Sunday, September 01, 2013

Nak Glamor Ke Dik?


Assalamualaikum

Selamat Menyambut Hari kemerdekaan dan Salam Satu Malaysia untuk semua Rakyat Malaysia dan juga saper-saper saja yang membaca di sini..Actually sejak kebelakangan ni aku jarang sangat update blog dan buat entry baru, so hari ni..aku free..free..free talk kakao talk..yuhuuuu…bak kata Yuna dan Big Bang..giler gaban aku suka Yuna dan Big Bang..kakao talk? Suka jugak ,yuk kita sama-sama downdload letak kat phone…talk..talk.. puas-puas…biar lebam biji mata..cukup bulan bayar bil..wahahahaha..


Kan Yuna, Kan Big Bang Kan..kan..??


Hari ni Mak Noks nak cerita sikit…tapi…saper yang start guna perkataan mak noks ni? Mental sangat bila aku dengar orang cakap perkataan Mak Noks ni..’ sentap hati Mak Noks wey’. Apa itu Noks?.. Dulu aku selalu dengar tapi sekarang macam dah kurengg..saper yang start guna perkataan ni aku pun tak tau sampai jadi trend ikut-ikutan golongan muda remaja..

Tak der kaitan langsung Mak dengan Noks tu..Aper punya akal la orang yang start guna perkataan ni..Nak famous la kot konon-kononnya..Ka time tu sebenarnya nak panggil mak ternampak la pulak Noks lalu so panggil jer dua-dua..Maka terjadi lah perkataan Mak Noks…Mak + Noks..

Start tu kot rasa pekataan Mak Noks ni boleh di komesialkan…ciss kalau jadi sumber pendapatan tak pe la juga ni sekadar ikutan golongan muda mudi..saper yang start guna dulu pun tak dapat di kesan..Kalau boleh popular ok la juga kan..

Ni la golongan sekarang macam-macam perkataan keluar..tak cukup tu ada yang nama sendiri pun dah diubah suai..Mak Bapak dah bagi nama elok-elok dengan maknanya sekali..pandai pulak dok tukar Khalijah jadi Katty..ciss..omputih sangat la tu..syok giler la bila orang panggil Katty..padahal maksud Katty tu aper pun tak tau..Yang Bedah jadi Bad..elok sangat la tu..Bad sungguh..Kesian kat mak bapak kau yang dah elok-elok bagi nama wey..


Sedih tau, nama kita dah elok tapi diorang tukar-tukar pulak..


Mak Bapak dah bagi nama elok-elok suka hati nak menukar..konon nak famous, nak glamor..aper barang wey nama Bedah, Tipah,..Jangan suka-suka hati nak menukar nama..kot-kot karang termalu sendiri..Bila orang tanya eh kau nama aper ek? Bagi jawapan minta orang panggil Bad..Bila tengok kat i/c..Bedah Binti Bedul..Hah tak ke buat orang gelak kat kau..konon-konon nama nak omputih..tapi makan belacan kembang hidung-hidung…sedap wooo..

Hadoi..Ingat la wahai anak muda semua..jangan sesekali kau mengikut ape yang tak sepatutnya kau ikut..Jangan ubah aper yang tak sepatutnya di ubah..aku pun kadang-kadang guna la juga perkataan muda-mudi zaman sekarang ni (auwww aku ni muda-mudi zaman bila..hahaha..tak pe aku sedar diri) tapi aku tak der la sampai nak tukar-tukar nama nak slang2 omputih ni, tak bangga ker jadi orang melayu ni wey..lagi satu aku ni suka la juga bergurau-senda tapi aku tak sampai hati nak meggelarkan nama orang yang bukan-bukan..kalau tak der niat pun, kau saja-saja boleh sentap orang tu wey..ingat sikit..

Ni sempena Hari Kemerdekaan ni, ayuh bangun jadilah orang melayu yang boleh membanggakan orang melayu..jom sama-sama merdeka..wah…kau…muahahaha.. peace (^_~)

Sekian……


4 comments:

Azhafizah MN said...

macam macam kan..kalau trend yang tak elok tu tak yah nak di ikut sangat..biar tak up to date dengan dunia sosial asalkan kita tahu apa yang baiknya :)

Gadiss Kecil said...

betul tu..ni tak semua benda nak ikut...

cik kechik said...

huhu biasela manusia ni mmg mudah terpengaruh..

Gadiss Kecil said...

Kan...tp jgn pulak terpengaruh benda yang tak elok..susah nanti..hehhe..