Sunday, January 27, 2013

hijau..hijau nyer....

Assalamualaikum
Dulu aku ade la pergi satu nursery ni.Nak imbas balik ni.Ko tau cantik siut bila tengok dari luar,hijau jer. ummm tak sabar rasa nak masuk jenguk hijau-hijau tu..bestnyer...hehe konon..ape yang hijau tu?.dari tadi ko sibuk dok cakap sal hijau.Ko pun dah tentu-tentu la pokok,itu pun tak boleh fikir ker.wakaka...jangan marah no..muah sekali..

Ok sambung balik.Nama nursery tu merimbun nursery. Memang cantik sesuai dengan namanya.Terletak di Alor Setar Kedah tempat kelahiran haku..Bagi penggemar-penggemar pokok hiasan atau pun yang suka buat landskap kt rumah tu amatlah sesuai kalau ke sini..Banyak betul bah bunga dan pokok kat sini..uwippp best kot,kalau boleh semua aku nak..Tapi......huhu..apakan daya bajet tak cukup ma..Ko ada duit tak, boleh aku pinjam?? tak pun macam ni la aku tau ko takut nak pinjamkan aku so aper kata ko sedekah jer..boleh juga tambah pahala..hahaha...udah-udah kok gitu si,suka hati mak bapak aku jek nak suruh orang sedekah.

Tengok pic ni

Betul tak aku cakap hijau jer kan...Cantik tau pokok-pokok kat sini..Kat sini juga ade menyediakan perkhidmatan membuat landskap untuk rumah,sekolah atau pun untuk ape-ape event..



  


Aku nak habaq kt hampa tengok pokok-pokok kat sini aku dah rasa macam tak nak balik.Ini nak,itu nak..Untuk berikutnya sediakan wang sebelum datang yer.Aku ni sebenarnya seorang penggemar pokok-pokok hiasan ni tapi tanam pokok pun h_ _ _m..hehe..propa je tu..

 





 
Ko nak tau landskap macam ni pun sebenarnya dah menarik minat aku.simple jer haku, yang penting sedap mata memandang dan cantik..Kalau ko nak tau kat sini juga selalunya pelajar-pelajar yang mengambil kursus bagi bidang hiasan atau landskap selalu datang dan membuat praktikal kat sini..Banyak pelajar-pelajar dari Universiti atau Kolej-kolej Teknikal yang selalu praktikal kat sini..dah tentu-tentu tempat ni famous jugak kan??..









 


waww..bila aku kat sini,aku dapat belajar macam-macam juga tentang jenis-jenis pokok ni tapi hehe..aku nak ingatkan jangan tanya balik la aku memang dah lupa pun..dan tada..aku memang pelupa..






Di sini juga ade menjual pelbagai jenis pasu dan barang- barang untuk membuat landskap..Apalagi ajak la mak,ayah,pak cik,mak cik semua mai Aloq Staq ni yer,mai kita serbu Merimbun nursery ni..hehe..Promot sikit, tak pe kan??..





Akhir sekali aku hadiahkan bunga ni untuk semua yer..cantik sobb..Kepada yang berkesempatam tu cuba-cubalah datang ke sini.Perkhidmatan homestay juga disediakan bagi yang mahu menginap di sini.Mana la tau kan ko asyik dok tengok pokok sedar-sedar dah malam so jangan risau,merimbun nursery ada menyediakan homestay k..

*Lastly aku ade benda nak bagitau hampa,kata orang kalau kita selalu tengok atau pandang tumbuhan dan benda yang kaler hijau ianya boleh menyihatkan mata kita..(kata orang bukan kata aku hokey) so pandai-pandailah yek nak jaga mata masing-masing...*


Sunday, January 20, 2013

si kecil rock chick

     Assalamualaikum

Petang-petang ni rasa rindu pula..tapi rindu pada siapa pun entah la.Adoii...bosan pun ada..Ape la si kecik ni tgh buat yer..ooopppsss teringat sobb..ko nak tau si kecik tu sape??...Nak tau tak,aku tanya ni? eh dia ni,men paksa-paksa pulak tanya..suka hati aku la nak jawab ker tak.mesti korang cakap macam tu kan dalam hati..wakaka..tak yah tipu la,aku tau...



