Tuesday, January 01, 2013

Hidup Ini Punya Pilihan


Hidup ini sebenarnya adalah pilihan.Malah kejayaan atau kegagalan,kebahagiaan atau kedukaan,kesenangan atau kesusahan semuanya adalah pilihan.Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka menguba apa yang ada pada diri mereka sendiri.Maknanya sesuatu perubahan yang mahu dicapai dalam hidup ini mestilah bermul dengan diri sendiri.Perlu ubah sikap,perlu lebih taqwa,perlu banyak buat kebajikan dan kebaikkan,perlu banyak zikir dan ingt Allah.Perlu banyak fikir dan perlu banyak doa,barulah Allah ubah nasib kita.Kadang-kadang kita minta dari Allah sedangkan kita tidak melakukan apa-apa usaha dipihak kita.Umpama orang yang belum bekerja tapi sudah minta uapah.betul tak?

Kadang-kadang bila difikir-fikir,aku malas betul dengar orang banyak cakap tapi satu apa pun tak ada..cakap jer lebih.Angan-angan mat jenin.Benci betul aku..Itu dia nak buat,ini dia nak buat tapi akhirnya apa pun dia tak buat,orang lain jua yang buat..Ini pun satu lagi masaalah,ramai orang suka bercerita tentang kejayaannya sedangkan siapa dia hari esok?.Ramai yang suka bermegah-megah dengan kejayaan yang diperoleh .Tapi siapa dia hari esok belum pasti lagi.Semuanya bergantung apa yang dilakukannya sekarang.Apa yang mahu dicapai esok tetap bergantung kepada apa yang dilakukan sekarang,kalau sekadar hanya bermegah-megah dengan kejayaan sebelum ini tanpa berusaha lebih lagi,semuanya tak kan kemana..tak mustahilkan?

Kalau kita benar-benar mahu berjaya dalam hidup dan memilih untuk kejayaan maka kita tiada pilihan lain selain mesti berubah sikap.Tiada siapa pun kata mencapai kejayaan itu mudah.Kejayaan perlukan pengorbanan sama ada wang ringgit,tenaga,masa dan perasaan.Kesabaran juga sangat penting untuk mencapai kejayaan.Semuanya ini adalah harga yang perlu dibayar jika benar-benar mahu berjaya.

Apa yang perlu kita katakan pada diri ialah,apa pun yang perlu dihadapi dan dilakukan,aku tetap tempuhi sebab aku pilih kejayaan..Jadi di tahun baru ini sama-samalah kita bina azam baru untuk berjaya yer....semoga semua dapat capai cita-cita dan impian masing-masing..

No comments: