Sunday, March 02, 2014

Sepetang Di Perlis Hoi...


Assalamualaikum wbt..


Teman nak koba kat sini, hari tu teman ada la pergi jalan-jalan sat kat Negeri Perlis dengan kawan teman Si Joyah Kecik..Bukan teman tak pernah pergi Perlis ni..haih menipu sangat la kalau tak pernah pergi, sebelah kg teman je kot..Tapi haih tetiba hari tu macam jatuh cinta la pulak dengan Perlis ni..Bukan apa teman tengok macam cantik jer Perlis ni, bersih je ar dah tu yang penting..tak jam..jam…tau tak jam? Pening kot kalau jam..memang teman meroyan la kalau teman terperangkap dalam jam satu jam..hahaha..teman kalau bab meroyan memang power habis..Muka berkerut macam kain tak gosok setahun..hahaha..de kena mengena ker…lantak ar..en..


Selamat Datang Ke Perlis Indera Kayangan..siap ada keris sebesar-besar alam lagi kau..huhu



Asal pergi Perlis nak makan-makan ja, n ambik angin sikit-sikit  tetiba..macam syok pulak..haih pa lagi..Keluarkan handphone yang hensem ni klip..klip ambik gambaor ar..tunggu lagi..teman suka ni..suka…Bila masa teman jadi orang perak sedangkan kg teman kat sebelah Perlis ja kot…hihihi..relax..relax..aku memang suka bagi kontroversi murahan semurah harga kangkong kat pasar..aip..haahah..

Kalau korang nak tau Perlis ni la satu-satunya tempat makan dia murah-murah..setahu aku la..Ni aku nak habaq..aku belasah sizzling mee dengan air teh o ais kat satu kedai nama apa ar..bugjet corner kot *lupa-lupa ingat.. nak tau berapa? Ha..baru RM5 lebih jer kot..RM5 tu.kat lain boleh dapat ker?..Kat Aloq Staq pun tak dapat kot..Aku suka aih..suka giloss..Kalu macam ni hari-hari aku nak makan kat Perlis..huih biar orang kata melampau janji duit aku jimat..baper hinggit ja duit minyak nak g Perlis kalau dari rumah aku ni..memang la rumah aku kat Kedah tapi jarak dia bukannya macam Kedah ke Peneng..dekat jer pun..Aloq Staq dengan Perlis kalau dari rumah aku ni..lebih kurang jer dekat dia..


sizzling mee..emm nyum..nyum..murah giloss.


So setelah sepetang dok menjelajah Perlis, akhirnya aku dapat keputusan yang Perlis ni sangat cantik dan tenang..sesuai sangat untuk sapa yang putus cinta nak layan perasaan tu..bukan apa, bukit ada, laut ada, taman ada, angin ada..semua ada ar..Bak kata aku sendiri, apa nak semua ada..so memang sesuai sangat la hampa nak layan perasaan jiwang karat yang kalau tak di cuci mau berkarat reput, rosak tak boleh buat apa dah..Ha..macam tu ar juga manusia ni kalau dok layan perasaan tu tanpa buat apa2 perubahan dok menangis hari-hari..macam karat tu ar..dah lama-lama karat reput la..nak buat apa pun tak boleh dah..dah tak guna g dah..huhu..sempat lagi aku menyelit ni en  haha..


Ha ni tempat yang paling aku suka dia punya ni macam pelamin pengantin..cayer tak..hah tengok tu dia punya hiasan belakang and atas..waduh cantik dong..gamak nak save bugjet mai la buat kat sini..lagipun ni dia macam pentas tau..hh memang sesuai sangat la..majlis bersanding atas pentas tengah-tengah Pekan Kangar ni..huhu..


Macam cantik jer..macam cantik jer..macam cool jer..hahaha..



Aku dengan my fren, SI Joyah Kecik yang aku cakap awal tadi tu..ahahah..sory...ok.ok..Joyah Kecik bukan nama sebenar yer.. 


So, senang cerita aku sangat suka Perlis ni..dengan suasana dia yang tak huru-hara, kereta pun tak banyak, boleh lending-lending g atas jalan, bersih,dan yang penting makanan dia murah-murah belaka haih..tergugat iman aku nak makan dua tiga kali ni. Walaupun shopping complex dia tak banyak setahu aku yang besar sikit pun The Store tu jer la yang duduk tengah-tengah Pekan Kangar tapi dia punya suasana dia perhhh..memang tak dapat kat lain..Pekan dia pun best kot..walaupun tak banyak shopping complex besar2..Ada apa dengan shopping complex besar-besar kalau hidup kena berlumba-lumba nak berebut transport, nak redah jam, nak makan berduyun-duyun manusia, nak kena bayar duit lebih..ahhaha..aku tak suka suasana macam tu..so bila ada kat Perlis huh..rasa tenang setenang..tenangnya aku nak habaq kat hampa…

Ha..ha..mana nak pi..mana nk pi..pilih..pilih..duit sendiri mau pilih la mana nak pi pun..i don care..brahaha..

