Sunday, April 14, 2013

Jangan Lupa Untuk Berdoa


Assalamualaikum
 
(Allah S.W.T berfirman yang bermaksud “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepada Mu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku”.)

So sebagai hamba Allah yang sangat lemah aku sekadar ingin berkongsi betapa pentingnya untuk kita berdoa. Dengan berdoa,kita akan lebih mendekatkan diri dengan Yang Maha Kuasa..Berdoalah supaya hidup kita akan sentiasa dalam rahmatnya dan diredhai..Berdoalah supaya kita sentiasa dekat dengan–Nya dan membuktikan betapa kita mengharapkan pertolongan dari-Nya dalam kehidupan kita.

Aku sendiri pun kadang-kadang tak terlepas dari alpa dan lalai tentang bertapa pentingnya doa..Bila tiada masalah kadang-kadang mula ambil ringan,langsung tak menadah tangan untuk memohon doa.Tapi bila masalah datang mula mencari-cari-Nya dan baru ingat nak menadah tangan berdoa bersungguh-sungguh mengharapkan petolongan.Kadang-kadang terasa betapa teruknya aku ni..Bila ada masalah baru ingat nak berdoa bersungguh-sungguh..Kalau tak berdoa pun macam ala-ala kadar jer.

Tapi Allah S.W.T  Maha Pengampun,Maha Penyayang.Walau apa pun yang kita lakukan Dia tetap memberi peluang  untuk kita berubah.Kadang-kadang dugaan dan masalah yang kita hadapi merupakan satu anugerah..Sebab apa aku cakap anugerah? Lihat balik kalau tak de dugaan tak der masalah kita lalai dan lupa untuk bersyukur atas nikmat yang kita peroleh..Semua tu dari Allah dan mungkin Allah nak sangat kita dekat dengan-Nya jadi Dia berikan kita dengan bermacam-macam dugaan..

Bila kita ada masalah kita mula mengingati-Nya dan baru teringat nak minta pertolongan bukan?..sebenarnya mungkin Allah rindu untuk dengar suara kita, dan diberikan kita dugaan supaya kita memohon doa dan pertolongan dari-Nya.Kalau tak mungkin kita akan terus hanyut dan lupa pada Allah SWT. Jadi ingatlah bertapa pentingnya doa dalam kehidupan kita..Itu tanda kita sentiasa mengingati dan sentiasa memerlukan-Nya dalam setiap apa yang kita lakukan..

Masa Yang Baik Untuk Berdoa:

  • Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh
  • Selepas setiap solat fardhu lima waktu
  • Antara solat Zohor, Asar dan Maghrib
  • Antara azan dan iqamat atau selepasnya
  • Ketika bangun dari tidur
  • Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam
  • Ketika hendak masuk dan keluar masjid
  • Antara takbir solat Hari Raya
  • Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting
  • Ketika ditimpa kesulitan,gundah gulana dan rasa gelisah
  • Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya
  • Sepanjang malam terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur
  • Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.

Semoga apa yang aku sampaikan ni memberi manfaat kepada kita semua.Jangan sesekali kita abaikan doa dalam kehidupan kita..

Terasa diri haku ni macam seorang yang tak bersyukur atas apa yang aku ada sebab aku selalu abaikan doa...*sungguh tidak baik*..Now setelah aku teliti dan faham, biarlah apa yang aku miliki dan ada sekarang diberkati..dan tak nak jadi hamba yang tidak mensyukuri atau sombong pada Allah S.W.T..

(Berdoalah sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita untuk mendengar..Renung-renungkan dan selamat beramal)..peace..(T_T)..hehhe..

p/s: Jangan terlalu sombong untuk berdoa,tidak selamanya kita diatas..Setiap apa yang kita ada akan diambil bila-bila masa bila Ia mengkehendakinya..

Sekian.....

Monday, April 08, 2013

Kebosanan Melanda Diri Aku...


 Assalamualaikum

Haish aaish….aku memang paling-paling benci bila aku mula berada dalam situasi bosan..Memang aku pantang sebelum bersalin lagi..Aku memang tak suka sebab kalau aku dah ader perasaan bosan tu maka segala apa yang aku buat pun serba tak kena..

Tido..zzzzzzzzzzzzzzzzz….konon tapi hareeeem but masih halal lagi..hehe…tak juga-juga mata aku ni terpejam..Ingat hati bila berangan sampai ke puncak awan sana tu aku akan lali dan terus tido tapi..tak juga..adoi mak…mula la aku nak start merapu sorang-sorang mula la aku nak cari benda yang boleh aku buat topic…Hai silap-silap aku tambahkan dosa aku..alahai tak mau….tak mau…ampun..ampun..* cis padahal bejuta kali dah aku buat* dusta semata-mata …wekk….

