Thursday, January 17, 2013

VICE VERSA

 ASSALAMMUALAIKUM

HuHu...korang nak tau tak aku pernah terbaca satu artikel ni..berkaitan dengan tertutup dan terbuka.Ada benarnya juga bila aku baca..cer korang baca pulak betul ker tak?


TERTUTUP

             Hadiah yang dibalut dengan kemas pasti dapat menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkannya. Biarpun tidak mengetahui apa isi yang ada di sebalik kotak yang tertutup itu, ia nampak sangat istimewa hanya kerana ia tertutup rapi.


              Sesuatu yang tertutup itu pasti ada sesuatu yang ingin disembunyikan dan dilindungi. Tidak semestinya ia menyembunyikan sebarang kecacatan,tetapi ia mahu dilindungi daripada terlalu dipandang oleh orang ramai. Ia mungkin sesuatu yang beharga mungkin.


               Tutup dan jagalah barang beharga kita dan sebaiknya. Tertutup itu bukan memalukan,tetapi tanda kita mempunyai rasa malu dan bukankah malu itu tanda orang beriman dan cabang daripada keimanan?


               Daripada Abi Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Apabila engkau tiada sifat malu, maka engkau lakukan apa-apa sahaja yang engkau mahu". (Riwayat al-Bukhari)


               Apa yang penting disini, satu pesanan khas buat wanita Muslimah, tutuplah aurat, semoga pintu syurga terbuka untuk kita.





TERBUKA

               Lalu di deretan gerai yang menjual kuih-muih, pasti kedai-kedai yang meletakkan kuih-muih di dalam bekas tertutup sahaja yang menjadi pilihan ramai. Dalam fikiran pembeli, makanan yang terdedah dan terbuka pasti tidak bersih dan telah dihinggapi debu atau lalat.


               Mempunyai sesuatu yang menarik ada kalanya akan menimbulkan satu perasaan ingin diketahui umum. Biarla orang lain dapat melihat dan mengetahuinya dan sudah pasti orang akan mendapat pujian. Secara tidak sedar, ia turut membuka sifat riak dan takabbur dalam diri orang tersebut.


               Maksud ayat 6 surah al-Ma'un merakamkan bahawa antara orang yang mendustakan agama ialah orang yang berkeadaan riak (menunjuk-nunjuk dalam ibadah dan bawaannya).


               Menjadikan sesuatu itu sebagai tatapan umum dan terbuka sebenarnya membuka ruang kepada orang yang hasad dan dengki untuk menghancurkannya. Jangan biarkan ia terbuka, kelak akan membuka mudarat kepada diri sendiri.



Aku ni bukanlah nak tunjuk alim.Sebenarnya aku cuma nak kongsikan saja, bila aku baca aku rasa macam ah..ah..yer tak yer juga kan?betul juga tu..So aku pun terfikirlah nak kongsikan dengan korang juga. Ha..apa pulak pendapat korang betul ker tak?


Aku ni pun bukalah baik sangat (baik aku cakap dulu sebelum korang kutuk aku kan) aku pun jahil juga so apa salahnya kalau kita sama-sama belajarkan?..

Artikel ni aku dapat daripada majalah solusi keluaran 41.


Ok..terima kasih kepada yang sudi baca artikel ni. Harap korang semua dapat manfaat dan sedikit ilmu k.....


No comments: