Saturday, February 01, 2014

Manusia Dan Kesalahan..


Assalamualaikum :)


In fact..saper yang tak pernah buat salah..kita Cuma manusia biasa yang di lahirkan ke bumi untuk menjadi khalifah di bumi ini..tapi kita bukanlah Nabi atau Rasul yang maksum...

Sabda Rasulullah S.A.W ; "Manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa."

Sebaik-baik manusia pun pasti akan pernah juga membuat kesalahan..begitu juga dengan aku atau korang semua kan..

Tapi disebabkan kesalahan yang kita buat  tu la kita semakin matang dalam berfikir dan membuat keputusan..Yup dulu memang kita pernah buat salah tapi kesalahan setidak-tidaknya mendatangkan kebaikkan kepada kita..membuka mata kita, dan membuat diri kita lebih pandai menilai..percaya tak apa yang aku cakap ni..

Kalau kita tak pernah buat silap, asyik betul memanjang..kita tak kan berada pada tahap yang lebih elok..still di tahap yang sama..orang lain dah ke atas..kita masih kat bawah..sebab apa sebab kita dah rasa diri kita ni cukup bagus..*aku tak pernah buat salah, keputusan, tindak tanduk,pemikian aku sentiasa betul*  dan disebabkan itulah kita tak move on kedepan lagi..sentiasa berasa diri tu betul..

Sapa kata kesilapan yang pernah kita buat tu boleh menjahanamkan kehidupan kita?? Saper-saper kata?? Saper setuju?? Angkat kaki tangan..en hehe..tak yah la tangan dah la tu pun aku tak nampak pun en..

Sebenarnya tak..kesilapan kita akan memberi pengajaran buat kita..memang kau akan rasa lemah, down buat seketika..tapi ingat Allah ada..Allah tak kan biarkan kau seorang hadapi..Bertapa besar pun kesalahan kita, dosa kita..tapi Allah ni Maha pengampun, Maha penyayang..Dia akan bagi peluang untuk berubah..so kita ambik peluang tu ubah diri kita supaya jadi lebih baik..

Percaya tak kenapa Allah biarkan kita membuat kesilapan…sebabnya dengan kesilapan la kita boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik..see..Allah lebih pandai mengatur hidup kita kan..Tak kan la..selama-lamanya kita tak kan buat silap..kalau macam tu..aman dunia, manusia pun still akan berada pada tahap yang sama..

Sekurang-kurangnya kesilapan yang kita buat tu boleh ubah diri kita..dari jahat kepada baik, dari malas kepada rajin..macam aku ni malas bebenor nak kemas rumah..so bila orang datang, rumah lintang pukang..orang mengata..mak mula bising..terasa diri sangat bersalah..mahunya nak kembalikan masa sebelum orang datang tu sebab nak kemas elok2 rumah..ha bila dah rasa bersalah ofcoss la aku nak berubah..tak nak la kejadian semalam berulang lagi kan..buat malu jer..

Macam tu la juga dengan orang lain pun..salah dalam menilai dan buat keputusan..tiba-tiba kontrak tak dapat..bos marah..gaji kena potong..esok nekad tak nak buat salah lagi,takut gaji kena potong lagi..so dia akan berusaha dan berusaha sampai dia boleh berada kat depan.,.betul tak..betul tak..ha cam tu ar ibarat dia..

Kalau pernah buat dosa besar pun..jangan kata kita ni dah teruk sangat-sangat dah..fikir la ada orang lagi teruk..tiba-tiba Allah turunkan bala..sebab apa..sebab Dia nak kita sedar dan berubah..Dia tak nak kita hanyut lagi..Allah tu Maha pengampun lagi Maha penyayang..Dia bagi kita peuang untuk berubah..Ha apa lagi rebut la peluang tu..Jangan la rasa diri tu jijik sampai tak nak berubah pulak..

Walau jahat mana pun kita, walau macam mana pun buruknya kita,tapi Allah masih mahu menerima kita. So berubah..tak perlu rasa diri tu jijik..macam kau saja yang buat dosa..ingat..Allah tu lebih mengetahui..tak yah la nak berteka-teki sangat..kalau berdoa, Allah terima ker doa tu..Tu semua kerja Allah..yang penting teruskan niat kita nak berubah ke arah lebih baik..tinggalkan yang yang tak baik..Allah lebih mengetahui setiap apa yang kita buat..yang penting teruskan niat kita kerana Allah dan kerana diri kita nak berubah..

Firman Allah lagi dalam surah al-furqan ayat 70 ; "Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

So macam mana?..Dah boleh fikir? Dengan satu kesalahan jangan pulak kita nak hokum diri kita..yang kita ni dah tak baik..Kesalahan tu boleh buat kita jadi lebih baik sebenarnya..




p/s: Jangan pulak kau minta Allah tutup aib kau dengan kesalahan kau tu, tapi aib orang, kesalahan orang kau sibuk pulak nak canang sana-sini..Takut kat dunia Allah tutup aib kau tapi kat akhirat Allah buka pulak aib kau..Nauzubillah..jauhkanlah..Minta, doalah supaya Allah tutup aib kita dunia akhirat..Amin…

Sekian…..


5 comments:

Saya Nana said...

Nice post! Betul betul betul... Keep up!

Hana Farhana said...

terima kasih..;)

Hana Farhana said...

terima kasih..;)

athiqi ariff said...

org bersama org yg sabar

Hana Farhana said...

yup..betul tu..