Setiap kali aku ada perasaan bosan saja,cuba nak buka laptop nak ngadap fesebook..Bila dah buka ko tau jer la kan…menepek sampai tak ingat dunia..silap-silap sampai esok pagi pun aku dok menepek lagi..Langsung menjahanamkan masa yang berkualiti aku..stalk macam-macam orang.. bebel sorang-sorang,gelak sorang-sorang bila baca status orang..Gitu gamaknya no perangai aku..memang tak senonoh…Yang pastinya aku rasa aku lebih gila time tu nak dibangdingkan dengan orang gila…Apasalahnya kalau aku pi ambik wudhuk buat solat sunat ker..dapat tambah pahala juga, ni tak…

 cenggini la gamaknya rupa aku tgh FB

Tapi tu dulu la..sejak aku dah insaf ni,dah sedar la konon-konon aku dah malas lagi nak layan fesebook-fesebook tu semua..jarang la sangat aku nak ngadap skrin laptop tu sampai terjojol bijik mata macam sebelum ni…Tapi tahap nak tinggalkan tu semestinya tak..hehehe..insaf la sangat..ko percaya la cakap aku ni…padahal setiap kali online mesti nampak jer aku dok menepek kat fesebook yer tak?

Tapi seriusli aku dah tak macam dulu,tahap kexcitedtan aku dah makin pudar..gamaknya aku dah tua kot tak pun aku mula start bosan..Aku mahukan benda lain pulak..maybe..huhu..

Yang menjadi kemusykilan aku,bila bosan apa yang perlu aku buat?..sebab semua benda aku rasa bosan..ish..ish..ada juga kan manusia macam aku..

Ni pun dah menjadi satu masaalah bagi aku,belum lagi masalah negara…(Nampak sangat aku ni lembab,kecik masalah pun tak boleh handle).Orang lain kalau dah bosan keluar jer la g jalan-jalan ,tapi aku tak..faham-fahamlah aku ni manusia dari sepsis alien workshop..so aku nak dok rumah jer la,tak mau pi mana-mana..konon-konon ala ala gadis melayu gitu..Kalau saper nak buat bini ker nak buat menantu ker memang pilihan yang terbaik..*offer diri* kekwat betoi…dah

Tu masa tak mau keluar cer masa aku nak keluar….selagi tak malam buta jangan harap nak nampak batang hidung aku kat rumah…

 Cer bosan,aku g riadah cenggini..dapat gak faedah..ni tak asyik memikio aper nak buat.

Ok..ok..balik pada tajuk ..Aper motif aku taip entri ni ek? ….Apa la kaitan bosan dengan apa yang aku cerita ni aku pun tak tau..

Yang pasti inilah dinamakan bosan..buat apa pun macam tak der motif….Nak delete aku dah malas sebab dah berjela dah aku taip…senang ceghita korang baca je la yer….

p/s: tak tau nak taip paper haku men bedal jer….bosan teramat…

Sekian…..

Kesalahan Orang Nampak,Kesalahan Sendiri?


 Assalamualaikum

Sebagai manusia biasa kadang-kadang kita tak terlepas dari melakukan kesilapan..Betul tak?

#termenung sejenak memikir#  memang pun..itulah jawapan aku dan aku pasti semua orang akan bagi jawapan macam aku juga..kan?kan?..

Now dalam entri ni aku nak cuba luahkan segala perasaan-perasaan yang pernah ada pada setiap manusia..

Kalau diikutkan hati memang la akan ada perasaan meluap-luap marahnya tatkala dihentam teruk-teruk atas satu kesalahan..Ditambah pulak kesalahan tu tak disengajakan atau tak tersedar yang kita dah buat salah…(ayat skema hehe)

Manusia ni pantang kalau kita buat salah sikit, yang tak nampak pun boleh kata nampak..itu yang paling aku pantang tu..

Amboi bukan men lagi kalau salah kita, 1000km pun boleh nampak lagi kalau salah lepa..1km pun buat-buat tak nampak..(loghat orang kedah).

Cerita yang tak pernah wujud pun tetiba boleh wujud dengan serta merta..hadeh sadis betul manusia macam ni.. Zaman sekarang pun masih kolot lagi bab-bab pemikiran..

Cerita yang sebesar semut ditambah-tambah sampai jadi sebesar gajah yang gedabak tu..

Yang bestnya dari mana manusia-manusia macam ni boleh dapat idea kan?

Masa sekolah dulu kalau cikgu suruh bagi idea,mau muka tu duduk dalam laci meja..takut punya pasal..*fikir sikit dengan cikgu takut tapi dengan Allah tak takut pulak* 

Nak fitnah orang tu nak fitnah orang ni,nak tambah cerita orang tu nak tambah cerita orang ni..Padahal salahnya tak seberapa pun..