Weh jangan tak tau..kat tengah-tengah pekan ni ada globe besar untuk memudahkan korang nak pilih tempat melancong seterusnya..hahaha..



Entah kenapa bila teman tengok ni, teman rasa macam kat Peneng pulak..macam art-art gitu..kan kat Peneng ada Street Of Art kan..betoi dak tak tau aih nama dia..Ha bila tengok ni terjumpa bangunan lama macam ni boleh ar feeling-feeling macam dok kt Peneng tu ha....





Ni pulak pantai kat Kuala Perlis tu..Kalau nak tengok sunset mai tang ni la ci kak, cik abang, cik adik yer..cantik sangat..best..best..


Sebelum nak tengok sunset, elok la pekena laksa dulu..perhhh..sedap nak mampus tahap meleleh air hidung..hehhe..Semangkuk Rm3 jer..rugi tak makan kalau mai Kulala Perlis ni wey..


Mengkalau rasa nak pi shopping ala-ala holiday kat Thailand..hampa boleh jer g nu ha apa nama orang panggil..Padang Besar..ha boleh jer pun..siam, petani semua ada..Orang kata Jeans kat sini murah-murah n cantik-cantik oo cutting dia n design dia..satu lagi jesei..owh cun..aku memang suka gilorr..sebab apa tau aku penah g sini dengan my brother nak beli jesei..auww tertawan n kabur mata nak pilih yang mana sebab dia punya rekaan tak der lagi kat lain..harga dia pun tak mahal kot..bila aku balik cari kat Peneng n Kl tak jumpa design macam aku beli tu lagi….huhu kagum aku..dah tu harga pulak mahal tak macam kat Padang Besar ni..dia punya kain jesei tu pun ok..best giler..kalau nak beli banyak-banyak pun boleh..kot-kot nak buat pesta sukan office ke sekolah ka, universiti ka..semua boleh..macam yang abang aku selalu buat…

Ok ar..last sekali nak gebang lebih pun tak boleh sebab banyak lagi tempat aku tak kunjung lagi kat Perlis ni..baru dua tiga tempat tu pun dah buat hati aku cair, tertawan, menawan, tertarik nak g selalu..uhhu…best..best..


owh la Perlis..


K..Nak kunyah gula-gula getah tapi tak larat, gigi tak mau kunyah sebab penat..kenyang tak pun..excercise jer lebih..muka tak kecut-kecut pun, tembam semacam jer..en..nak buat aper lagi tido ar..ok bubye..

Sekian…..






10 comments:

Miss Xyz said...

Actually, saya pun dah jatuh cinta dengan Perlis. Tak tahu kenapa. Tapi waa tak pernah perkena lagi dengan sizzling and laksaa tu! ~.~

Hana Farhana said...

Ha kan...boleh jatuh cinta hoo dgn perlis...kalau belum pekena lagi elok la try laksa dia..sedap tu...sambil dok tepi pantai..huh pa nak kata...

Sweethoneybelle said...

selalu kalao pergi perlis pergi padang besar je . . tak pernah lagi masuk pekan perlis . . tapi ramai ckap laksa kuala perlis sedap . . tengok gambar pon dah teringin ni . . ntah bila nak pergi sana lagi tatao la . hehehe . . eh sya orang kedah jugak . . kulim kedah lorh . . hehe :p

Anis Aisyah said...

best nyooo

Hana Farhana said...

La yer ker..org kedah jugak...mcm tu sepp la..haha...rugi tau x try laksa kuala perlis...mmg sedap melampau..makan pulak kt tepi laut...best..cuba g area
belakang2 tu..dekat2 dgn hotel tu..malam2 best sangat..ader kuda boleh naik...ada masjid y cantik..lebih kurang mcm masjid atas laut la..hihi..cantik sangat..ader masa g yer..

Hana Farhana said...

Anis...yuhu...mmg best..ader masa blh la g..

muhammad azuan said...

peahhhh...besar betul kerisnya...ahahahfara tak try pakai ke keris tu letak kat pinggang..wakakaka

Phylo said...

akak, nanti kalau nak g lagi tolong angkut phylo jugak eh :D

Aisyah azizon said...

Perlis memang bersih n kalau nak berjalan dlm masa sehari pun boleh.kecik je. i love my hometown .perlis <3

Anonymous said...

saya orang kelantan....
sy pernah pg perlis sekali je ms belajar kat alor setar dulu...
sy rs kelantan ke perlis tak jauh,ye tak?