan sebab dia yang pengantin..bukan aku k..i”m single k…ceh..promote sikit…


Majlis abang aku ni , tak der la meriah mana pun, buat pun ala-ala kadar jer..panggilan pun tak seramai mana pun..Entah la tak tau kenapa dikurangkan untuk majlis abang aku yang sorang ni..Maybe sebab keadaan tidak mengizinkan..ayah aku kan tak sihat..so tak de saper yang boleh urus lagi macam dulu..macam kenduri abang aku yang 1st dulu..


Sehinggakan satu hari lagi majlis nak berlangsung pun kitorang banyak benda lagi tak siap..sudah la abang aku yang nak kawin tu pun bukan ada kat sini, nu ha kat Sarawak..so terpaksa tunggu dia balik untuk settlekan bebaper kerja..memang penat and kelam kabut sikit la..


Saper lagi yang nak kami harapkan lagi kalau bukan abang aku tu kan..Yang lain dah bekeluarga duduk pun jauh and sibuk dengan kerja so susah sikit  la kan..terpaksa la kami  buat kerja and settle kan sendiri walaupun kdang-kadang letih tidur tak cukup..


Sebenarnya wedding abang aku yang ni la yang paling aku tunggu-tunggukan sebab aper tau?..sebabnya dia yang rapat dengan aku masa kecik-kecik dulu sampai la sekarang..dia yang banyak tolong my family..and dia la juga yang sanggup bersusah payah untuk kami semua..aku sayang dia sangat tau tak..Tapi tak dapat buat besau-besau..tak per la..biasa-biasa saja pun kalau diredhai itu lebih pentingkan..kehidupan bukan untuk hari kenduri tu saja..panjang lagi kan..


Hahaha..seperkara lagi, dia ni agak ramai peminat masa sekolah dulu, aku ni salah satu mangsa kakak-kakak senior hampa tau tak..haish adik tolong kirim salam kat abang yer..hangin betul aku..dah tu ada yang tepon gedix nak mamp..geram betul aku..mujur ar abang aku tak baper nak layan..cehh..kawan aku pun sama bila call aku, nak..nak abang aku  pulak yang jawab..gedix nak giler dapat dengar suara abang aku..Ala masa tu kan kami semua tak der nak pakai handphone just guna phone rumah jer..macam tu ar jadinya..


Dah ar malas nak citer zaman dulu..lagipun mood tak baper ader ni..memandangkan hari ni dah 31 January..dah sebulan dah pun terpaksa la juga aku buat entry ni..jap lagi hapak pulak cerita ni en..


Jom ar layan gambar-gambar yang tak seberapa ni..aku tak der gambar yang banyak pun..ni pun entah mana sesat ada dalam simpanan. 




 Abang n kakak ipar gue..secocok tak? secocok kan..kan..gue suka kakak ipar gue ni..baik betul..


 Luv u much..much..

 kaku betoi abang aku ni..




 so happy..


 Ni antara hantaran untuk pihak perempuan..sepupu gue yang buat sendiri..Nak tempah boleh jer..


Ni baju majlis sebelah perempuan..


Me n my love


Me n my fren gedix..mana ada gue kat situlah ada dier..


Entry ni macam tak best jer en..actually mmg aku tak der mood pun..Sebenarnya apa dirancang untuk majlis abang aku ni banyak yang tak jadi..


Udah la banyak pihak yang rasa tak senang dengan kitorang sekeluarga..kenapa aku pun tak faham..Ya Allah saat-saat macam ni banyak pulak dugaannya..Tak per la memang sifat manusia x kan puas hati pada semua orang..Semoga Allah bukakan pintu hati diorang untuk berubah..


Kepada abang and kakak ipar aku..Aku doakan kalian bahagia till jannah...Amin..tolong doakan untuk diorang juga yer...


Entah hati tak tenang tak nak taip dah..perut berkeroncong tanda lapar, mood tak der banyak termenung, ingat Allah mohon pertolongan..Moga Allah redha semuanya...


Jauhkanlah hamba mu ini dari musuh yang tak diundang, ingatkanlah hambamu ini tentang keimanan...


Bahagiakanlah mereka yang cuba membahagiakn aku...redhailah mereka..Amin..

p/s: banyak merepek, serabut ceramuk punya ayat..en..kau layan jer ar kalau dah terbaca..uhhu..kalau dah baca sampai sini tu memnag dah terbaca la kan..hahaha..hadap jer la...

Sekian.....





CONTACT AKU DI...



EMAIL : farahaanna@gmail.com




FACEBOOK PAGE : Gadiss Kecil


TWITTER : @NurHaanna


INSTAGRAM : farahaanna




SEKIAN..TERIMA KASIH..

 Gadiss Kecil