Cenggini ibaratnya:

"Si polan A(perempuan)  tengah bercakap-cakap dengan kawannya si polan b(lelaki)
Si polan C(perempuan) ternampak lah pulak..Si polan A tengah cakap dengan Si polan B"

Hah maka dengan situasi diatas tu timbul lah umpat mengumpat dan fitnah memfitnah.Puncanya bermula dari si polan C tu..

Ceritanya makin hari makin meleret-leret jadi buah mulut orang sana sini..

Apa yang terjadi pada Si polan A ni tentu la dia rasa  dihentam teruk-teruk..

Sepatutnya Si polan C tadi tu siasat dulu kenapa diorang tu bercakap,Ni tak men terjah jer..Mana la tau diorang tengah cakap pasal kerja ker,tak pun baru terjumpa dan cuma sekadar betegur sapa dan bertanya kabar..

Kita sebagai manusia zaman moden ni udah-udah la nak buat gossip nak fitnah orang..manusia cenggini ingat la sikit Allah tu ada lebih adil,Dia nampak atas semua perbuatan kita,Dia lebih tau yang mana betul yang mana tak..

Sebagai manusia kita tak perlu nak judge orang sesuka hati,tak payah la nak hakimi orang sesuka hati..sape kita ni?..Kita Cuma manusia biasa hamba Allah dan kita semua sama..Ingat tu..

Waima kalau orang tu buat salah sekali pun,jangan la sesekali kita menjaja sana sini pasal dia..Itu sudah dikira membuka aib orang..Bukankah Allah s.w.t melarang kita membuka aib orang dan dengan senang hati menyembunyikan aib kita..

Ingat-ingat lah yer kita ni sebagai manusia biasa dan hamba kepada Allah,takutlah dengan azab Allah..Kita tak tau bila nyawa kita ni akan diambil..kalau diambil masa kita sedang menfitnah orang tanpa sempat meminta maaf..macam mana? So jawab la sendiri yer..

Entah la kenapa tetiba aku terasa nak menaip pasal ni…Mungkin disebabkan keadaan sekeliling.Sikap manusia di sekeliling aku kot..So aku buat la Konklusi aku sendiri..

Pe benda maksud konklusi pun aku tak tau men hentam jer..hehe..
Peace….^_^

Ok la..

p/s: sekadar peringatan untuk diri aku dan semua orang.

Sekian…..

Sunday, April 07, 2013

New Blogger


 Assalamualaikum

Hai semua…bertemu kita kembali dalam rancangan……….*ntah paper* teringin sangat nak jadi pengacara kot….cis ada hati..(^_^)

Untuk pengetahuan semua..Aku merupakan seorang blogger baru, so kalau baca blog ni pun faham-faham la macam ntah paper jer kan?.

Harap pada semua yang baca blog ni, tak bosan..

Sebagai  blog yang masih baru, dah tentu-tentu la tak der sambutan betul tak? Kan..kan..?
Tengok dekat follower pun tak der  sesaper pun,pengeview pun sekejap banyak sekejap sikit..So biasa la tu kan sebagai blog baru dan tak dikenali pun…

Aku tak kisah, yang aku kisah adalah kepuasan aku..Memang hajat aku untuk ada blog sendiri dah lama,sejak bebaper tahun lalu tapi aku tak terfikir untuk start ada blog pun lagi..tapi entah macam mana kexcitedtan tu memuncak sejak  Jun 2012 iaitu tahun lepas…tapi cuma suka baca blog orang stalk blog orang..Waima benda tu macam rasa jahat pula so aku decide lebih baik aku ada blog sendiri..

Dah decide pun tapi still tak der blog pun lagi sampai la Oktober 2012 aku dah mula ada blog..Puncanya adalah disebabkan aku terlalu bosan..Maka terhasillah satu blog yang diberi nama farahaanna..Merupakan blog peribadi..wah gitewww...hehhe..

Itu baru terhasil blog..Dalam blog tu satu entri ape pun tak der lagi kot..

Entri aku bermula pada December 2012 dan awal Januari 2013 sampai la sekarang…

So kalau ada yang rasa blog aku ni sangat-sangat daif dan teramat la teruk..Bagi lah cadangan yang sebaiknya untuk aku perbaiki…Tak kira lah samada ayat aku dalam setiap entri agak keras atau merepek bagai, kalau ada yang tak puas hati silalah bagi cadangan yek..Apa pun cadangan sangat-sangat dialukan…Nak kutuk pun boleh tapi janganlah terlalu pedas…takut berasap pulak terlinga aku dengar,mulut aku baca, mata aku lihat kang tak pasal-pasal tertutup pulak blog yang cun ni...hahaha...Oppss..gitu pulak er..tak der la,gurau jek…Segala cadangan dan kutukan amatlah dihargai….terima kasih daun keladi kalau boleh mai lagi na...hehheehe...-__-


 Sekian.....