Nama saya Haris Zafri

Ini la dia si kecik yang rock chick ni...Anak saudara aku..Hari-hari aku rasa rindu sangat came dia.. Umurnya kini baru setahun sebulan. Tapi dah pandai..Dah pandai panggil abah , dah pandai panggil mama...Bukan tu jer buli orang pun pandai lor..Ha..ha..aku la orang yang selalu kena buli tu... Acu(nama manja untuk aku) jom....jom p mana? apa lagi kalau tak bergerak , jap lagi ade la tangan yang datang memimpin aku...hehehe...anak..anak..ikut jer la. Lagi pun bukan selalu ade,sayang ooo...rindu siut kalau x der...ko ader??



 
tido la ngantok



kecik-kecik dah baca buku
 

Ni la anak saudara kesayangan aku..tomei tak? tomeikan? macam aku tak? huhu..sah-sah  tak sama , mak lain,pak lain...iras-iras tu ade la kot kan..kan? nak juga tu..hehehe..



  Dilahirkan pada 16/11/2011


Ni gambar masa baru dilahirkan..Ramai cakap macam perempuan,ramai juga yang konfius..Macam perempuan ker? Tapi entah la bila aku tengok,aku rasa lelaki jer,ker aku ni tak tau nilai kot.Aper-aper la,yang penting bila dh besar ni lelaki..haha..


 Bersama abahnyer,my brother :)




Ini abah yang lebih-lebih senyum ni.wakaka.... dah anak tak nak senyum..hehhe..



Sekarang ni dah pandai berjalan...kecoh la lagi jadinya..Tak duduk diam.Aku suka tegok gelagat dia.Kalau tengok tv,kalau ader jer video klip nyanyi-nyanyi yang dia suka,ko nak tau..duduk diam kusyuk nak dengar. Kalau iklan yang dia suka pula,depan cermin tv tu la dia melekat.. Tapi jangan tak tau,time azan,tak boleh main..kalau tengah main terus duduk ,kalau tengah pegang mainan terus lepas,kalau tegah cakap terus diam.Part ni yang aku paling suka..Macam tu la juga kalau dengar orang baca Al-Quran..Alim juga anak saudara aku ni..Harap-harap tu kekal la..Doakan yer...Amin...



so kiut



Aper pun sayangilah anak-anak yang masih kecil, dan tak tau paper pun..Kadang-kadang sedih bila ada ibu bapa yang sanggup buang anaknya..Sedihkan.?.Kenapa la sanggup buat macam tu, aku sendiri pun tak sanggup.Bila tengok jer telatah mereka,best sangat..nak jer peluk cium 24 jam..wah..gitu.. *bajet baiknyer nasihat*

Haris Zafri,acu sayang sangat dekat Haris tau..Jangan nakal-nakal..Kecian mama dan abah.Besar esok,belajar pandai-pandai jadi orang berguna bantu keluarga dan masyarakat tau!!!!..Yang penting hensem..hahaha..suka hati mak bapak aku jer nak cakap..

ok..lastly tengok bawah

Luv U so Much Haris Zafri.....

Thursday, January 17, 2013

VICE VERSA

 ASSALAMMUALAIKUM

HuHu...korang nak tau tak aku pernah terbaca satu artikel ni..berkaitan dengan tertutup dan terbuka.Ada benarnya juga bila aku baca..cer korang baca pulak betul ker tak?


TERTUTUP

             Hadiah yang dibalut dengan kemas pasti dapat menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkannya. Biarpun tidak mengetahui apa isi yang ada di sebalik kotak yang tertutup itu, ia nampak sangat istimewa hanya kerana ia tertutup rapi.


              Sesuatu yang tertutup itu pasti ada sesuatu yang ingin disembunyikan dan dilindungi. Tidak semestinya ia menyembunyikan sebarang kecacatan,tetapi ia mahu dilindungi daripada terlalu dipandang oleh orang ramai. Ia mungkin sesuatu yang beharga mungkin.


               Tutup dan jagalah barang beharga kita dan sebaiknya. Tertutup itu bukan memalukan,tetapi tanda kita mempunyai rasa malu dan bukankah malu itu tanda orang beriman dan cabang daripada keimanan?


               Daripada Abi Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Apabila engkau tiada sifat malu, maka engkau lakukan apa-apa sahaja yang engkau mahu". (Riwayat al-Bukhari)


               Apa yang penting disini, satu pesanan khas buat wanita Muslimah, tutuplah aurat, semoga pintu syurga terbuka untuk kita.





TERBUKA

               Lalu di deretan gerai yang menjual kuih-muih, pasti kedai-kedai yang meletakkan kuih-muih di dalam bekas tertutup sahaja yang menjadi pilihan ramai. Dalam fikiran pembeli, makanan yang terdedah dan terbuka pasti tidak bersih dan telah dihinggapi debu atau lalat.


               Mempunyai sesuatu yang menarik ada kalanya akan menimbulkan satu perasaan ingin diketahui umum. Biarla orang lain dapat melihat dan mengetahuinya dan sudah pasti orang akan mendapat pujian. Secara tidak sedar, ia turut membuka sifat riak dan takabbur dalam diri orang tersebut.


               Maksud ayat 6 surah al-Ma'un merakamkan bahawa antara orang yang mendustakan agama ialah orang yang berkeadaan riak (menunjuk-nunjuk dalam ibadah dan bawaannya).


               Menjadikan sesuatu itu sebagai tatapan umum dan terbuka sebenarnya membuka ruang kepada orang yang hasad dan dengki untuk menghancurkannya. Jangan biarkan ia terbuka, kelak akan membuka mudarat kepada diri sendiri.



Aku ni bukanlah nak tunjuk alim.Sebenarnya aku cuma nak kongsikan saja, bila aku baca aku rasa macam ah..ah..yer tak yer juga kan?betul juga tu..So aku pun terfikirlah nak kongsikan dengan korang juga. Ha..apa pulak pendapat korang betul ker tak?


Aku ni pun bukalah baik sangat (baik aku cakap dulu sebelum korang kutuk aku kan) aku pun jahil juga so apa salahnya kalau kita sama-sama belajarkan?..

Artikel ni aku dapat daripada majalah solusi keluaran 41.


Ok..terima kasih kepada yang sudi baca artikel ni. Harap korang semua dapat manfaat dan sedikit ilmu k.....


Tuesday, January 01, 2013

Hidup Ini Punya Pilihan


Hidup ini sebenarnya adalah pilihan.Malah kejayaan atau kegagalan,kebahagiaan atau kedukaan,kesenangan atau kesusahan semuanya adalah pilihan.Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka menguba apa yang ada pada diri mereka sendiri.Maknanya sesuatu perubahan yang mahu dicapai dalam hidup ini mestilah bermul dengan diri sendiri.Perlu ubah sikap,perlu lebih taqwa,perlu banyak buat kebajikan dan kebaikkan,perlu banyak zikir dan ingt Allah.Perlu banyak fikir dan perlu banyak doa,barulah Allah ubah nasib kita.Kadang-kadang kita minta dari Allah sedangkan kita tidak melakukan apa-apa usaha dipihak kita.Umpama orang yang belum bekerja tapi sudah minta uapah.betul tak?

Kadang-kadang bila difikir-fikir,aku malas betul dengar orang banyak cakap tapi satu apa pun tak ada..cakap jer lebih.Angan-angan mat jenin.Benci betul aku..Itu dia nak buat,ini dia nak buat tapi akhirnya apa pun dia tak buat,orang lain jua yang buat..Ini pun satu lagi masaalah,ramai orang suka bercerita tentang kejayaannya sedangkan siapa dia hari esok?.Ramai yang suka bermegah-megah dengan kejayaan yang diperoleh .Tapi siapa dia hari esok belum pasti lagi.Semuanya bergantung apa yang dilakukannya sekarang.Apa yang mahu dicapai esok tetap bergantung kepada apa yang dilakukan sekarang,kalau sekadar hanya bermegah-megah dengan kejayaan sebelum ini tanpa berusaha lebih lagi,semuanya tak kan kemana..tak mustahilkan?

Kalau kita benar-benar mahu berjaya dalam hidup dan memilih untuk kejayaan maka kita tiada pilihan lain selain mesti berubah sikap.Tiada siapa pun kata mencapai kejayaan itu mudah.Kejayaan perlukan pengorbanan sama ada wang ringgit,tenaga,masa dan perasaan.Kesabaran juga sangat penting untuk mencapai kejayaan.Semuanya ini adalah harga yang perlu dibayar jika benar-benar mahu berjaya.

Apa yang perlu kita katakan pada diri ialah,apa pun yang perlu dihadapi dan dilakukan,aku tetap tempuhi sebab aku pilih kejayaan..Jadi di tahun baru ini sama-samalah kita bina azam baru untuk berjaya yer....semoga semua dapat capai cita-cita dan impian masing-masing..