Friday, April 05, 2013

Kurus Tak Gemuk-Gemuk???


 Assalamualaikum

Tengok tajuk di atas tu, anak-anak sekalian kali ini kita nak bercakap ke menaip,bedal je la…kita nak bincang pasal makan dah banyak tapi hampeh  dok maintain kurus keding jugak.

Apa pendapat anak-anak sekalian,ok ker  tak?

Keh..keh..keh…lawak la sangat ker aku jer..opsss..tak mau..tak mau...Hui…melalut kelaut dah aku ni..

Cenggini cheghitanya, cemuih dah aih aku dengaq orang asyik cakap aku kurus..kurus dan kurus…

Asal keluar jer ade jer yang nak menegur,ala Fara kenapa kurus sangat ni..hang tak makan ka?

Dak aih..mana boleh aku tak makan,tengah malam pun aku melahap lagi ko tak tau..

Ni aku nak bagitau makan dah berkarung-karung,tapi tak gemuk-gemuk aku nak buat macam mana..Nak suruh aku telan apa lagi..segala vitamin pun aku dah telan..apa lagi??? Cer citer…

Eeee…ape la (dalam hati ko tak tau aku bersyukur sangat-sangat kot sebab ape benda aku melahap pun aku still maintain kurus)hehe…

Cer korang fikir,beruntungkan aku..beruntungkan??..

Tu tandanya tahap metabolisma aku tinggi..sistem penghadaman aku baik..segala makanan yang aku makan dapat dicernakan dengan cepat menjadi tenaga…

Tu la sebab aku bersyukur sangat-sangat..Aku tak payah nak bersusah payah sampai tak makan,ambik ubat tu ubat ni sebab apa,sebab nak kurus…

Huh..itu bukan aku.Aku ni hantu makan,kalau lapar jer tak der maknanya aku nak sekat-sekat..makan jer..

Tapi nak buat macam mana dah badan aku tak naik so aku bersyukur la..

Tapi yang aku pelik,orang asyik cakap aku tak makan.Eh! Fara wah kurusnya..diet ker? Ni mesti diet ni, kurus sangat..Tak makan er?…

Pening-pening…kurus pun salah gemuk pun salah..Ade jer nak cakap..Ade ker cakap aku tak makan, mau mati kebulur kalau aku tak makan…sekerat hari tak makan pun perut dok berdendang sayang..inikan tak makan….kebulur kot aku..

Tak tau la nak cakap, yang pasti aku tak berdiet,aku tak tahan makan k…

Tau tak maksud diet tu apa? Diet tu bermaksud jaga pemakanan,bukan tak makan ok…so yang memandai cakap aku ni berdiet,tak makan tu kenapa??

Hah kan dah jadi sesi lepas geram….huhu…

Korang nak tau??? Wah….macam ade citer best je kan gempaqnya..mestila nak tau kan..

Tot….ada pulak yang cakap aku ni terlalu kurus,tak cantik.. hadoi..gitu pulak..

Aku ulang sekali lagi *tak cantik*.. Korang tau kan pempuan ni sensetive dengan perkatan tak cantik..

So aku mula la dok memikir-mikir, yer ker? Betul ker? Aku kena gemukkan badan aku ker?

Hah kan dah buat pasal,dok memikir benda yang tak sepatutnya aku fikir.. 

Cisss… sebelum ni cakap tak kisah,tapi kena gertak dengan perkataan tak cantik terus memikior sampai tak mandi..oppss tak mandi tu slow-slow sikit cakap.. kang  ada pakwe yang dengar jatuh saham aku…hehe…iyer..yer jer..

Setelah memikir aku dah dapat jawapan aku..buat apa aku nak kisah apa orang cakap,yang penting jadi diri aku. Tak perlu nak ubah apa-apa..bersyukurlah dengan apa yang Allah s.w.t berikan pada aku..

Orang lain belum tentu dapat jadi macam aku kan..kan?... ingat senang ker nak maintain kurus tanpa penyakit..susah tau..kalau tak caye cer tanya mak,atok,nenek,onyang kau..mesti jawapan mereka 100% macam aku..*mood konfiden* entah yer entah tak jawapan 100% macam aku…

Tapi itu la aku nak cakap saper pun kita,aper pun bentuk badan kita,kurus ker ,gemuk ker,tinggi ker,rendah ker bersyukurlah dan hargailah diri kita..

Kalau kita tak hargai diri kita,saper lagi kan? Yang penting jaga kesihatan kita,jaga pemakanan kita k..

InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja…


 fokus kat pipi dah tembam


 Tengok gambar kat atas tu pipi pun dah timbul-timbul,kurus lagi ker..he..he...

sekian.....